Tengah feeling-feeling ingat zaman haji 2011 walau skang dah 2014. Mentara ada umur berazam nak coretkan sampai abis. Tapi takde mood. Eh?! Ya Allah dah 2015! 2016? Fuh

Tuesday, December 25, 2007

4 perkara utk sihat

Empat perkara menguatkan


1. makan daging
2. memakai haruman
3. kerap mandi
4. berpakaian dari kapas


ulasan aku:pakai haruman.tarik perhatian org.jadi aku tak buat.makan daging aku tak buat.aku suke ayam.hm..


Empat perkara melemahkan badan


1. banyak berkelamin (bersetubuh)
2. selalu cemas
3. banyak minum air ketika makan
4. banyak makan bahan yang masam

ulasan aku: aku kene kurang gelabah

Empat perkara menajamkan mata

1. duduk mengadap kiblat
2. bercelak sebelum tidur
3. memandang yang hijau
4. berpakaian bersih

ulasan aku:hm bercelak.aku kene cube

Empat perkara merosakkan mata

1. memandang najis
2. melihat orang dibunuh
3. melihat kemaluan
4. membelakangi kiblat


ulasan aku: tak tak.aku tak buat

Empat perkara menajamkan fikiran

1. tidak banyak berbual kosong
2. rajin bersugi (gosok gigi)
3. bercakap dengan orang soleh
4. bergaul dengan para ulama

ulasan aku:mulai hari ini aku kene tanye sebelum mule berckp dgn:"AWK RASE AWK ORG SOLEH?".*nampak nye ramai org yg aku kene tinggalkan nih

4 CARA TIDUR

1. TIDUR PARA NABI Tidur terlentang
sambil berfikir tentang kejadian
langit dan bumi.
2. TIDUR PARA ULAMA' & AHLI IBADAH
Miring ke sebelah kanan untuk
memudahkan terjaga untuk solat malam.
3. TIDUR PARA RAJA YANG HALOBA Miring
ke sebelah kiri untuk mencernakan
makanan yg banyak dimakan.
4. TIDUR SYAITAN Menelungkup/tiarap
seperti tidurnya ahli neraka.


ulasan aku:kalau tido. aku selalu mengiring ke kanan.mencuba utk ikut.AH!tapi esok nye bangun entah sunnah sape aku ikut !

Tuesday, December 18, 2007

Cerita:banyak


:jahat

puas buku hasil karya penulis itu aku tatap.tebal.lenguh pegang.
page 196.nombor 196.(aku sebut sekali lagi.menghafal muka surat yg aku berhenti.)
lalu bangkit dan bergerak ke dapur.tv ku buka.sambil berdiri 3 jengkal dari kaca tv.tgn aku ligat menukar-nukar siaran.
3.hm...(kedengaran bunyi tapak kaki emak ke dapur jugak)
2.(alamak ade forum!lekas aku menukar siaran )
1.(alamak dunia hari ini!!)
8.(fuhhh..)

-----------------------------------------------------------------------------------
:penyakit

aku byk mulut.kate teman rapat.
aku pendiam. kata org asing itu.

kalau ade cerita yg aku nak ceritakan .aku akan bercerita sampai tgn terawang2 ke udara.mengajuk memek org dlm cerita aku.mmg sangat bersemangat.
tapi..
kalau tgh aku bercerita ade org menganggu.mood aku terus..
POFF!!
hilang.sekelip mata.dan aku akan terus berhenti bercerita.
biarpun..
cerita itu hampir habis.akan ku kunci mulut menggunakan password yg tak akan ada org boleh membuka nya.aku akan senyap terus lepas tu.
org yg mendgr akan suruh aku sambung.tapi aku akan buat2 ade kerje penting walau pun tak de.

-----------------------------------------------------------------------------------
:dia aku

aku duduk temankan mak aku tgk tv.tak de keinginan nak tengok pun cerita tuh tapi..
tengok je la..
dia.hush.matang dari usia.umur baru berape.da jadi businesswoman.aku bebel kat mak.mak dgr je.
tapi aku.aku rase macam aku adalah budak berumur 15 yg terperangkap dlm badan seorang pelajar U.hm..
dia terlalu matang..atau..aku kebudak-budakan??

-----------------------------------------------------------------------------------
:bila

byk yg berlegar dlm kepala aku.
YA.
aku kene lekas online.kalau tidak.semua lebuh.
itulah yg selalu aku alami.cerita byk.tapi bile dah sign in.
HM MALAS PLAK.TAK PER LA.
lalu aku bukak youtube tgk naruto.

mak di sebelah aku tgk da berdengkur halus.
aku tgk jam.lagi 5 minit ,jam 2230.
tapi aku tengok cerita tuh mcm tak nak abis.
bape lame lagi citer nih?!(desis hati.aku jarang ngadap tv.jadik aku tak tau)
aku kene pantas.

MAK.O MAK.BANGUN MAK.BYK NYAMUK KAT LUAR NIH.MASUK BILIK MAK.
KE MAK NAK TGK LAGI CITER NIH?(aku berbasa-basi kononnye aku sanggup temankan mak lagi kalau mak nak tgk cerite tuh.tapi aku tau .mak mesti tak nak. sebab mak da ngantuk.ngantuk SANGAT!)

-----------------------------------------------------------------------------------
:merepek

kesan dari bacaan novel hasil karya penulis itu.watak selalu merasakan dia adalah makhluk asing yg lalu dibela emaknya.

dulu..
aku selalu kate.
ENTAH-ENTAH.AKU NI ANAK RAJA.DA BESAR NANTI BARU DIAORG JEMPUT AKU BALIK.(mulut aku tersengih panjang.sangat panjang)

tapi..
sekarang.aku sayang family aku.kalau iya pun aku nih anak raja tak akan aku pisah dengan family sekarang.

kawan aku suke usik.
mane tau tuh anak raja.ha kan senang idup ko.

aku dulu seronok ar dgr nak masuk royal family.
sekarang nih aku tak nak.byk sgt protokol.aku da la pelupe.mcm mampu nak hafal sume bende alah tu pun.

takpe biar tak kaya.
tapi bahagiya.

Thursday, December 13, 2007

dari tempat jauh

kami ke situ ade tujuan..lame kami ke situ..
ade pak cik duduk situ..

mak cik aku hilang kejap
pak cik aku risau tak duduk diam
teleponnye cucunye sorang..

(bace nada baku ala2 bunyi melayu klasik skit)
pck:ha!nenek kau ke mana?
nana:ha mane nana tau(tempat dia bunyi bising2)
pck:kau kat mana tu?kerja ya?
nana:ha org kerja
pck:org?org mana?org kerja ka nana kerja?
nana:nana(dgn innocent)
pck:lepas tu kenapa kau bilang org kerja bukan nana kerja?

aku mendengar..haihh..blh tgh gelabah merepek2
(dia tgh marah sbnrnyer pastu cucu dia plak asak2 tanye nenek dia ke mane pade atuknye)

pck:kau tanya atuk.. nenek kau ke mana ya..eh kau dengar ya,dengar ya.sini ada berapa hospital.ada berapa?kau telepon satu satu kau tanye (name mak cik aku) ini org ada ka.

