Tengah feeling-feeling ingat zaman haji 2011 walau skang dah 2014. Mentara ada umur berazam nak coretkan sampai abis. Tapi takde mood. Eh?! Ya Allah dah 2015! 2016? Fuh

Saturday, December 26, 2009

Cinta terakhir

.
.
.
.

Aiman - Cinta Terakhir


website





.
.
.
.

Saturday, December 12, 2009

pandang pertama

ada meeting di pagi isnin.

Bulan tu bulan pertama akak ni masuk kerja. Tak ramai orang yang dia kenal. Lebih kurang lone ranger. Sampai di pejabat, terus siap2 nak ke tingkat 4, the highest floor. Jauh melangkah, sedar2 dah tiba di pintu meeting room. Ada lelaki menanti di pintu masuk.

Akak ni tengok lelaki tu dengan tanda tanya. Langkah terhenti dek laluan terhalang oleh lelaki tu. Suasana terhenti seketika.

Lelaki: AWAK SIAPA?(ada kerek di situ.)

Akak ni: eh?(terkejut disergah tanpa salam, adab jauh sekali.)
Akak ni: ENCIK NI SIAPA??(kerek sekereknya.)

Lelaki: Hah? hm. takpe lah. (mungkin terkedu, tak sangka soalan dijawab dengan soalan, terus dia masuk meeting room)

lambat2 akak ni mengekor langkah si lelaki, membiarkan lelaki tu lepas jauh ke depan dulu. elok akak ni melangkah masuk bilik tu.

HERK?! HAMBIK HO! HIA HUHUK HAT HERUSI HAIRMAN HUU!!


~antara anyir dan jakartaaa kitaa jatuh cinta. antara anyirr daannn- jakartaaaa~

Monday, December 07, 2009

Secret admirer

tolongg. tolongg bagi pinjam tepon. kejap pun jadik le.

ish. mana dia ni. tak angkat pun. T-T. fina rindu pak wadi.

'dah! dah! masa dah time! masa dah time!'
kejap jee kejap jee kejap je lagii.kot kot dia angkat.

hua! sampai hati tak bagi pakai tepon! fina nak cakap ngan pak wadi!
(-_-")


ini fina binti wadi.
eh?(~.~)
ini fina kucing wadi. Wadi adalah member angah, katanya tak larat nak jaga fina sebab tak mampu nak suap dia. Kau tak caya? Fina makan bersuappp~~ Wa tala tipu munya!
Agaknya melihatkan gambar kucing2 di rumah mak aku berlari-lari riang di facebook angah, maka angah menjadi 'The Chosen One!'.

Ayah aku yang tak pernah kisah pasal kucing(kurang suka kucing sebenarnya), sama2 berkongsi pahit derita. Hari pertama fina lesap, bapak aku tak tenang. Aku tak tau kalau dulu fina tinggal kat condo ke, tapi kat rumah mak aku dia suka panjat sampai ke bumbung tetiap petang kalau balik kerja, mesti dengar suara mak aku.

'fina~~. f-i-n-a~~. finaa manaa. turunnn mehh makannn'

tetiap petang panjat bumbung ambik dia. sebab fina tak pandai turun. Apehal angah kucing kamu ni?!

Setiap masa yang keluar dari mulut mak aku. 'fina mana?'. 'fina ada masuk?'.'fina tu keluar tak?kot nak berak'.'fina tido mana'.'fina ada lalu sini?'. fina bla fina bli fina blu . fina fina fina fina. hadoih.




Sunday, November 22, 2009

suka ria cuti semester




Sudah hujung latihan kerja, aku jadi makin malas. Semangat pekerja berdedikasi meletup-letup masa mula-mula je. Hehe. Lagi tiga minggu, aku perlu harungi waktu kerja dengan men youtube demi memenuhi masa senggang. Jumaat kelmarin, tengah aku sibuk baca berita online, lagu soulful berdendang. Telepon satu satu sekupang aku vibrate beria-ria. ~ShaUM calling....~

'elo' terus-terus elo, tak reti nak bersalam tul.
'ha assalamualaikum, zeera ni. Kitaorg on the way nak ke rumah awak'
'hah?! datang umah aku?! betui ke ni?!'
'betul la ni. kitaorg kat tempat beli tiket bas ni'
'hah?!ya Allah aku lupa korang nak datang!'

Tak sedia langsung mental rohani nak sambut diaorang. Nasib minah ni call pagi, sempat jugak aku kemas-kemas rumah masa rehat lunch. Fiuh!

'bas kitaorang delay la. our bus supposed to be at 3 pm but delay to 6 pm la '
'tipu la ko'
'no! really!'
'ek?o ke.hm. takpe la gitu.' hati sangat suci dengan mempercayai kata-kata punitha.
'eh. aku tipu je la'
'tipuu la akuuu. lantak kome.karang elok patutnya aku tunggu kome kat stesen pukul 6, aku datang stesen kul 10 karang. ha merana kome nunggu aku.'
'Oo! kureng ajar ye. tunggu kau. nanti sampai sana ko kena dengan aku.' punitha ugut aku.
'hek ele. berani la ko. karang aku tak nak ambik kome baru tau.aku bior ko kat stesen bas.'
'kurang asam!'



eh! eh! shaaa!!!! tahaann!! tahaan!! jangan kasi tumbangg! aku dah pesan kat hang jangan pegang! tengok!

tahniah lah kepada cik zeera kerana sanggup mengambil risiko menghampiri bangunan reput ini. Wa caya sama lu lah!


Sha, Punitha, dengan Zeera tiba waktu maghrib. Solat dulu ar kan, baru la senang hati gendang gendut tali kecapi kan. Bersimpati pada kawan-kawan yang sanggup susah payah datang tempat aku, aku belanja bawak diaorang makan. Kitaorang makan kat spot ngadap menara condong. Excited aku tengok diaorang ada depan mata aku, kat kampung aku pulak tu. Agaknya pelik tengok kitaorg berempat seperti wajah asing, akak si pengambil order makanan bertanya.

'Dari mana ni semua?'
Kagum dengan tempat asal masing-masing yang jauh berbatu antara kampung masing-masing. Kelantan-Selangor-Johor. Tahu lah dia kami student yang datang ke situ bertujuan nak berjalan2. Rancak dia bercakap dengan depa 3 orang, dia tak tanya pun aku dari mana. Aku perhatikan aje.Tiba-tiba terbenak persoalan di hati akak si pengambil order.

'La datang sini buat apa? bukanya ada apa2 pun.' bunyi macam agak kecewa dengan rancangan kitaorg berjalan keliling teluk intan yang takde ice skating cam kat sunway pyramid, takde taman tema cam kat sunway lagoon.
'eh! eh. ada!ada.......ada rumah saya.'

'eh kamu asal sini ke?la padan la(la patut la).'

Kecoh sha zeera punitha bila tak nampak pun menara condong itu condong. Bising wa cakap lu. Kata aku, dari sudut yang betul baru la nampak. Tapi depa dok kecoh kata 'tak condong pun! tak condong pun!'. Hadoi la.



Tak condong pun menara condong nih?!

Kat rumah aku, masing2 letak beg. Beg Zeera usah kata, macam dah nak menetap kat rumah aku je. Tuala mandi aku hulur kan pada punitha. Sha sudah tengok aku dengan jelingan maut. Aku tengok kat tangan dia, dah ada tuala dia sendiri kat tangan dia.

'aiseh, sorry korang. hehe.aku lupa nak cakap korang tak payah bawak semua tuh!'
'tau takpe. penat aku bawak.'
'la benda-benda cam tu lain kali tak yah la angkut apa la.'

Sibuk-sibuk masing2 keluarkan barang dari beg menyelongkar mencari baju tido, aku perhatikan dari belakang. Shing! Nampak satu bungkusan.

'MAK AIH SHA! TOILETRIES PUN KO BAWAK! RUMAH AKU ADA SABUN LAAA'


Beraksi ke toilet bersama toiletries(shampoo+conditioner+scrub+facial wash etc) sha.

