Tengah feeling-feeling ingat zaman haji 2011 walau skang dah 2014. Mentara ada umur berazam nak coretkan sampai abis. Tapi takde mood. Eh?! Ya Allah dah 2015! 2016? Fuh

Thursday, December 30, 2010

was a draft 3


play classic


Menetap rumah orang melayu. Ayah tak ikut. Mak tak ikut.

Rutin selama 5 hari kat situ, pagi-pagi dah keluar, bila lewat petang baru balik. Dah sampai rumah tu baru la makan. Jimat duit punya pasal. Balik rumah, ada turn sapa kena masak. Satu hari tu, turn aku dengan adik aku masak. Takde la masak apa pun, takat nasi putih dengan telur goreng, sedikit perisa kicap che’ mat pada yang nak tokok kat nasi.

‘biar firah masak! biar firah masak!’

‘masak le~’


Aku tolong-tolong siapkan meja je. Dari beras sampai jadi nasi, akak-akak aku dengan abang aku tak turun. Firah dah mengeluh, ‘mana depa nii lambat nyaa~ orang dah lapar nii’. Aku dengan firah duduk melengung tengok telur dadar yang macam sedap dekat tengah-tengah meja. Menunggu lagi.

‘ish lambatnya depa ni. Takpelahh biar firah letak nasi dulu’

‘tak payah la, sejuk la nanti’

‘alah biar la.‘

Selesai senduk nasi, dia duduk balik. Lepas tu aku dan firah duduk melengung tengok telur dadar kat tengah-tengah meja, di kelilingi lima pinggan nasi putih. Menunggu lagi.

‘ish mana depa ni lambat nya, firah dah lapar ni’

Dia bangun. Aku tengok dia bangkit pegi ke hujung meja, ambil kicap.

‘Biar firah tuangkan kicap dulu ye..ye..’

‘Tak payah laa’

Aku dah terlalu lapar untuk bercakap, aku biarkan je. Dah dia tuang, dia duduk semula. Duduk melengung tengok lima pinggan nasi putih yang ada bercorak sikit dengan kicap, dekat tengah meja ada telur dadar dah sejuk dah pun. Lama kitaorang termenung, tak perasan tuan rumah masuk dapur. Aku dengar bunyi dia macam nak masuk dapur, tapi tak sempat nak cover apa-apa. Tuan rumah ni rajin senyum.

Elok je dia melangkah kat pintu dapur, terhidang depan dia ada lima pinggan nasi putih bersiram kicap, dengan telur dadar kat tengah-tengah meja. Langkah dia ‘pause’ sekejap, memek muka pun cam ter’pause’ kejap. Makin lebar sengih dia. Kelakar agaknya hidangan malam tu.

‘Having your dinner?’ mulut dia tak henti2 senyum.

Adab melayu untuk ajak makan. Aku tau, telur dadar tu pun tak tau, entah cukup ke tidak untuk kitaorang. Tapi kasi cukup syarat je la.

‘Che mat dah makan?? Jom la makan sekali ’ ayat kene bunyi macam ikhlas.

‘Saya dah makan dah, takpe :) enjoy your dinner :)’ senyum lagi sambil berpusing sopan keluar dapur.

Nasib dia pandai, kalau dia cakap boleh jugak nak join, ada jugak yang kene ikat perut. Elok dia keluar, adik aku pandang aku, aku pandang dia.


'akak dah cakap jangan letak kicap dulu'


Monday, December 27, 2010

was a draft 2


play classic



Kalau nak shopping tempat orang, jangan susah payah convert duit kita, jenuh la. Barang diaorang memang agak murah-murah. Pegi jalan-jalan kat kedai-kedai sana, haih kesian bapak aku, mesti kepala dia tak henti-henti convert duit. Kalau anak berbudi macam aku(eh?) mintak tu berpikir-pikir la jugak, kalau abang aku, takde pikir-pikir hatta sekali pun.

Window shopping

Jalan-jalan, sekali masuk kedai kasut yang brand kayu hoki, brand calar tiga, brand harimau bintang ada semua harga rendah. Woho, rambang mata abang aku. Dia tanya aku, kasut mana paling cun. Dah dia tanya, aku jawab je la, pop sekali taste kitaorang sama. Aku suggest, tapi aku lupa tengok price tag. Harga dia pun wohooo, kalau convert la. Dia mintak mak aku, tapi mak aku macam tak approve,maka gundah la balik dengan tangan kosong.

Terkenang-kenang sampai balik. Ye la dah masuk kedai kawasan jual cadar-cadar cakap pasal kasut tu, masuk kedai runcit di kelilingi makanan pun cakap pasal kasut tu, berjalan balik ke rumah yang ambil masa hampir 40 minit jalan lenggang pun dok puji-puji kasut tu. Kat rumah abang aku dok pikir lagi macam mana nak pujuk mak aku nak kasi dia beli kasut tu. Entah macam mana dia pujuk, sekali mak aku bagi. Dah approve, terus ambik duit siap-siap nak pegi beli, sebab esoknya kitaorang dah nak balik.

‘jom!’