(dia perli cucu dia)

dari
Singapore

Tuesday, December 04, 2007

masuk kem



aku pegi atas permintaan org..katenye keje aku senang je..tgk mcm mane program berjalan dan tangkap gambar..

kem bebudak 4 ari..bebudak dari umur 8 sampai le 16
katenye aku dpt duduk chalet kalo pegi..

trbyg aku..chalet yg indah..hanya aku dan member ku sorang..yer bersuke ria

makanya..'DEAL!AKU PEGI!'

------------------------------------------------------------------
di hari kem..

aku diam..member ku juge..hm..lama kami terdiam dan berfikir..
WEH.
EM.
KO PIKIR APE YG AKU PIKIR?
(kami berpandangan)
UWAAA.MANE CHALETNYERRR??????

ah..indah khabar dari rupe..tak per..aku dah biasa terkene
-----------------------------------------------------------------

ops!..

bile aku bosan..dari aku duduk tgk depa buat aktiviti ..aku join depa..dan ade sorang budak nih menarik perhatian aku..ye..muke nye muke slumber..sgt slumber..tatkala org sibuk siapkan kerje yg disuruh..dia dgn lapangnya dan tanpa gundah gulana.. duduk santai melihat kawan2 barunya tungkus lumus buat keje..aku suke tgk muke budak tuh..umurnye 12..tapi aku tak tau kenapa...

ye!muke dia mcm muke member lame aku kat matrik!
aku bagitau member aku ..member aku pon ckp iye..dan lepas tu aku asyik peratikan dia..member aku kate..(hai ngan budak kecik pun hang nak intai ke?)..aku (ceh!)
maka aku decide nak intai namenye mase tgk aku dok tangkap gambar depa tgh colour bendera group masing2.puas aku nak intai name tagnye!lame..mate aku tertancap pade name tagnye..kabur..

tu le masalahnye..nak ngintai tapi tak pakai spec..tapi tak pe tu bukan penghalang..
ye aku nampak!
MUHAMMAD ZA'IM MUHAMMAD Z....

oo..zaim..aku dialog dlm ati je le..sibuk dia ngaler bendera tuh dgn perasaan malas tak terexplain..dia kutip botol watercolour buncho letak belakang dia..pastu kutip lagi warna lain..letak lagi...warna nye idak...

aku pun sambung balik tangkap gambar..aku lalu belakang budak tuh..lalu..
PAP!botol buncho tu tergolek kene sepak ngan aku..pantas aku terjerit

ZAIMM!!(herk?!)
budak tuh terkejut aku jerit name dia.cepat dia pusing belakang tgk aku yg tgh terbongkok keras dari atas ke bawah.terkejut barangkali.sbb aku tau name nye.padahal berckp pun tak pernah.

---------------------------------------------------------------

shin chan junior..

keje aku duduk di tepi majlis dan tgk bebudak..diaorg nih buat keje kat atas lantai yg berlapik kain guni khemah yg besar bawah bumbung yg bertian 8.depa panggil nih dewan.tepi dewan nih ade sungai..cantik gileee.bersih.org tuh kate blh buat minum..tapi tak per la aku tak dahagakan lagi air sungai..

tgh aku duduk tgk depa buat keje..diaorg kene tangkap ape2 jenis binatang yg wujud kat sungai tuh..lepas tuh depa kene lepas kan balik..dan ade le satu group nih dia duduk berdekatan tempat aku ..

shinchan:abg kite kene lepaskan ikan nih ye?(merujuk pade ketua dia pade bekas ikan yg dia pegang)
budak 1:(seluk bekas ikan.nak pegang ikan kononnye)
shinchan:woi jgn le!kesian ar dia!
budak 1:(tak kisah.dia seluk jugak)
shinchan:JGN AR!!TGK DIA MENGELUPASS DA!!!(marah budak tu dgn yakinnya)

aku diam..hm..sesuatu..

ketua:umar bukan mengelupas.menggelupur.(mulut tersengih)

*group depa nih bercampur umur..umar (shin chan) tu umurnye 8.ketua nye 16.budak1 umurnye 11.
*aku sembang ngan sorang cikgu pengiring kat sini.umar tuh katenyer genius tapi tuh ar ayat tunggang tebalik kekadang. budak tuh umur 4 taun ngadap ensiklopedia.english ye harap maklum.

-------------------------------------------------------------

belanja?..

diaorg kene berjalan pegi ke satu tempat yg lagi tinggi..tapi tak ar sampai air terjun nye..so kire atas skit dari sungai kat kem..bawak depa..walaupun aku tak de keje.tapi aku risau gak tgk bebudak nih..tau ar bebudak..mcm tak penah tgk air..so aku sekor je yg ikut satu group budak laki nih sbb depa nak tempat lagi dlm katenye..kire nyer aku je yg jaga area depa mandi..pastu aku nampak member aku dari jauh dah ayun2 kan kopok lekor..

PERGH!sedappppp..aku pun pesan..
korang jaga diri..cikgu nak g sane jap!(depa panggil aku cikgu)

tak sampai lagi kat tempat kawan aku duduk..ade bebudak nih berjalan nak naik ke atas (nak beli makanan kot?)..aku gelar kawan aku A ar..

A:li depa mintak ko belanja.
aku:ha?(cepat aku toleh ke arah bebudak tuh.zaim pun ade.ceh nih lemah nih.ade budak aku suke tgk dlm 3 org tuh)

maka..

EM KORANG NAK MAKAN APE?
bebudak: HA!BETUL NAK BELANJA?
aku:YER LA.JOM

kat kedai..
cam biasa ar ..ade air,kopok lekor,nugget,sosej,dan seumpamanya..

aku:KORANG NAK APE?
bebudak aku tgk dah terkulat2..aku pun kutip satu2..sosej.ketam.nugget.sume serbe satu.budak2 nih tercengang..

hehe..aku suke tgk ekspresi mcm tuh..aku tambah lagi..
ZAIM ORDER KOPOK LEKOR 3 RINGGIT.
(satu 10 sen.)

bebudak:BIAR BENAR.BYK TUH.
aku:nak air ape?
bebudak:tak per ar.
aku: abg milo 2 .bandung 2

aku tgk muke bebudak nih da tak sabar nak makan.tak kisah duit abis.asal depa sronok suda

---------------------------------------------------------------


bersama yg bawak bebudak tuh..cikgu pengiring..umur sumer 40+.aku ngan member aku je cam ala2 remaja..ngan fasilitator..tapi pangkat aku ngan member ku kat kem tuh lagik tinggi dari cikgu pengiring..(hehehe..mulut tersengih)

Saturday, October 27, 2007

dafi 24 HOURS

DAFI(AF5)-Bila Terasa Rindu
Apa agaknya khabarmu di sana?
Di sini ku sedang dibelenggu rindu
Beginikah rasa seksa perpisahan
Sungguh anehnya hidup berasingan

Hati terasa bagai tertinggal di situ
Meskipun tubuh dah jauh beribu batu
Sesaat seperti tahun lamanya
Semasa kau tiada
Apa yang terdaya…

