Tengah feeling-feeling ingat zaman haji 2011 walau skang dah 2014. Mentara ada umur berazam nak coretkan sampai abis. Tapi takde mood. Eh?! Ya Allah dah 2015! 2016? Fuh

Saturday, July 04, 2009

Ziarah Mekah



Ziarah bas kedua
'Ha! Nanti kamu masuk bas hitam ya.' kata ustad Wan tatkala bertembung di tangga lobi hotel.
Aku lambat turun ke lobi sebab aku berhenti di level M untuk minum air. Ape tuh M? Level M adalah level Makan. Ha gelak la kamu yang tahu bahasa arab. Nasib tak diperli ustad sebab lambat, kalau tak malu i dengan ustad bas kedua yang selamba yang turut ada bersama2 ustad wan. Pada waktu itu aku kira ustad itu sudah kenal belaka dengan family aku. Dia tengok sekilas. 'Ah! tercalar sudah rekod aku di awal pagi begitu. Kenapa mesti aku?' (Kenapa tak firah? kenapa tak angah? Aku minum air je.)




Ziarah kami hari itu ke Bukit Tsur> Padang Arafah > Jabal Ramah.
Tinggi bukitnya, berbatu-batu. Kalau tergelincir tergolek2, nasib. Gua Tsur, tempat nabi bersembunyi bersama Abu Bakar. Kalau nak daki ambil masa dalam sejam lebih. Guanya betul2 terletak di puncak, kau ingat lagi sejarah?( padahal ustad sebut balik). Melihatkan pada keadaan bukit tuh dah lah tinggi berbatu-batu kagum tak pada Asma Bt Abu Bakar yang hantar makanan pada nabi dan ayahnya, dalam keadaan dia sedang mengandung. 'Huih!' Terjerit kecil pakcik dalam bas aku menunjukkan betapa kagumnya dia. Aku pun.

Kalau dilihat pada gamba pertama. Tengah2 tu Bukit Tsur, puncak nya tajam menirus. Gua Tsur betul2 kat puncak bukit.

Padang Arafah-Jabal Rahmah
Aku berfantasi(berdoa), moga 'dia' akan bertemu jodohnya di sini. Sesak sangat kot , jodoh tak sempat nak bersapa la. (;p). InsyaAllah ada la tu.

Kata ustad bas kedua yang selamba, pada ahli bas sebelum sampai di jabal rahmah 'kata orang nak doa cari jodoh, di sini makbul doanya insyaAllah. Wallahualam. Sape yang tak da tu, boleh lah naik sampai atas. Sape yang dah ada tu. Naik separuh bukit cukup le. Karang marah pulak orang rumah(sengih)' entah dituju pada jemaah atau pada dirinya sendiri. Ops. Gurau je ustad.

Melihatkan betapa semangatnya pakcik aku yang sorang ni nak turun bas, spontan boss 'cukup2 la tu andak ' hahaha mesti pakcik aku rasa macam, cis cis. Pakcik aku ahli tabligh, boss hanya bergurau semata harap maklum. Kitaorg daki dari bahagian bukit yang tak ada tangga. Mendakilah kami bukit berbatu-batu tu. Silap landing tapak kaki, kecut jantung u. Penuh atas tu dengan manusia. Berdentang jatuh camera debab yang terselempang di badan ke lantai untuk yang ke entah berapa kali tatkala kepala menunduk meletakkan diri serendah-rendahnya. Harta dunia, apalah sangat. Sujud syukur terlaksana.

”Posisi paling dekat seorang hamba dengan Tuhannya adalah ketika ia sujud, maka perbanyaklah sujud dan berdoa.” (HR: Muslim)

”Setiap hamba yang sujud kepada Allah pasti akan diangkat oleh-Nya satu derajat dan diampuni satu dosanya,” (HR: Ahmad, Tirmidzi, Nasai dan Ibnu Majah)



Kebanyakan ahli jemaah yang berumur tak naik sampai ke puncak, sebab diaorang tak nak kecilkan hati orang rumah. Dush!hehe ;P. Taklah, diaorang tak mampu nak panjat. Majoriti ahli jemaah rombongan kami adalah orang-orang tua.

Teringat perbualan pendek antara aku dan firah sewaktu dalam perjalanan kami berdua dari masjidil haram ke hotel. Dulu pernah sekali kakak aku hampir dijodohkan dengan seorang ustaz membuatkan aku pernah pasang angan2 pada waktu tu, ketika aku belum pun muda belia.

