Tengah feeling-feeling ingat zaman haji 2011 walau skang dah 2014. Mentara ada umur berazam nak coretkan sampai abis. Tapi takde mood. Eh?! Ya Allah dah 2015! 2016? Fuh

Friday, September 06, 2013

Sesaat sumbang


Subuh menjengul
Senja kembali
Kadang-kadang gelita
Relevankah? Entah.


Untuk tidak menghiraukan tekanan 'traffic jam', radio dipulas ke volume tahap maksima. Berkaraoke lah aku demi menimbulkan perasaan gembira di tengah-tengah lautan motokar. Bila ingat mati, aku tukar stesen radio.

Pernah sahabat mengikut aku arakian motorsikal beliau rosak. Aku rasa aku seorang yang bising, tapi tidak termenang dengan sahabat yang ini. Berkata tanpa noktah. Semput aku rasa di telinga. Kata dia, "kau ni seorang yang tenang walau dalam traffic sesak macam ni." Kata-katanya aku sahut dengan sengih sebelah di pipi kiri. Sebab aku rasa dia hanya nampak pipi kiri aku saja.

Tiba-tiba

"OIIII KO TENGOK TU!!?" Sepetir suara beliau melintas pandangan memandu aku. "wAAA!" Menjerit aku.

Kemudian dia komen, "Kau ni tenang, tapi mudah terkejut." Terangkat kening aku. Kalau dah kau pekik tak tentu hala tiba-tiba siapa yang tak terkejut. Cer citer sikit.

Mata aku kecik. Kadang-kadang risau juga kalau aku tertutup mata dek keletihan memandu dalam kesesakan. Untuk hilang kan mengantuk aku ikut radio menyanyi. Menyanyi dalam keadaan tingkap terbuka. Mata sudah seperti berat mahu terkatup saja lihatnya.

Sedang asyik memandu menyanyi berlawan dengan angin 90 kilometer sejam. Kamera ada, 90 sahaja lah. Ada sebuah motorsikal memintas aku mengikut lorong pantas. Perlahan saja sepertinya. Sebaik sahaja si pemuda penunggang motor kapcai melepasi tingkap aku, kelajuan kami seiring. Dia betul-betul di muncung motokar aku. Kelajuan seiiring membuat aku awas dengan kedudukan dia. Asyik aku melihat, si pemuda angkat tangan tanpa menoleh ke belakang. Angkat tangan tanda peace sambil melihat aku melalui cermin sisi. Aku rasa dia senyum.

Oh. Mata aku kembali cerah.

Diusik di tengah jalan. Jalan lebuh raya. Tersengih sendiri.

Tiba-tiba tidak mengantuk.

Perlahan-lahan tingkap aku naikkan.

Perempuan. Diusik begitu sahaja sudah tersengih sumbang.



No comments: