Tengah feeling-feeling ingat zaman haji 2011 walau skang dah 2014. Mentara ada umur berazam nak coretkan sampai abis. Tapi takde mood. Eh?! Ya Allah dah 2015! 2016? Fuh

Saturday, November 23, 2013

Korea


Incheon-Gimpo

"Ayah nak pergi Korea boleh?"

Gaya menanya macam Korea tu sejam dua je dari rumah. Muahaha. Ala-ala dari Teluk Intan ke Kampung Gajah.

"Buat apa?"
"Pi tengok kawan."

Aku ada kawan zaman sekolah yang belajar kat sana. Aku penah kata pada dia, nak pergi tengok kau lah kat sana. Masa tu aku belajar lagi, mana la banyak 'du' nak merantau merantau nih. Ayat yang sama aku pernah kata pada kawan aku yang belajar di US. Kawan aku yang kat US dah balik sini dah pung.

Aku tak sangka, aku kotakan apa aku cakap. Kamsahamnida 4JJI



Tulisan aku cakar ayam. Aku tau. Itu encrypted, kalau decrypt, cantik je(bwahaha). Jawatan aku tu bukannya betul, jangan lah caya.






Tuesday, November 12, 2013

2 hari saja

Apa kamu rasa kalau ada manusia lain kata. Kamu bole hidup sampai lusa sahaja.


Mak sahabat aku sakit.
Lung cancer.
Stage four.


Rasa kosong.
Tak tahu apa yang perlu aku kata.

Tuesday, October 22, 2013

Annyeonghaseyo


 Teman kawan UM aku pergi beli barang. Sambil jalan santai, sambil borak.

"Aku nak gi obersea." kata aku dengan nada biasa.
"YE KE?! dengan family?!" terkejut lagaknya.
"Tak bukan dengan family. Nak jumpa kawan" bermuka biasa lagi.
"ye le tuh." nada mengejek.
"Betul aku nak g tau" bermuka tiada perasaaan lagi.
"pegi le~" nada tak kuasa nak melayan lawak buduh tiada motif.

Aku nak pergi berjalan. Tak aku khabarkan pada sesiapa. Tarikh makin dekat, takut pulak kalau ada yang tersinggung sebab tak tahu.( Atas dasar apa orang nak tersinggung tahu ko berjalan?! ingat ko retis?!) Aku tak femes pun LOL. Kawan yang bole kira dengan jari tu la yang aku takut tersinggung kalau tertahu lepas ni. Maka aku approach sorang2 untuk beritahu.

"Awak tu kalau bergurau pun muka serius mana laa saya nak cayaaa"

Dalam wasap gang office. Tiba-tiba ada kawan lelaki dengan riangnya buat announcement.
"Aku nak pegi vietnam dengan family tahun depann. Sapa nak order barang sila lah. :) "

Baik betul mamat ni, siap bukak order list lagi. Segan ar aku kalau tiba-tiba depa tahu aku berjalan tapi tak offer. Huhuhu. Duit iols mana banyakkk nak bukak order listt. Depa tak tahu lagi aku nak merantau sebentar. Kesempatan ada, lalu aku sampuk



petiais: Aku nak gi korea ni, sapa nak order barang?

petiais: satu dua tiga empat lima

petiais: order list ditutup. huahuahua

mojako: serius?! pegi dengan sapa?! (ni peminat k-pop tegar, harus lah teruja)

mickey: ko caya la cakap dia tu

mojako: aku tau. aku layankan ajaa~



Kawan rapat dari pelbagai zaman.
Zaman sekolah, zaman U, zaman kerja.
Arakian tiadalah siapa percaya aku.
Kasihannya.







 *   *   *   *

Di satu situasi yang lain.

"Achik pegi korea?!! "

Tanya Sufiya menempik sambil tengok aku yang duduk jauh dari dia. Aku sengih. Sufiya beralih pandang pada mommy di depan dia.

" SUFIYA tak pernahh pergi KOREAA!" bunyi macam mengadu dengan mommy dia.

"MOMMY punn!"



Thursday, October 17, 2013

Kasut sekolah


"Halo achik"
"Ya"
"Achik basuhkan kasut sekolah sufiya. Tolong."

Sufiya darjah satu. Atas sebab hal kecemasan, kakak aku sekeluarga pergi bertandang ke rumah saudara. Tinggal lah aku seorang di rumah di hujung minggu.


Zaman aku darjah satu.
Kasut aku cuci sendiri, baju sekolah aku seterika. Aku ramai kakak, jadi agak logik lah di umur macam tu buat kerja sendiri. Dibuli kakak aku lagi ada. Budak darjah satu seterika baju sendiri entah betul entah tidak. Disuruh pulak kakak yang darjah lima  untuk iron kan baju dia.

Bila borak dengan kawan darjah satu aku, dia kata semua benda dah ada orang siapkan.
Ini borak kanak-kanak darjah satu. Aku memang random. Benda tak mustahak aku bole ingat sampai ke tua. Buku belaja, harammmmmmmm.

Tanya aku pada kawan aku.
"Siapa yang buatkan?"

Dia anak orang kaya. Aku selalu rasa dia cuba merendah diri.
Jawab dia cuba berselindung, "Mak cik". Masa tu aku rasa waahhhhh ada orang gaji macam dalam TV. Baju disiapkan, tak payah kelam kabut korek bakul baju nak pergi iron. Kasut hari Jumaat kotor, hari Isnin tadaaa putih bersih kasut sekolah Bata.

Wahhh~





Agak-agak, kawan-kawan sufiya kagum tak, sufiya ada tukang cuci kasut di rumah.




Mungkin dulu, kawan aku benar-benar maksudkan mak cik dia.




Friday, September 20, 2013

Hantu Hempap


JUMAAT

Di tengah malam. Sakan kawan-kawan ofis aku berborak pasal hantu. Mukadimah dibuka oleh yang lelaki. Si Husni. Cerita Husni...

"Aku rasa paling aku seram bila aku kena hempap. Bila bukak mata gelap je. Padahal siang masa tu. Dan dan nampak benda tu betul-betul atas dada aku...Masa tu nak jerit. Tak keluar apa.. Tak sanggup bukak mata..Pejam mata baca ayat apa-apa sampai bole keluar suara, dapat gerakkan badan. Bukak mata dah tak ada."

Bersungguh mood seram dinaikkan.
Tiba giliran aku..


Petiais: Aku tidur bawah alang. Selimut satu badan...

Sedang asyik aku mengarang cerita(Menaip).

.

.

.

.

.

.

.

Zeera: Macam mana awak boleh tidur bawah alang lak? Terjatuh? Kenapa tak tolak je alang tu tak pun kejutkan dia ke?

.

.

.

.

.

.

.

.

Husni: Zeera........ Alang tu bukan orang





Potong betul


Friday, September 13, 2013

Puisi 'awak'

CMbuRu kRnA sy cntAkn awK.
 MrH kRnA sy aMbiL bErAt tTng awK.
 B'miMpI kRnA sy rnduKn awK.
sdiH kRnA sy tkuT k'hiLanGan awK,



Seperti orang buat tebiat saja kalau aku yang tulis puisi awak ni. 

Subuh-subuh dapat mesej begini bagus betul. 

Cerah biji mata nak bangun tido.

Balas aku.

Cintakan manusia kerana Allah itu lebih baik. 
Tiada yang kekal melainkan Allah. 


Ecey. 

Muslimah benar ayat aku macam tak kena je. 

Lalu aku tokok juga di bawah



Nota kaki: Dik. Kalau dah marah, memang nak marah. 
Takde maknanya ambik berat bagai LOL. 



Friday, September 06, 2013

Sesaat sumbang


Subuh menjengul
Senja kembali
Kadang-kadang gelita
Relevankah? Entah.


Untuk tidak menghiraukan tekanan 'traffic jam', radio dipulas ke volume tahap maksima. Berkaraoke lah aku demi menimbulkan perasaan gembira di tengah-tengah lautan motokar. Bila ingat mati, aku tukar stesen radio.

Pernah sahabat mengikut aku arakian motorsikal beliau rosak. Aku rasa aku seorang yang bising, tapi tidak termenang dengan sahabat yang ini. Berkata tanpa noktah. Semput aku rasa di telinga. Kata dia, "kau ni seorang yang tenang walau dalam traffic sesak macam ni." Kata-katanya aku sahut dengan sengih sebelah di pipi kiri. Sebab aku rasa dia hanya nampak pipi kiri aku saja.

Tiba-tiba

"OIIII KO TENGOK TU!!?" Sepetir suara beliau melintas pandangan memandu aku. "wAAA!" Menjerit aku.

Kemudian dia komen, "Kau ni tenang, tapi mudah terkejut." Terangkat kening aku. Kalau dah kau pekik tak tentu hala tiba-tiba siapa yang tak terkejut. Cer citer sikit.

Mata aku kecik. Kadang-kadang risau juga kalau aku tertutup mata dek keletihan memandu dalam kesesakan. Untuk hilang kan mengantuk aku ikut radio menyanyi. Menyanyi dalam keadaan tingkap terbuka. Mata sudah seperti berat mahu terkatup saja lihatnya.

Sedang asyik memandu menyanyi berlawan dengan angin 90 kilometer sejam. Kamera ada, 90 sahaja lah. Ada sebuah motorsikal memintas aku mengikut lorong pantas. Perlahan saja sepertinya. Sebaik sahaja si pemuda penunggang motor kapcai melepasi tingkap aku, kelajuan kami seiring. Dia betul-betul di muncung motokar aku. Kelajuan seiiring membuat aku awas dengan kedudukan dia. Asyik aku melihat, si pemuda angkat tangan tanpa menoleh ke belakang. Angkat tangan tanda peace sambil melihat aku melalui cermin sisi. Aku rasa dia senyum.

Oh. Mata aku kembali cerah.

Diusik di tengah jalan. Jalan lebuh raya. Tersengih sendiri.

Tiba-tiba tidak mengantuk.

Perlahan-lahan tingkap aku naikkan.

Perempuan. Diusik begitu sahaja sudah tersengih sumbang.



Saturday, July 27, 2013

Ilmu Hitam




Santau. Guna-guna.

Guna-guna bukan gula-gula.

Kalau terdetik, kalau. Terdetik, tak apa lagi. Jangan buat.

Mati esok pergi mana? Menghadap Dia. Jangan lah buat.

Kita tak selamanya di dunia. Semua orang akan mati.

Yang kekal hanya Dia.




--Salam Ramadan--



Friday, June 14, 2013

Hajah Petiais

'Ko dulu matrik mana?'
'London. Kalau translate melayu . Londang'
'Oh mesti rajin pegi masjid'
'Haha aku manusia normal'

Sahabat aku suka anggap aku sangat alim sangat itu sangat ini. Sebab?

Sebab dia tahu aku hajah. Kemon aku pun iman tak tetap. Tapi bagus lah dia ikut yang dia nampak elok kat aku kan. Hehehe.

Kadang-kadang aku rasa berdosa. Sebab?

Kitaorang biasa lunch kat foodcourt yang harga sangat bantu penjimatan. Dan. Yang aku suka juga. Tandas mereka. Aku buat macam tandas kat rumah cuci tandas macam air tu aku bayar hoho. Nak jadikan cerita aku suka sangat tandas foodcourt sampai sanggup tahan sakit perut tak nak pakai tandas office. Tapinya aku kena tunggu sampai waktu lunch sebab foodcourt agak 5 6 minit berjalan kaki.

