Tengah feeling-feeling ingat zaman haji 2011 walau skang dah 2014. Mentara ada umur berazam nak coretkan sampai abis. Tapi takde mood. Eh?! Ya Allah dah 2015! 2016? Fuh

Monday, July 20, 2009

Minda Separa Sedar

bila terlalu banyak berfikir

pergi shopping dengan alang dan mak. Kata mak, alang bayar. Aku pun hehe.
Sibuk ambil2 barang, biskut, kacang, mulut aku bercakap pada alang dan mak

'eh beli buah nak?teringin nak beli buah la'
'tun, ambik kan biskut rokok' tak peduli langsung apa aku cakap
'tun pun dah lamaa tak merokok'

ya Allah. aku nak cakap. dah lama tak makan buah. kene sampuk ngan alang. ha kau! macam aku tengah merayu mintak dibelikan rokok pulak. aduh mak. Entah apa la orang belakang aku pikir.

--------------------------------------------------------------------

Aku baru berapa hari je kat situ. Baru aku sedar, aku agak pasif orangnya. Bukan, kritikal pasif. Mujur je ada kenalan, jadi hari aku berlalu lancar sedikit. Dah 5 hari di situ, kebiasaan aku setiba di ofis. Aku terus ke tempat duduk selesa aku. Hujung di satu sudut ofis, dekat dengan pantry, dekat dengan pintu toilet. Bosan bosan, aku isi masa mengira orang masuk toilet.

Agaknya simpati dengan aku yang tak campur orang sangat, kenalan aku ajak aku ke depan. Semeja dengan dia. Kalau tak ikut cakap dia, dia bising jugak suruh ke depan. Tengah aku angkut barang aku ke meja depan, dia ke pantry dengan kawan2 dia bersama seorang staf perempuan. Selesai letak barang, 'hm kerusi tak cukup'. Aku pun ke pantry untuk ambil kerusi. Pagi tu aku agak seperti bingung2 sikit, perlahan aku menapak ke pantry.

Palp!Palp! Bunyi kasut aku. Aku tak suka bunyi tu. Agaknya bunyi kasut aku agak menarik. Masuk pantry, semua mata tengok aku. 'makan?' tanya mereka, serentak aku menggeleng. Sepi. Melihatkan aku sepi , kakak india tu tanya

'cari apa?'
Sepi.
'cari kasut.' serentak dahi semua orang berkerut sambil tengok kaki aku.

'kahkahkah' berdekah semua.
Sebelum aku ke pantry aku lalu bilik surau ofis tu. Aku tengok selipar surau tak tersusun. Runsing aku kenapa selipar tu tak kemas.


----------------------------------------------------------------------

pergi UTP

Aku tolong boss angkut barang. Dia nak mula semester baru. Kami pergi berasingan, dia dengan motor hitam menawan dia, aku dan mak aku naik kereta. Aku dan mak bertolak dulu, aku tanya pada mak kenapa kita pegi dulu? Kata mak, kita nanti lambat.(aku tahu, maksud sebenar beliau 'kamu tu drive terkial-kial').

Lama memandu aku rasa letih mata, tak jauh pun. Dah ala-ala aku rasa macam dekat dengan UTP, mata aku dah meliar cari signboard. Dulu aku tak pernah aware dengan jalan segala bagai ni, jarang pun aku ke sana. Aku tanya mak aku yang selalu ulang alik jenguk boss ni pun, dah was-was UTP kat mana.

Tak lama tu aku nampak signboard Universiti Teknologi Petronas <---. Aku pun tekan pedal minyak, anjakkan speed. Di sebelah aku ada satu motor dipandu perlahan dengan 2 lelaki muda di atasnya, baya boss aku kira. Dengan yakin malaysia bolehnya aku potong diaorang nak masuk simpang tu, tetiba aku rasa macam kenal je bangunan tu. Ya ampun.
Stesen minyak petronas. Hahaha.

Perlahan-lahan aku pusing stereng, straightkan balik tayar kereta. Sambil aku intai-intai cermin pandang belakang. Aku tengok, dah tak nampak dah muka 2 lelaki tadi. Alamak malunya aku! Yang aku nampak, helmet diaorang dah tertunduk-tunduk. Malunya!
Depa tengah gelak tak berenti.

Itu belok nak masuk stesen minyak petronas. cis!
Dulu-dulu(2 tahun dulu) aku datang situ stesen tu tak bukak lagi rasanya.

------------------------------------------------------------------

tak kenal maka,
tak kenal la. apa la

sebelum bukak mulut nak bercakap dengan orang, biasanya aku perhatikan dulu. Siapa yang boleh aku approach selamba, siapa yang aku kena hati-hati bila bercakap. Bila dah kenal dengan kawan2 kenalan aku, tak boleh berhenti gelak depa. Takde niat aku nak kenakan depa. Sapa suruh depa bercakap dengan aku, nak pulak aku jumpa sorang anak sedara aku(aku baru tahu kitaorg ada pertalian) yang lebih kurang aku jugak. Kata dia,

'agaknya memang kalau sedarah sama perangai ye yok?'
'apasal?'
'skru tak center'
'tak lah'
'apsal beb?'
'kau je beb'

Bila bergurau depa percaya, bila cakap betul depa ingat aku tengah bergurau.

Moral?
Berhenti lah mengarut, orang susah nak percaya kamu.

2 comments:

mynameisqiqi said...

lawak la ko nie~!
hahaha. suka entry mu! :)

Petiais said...

qiqi,
rindulah aku. ;p