Bila terasa rindu ku sebut namamu
Dengan harapan kau akan muncul dalam tidur
Bila terasa rindu ku bayang wajahmu dalam angan
Dan barulah ku terasa bagai disembuh

Jauh sekali hidup di sini berbeza
Beribu kali lagi ku selesa di sana
Tak sabar menantikan detik kepulangan
Namun hingga itu
Apa yang termampu…

Bila terasa rindu ku sebut namamu
Dengan harapan kau akan muncul dalam tidur
Bila terasa rindu ku bayang wajahmu dalam angan
Dan barulah ku terasa bagai disembuh

Terlintas di fikiran untuk meminggirkan saja
Semua pencarian di sini
Tetapi ini sebahagian dari pengorbanan
Bekalan andainya hari sukar mencabar

SEMALAM..
(file mp3 dafi di send kpdnya tanpa dia pinta)
dia:erk?!aku da ade(smiley heran)
diri: ces!tak pe..mari kita dengar bersama2(smiley gelak beria!)
dia:(smile gelak beria juge!)

kami layan blues masing2 sesaat dua...dan....

dia:ko ingatkan sape nih?
diri:(tersenyum nipis depan monitor)entah tak pasti..
dia:(smiley senyum penuh rahsia)
diri:(smiley senyum penuh rahsia)

Wednesday, October 24, 2007

raya '07 (All rights reserved)

Rasenye tahun ni.raye paling simple.tak byk piker.tapi still happening ;p

Tuesday, October 23, 2007

Thursday, September 27, 2007

baFAkalFAL teFEmanFAN hiFIdupFUP

mid-sem exam..

aku exam ari tu..pepagi..haihh

abis exam baru aku perasan aku sebelah budak foreigner dari CHINA..
ye budak tu comel..hehe..aku pun ape lagi..gurau sikit ngan member aku

woi!
hah?
ko tgk sebelah aku(sambil mulut tersengih)
(member pun jenguk sebelah aku)ape dia?
hehe..bakal teman idup aku
(member sengih )
herk?!
aper hal?
OHFOH MYFYE GODFOD!
naper?
oforangfang befelafakangfang cifinafa infindonfon!

Sunday, September 16, 2007

Friday, September 14, 2007

Monday, September 10, 2007

intai

duduk sini.ada seseorang yang menarik minat aku. dan selalu lah aku perhatikan dia dan buat2 tertembung. fakulti same pulak tuh..lagi senang.. :P..hehe..maka byk la bende ttg dia aku tahu..secara tak sengaja ye..harap maklum..bukan aku cari..

dan tempat kami belajar ade akaun dibuka utk ambik lecture notes setiap subjek.gune id student dan ic .maka..

pernah le aku intai akaun dia...hehe..aku tgk date utk last log in dah lame da..kire aku la yg masuk akaun tuh setelah lame dia tak bukak..saje je bukak..suke tgk name dia..hehe

dan baru2 nih....

akaun aku...last log in aku bulan lepas..tapi date tuh bulan ni..hm...mule2 aku ingat aku yg ade masalah memori jangka masa pendek...tapi...

ye akaun aku diintai org lain juge..

Sunday, September 02, 2007

musuh

akak: ko nih duduk sini ..buat baik ngan senior..senang hidup ko kat sini ..tau tak?!
aku : em.tau.

ah aku bukan kaki bodek tak pandai le plak bab2 nih.slalu akak2 aku pesan bende alah nih.aku tau sbb aku tak byk kenalan .jadik untuk menyenangkan idup aku ar ..so rapat2 ar ngan senior..tapi ntah bagi aku kebanyakan nye kereks++..jadi aku pun tak de ati nak berbaik atau mmpunyai hubungan pun..yer ar senyuman dibalas dgn mulut masam.sape selera nak tgk muke camtuh.end up aku pun masamkan muke kalo jumpe org mcm tuh.dia ingat lawa tayang muke masam jeruk tuh.dan dia ingat aku kempunan sgt nak senyum ngan dia..mintak maap bukan kutuk..luahan perasaan ;)



sebulan kemudian..

aku telah pun mempunyai musuh di kalangan senior..
dan...

mujur...
geng brother tuh tak besar sgt..kalau tak ..hm..

DUSH!
abis ar aku kene ngan dia..kot dia buli aku through club yg aku masuk..hm..ntah le...

Friday, August 03, 2007

selama idup di sini...

orientasi...



fasilitator(fc)<



fc:OKEH!BUAT BARISAN!CEPAT KITE DAH LAMBAT NIH!YG LELAKI BERBARIS BELAH KANAN SAYA PEREMPUAN BELAH KIRI SAYA!BERBARIS DUA2!

kelam kabut bebudak nih berlari2 baru lepas makan..campak je bekas polistrena tuh dlm plastik..ade yg tak masuk pun..budak faculty aku ramai cine..major lelaki nye cine juge..maka...setelah terbentuk barisan yg bengkang bengkok...

fc:okeh!mule kire!lelaki dulu

bebudak lelaki:(dlm keadaan yg pantas maka kiraan dimulakan)SATU!DUA!TIGA!EMPATT!LIMA!ENAM!tuuoooojjjuuhhhhh!(dgn nada malas.kelihatan di belakangnnya ..budak tuh dah bukak mulut nak sebut lapan tapi terpaksa menunggu perkataan tujuh itu dihabiskan)

Friday, July 27, 2007

hah?!

biar benar korang maner ade masa nak pikir bende alah tuh skang le .. tak de masalah teman hidup kat sini..korang nih..haihh buat aku gelak lak...mmg double meaning tul la...nih masalah nak blajar...


bile ragu2..
sane yg yakin..
bile sini dah tetap...
sane yang ragu2..
haihhh...

Saturday, July 21, 2007

dilema

kalau kamu diberi pilihan.
di mana kedua-duanya adalah minat kamu.
tapi kamu terpaksa memilih satu sahaja
tapi minat yg mana no 1 dlm carta..
kamu sendiri tidak tahu..
huhh

Saturday, June 30, 2007

:)

aku akan berlalu utk waktu yg lama..