Friday, October 30, 2009

Jemput.saya mahu bertunang


credit to cikzam


'penin la, nak pegi mana satu ni. sini kawan sana kawan'
'abis tu awak tak pegi la?'

'takpe lah, aku bertunang jugak lah'
'erk?!..hek elee'
' ;p '

------------------------------------------------------------------------------------


Waktu zohor di zohor itu.

ani: nanti ko balik bila ha?
aku: hujung bulan 12 aku masuk balik, asal?
ani: weh jangan la weh balik awal. balik lepas krismas ya.ya.ya.
aku:asal?


ani: :) aku nak tunang.


------------------------------------------------------------------------------------

kata kawan aku, sejak kerja. Aku sudah jadi makcik, pukul 9 sudah tido.

adi: ate payah benor pun nak cakap dengan makcik liyana ni (aku pun kurang pasti, kalau nak bagi kan ayat tu jadi ayat perak mesti ada 'ate'. Aku pun tak sebut sangat. apa la korang.)
aku: hehe hoho sori la. tadi aku tak dengar bunyi phone laa
adi: aku ingat yana dah jadi makcik2, tido awal
aku: haha agak ar. kadang2 kul 9 dah tido. penat weh kerja.
adi: ha ni ha. aku nak bagitau. aku nak bertunang bulan 12 nih.
aku: hah?! huiyoo!! (terkejut. Dalam masa yang sama 'aiseh asal boleh clash nih')
adi: hehe (ada gelak gedik kejap di situ, :)) )

------------------------------------------------------------------------------------

zeera as usual
'awak nak pegi takk???'

aku as usual
'bagi aku fikir'


-------------------------------------------------------------------------------------


Kita nak ngintai mana malam ni?

shhtt jangan cakap kuat-kuat!



Tengok! orang tu dah syak! shht shht! buat muka ayat-ayat cinta.muka ayat-ayat cinta!
oh oh oh ok ok ok ok.
Bukan bukan itu muka taliban weh!
takpe. takpe. takpe.asal tak keluar muka pervert sudah.


Dia tengok lagi weh. shht. Buat-buat kira bintang.
Macam mana niii, banyak sangaaat nak kira niii. Saya tak tauuu.(nada sangat panik kene kira bintang berjuta)
Diulangi aku cakap 'buat-buat' yang ko pegi kira buat apa?!


Dah ar weh, aku tak de mood dah. Laki hensem takde ar nak di intai.Semua balik kampung.
Alaaa(sangat kecewa)



Tuesday, October 27, 2009



Asas Pembangunan Keusahawanan.

tarikh - terjadi setiap sem sekali.jemputlah datang
tempat- kejadian di UM atau MU. universiti malaya/ Malaya University bukan universiti malaysia,bukan uni s-a-t-u-m-a-l-a-y-s-i-a, bukan manchester united. jangan salah tempat. diulangi. bukan manchester.

Sebenarnya aku kureng suka ingat benda ni. Sebab banyak benor salah faham.( Tapi salah faham itu alhamdulillah selesai perlahan2). Benda yang aku belajar dari kejadian. Jangan la kau beria-ria tiup 20 biji belon dengan oksigen yang kau ada. Membazir nikmat tuhan. Kalau kau tak pernah ada pengalaman CPR , kau tak payah la mengada nak mengembangkan belon, bukan, 20 biji belons.

Aku tiup belon. Hembus oksigen, kadang2 tertelan balik karbon dioksida aku sendiri. Esoknya diarrea berlaku. Apa kaitan? Aku pun tak pasti, yang pasti lepas diarrea, badan mengalami transformasi hingga darah aku mendidih. Ada la terpercik sikit keluar ikut hidung. Sikit je. Betul sikit je. Terkene baju je, bukan kasut. Demam extravaganza. Woohoo! Kau tiup belon hanya kerana mesin pam belon sangat lembab mengepam. *$^%&^*$^!@*$#.

Moral? As Sabarul Minal Imann.

Presentation.
Kalau kau rasa huduh malah tak payah buat pun takpe, ampunkanlah aku. Aku berapi bagaikan super saiya ke-4, tatkala membuat benda alah ni. Chakura yang lemah membuatkan daya kreativiti aku lumpuh.(alasan untuk kata kononnya aku sangat kreatif sebelum ini.)

Sebelum button play ditekan.

adi: gamba aku ada tak? gamba aku ada tak?
Sebelum present baru aku perasan. tak de sapa tgk apa aku buat. buatnya ada tersalah gamba? u nak cakap apa? hadoi. Hadooi mana nak letak muka kalau i letak gamba terlampau.

adi: gamba aku ada tak? gamba aku ada tak?

Aku sengih je. Excited betul dia nak tau. Sebenarnya aku lupa camana turutan gambar tu. Yelah, masa buat tu, serigala ekor 9 yang buat kan. Aku mana ingat.Hebat lah aku, tahu keinginan orang walaupun telepati lumpuh sebabkan ketiadaan chakura.

Lepas aku demam, berturutan member aku demam. Salah aku ke?
Tak mungkin.(diaorg pun tiup belon. wakaka. mesti diarrea tapi tak citer)

Salah belon laa kan. ^_^

Sunday, October 25, 2009

kampung yang di 'kl' kan

berpisah sudah

sedar tak sedar dah nak 4 bulan aku kerja. kerja? (kerja ke punn (-.-) ). Nak makan ramai2 kononnya. Asalnya organizer nya orang lain, tapi aku tak tahu kenapa tiba2 pangkat berubah hati. Semua sebok tanya aku kat mana pukul berapa (ini lah muka kaunter pertanyaan ya ya kawan2). Oh Kawan2ku janganlah marah, hehe aku makan kat pizza-h-u-t. Aku go with the flow je ;p (padahal kalau taknak boleh je tolak).

'Dulu beria2 aku ceramah kat ko ek rozi, tatkala kau kata kau lunch dgn burger mcd. Kata aku pada rozi dulu , "kau ni bayar duit peluru senapang nak tembak org Gaza ni tau!'. Ya aku agak emo.(memang emo -.-'')

Aku jadi tukang angkut. Ya. angkut sana angkut sini, boss nanti u nak balik calling2 je, i ambik kay!!

Makan ramai2, tapi kawan2 jelita aku jenis makan 3 sudu sudah burp! Aku ngan ani(aka fuziani) makan macam, makan macam orang la. Kami perempuan tau, tersipu sipan mengunyah. Makan slow2 ya ikutkan jiwa rohani mau dah lesap semua pizza. Tapi tatasusila membendung keinginan.Rasa berdosa bila makan banyak tatkala kau bayar sama dengan orang lain. Aku dan ani makan sambil bertentang mata penuh makna. Hehehe.

ani: eh korang ni, tak nak makan ke lagi? (nampak sangat caring kan? sebenarnya'aku habiskan boleh?' bwahaha)

aku: eh takde sapa nak ke? suami soleh ni! suami soleh ni!
mereka: aku dah kenyang la. takpe lah. ambik la suami soleh tu.
aku: aku ambik ni. suami soleh! (yang betulnya, 'huahua untung betul aku, boleh sumbat lagi. huahua xD xD!)



Kenyang.
Kata mereka aku pandai order serta budget. Oh kebetulan yang aku tak sangka2. Sorang bayar dalam 10MYR. Walaupun bayar share. Tapi sepertinya aku rasa mcm(hehe) aku ada hutang mereka. Ada ke? Inilah namanya 'untung makan dengan mereka yang jelita ini'.

Usai makan. Segera kami zohor.

'nak tengok wayang tak korang?' aduh ini den kureng ni. Idea di luar jangkaan sungguh mung nih! Ore tok se tubik g waye gini. Kalo dengan' adik beghadik ko takpo jugok. Dek kerana aku insan yang sangat lembut hati. sori sha bunyi siye(siam) ada plak loghat nogori zeera lak tu . Ku turutkan permintaan terakhir kali ain.

aku: kalau nak pegi tengok, aku nak cerita yang ringan2 je.
anoynamous: ringan2? (sambil mata tengok aku. lelaki ni, cuba la pikir satu way je.)
aku: oi! maksud aku. nak tengok cerita melayu yang boleh gelak2!(istighfar, dia nak melawak ngan orang lagi tua)

yang lelaki pulangs dulus sebabs adas hals.

so kami perempuans je pergi. aku lagi suka ^-^. Tengok jin notti. Kau dah tengok? Ok ar cerita dia , kalau nak rapatkan ukhuwah sesama kawan. Lawak dia tak de la sampai tergolek. Tapi boleh je kau nak gelak golek2, takde orang larang pun. Aku banyak gelak sebab kawan sebelah aku gelak. Ala2 blend into the atmosphere.

satu panggung dengan ani/imah/lin: HAHAHAHAHAHAHA

2 saat setelah mereka selesai gelak panggung sunyi semula. tiba-tiba

ain: A HAH HA HA HA!!!!AH HAHA! (gelak yang sangat beria)

dituruti
aku: o hohoho haha ahaha oho

Apa mende la si ain ni. time kelakar tak gelak. orang dah selesai gelak. dia baru nak gelakkan lawak yang dah berlalu sesaat dua. aku gelak sama, supaya tidaklah ain nampak ganjil lagi senget< konon member sejati la konon, u jump i watch je ;p.

Sepanjang tayangan, itu lah yang ain dan aku buat. Sampai aku rasa orang belakang sudah sepak2 kerusi aku. Mungkin dia ingat aku yang gelak tak kene babak cerita, seperti mana dekoder astro yang lembab 2 saat. Cit!

Kalau nak diam, g la library. Apa la.
Kan?

Zeera, aku bagi amaran, kau kene hati2 gelak masa tengok wayang. Mungkin kau perlu letak notis kat kerusi wayang kau (saya ada kurap) aku jamin orang tak sentuh kerusi kau atau sepak protes . hehe. gurau ja bha!(selalu kalau kitaorg buat lawak, zeera akan mintak 2nd explaination. lepas tu baru dia boleh gelak beria seorangan.lawak pun nak kene explain ke? hadoi)

Walaupun macam tak banyak aktiviti yang dibuat tapi ok je. :)
Yang aku tahu.




There's something money can't buy.


Priceless.^_^


Tuesday, October 20, 2009

siapa lagi otai

en Filip sakit.
Sudah 2 bulan.
Maka terpaksa orang lain gantikan tempat dia, kak wana aku panggil. Memandangkan kerja beratur panjang Kak wana yang tua dari aku 2 tahun kena ganti en Filip. Tapi otai nya seperti budak yang muda 4 tahun dari aku.

en Filip returns.
Filip: siapa bukak laci i ni? (sangat ingin tahu memandang kan dia lock laci meja dia)
anoynymous: kak wana.(pekik dari jauh.ya office itu sangat besar dan panjang.)
Filip: haH. i kunci laci ni tau. (terkejut) how can she open it?
anoynymous: pakai paper clip.

anoynymous1: otai nya.

------------------------------------------------------------------------------------

tadi aku sampai tepat pukul 8. Aku masuk office, kosong! Macam tak caya, tak mungkin aku manusia pertama sampai. Tak penah dibuat aku org pertama sampai office.

Aku intai sikit bilik bos kecik. Takde jugak! Bos kecik sangat komited orangnya, selalu aku sampai mesti dah ada dah dalam bilik dia. Aku nak balik pun aku nampak dia lagi dalam bilik dia. Kiranya dia sampai awal balik lambat ar. Eh. Baru terfikir, dia sedar ke aku datang kerja selama ni? Hahaha.

Kalau bos kecik takde juge sangat lah pelik. 'Nazrul, ada event apa2 ke ari nih?'. Aku text nazrul yang aku kira dia ada di office dia (ground floor). 'Ada perhimpunan.tp aku mls pg...'
pagi ni ada assembly.Hohoho. Setiap bulan buat sekali. Tapi takpalah dah alang-alang aku selesa duduk. Duduk je lah menikmati pemandangan dari tingkat 3 nih. hehe.

Tengah bercircus ngan britney spears, kak siti pulak masuk. Biasa dia memang lewat sikit. Aiseh baru nak joli katak dalam ofis kosong. Aku ingat dia join assembly.

aku: akak tak pegi perhimpunan ke? (kot kot dia tak tau seperti mana aku yang tak tau la kan)
dia: akak kan. sepanjang akak kerja sini. akak tak pernah pegi.
aku: (-.-)


'Nazrul. kalau ko kata kak wana otai .
Aku rasa.
Kak siti lagi otai.

tak penah pegi assembly'

Nazrul: perhh.. hebat2.. hahahaha

Monday, September 28, 2009

Ronda Raya together-gether

Kalau dulu, aku dan kawan2 beraya naik bas tambang atau boleh aku kata bas loncat. Haha, gigihnya kitaorg beraya. Haha. Mase tu aku rasa 2005 kot. Tahun 2006 pun, aku rasa cam memang truly budak kampung ar. Best. best!

Tahun berikutnya, kitaorg up sikit standard. hehe. Taklah, takde kena mengena dengan standard. Macam mana sekalipun anda beraya, pengalaman tu yang paling syok!

2007 Kawan aku jadi driver. Kami tong-tong duit minyak, kereta satria member. Memang luas lah satria! :)) muat sumbat 7 orang. 4 orang belakang, 1 driver, haa kau tak payah la teka kat mana lagi 2 tu. Aku dan member aku duduk kat depan, hoho. Tengok, suka kutuk aku pendek, berguna jugak aku tak panjang macam korang.

Tatkala member aku dah nak fly jauh sana.Dia ada kata dalam ronda sebelumnya 'nampaknya ko la pulak kena bawak diaorg tahun depan'. Mujur je raya 08 pendek, tak de la mental aku teruji kene drive, hehe. Tak de ronda untuk 2008.




RONDA RAYA 2009 bersama ex-convent ::23 Sept::
'ko kat mana ain?'
'aku tgh siap ni, lepas tu aku jalan keluar lorong'
adus kesian pulak kat member aku ni kena jalan jauh2. takpe ar, gamble la. apa nak jadi, jadilah!'

aku bawak la keta mak aku tu masuk jalan tu. Mak aih sempit, terbayang2 kalau selisih dengan kereta lain yang debab-debab. Isk! Tak boleh bayang! Tak boleh bayang!

Kata ain 'masuk straight sampai hujung'. Tengah aku jalan straight je, sampai hujung jalan aku teke2 masuk. Sambil aku belok kiri, tet tet tet. Bunyi mesej masuk. Tak mampu nak bukak mesej aku biarkan dulu, aku terus drive masuk jalan super kecik. Sekali jalan mati da. Macam buntu, matilah aku! camana nak reverse ni tun oi!

Tengah kecewa2, aku bukak mesej 'ko straight ada simpang yang ada surau tu belah kiri, ko masuk situ!'
Aisehmen, awat tak habaq awai-awai. Simpang yang ain maksud kan, betul2 sebelum simpang yang hujung sekali. Ada la satu rumah kat jalan mati tu. Unta betul, camana la aku nak reverse dengan kiri kanan jalan kecik itu ada parit limbah. Malah jalan tar itu sangat tinggi, yang mana mahu sahaja aku suruh viva itu berjengket. 'Vivaa Berjengket!'. Mustahil.

Dengan berkat viva aku tu pun takut nak sentuh air parit yang beraroma tu, mampu la dia masukkan bontot dia ke pagar rumah yang hanya itu ajelah rumah yang ada kat situ.

Mula2 reverse sikit je. Keluar. Tak boleh. Masuk sikit balik, keluar. Isk tak boleh ni. Huaa. Ko tau aku buat apa? aku call majlis perwakilan ronda raya 2009 'huaa ecah tolong akuuu!!'. Sha kalau kau baca mesti kau gelakkan aku, hoho habit yang tak blh hilang.Member aku cakap apa, 'selamat berjaya lah'. Aku tak salah kan dia, memang dia tak mampu nak tolong. Aku ingat, mau la kot pakcik dalam rumah tu nak keluar ke tgk2 kan. Sekali aku toleh, pintunya yang awal2 tadi terbukak, tertutup rapat dah. Apa dey pakcik!