Bila tiba waktu lunch, kawan-kawan aku pergi beli makanan aku selinap pergi ke tandas. Satu lagi tabiat aku, aku suka cuci muka kalau rasa muka berminyak. Elok aku selesai dalam tandas, aku sekadar bilas muka dengan air paip.
Dan.....
Tisu tiada. Lalu aku sekadar tarik lebihan air di muka dengan tangan. Dan berjalan semula ke tempat kawan-kawan aku berkumpul. Berjalan lah aku dengan muka bersisa air. Elok aku duduk. Kawan lelaki aku tengok aku. Seraya bertanya

'Ko solat sunat ya?' sambil senyum.

Dia fikir aku dhuha. Hehehe. Aku balas dengan senyum je la. Tak mampu nak sebut yang sebenarnya. Lol. Hahahahahaha.

Aku pernah bekerja di cyber. Di surau macam-macam orang aku jumpa.

Nota: Kalau pakai telekung surau lipat la elok-elok balik. Orang seterusnya nak pakai telekung yang diletak macam ada ular sawa dalam kain tu pun boleh jiwa kacau. Bila korang sidai elok-elok baru la telekung tu berangin dan kesan basah korang boleh kering. Ada paham? Tu la fungsinya sidai elok-elok.  Bersih itu sebahagian dari iman. Kalau budak-budak buat paham la jugak.

Balik pada surau cyber tadi. Aku selalu tembung dengan seorang makcik ni. Beliau tak bertudung, tapi bila solat sangat khusyuk. Sangat. Bila berdoa dia berdoa sangat lama. Aku pun jadi malu dengan beliau. Kali terakhir aku kat surau tu. Beliau dah bertudung.


Kadang-kadang kita tak tahu boleh jangka apa akan jadi pada masa depan.

Ada member suka panggil aku dengan panggilan yang tak menggambarkan aku.




Tapi ok gakkan, sekurang-kurangnya depa mengingatkan pasal dosa.

Tuesday, April 09, 2013

Cerita Haji: Bila?


Borak-borak makan tengah hari.

Sepatutnya makan bertiga, tapi yang ketiga lambat turun. Berborak lah dulu aku dengan abang b0-tak. Aku panggil dia abang b0-tak, sebab itu yang terlintas bila pertama kali berjumpa. Langsung lekat, tapi tuan badan tak tahu. Hohohoho.

Kami borak pasal hukum. Kalau tengok penampilan aku, serupa budak tak semengah.  Entah apa yang menghairankan dia

" Wah, tahu banyak juga ya. Bila ?"

Kami ini sudah serupa abang dan adik.  Dia sudah kahwin. Sayang. Erk?! Pui pui pui. Maksud aku, sayang, kalau solo boleh buat abang ipar. Hahaha.

" Apa yang bila?"

Diingatkan, kami baru sahaja berborak isu serius, maka haruslah muka aku sangat serius ketika ini. Tapi kurang tangkap apa yang bila.

" Bila lagi?"

Aku tenung dia dengan muka penuh persoalan. Dia sengih.
Ah.
Aku mula dapat tangkap.
Tiba-tiba.

Aku rasa segan. Motif? Huahuahua. Tak-tak, jangan fikir bukan-bukan. Aku segan sebab siapa lah aku, rupa tak berapa sangat. Ilmu dapur ilmu itu ilmu ini wallahualam. Nak cakap lebih-lebih pasal cari jodoh tak mampu aku eh. Bapak aku pun tak pernah tanya lagi, bila nak kahwin.

Terus aku alih pandangan ke tempat lain. Mungkin dia perasan aku sudah segan dengan soalan tu, dia alih perhatian aku.

"Pernah pergi kursus kahwin ke?"