Tuesday, June 26, 2007

PUK code aka pak kod

tak yah le beria nak pasang pin code...member aku sorang ...kene block ngan hp sendiri sbb salah tekan pin code

pesan memberku..
aku degil aku pasang gak.sbb hp aku sentiasa diceroboh oleh org2 yg rase aku nih tukang cop duit di bilik.pin code.keyguard code.aku pasang sumer .asal blh.aku mmg camni.

ntah mcm mane.ari tuh kitaorg tige bilik nak buat projek.maka utk melancarkan projek.simcard aku dialihkan ke hp kawan aku yg lagi berteknologi canggih.aku sebok lagi berckp ngan member yg lain.sambil mata tgk member yg sorang tgh pasang simcard aku kat hp dia.dahinya berkerut.

owh patut le aku dok tekan asal tak leh masuk.aku lupe.aku g masukkan pin code aku.hehehe..
sambil tgn menunjukkan hp pade aku yg menyiarkan PUK code

haihhhhhh!!!!!!
sumer org dlm bilik tuh ngeluh.projek tak jadi.sbb aku kene pak kod.

haihh!!
aku ngeluh.satu hal nak kene cari pak kod.

ha aku tau ..ko try call celcom center mintak no..

ok gak

maka member aku call celcom center..dan menyamar sbg aku..

org tuh tanyer tuan milik hp.aku suh dia jwb AYAH SAYA..lepas tuh org tuh tanyer namer aku..member aku sebut name aku..betul...tapi terbalik..aku ade 3 name..dia sebut 2 jer dan terbalik plak tuh..haihh..
lame lepas tu..member aku ckp..org tuh mintak aku call ayah aku..mintak no ic..maka aku nak contact tapi tak reach..jd aku hantar mesej ar..ok ar tuh ..aku jumpe no ic dlm laci aku ntah mane dtg..

member aku call celcom center lagik skali..member yang lain..

kali ni seorang perempuan yang angkat..member aku tuh jwb sumer soalan dgn betul ..tapi..
akak tuh ckp ..kene ayah aku yg call.tuan milik hp kene call sendiri...alahaii..
pastu member aku cdgkan sorang kene nyamar jadi ayah aku..herk?!alamak bab camnih aku tak berkenan..aku maner reti buat jahat..kot jahat pun tak de ar nyamar..jadi bapak aku lak tuh!!

untuk restu..aku hantar mesej..mesej nya berbunyi begini..

ayah.org nyer hp kene block..sbb kawan salah tekan pin code..pastu kene bagi puk code..tadi tepon celcom center..memule mintak ic..pastu kate kene call ayah..ayah..jadi nak bagi tau kawan org nyamar jadi ayah ye.. (selamba je)


aku pun cari member yg boleh tolong..

SHAAA!! ko kene tolong aku!
apahal?

aku nyer hp kene block blablabla....
okeh..aku blh je..biasa da nyamar bapak org(hampeh..selamba gile dia)

bersama abg celcom cnter pula..member aku berlagak sbg bapak aku..
belum member aku mule..aku nak terkekeh2..klakar gile.. sore besar ngalahkan sore bapak aku

nama encik siapa?
AA **********
oh.boleh saya tahu no ic encik?
(kelam kabut aku hulur kertas bertulis no ic ayah aku)NO IC SAYA 5***********
oh.ok.boleh saya tahu encik dari mane.
SAYAA DARI *********
em.boleh saya tahu nama mak encik.
(laju aku berbisik pade member aku name mak aku..pastu aku terdiam.herk?! mak ayah aku bukan mak aku ..makanya itu opah aku..aiseh!!!aku luper name opah aku yg lagi sorang nih!!!member aku dah tercungap2 bisik pade aku nak ckp ape)

aku dan member aku dlm saat genting...sambil berbisik2 panik..

ha name mak aku!!nih ha***
betul nih?
eh??!!silap tuh patutnyer mak ayah aku ..opah aku ar..camne nih aku lupe name dia!!herk?!
ko biar betoi!name opah pun tak tau??!!nih nak ckp ape ngan abg nih?!
err..er???..erkk??!!..ko ckp je kurang ingat..
kehkehkeh..ko biar betoi??!!! maner ade anak kurang ingat name mak!!



Saturday, June 23, 2007

ape la masalah kamu nih?(2)

bersama cheng lagi...

pergi zoo..ade lah aktiviti kami..da penat berjalan..kami jenguk2 skit kedai cenderhati yang ada...agak2 da buhsan aku pun keluar ikut pintu keluar..di mana sesiapa yang keluar tak akan boleh masuk balik..dgn ade nyer palang besi berpusing2 yang ade seperti di stesyen lrt...aku pun jalan tanpa menoleh..tgh jalan sorang2..sedar2...

eh?

aku toleh kiri kanan...pastu aku pusing ke belakang setelah melepasi besi berpusing2 tuh..dan aku tgk cheng masih lagi menilik cenderahati di situ..

cheng!lame lagi ke ?

aku pekik..pak cik jaga yang ade kat situ tgk aku

aiya kejap la ..sekejap je

dan kemudian aku tunggu dia sambil melihat dia menilik2 lagi barang di situ..sambil aku....


menopang dagu di besi berpusing2......


kami keluar dan berada di kawasan kaunter zoo semula...di situ ..ade lah parrot ..sebagai penyeri..tapi tak blh dekat..ade tali berbaldu merah digantung melintasi tempat burung itu..untuk mengelak orang awam mendekati burung tuh..tapi

eh! saya mau pegang burung nih bule ka?
hish tak payah la cheng..pak cik tuh pandang semacam je

kelihatan pak cik jaga merenung kami..sebelum tuh aku ade dgr dia ckp kat sorang budak kecik jgn dekat

alahh!tak aapa punyaa!!
tak yah le cheng!
alahhh sekejapp jee!! u pegang saya punya air..

sambil melangkah tali tadi tuh..dan aku rase dia tak tau pun fungsi tali tuh diletakkan kat situ..haihhh chengg oii..aku tgk je ar dia dari luar tali merah tuh

eh saya takut la..dia mcm mau patuk sayaa..
saya da kate tak payah..nak jugak..ha pegang le apa lagi..

aku cabar dia..burung tuh dah tegakkan bulu belakang kepala dia..marah ar tuh konon..tapi cheng bukan paham..alahai..aku tgk cheng dah nak hulur tgn nak pegang kepala burung tuh..tetibe burung tuh..teriakk

uuuaarrrrgghhhkkk!!!!!!!!!

lepas tu...

HUUAAAAAAAAAAAAAAAAAAA!!!!!

dan serentak..

uuuaarrrrgghhhkkk+HUUAAAAAAAAAAAAAAAAAAA!!!!!!!!!!!!!!!!!!



gegar kawasan hadapan zoo tuh.
cheng menjerit lepas burung tuh menjerit...dan kemudian mereka menjerit bersama-sama
muke cheng pucat gile..


tgn urut2 dada


Thursday, June 21, 2007

sgt penat


kaki pukul...

gemok ini kaki pukul..yer selepas sejarah kucing di rumah aku..di mana aku bela kucing yg berangka hampir berbelas..rumah kami sepi tanpa bunyi~MEOWWW
mak aku ckp tak larat nak bela..tapi aku sgt sukeeeee itu meowww..mak ntah macam mane ..

suatu malam..aku keluar merenung langit..itu le keje aku bile penat...tgk bintang..tapi ntah camne aku rase mcm ade org tengok aku..jadik aku pun melilau biji mata mencari...sekali nampak dia..dia sgt comeeEL..maka aku bele senyap2..

ntah mcm mane kegemukannya bertambah tanpa disedari aku..rupernya mak da sedar aku bela dia.ingat kan mak tak suke..tapi mak suke gak..sebab dia gemoOk..hehehe..

sifat kaki pukulnya terserlah bile ade org buang kucing kat umah aku..adik bradik aku suke kucing..maka sume kitaorg bele..diaorg pun baik..

tapi..gemok merasakan ..THIS IS MY TERRITORY!..siapa yg duduk 2-3 jengkal dari dia..ZUPPP!dia g dekat org tuh dia cakar..abis sume kucing dia cakar...haihhhh

aku:GEMOK!APE CAKAR ORG TUH!DIA TAK KACO AWAK TAK YAH LE CAKOR!KAKI PUKUL!
gemok:eeioow(mata dia kecikkan..ntah le apasal aku kate dia kaki pukol..jadi bengong tinggal ngan diaorg..haihh)


(pic-all rights reserved )

*orochi-kucing aku tuh sihat walafiat..hehe..makin obes..thanks ko kasi aku ilham nak tulis..hahaha





Sunday, June 17, 2007

godek

pc buat hal..aku godek2 sane sini..da rasa cam sengal..aku pun panggil ayah aku mintak tolong..

ayah aku pun start godek2
ayah:bla.bla.bla
aku:em em
ayah:bla.bla.bla
aku:......................
ayah:.....................
aku:......................

aku diam je tgk bapak aku buat keje..tetibe..

PLOP!

keluar satu instant message YM...dgn mesej ..

"kamu sudah married kah?"

Friday, June 15, 2007

aiseh..

aisehh...

aku tengok tv petang tu..kat belakang.. hampir maghrib aku pun bangun..berhasrat nak tutup sumer tingkap kat belakang tuh..bermula dengan tingkap belakang tv..
kriiukk..(tingkap keping kaca style org dulu ditutup pelan2)..tenaga yang aku guna tak cukup maka aku luruskan siku ku yang melintas atas tv.. tanpa aku sedar..
gedebuk..comel je bunyi nyer..aiseh..aku terlanggar gelas yang ade atas tv tu..mak aku yang letak..dlm tu berisi bunga ros 3 kuntum..oh.. ade air rupanye..aku ingat bunga saje..
bzzt!...tv aku terpadam..herk?!klam-kabut aku off tv..suis keliling tv..main suis..suasana bising bertukar sepi..aku masih lagi terpegun..erk.....alamak mati aku!!!

1 jam selepas itu...
aku masih tak tenteram...adik aku kebetulan ke belakang mencuci pinggan yang dia pakai.. lalu..

weh ..mcm maner yer
aper yang mcm mane?
tadik kan..org tertolak gelas atas tv tuh..
pastu?
dlm gelas tu ade air..tv terpadam
ha! hayup..nih nak kasi tau ayah
heh!jahatnyer nanti le org ckp ngan ayah sendiri

tiba2 ayah aku datang ke belakang..

haaa! ayah ! **** tumpah kan air kat tv ayah!tak leh pasang da
(cis kurang asam!) haah tadi nak tutup tingkap tgn berlaga dgn gelas tu ..tu tumpah tu..

bapak aku diam..(aku risau..alahai)pastu bapak aku pun...

ye ke?tumpah bhg mane?
(alahai baiknyer tanyer) erk bhg belakang tuh..
oh..tuh kejap lagi ok le
(huih lege dia tak marah)

emm.. (tgn bapak ku ligat menggapai gelas yang ade di rak pinggan bersebelahan dgn sinki)
ni ha cawan ni(sambil memegang gelas berbunga matahari yang anggun)
ayah terpecahkan satu smlm..ntah mcm mane blh terjatuh

oh ye ke?
...........

selepas bapak aku minum..dia pun ke depan semula..dan adik aku memandang aku dgn satu persoalan
..lalu

tiba2 sume org buat pengakuan






Monday, June 11, 2007

indah ..

sayu..

terasa sayu di hati..bila terdengar lagu ini..teringat kenangan dulu..waktu belajar..jujur ..zaman belajar ku tidak lah manis sehingga rasanya mahu tinggal di situ seratus tahun lagi..tapi teman,sahabat yang menemani perjalananku..mereka yang menyerikan perjalanan aku hari berganti hari...usik mengusik..gelak tawa..gossip ..banyak lagi..heh..

pemerah semangat..
tatkala diriku diselubungi jaring kekeliruan..
di kala putus asa menguasai diri..
kata-kata mereka..mampu membuatkan diri ini tersenyum

jarang diriku mahu mengingatkan kenangan dahulu..bukan sifatku terikat dengan memori indah yang telah lepas di makan usia..

tapi entah untuk kali ini... :)


-bestfriend-kiroro-
Mou daijoubu shinpai nai to nakisou na watashi no soba de
Itsumo kawaranai egao de sasayaite kureta
Mada mada mada yareru yo datte itsu demo kagayaiteru
Toki ni wa isogisugite miushinau koto mo aru yo shikatanai
Zutto mimamotte iru karatte egao de
Itsumo no you ni dakishimeta
Anata no egao ni nando tasukerareta darou
Arigatou arigatou best friend
Konna ni takusan no shiawase kanjiru toki wa shunkan de
Koko ni iru subete no nakama kara saikou no purezento
Mada mada mada yareru yo datte itsu demo minna soba ni iru
Kitto ima koko de yari togerareru koto sonna koto mo chikara ni kawaru
Zutto mimamotte iru karatte egao de
Itsumo no you ni dakishimeta
Minna no egao ni nando tasukerareta darou
Arigatou arigatou best friend
Toki ni wa isogisugite miushinau koto mo aru yo shikatanai
Zutto mimamotte iru karatte egao deItsumo no you ni dakishimeta
Anata no egao ni nando tasukerareta darou
Arigatou arigatou best friend best friend
Zutto zutto zutto best friend

Saturday, June 09, 2007

serang?!

father's day

weh karang kite serang !
hah?
kite serang toilet ayah!
nak buat aper??
yer ar.toilet ayah tak bersih le.kite g cuci le kasi..'NAMPAK LEBIH BERCAHAYA!!'

surprise ar konon.nak kasi ayah terkejut.tapi tgh2 nak serang dgn berus,pencuci lantai yg wangi.ERK?!.toilet ayah aku bersih seh!

takper kite buat lagik bersih
okeh!

habis cuci..

(berbisik)weh toilet belakang yg bancik pakai pun agak kotorr..
abis tuh?
tak nak serang ke?
biar le dia.dia pakai ,pandai dia cuci.
le ingatkan nak ajak serang tadik!
tak penah dgr pun happy brother's day?

Tuesday, June 05, 2007

bagusnyer aku!

bersama cik L

ari nih ..aku pandu buat 10 minit pertama..ade ar kene tegur..pastu senyap je..senyap lagi
aku:wah .aku tak kene tegur(tak kene marah ar)
cikL:........
aku:(apasal senyap je?aku pun heran.aku kerling sikit ke kiri.tak nampak.tak per ar biar ar)
cikL:............
aku:(dah dekat stgh jam dia senyap je..bagusnyer aku bawak ari nih..sambil mulut tersenyum berlagak..WAHAHAHA)
cikL:.........
aku:(tak puas ati.bosan le plak senyap je tak kene marah.haihh.aku toleh sikit.ceh!cis.blh dia biar aku bawak sorang2.ni baru kali k3 aku bawak.gile ar dia)

aku tgk cik L dah terlentok sambil mulut ternganga sikit.