Ada anak tuan rumah tgh tabur friskies kat kucing dia. Dengan hematnya, 'dik tumpang reverse yaa!'. Jadi la, dia pun pewaris tuan rumah. Berjaya la aku keluarkan keta tu, setelah membodohkan diri dengan tertekan-tekan hon dengan siku bila tangan ligat memusing stereng.

Ya aku sangat malu dengan bunyi hon yang aku tekan lama, seakan angsa. Angsa terjerit-jerit.


Alhamdulillah.
Nadia, aku berjaya laksanakan amanah ko!
Jalan sawah aku tak try lagi. Ada beran?

Ronda Budak Praktikal 2009::25 Sept::
Aku, ani, lin, ain, rafi.
Kami pergi 6 rumah, kau ingat abang syahril? yang aku dok sebok2 cari mer%cun dengan dia? Aku bawak mereka beraya, tak terniat pun nak pergi rumah abang tu. Tapi sebab nak penuhkan rotation bilangan rumah kitaorg nak ziarah maka kitaorg pi la rumah dia. Kitaorg dapat sampul duit raya, lepas dapat semua orang simpan je. Dalam kereta:

aku: ani.bukak la tengok bape?( tanya aku sesudah elok je aku duduk kat seat, haha tak menyempat-nyempat aku tanya)
ani: (slow2 dia bukak sampul)
semua orang dlm kereta: herkkk!!!! woohooo!!

semua orang dapat sekeping duit merah!


Lusanya
Selesai pergi ke kenduri di kampung opah, aku balik rumah terus tido pengsan. Semua tanya aku buat keje apa yang letih sangat, sampai tido tak sedar diri. Huahuahua.

Penatnya tekan clutch.





Aku kan pendek.

Sunday, September 20, 2009

Salam Aidilfitri.

Eh Syawal ?


kenapa?
tahun ni aku rasa cam tak ada perasaan berdebar-debar,terkinja-kinja, teruja-uja(ada ke?)nak raya tahun ni. Kalau sebelum2 ni excited usah kata. Tak henti2 ngemas, ye lah. Sedara mara nak datang. Depa datang sekali je bukannya berkali-kali. Karang rumah tak cun, selamanya depa anggap rumah mak aku tak pernah cun. Tahun ni, aku terlupa selepas puasa adanya raya. Sampai aku digasak-gasak kakde untuk kemas spot2 yang dia dah plan untuk aku selesaikan. Mintak maap la mak alang kakde, sbb tak berapa nak tolong. Aku lupa lepas ramadhan ada syawal lah.

baju raya.
Baju raya pun aku tak kisah pun ada ke tak. Rezeki aku kot, pergi jumpa dentist , diajak kakak-kakaks ku ke PKNS. Dapat la sehelai, tak de beza bagi aku kalau takde baju baru pun. Aku adik beradik, memang selalu baju raya sehelai je. Takde maknanya berelai-relai. Dialog yang menakjubkan aku sebelum ambang syawal, tatkala member praktikal aku mengeluh.

dia:huh. nasib sempat siap.
(aku tgk dia bersahaja)
dia:nasib baik sempat siap lima-lima helai baju raya I.
(mak aih! 5 helai! kalau kau bagi aku. Aku pun tak sure nak beraya ke mana dengan lima-lima helai tu. Memandangkan aku sudah pun hampir menyentuh garisan-penamat-ketidaklayakan mendapat duit raya.)

kasut raya.
Saje aku nak naikkan semangat raya aku, aku pi ikut adik aku pi pekan cari kasut raya. Aku tak tahu la, designer sekarang dah keputusan idea atau memang kasut cun melecun dah habis dirembat. Takde yang menawan kalbu langsung.

aku:kita balik terus lah.orang tak beli kot
angah:hm.tu lah. cam takde mood. tak yah beli la ek.
firah:hm.ok la. tak beli lah.

cara aku pilih kasut. Aku pandang secara rabun pada semua kasut-kasut yang didisplay, umpama sinaran shing! shing!(tak la menyinar pun) itu dia! kasut paling cun. Mudahkan nak pilih?

malam raya, mak aku suh tukar langsir. Aku tukar langsir pukul 1 pagi. Kau tau? Aku cucuk 2-3 pin aku landing. Bangun dan duduk. Cucuk 2-3 pin. Landing.Ngantuk sungguh! Dulu tetiap kali raya aku tak tido, aku online lagi! Selalu YM ngan member2 di pagi buta raya. Tengah aku landing kejap, tiba2 aku disapa. Bukan langsuyor atau penanggal. Mentang2 dah abis ramadhan ek. Bapak aku la, sapa aku.

ayah: dah siap ke?(sah2 aku baru siapkan 2 tingkap, ada lagi 4 menunggu. Ayah aku boleh berlakon tak tahu pulak)
aku: haa( aku haa kan aja, tak bangun duduk lagi ni)
ayah: ni ha. langsir ni dah siap ke?( tak penah2 ayah aku ni excited nak raya. terbalik pulak. dia pulak risau aku tak settlekan prep raya)
aku: belom. (terus duduk cucuk pin)

ngantuk betul. dah settlekan sikit, konon nak hilangkan ngantuk, aku heret langsir ke bilik boss, aku duduk dan ambik joystick. Dengan duduk beralaskan langsir yang baru siap dicucuk pin aku main game. Lepas tu bercakap sorang2 bila aku bunuh watak dalam game tu berkali-kali. Kartun tu dongak, aku pun dongak, kartun tu terlanggar duri tanpa perasaan aku pulak aduh!aduh! Dia yang jatuh aku yang kerut dahi tunduk kepala beria macam aku yang jatuh gaung.Jangan salahkan aku kalau aku main macam ngek ngok, dah lama tak main game sejak xbox kene sambar petir. Boss tetido setelah lama menonton dan mengutuk2 cara aku main. Ada aku kesah??(sengau sikit)



sudah tua kah aku.
aku yang baru umur berapa gini dah rasa macam ni, camana la aku 30 tahun akan datang? kalau panjang umur la.

Wednesday, September 16, 2009

Belanja buka

'jom buka'
'buka mana?'
'mc D'
'boleh.'
'boleh?' ala2 terkejut.

'boleh. buat delivery ke rumah saya. nanti saya bagi alamat'
huahuahua.

------------------------------------------------------------------------------------


'abang. duit raya takde ke?'
'datang rumah, ada la duitnya'

esoknya

'duit raya takde ke abg syaril?' dia macam loaded sebab tu aku suke tanya. mana tau tanya main2 dapat duit ungu ke. hehe.
'uish ada ada, datang rumah mesti ada.'

------------------------------------------------------------------------------------

one Drop Perfume.

'abang syaril. abang belanja perfume ni.' tanya member aku bila brother tu datang ngintai apa kitaorg dok buat,
'boleh boleh. ambik ambik.'

member aku dah excited ya amat bila brother tu kata ambik je. aku pun lagi ar teruja, maksud aku, aku tumpang teruja ar. maka aku pun tanya balik.

'betul ke ni?!'
'ambik ambik. takpe.takpe... nanti saya tolak hantaran je la nanti ya.kehkehkeh'

maksud dia,
duit hantaran member aku.

-------------------------------------------------------------------------------------

mer%cun

'susah la kalau loose order gini yana. kalau sekotak senang sikit'
'tapi kalau beli banyak2,saya nak buat apa dengan 100 mer%cun ketupat ngan 600 mer%cun mancis ni??' itu bilangan yang aku rasa tak tercapai dek akal la kalau dia suh aku beli satu kotak terus.yang jenis lain tu logik la.

aku beli mer%cun tak la sekotak. sapa je nak main. kalau beli pakai daun takpe jugak, aku pun tak kisah nak beli berkotak-kotak pun, banyak je daun belakang rumah nak dipetik pun. Aku sauk sikit2 banyak jenis. Abang tu punya mer%cun dah habis maka baginda kene ambik dari member dia, jadi agak susah nak sauk sikit2 kata dia.