Aku pun ambik peluang alih fokus, pong pang pong pang aku cerita aku pergi kursus kahwin dengan tak bersalahnya. Alasan aku ke kursus kahwin, walaupun takde misi nak kahwin, kononnya sebab dengar akan datang, kursus kahwin akan dilanjutkan 3 hari. Dah pongpang baru aku terfikir.


'Aiseh, kursus kahwin banyak cerita yang bukan-bukan. Alamak alamak malu, malu, malu'


Lalu aku cover semula.......
(bersambung)

*          *          *

~Flash Back 1432 Hijrah

Mina.

Keberadaan kami di situ, menjalani ibadah haji tanpa ada emak ayah mengiringi, sedikit sebanyak mengundang perhatian orang. Bila mahu melontar ada lah yang ikut bersama. Seorang dua makcik yang datang tanpa suami, perlukan penguat keyakinan untuk diaorang nak beribadat. Okay kan aja. Kalau siapa pernah baca cerita aku pergi umrah dulu mesti ingat. Kehkehkeh. Makcik-makcik ni kami layan macam layan budak kecik. Esok-esok kita pun gitu juge ye, hati polos je bila makin tua. Harapnya polos lah mintak jauh dari keras kering sudah.

Kami melontar pagi-pagi sebelum masuk subuh. Ada satu pagi (kurang dari 4 pagi waktu sana) aku verimpian nak ke tandas. Berbaris punya baris, tiba-tiba adik aku ke akak aku panggil, ajak pegi melontar. Huhuhu gundah gulana la hati, lagi dalam 3+ orang je lagi, nescaya aku mungkin di dalam tandas. Tapi aku kene pergi jugak, sebab sebelum orang ramai menderu-deru kat tempat melontar. Waktu yang dikatakan waktu afdhal memang padat abis! Jalan seinci-seinci aku rasa.

Hati punya berat nak tinggalkan barisan. LOL. Hoho. Dengan hati berat merentas barisan2 yang wujud depan 10 pintu toilet untuk ke khemah aku, aku doa la jugak ' Huhu moga tak sia-sia la giliran barisan aku tadi'. Dalam beberapa barisan yang memang sesak aku rentas, aku terserempak ngan makcik pakai kerusi roda. Anak perempuan dia tolak. Tapi dia muka cam susah hati. Rupanya dia tengah berbaris. ' Mak cik nak ke tandas?' Dah tu dia macam serba salah, agaknya dia rasa bersalah sebab susahkan anak dia kene tolak dia, berbaris lagi pulak. Agaknya orang depan pulak tak nampak kot kewujudan kerusi roda di belakang diaorang. Anaknya pulak jenis pendiam barangkali.

Aku pun hohoho, rasa cam santa claus pun ada. " Makcikk maih ambik barisan saya, tadi saya beraturr tapi kene pegi lontar ni (ni memang bunyi kecewa abis tak dapat masuk tandas hahaha) Meh meh meh meh." Aku tarik kerusi dia, sambil mintak laluan. Aku penah katakan dulu, aku adik beradik kalau bercakap memang hmm, hilang sopan santun bagai. Dah aku heret kerusi dia sampai ke barisan aku, tinggal lagi 2 orang kot, dengan sungguh-sungguh aku pesan " Makcikk turn makcikk lepas orang ni tauu, lepas orang ni tauu" kuang2 sebab orang yang turn dia belakang aku tadi, tak mo berganjak ke belakang. So aku pesan banyak kali sampai orang yang depan pintu toilet pun dengau. Huahuahua. Ada sifat tak baik tersirat ni, mohon jangan ditiru. Hehehe. Astaghfirullah. Dengan baik hatinya makcik/akak tu dia pelawa makcik kerusi roda masuk dulu. Rezeki dia.

Tips: Kalau di tandas, yang kurang upaya dan orang tua(benar2 tua) didahulukan. Diaorang tak perlu berbaris. Tapi adab ar mintak izin pada yang berbaris. Makcik/Nenek kalau orang tu tak kasi, makcik cangkung je depan pintu toilet, ada longkang kat situ. Eh tak gurau2. Ko jangan tak caya, ada nenek ni dia buat ko tau. Sejak kes nenek tu buang air depan pintu toilet, gara2 takda sapa peduli dia, kalau orang nampak orang tua, terus orang tolak ke depan " bagi dia dulu bagi dia dulu,karang ada yang melepas kat luar tandas"
Dalam 4 pagi kitaorang berjalan ke tempat jamrah. Suasana agak lengang. Elok lah waktu begini, udara pun segar-segar je. Sebelum bertolak, masing-masing bersedia dengan wudhuk. Di tengah-tengah perjalanan, azan subuh masuk, kami akan bentang tikar tempat yang sesuai dan solat subuh. Tapi kalau terbatal, ada tandas di pertengahan jalan sebelum tiba ke tempat jamrah. Lekas-lekas sikit, sebab kalau korang lengah-lengah, orang makin ramai, nanti 'jaga' akan halau sapa yang ada potensi halang laluan, depa takut korang la terkena sepak pijak ke.

Tips: Kalau ada orang bukak jemaah, join lah. Kalau tak join jemaah ke hapa, semayang sendiri tapi pastikan solat dekat-dekat dengan kumpulan tu. Lebih selamat bila berkumpul dengan orang yang solat, bila kumpulan solat besar, orang nampak, dan potensi kene halau sebab takut disepak or dipijak itu rendah. Kadang-kadang kitaorang join kumpulan Indonesia solat.

Tips:Bawak tikar ,spray wudhuk. Aku tak tau la keyakinan korang dengan spray wudhuk macam mana. Ikut hati korang lah. Ada pakcik-pakcik tegah aku pakai spray wudhuk. Mungkin takut tak kene seluruh. Tapi nya aku, kalau pakai spray wudhuk memang lenjun muka tangan kaki, korang teliti lah cara nak pakai macam mana. Tabung haji ada video. Air aku tadah pun, aku make sure air yang memang dari paip yang takde tercemar dengan sentuhan dari tangan. Pst, aku dan adik beradik, berwudhuk dalam telekung yang macam kelambu. Itu lah bilik wudhuk kami kalau dalam masjid. Tapi kalau batal wudhuk yang timbulkan was-was abis, korang pergilah tandas.

Bila dah solat subuh, sambung berjalan dan melontar. Lega lah hati. Melangkah pulang ke maktab dengan pemandangan langit mula cerah dengan udara nyaman sejuk. Wah perasaan aman best. Sambil jalan sambil pikir juga, mau sarap apa pagi ini. Hehehehe. Roti canai ada ko tau. Barisan memang pergh. Barisan lelaki ar mantap. Memang panjang. Gamaknya kalah barisan burger bakar yang orang kata famous tuh. Huhuhu. Alternatif lain, guna jemaah perempuan untuk berbaris, barisan perempuan lebih menenangkan hati. LOL. Itu je satu-satunya kedai yang jual roti canai. Lebih kepada roti telur sebenarnya.

Masa awal-awal makan dengan makcik-makcik di khemah. Ecece ada yang berkenan dengan along, padahal mak beranak dua. Pft. Adik aku, ada makcik yang bertanya kerja di mana belajar dulu di mana itu ini di mana blablabla lain macam galinya. Makcik-makcik fikir aku adik yang bongsu.

Ah mana lebih riak, kelihatan seperti anak dara, kelihatan keibuan atau kelihatan seperti adik bongsu muda remaja ehem ehem. LOL.


*          *          *

'Aiseh, kursus kahwin banyak cerita yang bukan-bukan. Alamak alamak malu, malu, malu'


Lalu aku cover semula.......