Wednesday, May 30, 2007

alahai

cikL ajar aku drive

first class.
aku dtg lambat.
sampai2 aku blur tak tau nak jumpe sape.
tepon mak cik kat kedai:
aku:mak cik saya nih nak tanye
mak cik:ha iye ngape?
aku:saya...nii..dtg.. sini..patut.tt..jumpe sapee??

dalam keta
cikL:bagi signal kiri
aku:ok(tgn bagi signal kanan)chit!

cikL:ok bagi signal kanan
aku:okeh!(tgn bagi signal kiri)chit!chit!

cikL:okeh skarang tgn kiri jam 12(nak belok nih ade selekoh ke kanan)
aku:(aku seluk tgn kanan jam 12)
cikL:heh!tgn kiri! kite nak pusing kanan nih
aku:aduhai

cikL:ok berenti..pelan2 tekan brek..clutch tekan slow2 sampai abis..bla bla
aku:okeh..(aku tertekan pedal minyak.VROOOMM)
cikL:hmm

Monday, May 28, 2007

pindah

angkut barang dari kl ke **

penat
abg: mak ari nih kiter tak payah masak.kita suh along bawak makanan la dari rumah dia!(muke penat+malas)
mak:hah?ngaper pulak? nak suh dia bawak makanan?
abg:yer la.dah kawin pun takkan nak suh kite masak gak .(akak aku itu planning nak dtg umah lama itu)
mak:haaa???kite??????mak je yg masak.kamu mane ade
abg:hehe..haah mak..tak kisah le..tapi suh la along yg bawak mknan
akak4:haah beria je 'kite'.lain kali nak buat statement tuh pikir2 dulu

langgar
perjalanan makan ntah da jam ke berapa ke **.kitaorg naik van.sarat gile.ngan tv besar dabak+kotak2+ntah aper2 lagik.korang blh bayangkan le berat nyer van tuh.abg aku yg tadi tuh dok depan.bapak aku drive.aku dok blakang.mak pun.kusi belakang skali bapak aku da cabut sbb nak letak barang .so pendek kate.van aku sungguh sarat cam org ngandung lebih 9 bulan.huih.

kat traffic light..lampu merah..VROoom.... bapak aku brek pelan2.van berhenti.
GEDEBUK!aku toleh kat mak aku .lepas tuh aku ngan mak aku sama2 tgk belakang.aku ingat kot bonet terbukak tv tergolek-golek kat blakang.tapi aku tgk dah ade keta lain cium bontot van bapak aku.bapak aku pun kuar.yer ar sape tak baran.van yg tak bergerak pun kene langgar.besar plak tuh.itu pun tak cukup ke nak kasi nampak.

aku jenguk dari dlm.aku nampak bapak aku jenguk punggung van dia.mak aku dah jengul kepala ikut tingkap.aku nampak brother tu keluar.mulutnyer tersengih.takut barangkali.

yer muker bapak aku muker garang.dan beliau juge garang.tapi dia tak meletus mase tuh.abg aku pun keluar jugak g jenguk.mungkin risau bapak aku dibuli muda itu.zaman skarang katakan.bak kate ntah sape warga tua tidak dihormati oleh yg muda.aku tak leh keluar.tersekat dek kotak2.abg aku juge muker garang.genetik atok aku belah bapak aku.hushh.tak luper juge aku pun.hehe.

brother tuh cuak.makin besar sengih nyer.aku tau.makin besar cuak nyer.lalu spec itam di tgn di pakai ke matanya.huh.aku tau dia takut sgt sampai takut nak tgk mata bapak aku directly.sbb tuh dia nyorok sebalik spec dia tuh.

ayah:ngape ni?(bapak aku tgh makan kacang tanah sbnrnyer.kt tgn dia ade lagik kacang.dgn muker marah.mulut ngunyah.kat tgn ade bape biji kacang lagi.beliau menyoal brother tuh yg dlm 20+..cam brutal jer bapak aku..hehe)
brother:(aku dgr samar2)tak saya dah tekan brek tapi ...bla bla(aku tak dgr da)
ayah:khayal ke??(suaranya tegas lagi)
brother:maap yer pak cik.tak per yer pak cik
ayah:bla bla(selesai masuk balik van)

aku tgk brother tuh muke leh tahan.aku pun terpikir somethin.lalu aku jengul kepala ke belakang.berhasrat nak tgk saper duduk dekat tempat penumpang yg depan.samar2 aku nampak 2 wanita bertudung.sorang depan.sorang dok belakang perempuan yg depan tuh. ke2-2 nyer tunduk.menyorokkan muke.bile mata mereka berentap dgn mata aku.yer muke aku garang.mereka takut.familynyer barangkali.sib baik.kalo tak dah meletus.

skang couple .yg memandu pakwenyer.sebelah makwenyer.tgn merayap tempat lain. stereng dia biar auto.

tak lame lepas tuh..

mak:ngan sape tadi tuh ?
ayah:ntah tak nampak ade 2 org.kawannyer rasenyer
aku:(cis dah aku agak.sib baik van aku bukan angsa ke,enova ke,jenama AMW ke, jenama BINTANG BUCU 3 ke, mujur van classic.kalo tak.harus brother itu bersama2 temannyer mencangkung di jalan raya itu.)

Thursday, May 24, 2007

haha

aku santai kat blog sendiri.
aku bace semula post2 aku yg terdahulu.
seronok.
aku gelak sorang2.
mcm tak caya aku yg tulis sumer post tuh.haihh.

tukang comment pun sumer.
sempoi.
comment asal boleh.
haha.haihh.buat aku gelak.sengih.

skarang ramai yang tido.
hibernate kate orochi

Wednesday, May 23, 2007

cool.fool.

adik-beradik aku ramai.meriah.kadang2 aku rasa angka itu pun tak cukup dan aku mahukan lebih ramai adik beradik.ke semua adik beradik aku mewarisi perangai mak aku yg satu yang perempuan mahupun yang jejaka.jejaka turut ade sifat membebel.haha.cukup mereka sahaja sebagai sahabat aku.banyak perkara yang boleh membuat kan aku tergelak sendiri bila diingatkan semula.

cool me

di simpang empat.terpacaknya pak cik tiang isyarat.aku menjadi penumpang di belakang. kami bertiga di dalam kereta.pemandunya berlesen P(Pmuda).penumpang di hadapan pemandu berlesen P(Ptua) yang telah tamat tempoh 2 tahun.lampu berwarna merah.kereta yang bergerak tadi.berhenti.hijau kembali. si lesen P mula menekan clutch ingin menarik gear.pedal minyak ditekan.vroomm..

tibe2 ..kereta berhenti bergegar.???enjin mati.
Pmuda:alamak mase ni le plak nak mati!(kaki dia bersimpang siur dari 2 jadi 4.kereta belakang mengalunkan hon dalam rentak pop rock.)
Ptua : ate nyer.tu le.org masuk dulu gear 1.kan dah mati.sumer nak laju.skang berenti langsung!
Pmuda:ha ye le! org tengah nak start balik le nih!
Ptua:tgk!org belakang dah hon2!lekas!
Pmuda:ye le!
aku:relak.relak.buat pelan2.(ceiii peacemaker dtg..kehkeh)

fool me

di dapur..

dia:tolong tambahkan garam dlm periuk tuh.pastu tolong masukkan daun kunyit ni dlm periuk sebelah dia.
aku:(ade 3 periuk atas api.yg maner satu 'periuk tuh'.maner satu 'periuk sebelah dia'.aku pun cube teke.)periuk nih yer?tgk nih?!(sambil tgn nak curahkan garam dlm salah satu periuk kat situ)
dia:aiiiihhhhh! bukan yang itu belah sane(sambil tgn mengunjuk periuk tgh)
aku:nih daun kunyit nih letak dlm nih yer?(tgn nak letak kat dlm periuk belah kiri.aku teke)
dia:aihhhhhh!bukan belah kanan sane.uih rosak lauk orang.itu yg sane tak payah daun kunyit.
aku:haihh(aku hampir merosakkan makanan tgh ari family aku dan usaha 'dia')


Sunday, May 20, 2007

fobia

aku si pengecut..fobia gelap

mak cik aku dtg dari 'dulunya sbhg tanah malaya'..pakcik aku dah berada di tanah malaya dah..
maka mak cik bermalam dahulu di rumah kami sebelum ke rumah dia di sini..mak cik tiba malam..

malamnya..

mak:kamu tido sini temankan makL..makL kamu takut tido sorang
aku:(garu2 kepale..alahai ari nih kene tido awal lak..aku slalu tido kul 2@3 pagi)ha yer le
makL:makL takut tak de teman
aku:a yer ler nanti org dtg..tapi skang org ade keje
makL:ha yer le

pukul 2.30..
aku masuk bilik ..FUH!GELAP GULITA!AKU TAK NAMPAK JARI TGN AKU PUN!kecut kejap .. tgh aku meraba dalam gelap..tibe2 mak cik aku terbangun..

makL:hah?kamu nak tido da
aku:(tukar topik)gelapnyer ..makL tak ckp(aku pun cari lampu kecik warne hijao)org tak leh tido makL.takper ler makL tido dulu..nanti org masuk le tido

taknak tido dlm gelap nyer pasal..aku g tgk tv sampai kul 4 lebih ..baru terlelap depan tv..yer di bawah sinaran lampu kalimantang..

Thursday, May 17, 2007

ape la masalah kamu nih?

cheng..

member aku cina mai dari kedah sana..

dia dan kawan aku di tepi tingkap bas..
kawanku: wah cantik gile view matahari nih
cheng :haah..lawa..I pun suke tgk matahari terjunam
kawanku:herk?!

bile dia marah..
aku:alah relaks la
cheng:geram betoi I.aku laempang karang!aku saypak(kick) jugak nanti!
*sebenarnyer dia nak ckp lempang(tampar) and sepak(slap)

aku bengkek dgn dia..
aku:kurang asam ko cheng
cheng:apa itu kurang asam(muke blur abis n serius nak tau maksud dia)
aku:(nyesal aku sebut.haiihh)

esoknya tutor math..
cheng:miss S.apa itu kurang asam?(aku tak xpect dia nak tau jugak bende tu)
miss S: hah?siapa yang ckp dgn awak perkataan tu?
cheng:(pandang aku)
aku:(muke tebal gile)hehe..

Chinese New Year ari tuh..
cheng:I marah dgn korang sumea.tak dak sorang pun kasi mesej CNY kat aku.hampa pun sama!
aku :erk?!(aku lupe dia sambut CNY)

Tuesday, May 15, 2007

gadis

petang yang sibuk..di stesyen bas..terpaksa bersesak2..si abang dan adiknya si gadis menaiki bas awam atau lebih dikenali dengan bas tambang..

si gadis telah pun mendapat tempat di tempat duduk belakang.si abang terlambat.terpaksa berdiri berdekatan dgn pintu masuk bas.bas sarat.mungkin sepatutnyer 44 penumpang sahaja tapi rasanya sudah melebihi 50.ah si pemandu yang tamak.

sampai di destinasi.si abang telah pun selamat keluar dari bas yang penuh sesak itu.si gadis kelam kabut.takut tidak sempat turun bas sudah jalan.tanpa mengira kaki siapa.dia pijak sambil berulang kali mengungkap kata maaf dan diselang dgn kata 'tumpang lalu'.

sebaik gadis itu menapak dan mahu berjalan di laluan tgh bas yang dipenuhi dgn sang lelaki yang terdiri dari usia 15-25 barangkali dan si gadis mengungkapkan kata 'tumpang lalu'..

"WOI ADA PEREMPUAN NAK LALU!"terdgr teriakan salah seorang lelaki di laluan tgh itu.si gadis terpana.terkedu.

ZAPP!! satu laluan untuk si gadis terbentuk.sang lelaki di sepanjang laluan itu memberi laluan untuk si gadis.

si gadis tersenyum sambil pantas melangkah keluar.
selamat keluar.

si gadis masih tersenyum.

Friday, May 04, 2007

RD

Reader Digest(RD)..

mase kat hostel aku tak beli..hehe..kene pakai duit..mahal laks tu..kawan aku rajin beli..

aku akan pinjam dan bace sampai tertido.
pastu terbangun.
sambung balik baca.
pastu tertido.

bile aku kaji balik hidup aku.aku akan mcm tuh hanya bile bace RD.baca bende alah lain tak de ar bangun.sambung baca.tido.bangunsambung baca.tido.haha.tak tau ar sumpahan ape.nak tertido pun aku sanggup tahan mata nak baca.cam tak caya laks.haha buku sendiri pun tak de ar serajin itu.haha.habit itu sampai skang ade.

tadi tunggu asar.plan nak baca Quran.tapi ternampak the latest RD.bapak aku pelanggan setia RD.bulan nih tebal skit.yer duit yg perlu dibayar pun tebal skit juge.

pastu tertido.bangun.asar tak masuk lagi.sambung balik.tertido.sejam kemudian baru bangun.
cis dah pukul 5 30 .trus bangun semayang.

Thursday, May 03, 2007

kasut Ma~HaL



aku>>ayah.kasut org koyak.
ayah>>lagi?!
kakak>>le.kamu buat aper kat sane terok sgt pakai kasut.
aku>>hmm.(terkedu. tak dak alasan ape nak kasi.aku jalan laju,langkah pendek.)

dlm satu sem aku beli 3 pasang kasut.
kasut mahal? oh tidak aku beli yg murah.konon tak nak kuar duit byk. cis kambin tul.
ayah>>esok kite beli.beli kasut mahal(<
aku>>em.ape2 je lar.tak kisah asal ade kasut nak pakai gi kuliah.

tumit kasut aku retak.hm.ke terbelah?tak tau frasa mana yg sesuai.
kasut 1-tapak retak 2 secara horizontal
kasut 2-em.aku lupe mcm mane rupe kasut 2 aku.haihh
kasut 3-tumit retak.tempat tumit dlm kasut tenggelam
kasut mahal - tahan sehingga kini..kuikuikui
sem ke 2 aku pakai satu kasut je.KASUT MAHAL.hahaha

*aku tak suke beli bende tahan lame.sbb nanti susah nak beli yg baru sbb yg sedia ada tahan lama.