'takpe bang, gini.'
'hah camana?' excited dia nak dengar cadangan aku.sambil mata dia tekun tengok order aku yang mau beratus ringgit malah aku rasa dia teruja melihatkan angka rm yang ada.

'gini gini. saya ambik ini semua[serius].... ..abang tolak duit raya'

kami berdekah.

Monday, September 14, 2009

Sampul duit raya

lampi mungkin

aku sekeluarga berbuka di surau. kitaorg yang perempuan tak ikut jemaah. jadi sebelum balik rumah kitaorg kutip pinggan kotor sepantas mungkin sebanyak yang mampu. melihatkan kitaorg(beradik perempuan) je yang ada kat situ.makcik tukang masak pun tanya aku

'em..kamu semua ni... cuti ke?'
'ha?..er..cuti?...eh. tak. saya tengah praktikal sekarang nih.'
'er bukan.kamu cuti?er kamu tak solat ke?'
'oho! (aku gelak sorang2).boleh boleh. ni nak pegi solat la ni'

di ofis.waktu tu aku mahu makan pagi.ini sebelum ramadhan la. apa ke halnya aku nak makan pagi tengah2 puasa pulak. masa tu aku baru seminggu kat situ, ala2 belang simpan dulu kemudian2 bukak, hehe. aku ikut kawan praktikal aku yang dah taiko(2 minggu awal dari aku) kat situ pegi beli kuih. Selesai tunaikan niat, aku sampai kat ofis, sorang abang ni tengok je aku. Aku panik betul, ingat kot aku ada buat salah.

'budak praktikal baru ke?'
'er ha.ya. ha 'ah '
'dari mana ni?' sudah. aku tak boleh keluar ke tadi patutnya?
'da.. da..dari cafe'
'er maksud abang U mana?' haha gelakkan lah aku yang bendul malah panik tak tentu pasal ni.

-----------------------------------------------------------------------------------

duit raya.



aku dapat duit raya hari ni.





jeles tak?





janganlah.





betul.





janganlah jeles dengan duit merah aku tu.





jeles lagi tak?
janganlah.





aku kedekut.

Thursday, September 10, 2009

baju kurung Corak kampung.

confidence level aku below zero.kalau boleh invisible. aku mungkin akan jadi hollow woman setiap hari utk ke office.

hampir seminggu cubaan utk pakai baju yang sudah outdated fashionnya, lain jadinya.
'hm. baju apa yang tak menarik ya.'baju kurung bercorak kekampungan.Aku kira corak dia dah outdated.

makcik1: lawa baju. (mungkin cubaan bermanis mulut.baju ni ada kilat2 sikit.takut betul aku semua tgk aku. dah la aku tak iron baju tu.hahaha)
pakcik 1: ha. lawa baju hari ni. (mulut lelaki lagi la aku tak ambik kisah)
makcik2: dah duduk unit atas, baju kamu lawa2 ya sekarang(unit atas kuat berfesyen.aku terkecuali ek)

esoknya aku cari lagi yang kurang menawan.
makcik3: hah yana.lawa baju.(bagi aku baju yang aku pakai ni macam langsir.serius!)

ya ampun.
aku sudah tidak ada deria fesyen.
aku sudah BUTA taste.
RASA blind. macam buta.

----------------------------------------------------------------------------------

dulu aku pernah cakap pada faris(sahabat). 'aku teringin nak jadi orang yang tak banyak fikir. macam dia(faris). pikir diri sendiri je' hehe. Jgn marah faris, nabi pun layan gurau tau.

Sejak berdikari, sorang2 aku kat tempat praktikal. Aku sudah jadi semakin lurus bendul. Zeera aku rasa aku sudah ambik position kau, dan kau sudah ambik position aku. Selamat maju jaya lah berfikir masalah dunia ni. ;P

Hari itu, aku disindir. Aku hanya sedar aku disindir 2 hari kemudian.haha. Aku siap boleh jawab selamba lagi kata2 kakak tu dengan riang rianya tanpa terfikir ayat yang ditujukan pada aku ada makna disebaliknya.lampi sungguh. berbeza sungguh dgn aku yang dulu, kalau dulu pantas je aku sedar, diri disindir.

kau tau lampi tu apa?


lampi betul la kau ni.

Tuesday, September 08, 2009

On the way


Bahasa itu indah

'On the way' pergi terawih.
kakde: kak tun mana?
aha: un der wear (bercakap malas2)
kakde firah: hahaha
aha: ?

'On the way' to KL
new message inbox.
angah: ko kat mana ni?
sent message.
aku: underwear.

di masjid.
firah ambil kelas tambahan, sementara menunggu kakak aku ambik dia, duduk kat masjid.
firah dan seorang pakcik berbual di masjid, di sempadan waktu zohor dan asar.
pakcik: kamu tunggu apa?
firah: saya tunggu kakak saya.hm.pakcik tunggu apa?
pakcik: pakcik tunggu asar.
firah: oh (dalam hati dah dang!)

----------------------------------------------------------------------------

abang, abang jual mer%cun ek?

brother tu yang tadinya relak senang hati, tiba2 tengok kiri kanan. haha. aku pun satu, cakap kuat sesuka hati.

haah. yana nak mana?
abang jual apa?
macam-macam2.bla bla bla.

sambil dia sedang menaip sesuatu pada 'pda'nya.aku fikir dia sedang berbalas sms sambil bercakap dgn aku. oh tidak, dia online.Mencari senarai mer%cun yang dia ada. Maju sungguh, Apa pembekal dia jual ikut blog ke? Huihh mantap!

abang dok sebut semua tu, harga nya berapa juta? camana nak budget.
hoho. esok abang bawak katalog. kau fikir dia melawak? aku ingat dia bergurau, esok paginya. Aku tengok dia tekun di depan pc dia, beria punya tekun. Sibuknya dia print, fotostat. Tak lama lepas tu, aku dan SATU office dapat senarai mer%cun lengkap dengan harga.

salah ke main? tak kot. tak tahu. tepuk dada tanya selera.
bunyi dam dam dum tu sudah sinonim dengan perayaan.
asal kau tak main mengarut, insyaAllah tak bahaya.
tips: kau bakar. kau lari. kau dengar. BOM! tunggu beberapa saat. baru pegi dekat.
kalau sumbu pendek, lagi pulak kau tak nak risiko, sila lah bijakkan diri anda. Kau pakai kertas untuk bagi tempoh yang cukup untuk kau lari jauh2.

kalau nak rasa cam hebat, bakar dari tangan. Er, sendiri tanggung. Aku tak jamin.
Tengok abang aku bakar dari tangan, nampak cool je. Aku pengecut. Tengok sumbu mer%cun papan yang kontot tu pun aku dah merasa kegagalan. Dah selalu main, rasa seronok bakar baling pom! bakar baling pom! Kalau sumbu panjang. Jangan la kau panik sangat nak baling cepat, bakar baling(-_-'') ----------sunyi----------pom!

macam kurang hensem je bunyinya.

Wednesday, September 02, 2009

kem motivasi opah uda


akak makan coklat ye?
eh. takde lah. ni akak terpegang benda kotor tadi. terlupa nak cuci.
eii akak tak puasa.

kantoi.

seminggu cuti sekolah, rumah aku didiami dengan 2 penghuni tambahan. aku kira boleh disebut peserta kem motivasi cuti sekolah 2009 di rumah mak aku. Kedua2nya berpangkat anak sedara pada aku. Tidak dirancang, tahu2 1 ramadhan kakak sedara aku datang menziarah dan meninggalkan amanah kepada mak aku yang dipanggilnya mak uda. Dengan harapan mak aku dapat memberi motivasi pada anak nya yang form 2 serta anak sedaranya darjah 3 sepanjang cuti sekolah.

first isu yang timbul dalam kalangan aku dan kakak2 aku serta emak.
'weh aha tuh dah baligh ke?' aha itu datang dari perkataan azha
'entah pegi la tanya' rasa aku, susah sangat nak meneka2.
'ada ke! takkan la nak tanya.'

ni la masalahnya kalau adik beradik semuanya perempuan. takde yang boleh ditanya, haha. tapi kami bertudung jugak. last2 kakde call bos, lalu result yang kami dapat positive! kami kene bertudung.

meriah seminggu kami, walaupun aku tau bagi aku seronok ada penghuni tambahan tapi seksaan bagi mereka. mak aku kerah mereka belajar. biasa lah tu.

