بسم الله الرحمن الرحيم
Agak kesal aku tak menulis enam bulan yang lepas. Sekarang nak tulis pun tak berapa ingat. Jadilah sekadar beberapa keping memori untuk hiburan. Ehehe.
Tahun 2010
Satu keluarga aku dipanggil menghadirkan diri ke kursus haji. Malangnya, sebahagian sahaja dari kitaorang yang mampu mengaktifkan diri (Abang ipar + 4 beradik kitaorang yang tak pergi). Sedih, tapi sedih dalam redha. Tapi tak sedih sangat. Agak sedih la tapi tak berapa. Eh? Entah apa benda la yang aku cakap sedih tapi tak sedih, berbelit-belit. Agaknya naluri aku dah tau aku tak pegi kot, walaupun masa tu tak pasti lagi aku kena tangguhkan pergi haji. Perasaan aku agak kosong.
Bila waktu hantar depa, menitis jugak air mata waktu azan dilaungkan. Aku manusia yang sensitiviti nya terlampau nipis. Tengah azan aku boleh lari pergi bilik. Terlalu banyak tonton drama korea barangkali. Sebak tak tau nak kata.
Tahun 2011
Sehari sebelum bertolak. Di kampung, konon-konon tak nak lupakan perasaan teruja tu maka aku snap jam arabic bertarikh mengujakan itu.
Walaupun nama dah masuk list, tapi cuak masih ada. Ye lah, rezeki di tangan tuhan. Sesaat sebelum bertolak pun Allah boleh buat nama kita kene shrettttttttttt (bunyi dakwat ballpen memotong nama) dari senarai tetamu-Nya. Cuak, aku sangat cuak. Jadi aku tak boleh nak excited sangat, tapi sambil lewa pun tak boleh.
Pergi kursus haji, nak bercakap dengan orang pun aku tak berani.
"Pergi Haji nya bila?"
"(diam kejap) InsyaAllah tahun nih"
"Beruntungnya kamu"
"Eh eh eh eh, makcik insyaAllah makcik kalau takde aral" aku sudah cuak. Baru bulan berapa kot masa tu. Jauh lagi tempoh dengan penerbangan haji. Macam-macam-macam-macam boleh jadi, bila aku kata macam-macam memang 1001 jenis aral boleh muncul. Walau begitu, bak kata angah, situasi begini membuatkan aku yang muda ini yang selalu alpa, leka, ralit untuk bersyukur, sedar akan nikmat yang Allah bagi. Alhamdulillah, besar jasa ayah mak daftarkan anak-anaknya pada zaman dahulu.
- Nota: Pada bakal jemaah haji, pergi kursus haji itu bagi aku amatlah penting. Bagi mengelakkan dari mengundang sebarang kesilapan remeh yang sepatutnya boleh dielakkan dari berlaku ketika di tanah arab. Bak kata, teman haji aku (seorang opah sebenarnya) "ha itu ler tu, tak pegi kursus le tuh"
Selipar yang aku,abang aku dan adik aku gunakan. Lagi mudah. Aku atas flight pakai ni, pegi mesejid pakai ni, pegi ronda2 safwa tower, pegi tandas. Yang perempuan of course kene pakai stokin. Yang lelaki, terbukak lima-lima jari.
Ada tiga jenis kursus dulu, kursus haji - kursus intensif - kursus perdana. Time separuh dari family aku pergi masa tahun 2010, aku tak tau pun depa kene hadir tiga-tiga nih. Huhu. Betapa ignorantnya aku. Kursus haji, cam biasa lah, kursus hujung minggu. Kursus intensif, aku tak berapa ingat. Tak salah aku dia buat 2 hari. Ada ujian. Ingat sesenang je ke boleh pergi haji? Ada ujian ko tau. Tak lulus nama kena kensel. Ehehe, jangan panik, part nama kene kensel aku main-main. Kursus ni aku buat dengan akak aku and abang ipar aku. Masa ujian, abang ipar aku score markah penuh 25/25, aku tak score penuh. Homaii, dengan pantas aku sms adik aku (dia kursus intensif dengan abang aku kat kampung).
"Weh ko score ujian intensif berapa?"
"24"
Fuhh, mohtip aku tarik nafas lega? Ahahahaha, haruslah aku kecewa kalau adik aku score penuh. Walaupun ujian sekadar menguji pengetahuan, tapi impaknya besar pada kami budak-budak ni yang hidup masih bergelumang dengan kertas ujian :)) .
Dalam bas menuju ke lapangan terbang. Di escort. Fuh rasa special sungguh. Ini memang teruja. Tapi teruja di lubuk hati udah le. Sampai pun belum lagi kekdahnya. Terima kasih brader2 polis trafik yang mengistimewakan kami.
Kursus perdana, buat secara besar-besaran kat masjid di setiap negeri. Praktik betul-betul macam tengah buat haji. Yang penting soba soba soba. Kat sini pun dah 'macam-macam ada'. Ehehe.
Contoh, berbaris nak mandi, kalau lah orang tu baru masuk, dalam 5 minit, kau ketuk2 pintu suruh cepat. Anggaplah, kot lutut dia sakit tak boleh laju-laju ke. Masing-masing ada ruang masa, jangan risau, sian kalau diketuk2 pintu tuh. Buatnya orang dalam tu gelabah, karang ada baju seluar dia terjatuh, kan kesian tuh. Lagi lama la dia duduk dalam tuh, dok mikir nak buat apa, bila baju seluar dah basah. Ha padan muke diri sendiri je le kita ramai2 yang tengah berbaris, ketuk la sampai roboh pintu tuh. Kuikuikui.
Contoh, berbaris nak mandi, kalau lah orang tu baru masuk, dalam 5 minit, kau ketuk2 pintu suruh cepat. Anggaplah, kot lutut dia sakit tak boleh laju-laju ke. Masing-masing ada ruang masa, jangan risau, sian kalau diketuk2 pintu tuh. Buatnya orang dalam tu gelabah, karang ada baju seluar dia terjatuh, kan kesian tuh. Lagi lama la dia duduk dalam tuh, dok mikir nak buat apa, bila baju seluar dah basah. Ha padan muke diri sendiri je le kita ramai2 yang tengah berbaris, ketuk la sampai roboh pintu tuh. Kuikuikui.
No comments:
Post a Comment