Saturday, April 28, 2007

fuih

aku chat.
org tu tuduh aku.
pantang.
aku jawab balik.lepas tu dia kate

ko jgn tuduh aku camtuh.ko tak tau aku mcm maner org nyer(ntah aper2 tadi dia tuduh aku)
haah.aku tak tau ko mcm maner.tapi ko tau ke aku macam maner orgnyer??

dia diam.wahaha tau dia.kate sebarang lagi

Wednesday, April 25, 2007

abis dah pra

hm..blaja tuk peringkat nih da abis.menanti yg seterusnyer.hm..letih..

Saturday, February 17, 2007

haha

ade jual2 pagi tuh..kitaorg jln reramai..

SHA ade rezeki ar
member1:maner?
tu tgk bwh kaki ko
member1:ko le ambik
tak nak ar ..rezeki ko ambik le
(trus dia ambik masuk poket)
member2:tapi kene tunggu 3 ari kalo tuan dia tak de baru blh ambik
oh yer ker?baru tau..abis tuh?Ha SHA ko letak balik lepas 3 ari baru kutip..kehkehkeh
member1:tak yah..biar org buat pengumuman..saper tgh cari duit cari dlm poket sha..kahkahkah

rezeki tuh duit 2kupang..hehe

Wednesday, January 24, 2007

haiiihh..

kopi ubat..

aku suke minum kopi.
ade yg kater kopi gamat aku tuh pahit.
tapi aku rase diaorg tak pandai minum.


mcm gak arak.
diaorg kater kalo tak pandai minum tak tau nikmatnya.
tapi arak tak de pek'dah

tapi kopi nih mahal.
sepaket dah 2 kpg duit biru pelan..huihh!!
mak aku bising kalo bazir.

ptg nih aku buat kopi.
aku koyakkan bhg atas paket tuh.
tibe2 kucing aku ngiau2 aku teringat aku ade jatuh kan keropok ikan
maka aku tujah keropok ikan yg dah jatuh tuh ngan kaki(cam kureng sopan lak bunyi.hehe)

tapi kucing aku buat dek.
maka aku tunjuk menggunakan tgn
fuuussshhh. renyai2 serbuk kopi tumpah.
ceesss...aku luper kopi kt tgn aku tadi.

kalau mak aku tau...hmm..

Monday, January 22, 2007

aku siapa?



i could say that i ..come from a word 'VARIETY'

aku blh jadi sesiapa saja.
bile2 masa saje.

aku byk cakap, kadang2 pendiam , gelak kuat ,kadang 2 hanya tersenyum nipis sudah memadai.muke aku serius.org kater aku sombong.ade yg kater aku friendly,klakar,senang masuk.aku blh jadi garang yg tahap taiko.aku blh jadi pemalu tak bertempat.aku pun tak pasti aku yg maner sebenarnyer.lain musim lain perangai aku.

aku x suke lagu bising.sbb runsing.aku suke lagu slow beat.tapi sekarang aku rasa aku suke lagu rock.MCR(my chemical romance)?mungkin.kadang2 utk semusim aku blh fanatik dgn orchestra.beethoven yg dulu aku tahu nama seekor anjing kini aku hormati sbg pemuzik dan rakan seangkatannya mozart.nasyid?aku minat juga suatu masa dahulu.aku tak pasti.hmph..

islam tak benarkan umatnye bermainkan alatan yg bertali.maka terbantut minat.beralih ke arah belajar mengaji yg lebih sedap.hm.susah.kene berguru.kalau tak aku main talun je.

kadang2 aku rasa hidup aku meriah.tapi ada mase aku rase hidup aku kosong dan saat itu mula terkarang bait2 puisi dlm fikiran.tgn ligat mengukir kata2 di atas apa sahaja yg tergapai kala itu.dan kadang kala aku rasa ingin menulis novel.ya.aku tulis.tak terfikir utk tunjukkan kepada umum tapi ade yg terbaca dan menyuruh aku menyambung menulis.aku pula?huh?menulis penat(type yg sebenarnyer).

aku melukis juga.kalau tibe2 rase nak melukis.tak teragak2 aku pergi cari drawing block dan membernyer.kgd2 aku rase aku tak normal.aku blh jadi bersemanga
t secara tiba2 haha.ade season aku gile dgn pc.godek sane sini.next season aku giler meroyan dgn photography.aku ade fotopage.hehe.aku suke menyanyi.ade ajak masuk pertandingan.tapi ade batasnye.maka cukup lah melalak sekadar berspot lightkan shower.ber mic kan getah paip. tak de penonton? tak per anggap tgh buat recording dlm studio hahaha.

kadang2 aku rasa minat aku itu tak sesuai dgn diri aku bila difikirkan semula.tapi ntah semula jadi begitu.aku .rounders.hm semua aku rasa.

aku blh kata.aku pun tak kenal diri aku.ini kan org lain nak kenal aku.takkan terjadi.aku sendiri tak selesa dgn diri sendiri.hm.org keliling aku selesa ke dgn aku?hm?mungkin.pasangan hidup aku nanti takkan kenal aku yg sebenarnyer smpai bile2.

bak kata org tuh'
nak kenal seseorang memakan masa sampai bila-bila

Saturday, January 20, 2007

bile kelate' bertemu aku..hikhikhik

ajar....

di petang yg nyaman..

aku:weh ko tau ker diaorg camner(tgh ngumpat nih..hehe)
kawan: tak taH^u(fush 'ha' pedas dia pekat tui)

bile mu nak ajor aku ckp kelate..ko ngan aku tak nak ckp kelantan..ngan kawe mu nak plak
................
le..ko ckp skit2 ngan aku blh ar pas nih aku ckp bahse ko lak
gapo mu?!
(aku buntu tak tau nak reply aper balik lalu..) TA DOK GAPO! GAPO!

pecah berderai dua2 ekor gelak ..kahkahkah

mu salah.len kali mu ghoyak gini. DOK. gAPO'(muke serius ajar aku)
HEHE tapi kalo bahse melayu kan kiter ckp tak de apa apa..logik ar kan?aku buat direct translation
pelik bunyi nye

gelak balik dedua

nyanyi...

aku:weh nyanyikan aku lagu kelantan teringin nak dgr aper2 lagu asalkan ade bunyi kelantan

dia:hm aku tak baper nak mahir ler

aku:ala pendek pun tak per

dia:ok ar aku cube(muke dia muker risau tapi tenang)

aku:......

dia:hm..hmmmm(tarik nafas)

aku:......

dia: caklipicaklepo(mulut terpele'ot2 aku tgk)

aku:kahkahkahkahkah

dia:naper mu gelak

aku:lagu aper tuh (dia baru nyanyi intro aku dah gelak)

dia:nak pakaikn budak lampin

aku:mau ker budak tuh dok diam?!(konfius..lagu tuh sungguh ler comel biler aku tgk kawan aku nyanyi..aku tak leh elak gelak ar)