'akak makan coklat ye?'
'eh. takde lah. ni akak terpegang benda kotor tadi. terlupa nak cuci.'
'eii akak tak puasa!'

ku sangka panas sampai ke petang, rupanya aku kantoi di tengah hari. tengah aku mengajar si rizal yang darjah 3, aku menunding2 pada ayat yang sedang aku ajarkan tanpa sedar jari telunjuk aku ada coklat. haha. malam tu, selepas maghrib aku selisih dengan rizal di dapur

'malam ni pergi surau tak? terawih?'
'oh. tak kot. '
rizal geleng kepala, geleng kecewa dengan aku. sudah lah tak puasa. tak terawih pulak tu!

Monday, August 31, 2009

Kad dari Aku untuk En Ramadhan

sempena masuk ramadhan. banyak sms ucapan ramadhan masuk. hoho. aku sudah terbiasa, aku lebih suka balas dengan idea aku sendiri. tapi tu lah, sibuk sangat berfikir nak balas pantun apa sampai terlupa, sudahnya aku tak reply semuanya. minta maap ya teman2 jangan kecik hati. aduhai mula ramadhan aku sudah kutip dosa, ;P.

di samping nak balas ucapan ramadhan aku dapat tru internet. aku design kan satu kad. sebab aku tak gemar pakai kad yang ada kat internet. sudah siap aku send pada sahabat itu, baru aku teringat. aku masih terlupa nak balas sms ucapan ramadhan kawan2 aku . hoho.


kad tahun kelmarin.


kamu teringin jadi model?
untuk tahun depan.ha3.

-----------------------------------------------------------------


'kau tak suka, cakap direct sudaa.'

aku tahu dalam perempuan itu tidak suka dingurat lelaki itu, aku rasa dia suka jugak. kalau tak, kenapa perlu dibalas smsnya setiap saat. yer dak? diajak borak, dilayan berjam-jam. tepuk sebelah tangan takkan berbunyi(angkat kening). baru-baru ini lelaki itu tanya perempuan itu, 'baju raya tahun ni warna apa?'.



ada sapa2 nak warna baju raya sama dengan aku?

Sunday, August 30, 2009

Ramadhan al-Mubarak

Sehari suntuk aku duduk dalam bilik fail yang berhabuk debu berkuap, angkat 2 fail dah mengah.(ha2). Awal2 aku dah give up, malam nanti buat terawih kat rumah suda. Tapi tau2, kaki aku melangkah jugak ikut emak. huih. mengantuk bukan main. Imam doa untuk terawih, punya la lama. Aku mimpi pun dah berapa kali pusing, imam tak abis doa lagi.Witir mula je, aku pun mengundur diri. Semua makcik tengok aku mengundur dengan mata separuh tutup. Depa witir, aku duduk kat belakang jemaah.

'alang2 dah ngantuk, apa la salah nya tido ' aku cakap sorang2. elok baring terus pap! lelap langsung.

sunyi je aku rasa. sepi. herk! aku tersentak spontan bukak mata. aku tengok surau dah gulap gulita. boleh pulak, makcik2 yang jemaah tadi biar je aku tido. Padahal aku baring betul2 depan pintu keluar. Lena betul aku tido, mana taknya dengan hujannya dengan surau tinggi berdindingkan papan berlantaikan papan yang bila kau pijak dia bunyi 'eikk'.Aku semayang kat surau kampung.Nasib aku datang ngan mak terchenta, beliau lah yang kejut aku dengan berhemahnya.

'hoih bangun! tak sedornya orang dah riuh2 balik!'

Tuesday, August 25, 2009

Saya pemegang mohor raja2


Ramadhan datang.

1 Ramadhan aku berjalan-jalan dalam bangunan shop2. (ape le keje aku, 1 Ramadhan jalan2 kat situ?) Elok aku jejak. Berkumandang suara anuar zain 'Berlaluuuu lah sudaaahh Ramaadhaaann'

alahai. Ramadhan baru nak sampai bang oi!


Terawih
Tempat aku buat 8. Tetiap kali habis 1 terawih baca doa. Tapi hari ni, lain terawih nya.Terawih pertama, sebaik tuan imam angkat takbir.Allaaaaaaaahhhhhhuakbarrrrr. kedengaran lama di telinga aku.

dup! tersentak jantung aku. aduh! Aiseh! Boleh pulak aku ngeluh ek. dush!
Malam tu. Terawih aku tiba-tiba terasa panjang.

Habis yang ke-lapan. Aku pun tak tahu la. Setan mana dok gayut kat mata aku(Setan2 yang tak kuat pun aku boleh kalah, apa la). Waktu imam baca doa, tersengguk beria2 sampai termimpi2. Doa dia sangattttt panjang.

Aku tahu untuk diri aku jugak, doa tu.


Mentaliti orang sekarang
setahu aku. Allah bagi kita raya sebab bagi hambanya2 yang dah puasa sebulan meraikan. tapi aku kira, sekarang sudah lain.

Ramadhan bulan 8, baju raya dah siap bulan 3 lagi.
Bulan 6 dah siap semua baju raya kasut raya segala bagai.
Hujung Syaaban, dah siap bukak2 katalog beli pin tudung berkilat-milat, bunga kembang semangkuk nak pakai waktu raya nantiii.
Awal Ramadhan dah penuh kertas order kuih raya.

kau puasa kerana raya ke, atau raya kerana puasa?

Monday, August 17, 2009

Kakak Comel

ofis sepi. staff semua hilang entah ke mana. aku tersedar, hanya bila aku lepas kan pandangan dari screen computer. yang ada rafi dan sorang makcik yang agak jauh dari kami. Letih mata, aku ambik masa rehat sekejap sambil menilik meja yang ada opposite dengan meja yang aku duduk. Hari tu aku tertinggal bahan baca aku. jadi aku baca semua tulisan2 yang ada atas meja yang aku tengah tilik. Makcik meja tu keluar. Ada The Sun.Lalu surat khabar The Sun aku capai.

Rafi tekun mengunyah keropok ikan yang ada dalam balang di atas meja yang sama.

KRING!KRING!
(aku dan rafi serentak berpandangan)

KRING!KRING!
kami sepi lagi.

KRING!KRING!
aku:rafi angkat La.
rafi:ko la angkaT.

KRING!KRING!
aku:rafi pegi angkat laH(bukan selalu boleh buli orang. hehe.aku kakak apa salahnya sekali sekala.bukan selalu ada adik ni)
rafi:ko la angkat. tangan aku kotoR nI.

KRING!KRING!
aku:angkatlaH!(sebenarnya tak angkat pun takpe. saje je aku nak kenakan dia.)
rafi:ko la angkat! aku tengah makan ni!
aku:eh!mana boleh!
rafi:apasal pulak?!

aku: aku tengah baca surat khabar ni!

----------------------------------------------------------------------------

kawan2 praktikal aku yang perempuan. jelita2. aku tak tipu.
Satu pagi..

rafi: tadi kan. tadi kan. huish. aku jumpa kakak ni. comel betul!ish ish!
aku:(bingung kejap. beria2 dia cerita kat aku) yang mana satu ni?
rafi: ish comel la akak tu pakai tudung gaya mcm tu. ish ish. yang pakai spec. huish. comel betull!
aku: ohh. yang itu?(paused) haha(sbb aku kenal orang tu mcm mana. maka aku gelak sorang2)
rafi: ape hal? tapi tadi betul la. masa aku nak parking moto. aku mcm.. 'ish sapa perempuan ni?comel betul!'
aku: elin ke? hehe. ha2.(bingung rafi tgk aku gelak tiba2)
rafi: huish tapi betul lar comel betul!(tergeleng2 kepala dia, kagum dengan kecomelan perempuan tu punya pasal)

aku: hoih hoih. istighfar hoih!
rafi: astaghfirullahal'azim

tengah harinya..

rafi: tadi ko makan ngan sapa?
aku: kakak comel.

Saturday, August 15, 2009

apa khabar Puan?

aiman ada berapa beradik?
Dua.
aiman anak ke berapa?
Tiga.
huh?

nah. jawab 15 soalan ni.akak bagi 30 saat.(saja aku usik)
alaaaa.
ok. 15 minit.
alaaaaaa.(makin panjang keluh dia)
ok.ok.1 minit.(aku usik lagi)
yeaaaa!!
huh?(haha. sudahnya aku yang bingung)

aiman.
ye.
1 minit dengan 15 minit.mana lagi lama?
1 minit!(padan ar punnn.)

----------------------------------------------------------------------

MB datang.

ketua kat ofis aku ajak si rafi. aku awal2 dah tanam dalam jiwa. aku tak nak pegi kalau sapa2 ajak. Hari sebelumnya aku dah ikut satu group ni buat preparation untuk goodies konon, saja nak keluar dari ruang ofis. mak aih. letih bukan main.

rafi agak terkedu bila ketua ajak dia je. Dalam ofis tu, dia dan aku je praktikal. Walaupun mmg awal2 aku tak nak pegi, tapi kecik hati jugak puan tu tak ajak aku. cet! Agaknya aku tak sehensem rafi. Takper ar kan. Buat penat aku je pun.

rafi: takkan saya sorang je?(lalu tengok aku yang tengah tengok dia.pantas aku buat signal mata berkerut2 menolak cadangan rafi. terus aku pusing hadap screen computer sambil tertunduk.kalau aku tak senonoh aku nyorok je bawah meja computer tu.buat2 tak paham)
makcikbergaya: hm. kamu la.(sebut nama aku dalam nada kecewa dengan cadangan rafi. cis!cis!jaga hati puan tu aku pegi ar.)

makcik2: kalau dulu.
S-u-l-t-a-n nak datang melawat.
perempuan yang bujang2 semua lari tak nak pegi, menyorok lagi.
aku: apasal?
makcik2:ye la. takut karang S-u-l-t-a-n terpikat.
aku: oh ye la. kan kalau S-u-l-t-a-n pinang tak boleh tolak kan.
makcik2: haah. ada kes dulu yang kena buang negeri tu.
hah ni karang. kamu jaga2 laa.
(senyum)
aku: eh? er. tapi.
kalau MB pinang.
kita boleh tolakkan?keh2.

majlis tu dibuat di sekolah asrama.
baik2 budak kat situ.kebanyakan nya budak KL. sampai satu tahap. aku confuse, aku kat skolah agama ke? selisih dengan aku dan member praktikal yang lain bagi salam segala. aku pun buat2 style perempuan2 tua selalu buat. balas sapaan dengan matangnya. kerap sangat membalas salam, sampai orang sapa apa khabar pun aku balas waalaikummusalam.

selisih di pintu surau.
budak: apa khabar puan.
aku: waalaikum..P?!PE?!PU?!pU?!pU?!pU?!PU!!(first time aku gagap. lama pulak tu.)

tak tahan ngan situasi. lekas aku keluar pintu bersandar pada dinding luar sambil tergelak2 dengan member aku yang menyaksikan kejadian gagap aku. berdekah kami dalam bisu pada gelaran 'puan' yang aku dapat.aduhai. layak ke aku?

budak tu ingat aku cikgu baru kat situ.

Monday, August 10, 2009

kamu percaya jodoh?



'kamu percaya jodoh fahri?'
ya. setiap orang memiliki..

'jodohnya masing-masing. itu yang selalu kamu bilang.'




'aku rasa. sungai nil dan mesir.'

'itu jodoh. '

'kalau ngak ada sungai nil pasti ngak ada Mesir.
ngak ada peradaban. yang ada.
hanya gurun pasir.'

Sunday, August 09, 2009

'tak kenal maka ta'aruf'

pakcik despatch dalam unit aku suka menyanyi.
dulu bila tengok cerita melayu screen hitam putih. macam tak percaya

'orang dulu ni menyanyi je ke kerja nya? nak bercakap pun menyanyi.'

pakcik despatch ni umur 40+. menyanyi lagu lama. tapi tak pernah habis. ada la sepatah tu je dia ulang.

'innn daann diiitt'.
'innn daann diiitt'.
'innn daann diiitt'.

aku pun tak tahu ape benda tu.

----------------------------------------------------------------------------

kamu tinggal kat mana?

puas makcik ni selidik latar belakang aku.

makcik:'ni ha. dia ni ha.ada kakak dia baya adik kamu.dia ni tinggal kat bla bla bla. kakak dia yang doktor baya adik kamu tu ha'. kata makcik tu pada abang yang kebetulan ada kat situ.
aku: 'eh belum doktor lagi. hari ni dia final exam.'
abang: 'o ke. kamu tinggal kat mana?' tanya dia bila dia rasa dia familiar ngan nama tempat tinggal aku.

ya.
habis semua orang tahu aku tinggal kat mana.
sepertinya.

kebebasan aku betul2 ditarik. (aku tidak boleh lagi berlari2 mengejar ibu di halaman rumah. mahupun mencakar daun mati sehingga maghrib. ataupun berbaju compang camping yang tak matching warnanya seperti tudung indon+t shirt lusuh bersarung jaket biru ayah+track bottom yang mungkin koyak di lutut di luar rumah. oh. ibu adalah kucing peliharaan kami.)

makcik: abang nii sebenarnya. dia ni nak bini doktor.
abang tu agak terkedu bila makcik tu ajukan pernyataan sebegitu. terangkat sikit kening aku. malu dengan aku, pantas abang tu berlalu. Sebelum dia berlalu pergi, spontan aku sahut.

aku: kalau abang nak, datang lah rumah merisik.
abang: Hohoho kamu biar benar!
makcik: kamu yang benor. abang tu datang betul2 nanti, terkejut kamu!

aku tak terkejut pun kalau dia datang. rasanya kakak aku yang patut terkesima.
bertambah laju langkahnya menuju ke pintu keluar sambil gelak beria-ria. dia malu, aku kira.
gelak dia bila aku yang selama ni sepi seribu bahasa dalam ofis, tiba2 menyentuh soal risik.

mungkin.
sangkanya aku bergurau?


'tak kenal maka ta'aruf'


Tuesday, August 04, 2009

~Al-Fatihah~

b





~Al-Fatihah~

Ainur Husna Abd Rahman
13 Syaaban 1430







Saturday, August 01, 2009

Kasi kurung itu budak

UTePi tutup, um bila pulak?
(hish!dush!dush!nauzubillah)

aku ingat kalau kuarantin tu kita kurung ? bila ada kes, U tutup semua student depa suruh balik. Bukan ke patutnya kurung budak2 ni semua. Cukup seminggu.Bila confirm bersih barulah semua orang ni bebas bergerak. Ini disuruh balik, tak ke spread satu malaysia.
Yang aku tau UTePi bukannya untuk orang perak je.

Ke aku salah?






------------------------------------------------------------------------------------

cerita ofis

'memang tak suka sembang ya?'
'hm .. tak jugak. tak reti nak mulakan.'

tegur makcik tu bila tengok aku selalu hadap buku sambil kat telinga ada earphone. aku baca buku agama spm sambil geleng2 kepala nyanyi lagu nobody!nobody!

kata mereka aku lembut malah pendiam macam ayah aku. huahuahua. aku senyum je. depa puji lagi. aku tak larat nak tampung penipuan. aku tunduk menghadap meja aku.'kehkehkeh.' aku gelak sorang. 'aku pendiam?! '. aku dah cakap aku tak lembut seperti yang disangka, depa tak percaya nak buat cemana?

kalau ada kerja, aku buat la kerja aku. kalau tak ada kerja aku keluarkan buku yang dah siap2 aku bawak. dah dididik dengan mak aku, mak aku garang. aku tengok dragonball pun kena ada buku kat tangan. nak baca komik pun, kene ada skill. selit dalam buku belajar yang besar dari komik ya. jangan tekun sangat, obvious sangat oit.

aku segan kalau aku melengung saja,'apakah?'.