'Dulu, pernah jugak terlintas nak kahwin dengan ustaz ' Firah terpana
'Erk..kehkehkeh' gelak Firah. Nampak seperti gelak keji, hehe ya agak keji. Aku dah jangka dah.
'Tapi terima je siapa pun jodoh' Firah yang menuntut di sekolah agama berasrama penuh membalas,
'Tapi kan. Selalunya kan. Selalunya la, kalau isteri ustaz. Mesti CANTIK CANTIK' ruang kaki lima kedai yang dipenuhi manusia terasa sunyi tiba-tiba.
Serentak kami berpandangan
("-_-)------(-_-")
'Hahaha' kami gelak serentak.
'Ya la orang sedar la diri ni sapa.'
'Hahaha' kami gelak lagi.
'Hahaha' gelak lagi. Terhenti bila terasa sedar diri semula.
'Ok la tu apa, at least pandai nak cita2 tinggi kan?' aku angkat kening pada firah yang dah tergeleng2 macam dia pulak kakak. Dia pun lebih kurang aku je.
'Hahaha' kami gelak lagi. Gelakkan telatah kami sendiri.
Ya bini2 ustad yang aku kenal semua cantik!
Aku pun tak nak patahkan teori firah, biarlah semua isteri2 ustaz cantik2.

Tempat-tempat lain sekadar lalu sahaja memandangkan masa tak cukup. Sambil ustad selamba beri penerangan, jemaah diperlihatkan kawasan jemaah haji duduk bermalam etc. Wah kalau nak tahu, sekarang tempat melontar dah jadi 4 tingkat. Oh tak mampu nak tunjuk, tak sempat nak snap sebab terpana dengan kata ustad selamba sewaktu bercerita tentang hari 11,12,13 Zulhijjah.

Ustad selamba: 'Bla bla adalah hari melontar. ada namanya. hari apa ke. (seperti sedang usaha mengingat sesuatu ). Hari apa ke, hm saya pun dah lupa'

*Ustad pun manusia biasa kan, tapi untuk pertama kali, aku terdengar situasi seperti ini cukup untuk buat aku terpana. Ustad terlupa? Terpana sehingga tak sempat nak snap kawasan melontar 4 tingkat. Minta maaf la korang.
'Hari Tasyrik!' sahut pakcik yang aku kira lebih tua dari ustad dari belakang. Ustad taklah muda tapi taklah tua sangat.

Selesai ziarah, kami pergi pasang niat di miqat.
Sebelum naik bas menuju ke mekah semula. Ada perbualan kami adik beradik di bawah terik matahari. Orang rabun silau macam aku, memang dah kelabu dah mata. Aku tak nampak apa dah. Jalan tengok bayang sendiri je. Aku dengar sahaja Firah dan angah berborak, tak mampu nak join borak bila mata dah tak nampak apa-apa

'Weh weh tangkap gamba kat situ' menuju ke bas yang dekat dengan signboard makkah
'Taknak la , karang ustad nampak. segan la' sudah hampir dengan bas
'Alah bukannya ustad ada pun. Erkk!' terkesima tatkala angah terperasan ustad hanya selangkah di depan dia. Aku ingatkan semula, kami adik beradik bersembang kuat.

Ustad selamba: 'Apa tengok-tengok?' tanya dia mendatar ada nada gurau di hujung, pelik melihatkan kami bertiga tak berhenti merenung dia yang sedang menggilap spec hitam nya di tepi bas seorang diri dalam kain ihram.

Haha. Aku pula tengah betulkan balik view mata aku dengan merenung lama objek yang angah terkesimakan, supaya aku dapat lihat apa yang angah lihat. Bila dah dapat view aku balik. aku tengok ustad selamba tengah tengok aku. Angah firah dah angkat kaki dulu pegi signboard mekah, terkesima sangat la tuh. Cit. Tapi aku kira, ustad tak dengar apa yang angah cakap. Haha. Aku kan cool, aku pun keluarkan camera debab dan snap.


Rasanya lain reaksi kami
Kalau ustad wan kat situ, aku rasa kitaorg dah naik bas dah. Bukan takut, lebih kepada segan.
Ustad wan sudah kenal kami lama.
Sejak umrah pertama.

Trip pertama yang merisaukan dia,
sebab adanya kami 7 kanak-kanak riang yang mungkin memberatkan dia di mekah.
Tapi alhamdulillah, dalam riang ria kami, mak dah pimpin kami pada track yang betul dan dengan izin-Nya boleh lakukan sendiri.



Teringin nak tahu, apa rasanya ustad tu bawak kitaorang dulu?


Gamba dari atas ke bawah
1.-3. Bukit Tsur
4.-7. Jabal Rahmah
8. Ja'ronah
9. 7 riang ria(hotel mekah)




No comments: