Tengah feeling-feeling ingat zaman haji 2011 walau skang dah 2014. Mentara ada umur berazam nak coretkan sampai abis. Tapi takde mood. Eh?! Ya Allah dah 2015! 2016? Fuh

Sunday, July 12, 2009

Ingat tuhan

Khamis
1st-masa aku hilang phone
2nd- aku & yani temu driver tu selepas 2 jam hilang phone

Jumaat
Lama aku tunggu dengan adi di stesen U. tak ada. Wallahualam.
Dia tak datang kerja sebab aku ke?

Sabtu
3rd- aku jumpa dia lama. berkat sabar adi & punitha. kitaorg dapat tahan teksi tu. lepas beberapa kali terlepas sebab dia ada customer lain.tersengih dia tengok aku.aku pun tak tahu nak cakap apa. kata aku, 'kalau jumpa abang bagitau ya'. jawab dia 'handphone kan, susah la sikit. kalau jumpa pun lambat la kot'. Aku mula ragu2, apa aku dah salah syak orang ke. Aku pun ni, hati lembut(macam mulia sangat la pulak), tak maksud aku, aku mudah kesian orang.Ikutkan aku yang kesian tak kena tempat, aku tak buat report langsung. Alhamdulillah jugak ada yani& adi dah macam kakak2 aku. Kata adi, 'aku rasa dia' dengan nada tegas bila aku kata takut tersalah orang. Tapi mungkin ya.

sebab

Aku baru terfikir. Dia tak tanya pun. Handphone aku model apa.
Kamu doakan lah dia lembut hati ya.
Tak kisah lah macam mana pun, cerita dia jumpa handphone tu.

Aku mengaku, salah aku lagi dari mula. Aku langkah masuk taxi, aku tak ingat tuhan. Selalu kalau aku naik, aku berzikir tapi tak untuk hari tu. Kenapa? Aku pun tak pasti. Mungkin sudah yakin selamat dengan adanya lagi 3 orang budak satu U yang aku tak kenal di belakang.

“Maka apabila kamu Telah menyelesaikan shalat(mu), ingatlah Allah di waktu berdiri, di waktu duduk dan di waktu baring. Kemudian apabila kamu telah merasa aman, Maka Dirikanlah shalat itu (sebagaimana biasa*). Sesungguhnya shalat itu adalah fardhu yang ditentukan waktunya atas orang-orang yang beriman” (An Nisaa:103)

Kebiasaan aku, tengok driver, no plat sebelum jejak masuk.Hari tu aku masuk je, bila ada budak satu U ajak aku. Aku nampak phone tu, sebelah kaki aku. Tapi aku tengok je, aku pun tak tahu la. Tu lah tak ingat tuhan, tuhan pun tak lindung aku dari apa2 benda. Elok keluar pintu teksi, macam baru tersedar dari mimpi, pap! terus terfikir kan phone aku. Terlambat, dia sudah speed lebih pantas. 2nd time jumpa, aku tak terfikir nak mintak nombor dia lepas tinggalkan satu nombor phone kat dia untuk dihubungi kalau2 phone tu dijumpai. Yani yang banyak idea tu pun tak terfikir. kenapa ya? Wallahualam.
Kali ke-3 aku cari dia, aku bimbit al-Quran.

Maka
Jangan lupa Allah SWT.

Walau sesaat.

2 comments:

mynameisqiqi said...

ehh ko dh dapat belum hp ko?
gila la pakcik taxi tu. aku ikut perkembangan taxi tu. tp biar benar org tu x nak bagi balik kalo dier amik. psycho apa?
cis! aku sokong ko..

petiais said...

qiqi,
kau sokong apa weh? bakar taxi dia? nak cakap directt aku tahu phone tu kat dia pun tak sampai hati. nak bakar taxi dia? haih mimpi la labu