'kamu duduk sini, pakcik ni takde kacau kamu ya. kalau budak dulu habis semua dia usik.' gelak hairan makcik tu sebab pakcik tu tak pernah usik aku. terus aku tengok muka pakcik despatch tu yang ada hampir dengan aku. haha. dia tak usik aku. takde kena mengena dengan muka serius aku. aku pegi situ bawak nama mak ayah, aku senyum selalu tau. mungkin sebab aku kelihatannya agak skema malah bawak buku belajar datang kerja, maka dia segan nak usik aku. dia bincang isu2 agama lagi dengan aku.

-----------------------------------------------------------------------------------

usik2 silaturahim

first day aku dapat makan ayam. kebetulan. ada makcik ni nak belanja semua staf dalam unit dia. dan aku pun dapat juga. hoho. segan aku, first day dah menadah pinggan. Jaga hati makcik tu yang 2 3 kali suruh aku makan, aku tebalkan la muka pegi ambik pinggan walopun aku baru kenyang 'sangat' makan tengah hari dengan ani. Selesai makan aku pegi cuci pinggan, masuk pulak kakak india. Dia interview latar belakang aku kat situ jugak sambil aku tengok dia cuci pinggan dia. Tak lama kemudian, masuk sorang abang ni. Agaknya nak cuba bermesra,

'tak payah cuci. tak payah cuci.letak je.' muka beria-ria suruh aku letak je pinggan kotor aku.
'dah cuci dah pun' jawab aku bersahaja dengan mulut senyum.
'ha dah cuci! yang ini?' sambil dia tunjukkan pinggan kotor dia.
'itu ada' jawab aku sambil tangan aku tunjuk pada kakak india yang sedang cuci pinggan.
'haha' abang tu gelak. gelak kan diri dia sendiri. dia terkena balik.

kalau muka hensem macam mana pun, aku takkan cuci.

Friday, July 31, 2009

aku tetap aku

kamu ni. dari tadika sekolah U sampai kerja pun lambat!

JAM 7.59
aku minta ayah berhenti dekat dengan tempat punch card. hoho. jam di mesin punch 7.59 am. aku sempoi lagi, tarik kad dan punch sambil mata tengok ayah aku berlalu pergi.
PAP!kad dah dipunch.sebelum letak semula, aku tengok kad aku tu.

'SALASIAH.eh!hah!salasiah!salasiah mana pulak ni!'
aiseyman salah kad! serentak tu mesin punch berbunyi bagi warning nak pukul 8 dah.

TETTTTTTTT. mak aih tersentap jantung. tak pasal2 merah kad aku. lekas2 aku capai kad aku, dan sempat aku tembak kad aku. Fuh! dah lega.

sepi seketika seorang aku di depan mesin tu.
aku tak tahu nak letak kad salasiah kat lubang nombor berapa.

------------------------------------------------------------------------------------

'eh zaril tadi aku nampak ko dengan perempuan, banyak cantik itu perempuan laa' usik kakak india tu. tak nampak pulak aku ekspresi muka abang tu. yang pasti dia tersengih.

'eleh, tipis tipis pipi lagi haha' usik kakak tu lagi. aku dengar sambil kepala tekun tunduk menatap buku, gigih aku memahamkan apa kakak india tu cuba sampaikan.
'zaril, ko dengan sapa tadi? betulkan. eleh zaril. tipis tipis pipi lagi! haha' abang tu tak bagi respon, setakat gelak kecil je.dia segan, aku rasa. nak nak dengan aku yang baru lagi kat situ.

'tepislah! bukan tipis!' sampuk kakak melayu agaknya tak tahan dengar pelat kakak tu sebut tipis tipis.

'zaril kenapa ha? bila aku dekat ko , ko kata nanti terbatal air sembahyang. itu perempuan tepis tepis pipi tada batal air sembahyang ka?'

TETT!!!!
mak aih innocentnya kakak india ni.
sengih aku dalam curi2 dengar.terkena abang tu.nasib la.

Bercintalah selapas ikatan yang sah, itu lebih afdhal dan diredhai. Jauhilah perkara perkara yang boleh merosakkan iman. Jika bercouple itu memudharatkan agama(melakukan benda benda yang terang terang dilarang dalam Islam) dan diri kita sendiri maka HARAM hukumnya.Wallahualam..


------------------------------------------------------------------------------------

leka aku main Quadrop, gigih macam boss main DotA. tak sedar jam pukul 5.10pm. laju aku tarik beg bila ditegur makcik situ 'haih tak nak balik ke?'. tempat punch card ramai orang. aku tengok satu group perempuan tengah punch. yang lelaki2 seakan-akan beri laluan pada group perempuan tu dulu. kalut aku berlari nak join sebelum group tu habis punch. Sampai kat depan card yang tersusun cantik. aku grab kad aku dan terus punch.

PAP!
ALAMAK!aku memang seorang yang mudah mengekspreskan apa aku rasa.

'takpe dik! takpe dik! tak pernah lagi saya dengar orang kena tangkap sebab punch kad terbalik. takpe dik!takpe dik!' kata pakcik berjanggut berkopiah yang berdiri hampir. pakcik tu tersenyum.

hahaha.malu aku. cepat2 blah dari situ.kata fuziani.
'beb kau buat malu aku je' kata ani sambil geleng kecewa.haha.

nasib pakcik tu tak tau aku pernah punch kad orang.

2 generasi



Monday, July 27, 2009

cerita semalam







-------------------------------------------------------------------------------------

dalam ofis, aku jarang bercakap. nak cakap apa pun? orang tanya baru aku jawab.bila keadaan darurat baru aku bercakap. makcik aisha cakap 'saya nak balik ni. cuti setengah ari. tak larat' entah dia tuju pada siapa. aku tengah stamp kertas, terdengar sekali lalu.

datang orang pada abang ni tanyakan kak aisha mana. Abang tu yang sibuk main DotA kat kaunter pun jawab, sesudah dia kerling ruang ofis seimbas lalu 'abang tunggu jap ek. dia keluar kejap'. Confident je 'keluar kejap'. Padahal itu dia punya hipotesis. Tekun dia sambung menembak.

'abang. abang! ABANG! ' haram dia tak toleh.'ABANG BUDIN!' dia tengok aku dengan bersahaja.

'kak aisha balik.'
'hah?!' terkejut sambil gigit jari dia.sebab tak sangka orang yang dikatakan keluar sekejap tu takkan balik ofis dah untuk hari tu.

habis bercakap ngan dia. aku terpandangkan papan nama staff.
mohd ainuddin. selamba je aku panggil dia budin.

aku rasa dia tak dengar. hehe. nasib.
manusia mana yang tak buat silap kan?
-------------------------------------------------------------------------------------

Sejak dekat dengan masjid, rutin dulu mula aku amal semula.

'aku kena lari ni.' dengan tangan bergaya macam berlari.
Azan kat tempat aku ni lain sikit. Suara pakcik ni memang bersemangat. Jarak antara sebutan2 panjang betul 'brigde' dia.

'kat sini. azan dia kan. speaker dia rosak ke azan dia yang macam tu?' tanya aku pada fuziani, tengah kitaorg makan bila awal-awal aku kat situ. Heran aku azan dia putus-putus maksud aku jarak antara laungan dia lama sangat. Ingat kot microphone dia rosak.

'taklah itu alunan dia.' maksud fuziani, itu style pakcik tu.

ada style lah!
-----------------------------------------------------------------------------------

ada solat jenazah masa kitaorg solat zohor.terkedek-kedek kitaorang berlari sambung saf sorang makcik ni bila imam mula takbir.

"Sesiapa yang mengiringi jenazah kerana iman dan ikhlas, turut solat jenazah bersama-sama dan menyelenggarakan pengkebumiannya sehingga selesai, maka orang itu pulang membawa pahala dua qirat; satu qirat kira-kira sebesar Bukit Uhud. Dan sesiapa yang ikut solat jenazah sahaja kemudia dia pulang sebelum dimakamkan maka orang itu pulang membawa pahala satu qirat." (HR Bukhari).





itu bukit Uhud.