..........." tapi saya banyak tidor je"

*Kalau ada kudrat, lain kali kalau dia tanya, patut aku jawabkan saja
" Tolong carikan satu. Jadi adik ipar pun boleh" Hewhewhew =B


Wednesday, March 27, 2013

Cerita Haji : Singkap cerita Mina

Di Arafah semalam, di Mina tiga malam.


             Fuh. Banyak kenangan. Terutama mee segera. Motif hubungan mee segera dengan Mina?! Hahaha. Kat sana makanan tu yang paling banyak dibekalkan. Kalau time belaja, nak beli maggi rasa cam mahal, namun nikmatnya tak terperi. Tapi kat Mina (pendek kata, sepanjang Haji) senang sangat nak dapat. Aku paling tak boleh terima bila tengok makcik-makcik baya mak aku makan maggi. LOL. Mak aku dulu nurse, makan maggi adalah sangat NO NO NO. Aku membesar dengan gambaran maggi terletak di kedudukan paling corot dalam senarai makanan. Melihat makcik pakcik usung mangkuk ada air panas untuk rendam maggi, pemandangan yang hmmm..Lol.

            Di Mina, tanggungjawab jemaah adalah melontar. Waktu yang selebihnya, pandai-pandai lah korang manfaatkan. Bila tang manfaat ni mesti aku teringat kat mak aku. Aku pegi haji tanpa mak ayah, adalah janggal sekali rasanya. Mak aku seorang yang 'Nah ambik buku doa ni, jangan nak termenung', lepas tu anak yang banyak mulut menjawab ' mana mak tau tun termenung, entah-entah tun tengah zikir ke?' tapi tangan tetap menggapai buku doa mak. Terang-terang sebut entah-entah, nampak sangat bukan jawapan sebenar. Kehkehkeh.
Tips: Rancang masa, dan ibadat yang ingin dibuat. Contoh, hari ni aku nak zikir 1000000 kali. Capai target tu. Atau hari ni nak baca Al-Quran 20 page. Atau atau macam-macam atau la. Untuk lebih mudah buat catatan. Tandakan untuk kepuasan jitu di sudut jiwa yang anda dah buat. Tapi tak payah ar pulak pegi snap lalu muatnaik ke facebook. Itu kalau ada button unlike, mesti malaikat raqib makhluk pertama unlike. Rancang itu penting sebab kita bukan selalu ada di situ dan di waktu emas sebegitu.
          Tandas punya cerita. Haaaaaafuuuhhhhhhhhh ( tarik nafas hembus nafas). Ini tempat nak menguji iman baik punya. Pehhh macam-macam adegan bole jumpa kat sini. Barisan dia berjelas usah kata, ada dalam 10+ tandas, ini pun aku tercampur sekali tandas lelaki yang dicekau perempuan. Jangan lah anggap kami perempuan ni memang sifatnya tak senonoh semua pun main hentam huhu, memang tak boleh nak buat apa. Bilangan jemaah perempuan lebih ramai dari jemaah lelaki. Tandas pulak dia bahagi sama rata untuk lelaki dan perempuan.


       Tetiba aku teringat ada sorang pakcik ni 'Pi belah sana, tandas laki kosong, pegi belah sanaa'. Sangat gentleman okehhh! Beruntung isteri dia, dapat suami memahami. Ada jemaah lelaki terang-terang tunjukkan tak suka perempuan pakai tandas lelaki, mungkin mereka kurang faham tak po lah. Aku bagi maklumat sikit, perempuan ni bukannya suka-suka pakai tandas lama-lama. Kami ni kene lah bersih nak solat (wuduk a.k.a bersih dari hadas besar dan kecil), anggota badan kami mencetuskan najis (lebih detail pegi cari sendiri) maka itulah kami sering ke tandas.
   
       Sabar. Itu magic word kalau berbaris di tandas. Jangan layankan rungut, gigit lidah sambil zikir lebih afdhal. Aku tak kata aku baik sangat, tapi kebetulan memang sifatnya adik bradik aku ni lebih suka senyap kalau berada di situasi begitu, mungkin sebab mak kami yang rajin merancang. Kalau mak aku ada agaknya time aku berbaris nak masuk tandas masa tu, mesti dia kata ' Berzikir lidah tu! Jangan nak menung kosong je' hahaha.

       Suasana merungut memang akan ada, cuma pandai-pandai lah kau handle jemaah begitu, jangan kau layan sekaki jugak dah le ;p. Fikir macam ni le, letak diri sendiri di tempat jemaah dalam tandas tu. Kesian dia kene kalut-kalut sebab orang luar dah sindir-sindir. Tapi tapi tapi, kalau ko dah masuk dalam tandas jangan ar bahagia sangat, buat apa patut dan keluar.
     
Adegan 1:    
Adik aku tengah berbaris nak masuk tandas dan di saat tiba giliran dia, tetiba ada sorang makcik potong barisan sambil kelam kabut cakap kat adik aku, 'Mintak maap yaaa makcik masuk kejap jee', sedikit sebanyak begitulah permintaannya pada adik aku. Adik aku pun nak cakap ya pun tak sempat, makcik tu terus masuk tandas dan tutup pintu. Masa berlalu, adik aku dah terasa lama semacam. Dia terpikir nak intai bawah pintu. Ruang bawah pintu tu tak besar dan tak kecik, kira ko tunduk sikit ko boleh nampak kaki orang dalam tandas. Sekali adik aku intai, makcik tu cuci baju daaaa. Hohohoho. Apakah yang terjadi? Husnuzon je le baju dia jatuh, macam yang jadi kat aku hari tew.

Adegan 2:
Aku berbaris. Aku ada satu kebiasaan, aku kurang gemar berdiri dekat2 dengan orang. Baik orang belakang, baik orang depan. Makanya adalah terjarak sikit aku dengan orang depan. Sikit aku ulang. LOL. Dari dalam lima orang, sekarang orang depan aku dah depan pintu tandas. Hati berbunga usah kata. Elok orang depan aku masuk tandas, aku pun cuba lah berganjak ingin ke depan pintu, tapi tak sempat buat, ada makcik dari line sebelah terus masuk line aku dan berdiri depan aku. Barangkali line kitaorang nampak laju perjalanannya maka beliau terpikat. Aku macam agak hm..... Huhu aku rasa kene buli. Hahaha Jangan tak caya, situasi haji selalu aku serempak kes gini. Orang tua buli orang muda kehkehkehkeh. Bukan lah aku tak nak beralah cuma... Entah pepandai korang lah pahamkan. 

Kesahnya aku kembali menjadi orang kedua dari pintu. Aku tengok akak line sebelah dah tengok2 aku, aku pun dengan harapan makcik tadi akan rasa bersalah bila akak tu pandang2 semacam. Tapi harapan, haa~rapannn menjadi layu~. Kurang-kurang, 'makcik nak potong queue boleh tak, nak?' Hakhakhak. 

Ha yang seterusnya agak menarik. Bukanlah menarik sebab suka tengok orang terkena. Maksud aku, aishhh pepaham lah korang. Barisan yang makcik tu tinggalkan, pergerakan keluar masuk tandas amatlah rancak sekali. Di mana aku kira, kalau makcik tu maintain berbaris di barisan dia tadi, barangkali dia dah lama masuk tandas. Terus tak keruan makcik tu, macam nak masuk barisan lama.


Tips: Tips di tandas. Er...er.. sabar sabar sabar. Kalau perempuan yang datang haid, pilihlah waktu yang betul, waktu yang orang tak solat, pad tu dah cuci buang dalam tong sampah. Kesian petugas haji yang kena kutip selonggok pad padahal bukan dia yang pakai. Kalau perempuan yang solat, err....pandai2 korang la hidup. Berbaris jangan bukak mulut. Tapi senyum jangan lupa.