Aku teman la dia, kitaorang berlari gila-gila. Abang aku risau ada orang lain ambik kasut tu. Lari dengan penuh kegembiraan, walau bukan kasut aku, tapi tengok dia lari dengan muka seronok aku pun rasa jugak seronok tu. Seronok lari-lari dalam udara dingin.

Tiba-tiba aku teringat zaman kecik-kecik dulu, kitaorang berlari-lari balik rumah korek segala duit syilling nak beli komik dragon ball. Sebab tiba-tiba anak tokey kedai pak engku dekat rumah buat jualan komik 2nd hand. Dia jual semua episod lama yang dah tak jual kat kedai. Takut orang lain beli, kelam kabut aku dengan abang aku selongkar duit syilling nak pegi beli. Setiap hari mengulang ke kedai tu nak beli komik tu.

Sampai lengkap komik dragon ball, episod 1-episod 49.


Friday, December 24, 2010

was a draft


play classic


Kalau kat rantau orang, tak segan nak jadi jakun. Sebab ko tau, esok lusa ko takkan jumpa orang kat situ dah.

Kitaorang(aku dan keluarga) tinggal kat satu hotel yang agak klasik. Semua barang kat sekeliling semuanya antik termasuk lah elevator hotel tu. Pintu lif tu takat pintu grill je, lantai lif takat papan tapi berlapik karpet yang kemas, kau pijak tak bunyi sangat, orang kedua masuk, ‘eiikk’, ketiga masuk ‘eiikk’, empat ‘eiik’,lima ‘eiikk’. Muat dalam lima orang je. Lif apa la tu yang muat lima orang je kan, nama pun classy apa kelas naik lif ramai-ramai.

Kitaorang ramai, jadi kene ambik dua bilik. Level tak sama, bilik mak ayah level bawah, bilik anak-anak kat atas. Jadi selalu ulang alik pakai lif, tapi sebenarnya suka main-main lif. Sebabkan dapat bilik berasingan, ada je la depa-depa ni barang tu tinggal bilik mak la, mak punya barang ada kat bilik anak la, apa la apa la, selalunya yang kecik-kecik kene hantar. Ada sekali tu aku angkut-angkut barang dengan abang aku, waktu tu pagi, kitaorg dua naik lif

Eiiikk, eiiikkk(bunyi spring ke hape, papan ke entah la, tak pasti) Dah tutup grill, abang aku tekan butang nombor tingkat. Lif baru nak mula gerak, abang aku lompat2 perlahan dalam lif klasik tu. Eiikkk eiikkkk.

‘oi oi oi, jangan lompat la’

‘agak-agak apa jadi kalau lompat dalam lif ni ha?’sambil lompat perlahan-lahan

‘jangan wo jangan wo, dah la lif macam ni’

Abang aku pun berhenti lompat-lompat.

Dah sampai bilik mak aku, entah bila masa, aku tertido kat bilik mak aku. Agak nak petang aku terjaga. Itu pun sebab aku dengar mak aku ngomel-ngomel

‘Apa la nomi tu, mujur tak terhempas ish alhamdulillah la ada orang dengar’

Petang aku tido tu abang aku naik lif sorang-sorang, aku tak pasti dia nak ke mana, ke bilik akak-akak aku atau bilik mak ayah aku. Lif yang dia naik tersekat, lif tu tak turun habis. Kira kalau ko dari luar lif, ko nampak kepala abang aku je, sebahagian badan lagi orang level bawah yang nampak. Agak tertanya-tanya aku pegi tanya dia

‘ko buat apa sampai lif boleh stuck?’

‘bancik lompat-lompat’

Esok nya ramai tourists check out, sadis mereka, kena angkut beg-beg dabak diaorang ikut tangga klasik yang agak pening jugak kalau ko duduk tingkat atas sekali, pening pusing2.



Saturday, December 11, 2010

Wishing Stairs

Hujan menderu-deru asar tu. Aku baru habis kelas.
Mujur bawak payung.
Mujur pakai kasut sport Pawer baru beli kelmarin.

Fakulti dengan hostel takde le jauh mana, tapi takde le dekat mana. Alang-alang karang balik nak mandi jugak, aku lari jugak dalam hujan lebat-lebat tu. Walaupun pakai payung, serupe tak pakai pun tak pe. Kuyup jugak aku. Lari bersungguh, elok tiba kat foyer kolej kediaman, aku berhenti sekejap, mengibas segala yang boleh dikibas nak buang air lebihan hujan.

Dah kemas sikit, aku sambung jalan dan turun tangga. Baru turun 2-3 anak tangga, ZIUPP!GEDOK!GEDOK!

'ADIK TAK APA2 KE??!!'

mak aih bisanya jatuh. aku jatuh terduduk bergeduk-geduk sekali gus 2 anak tangga.

'eh tak tak. saya tak apa2' perlahan je aku jawab pertanyaan akak yang baru nak naik tangga. Ada abang API(Akademi Pengajian Islam) depan aku, terkejut jugak dia tengok aku jatuh. Terhenti kejap kaki dia. Dah aku cakap tak de apa-apa, semua orang back to normal berjalan. Akak tadi pun dah hilang dari pandangan.

Aku pun bangun balik agak bisa jugak, tapi aku tahan ar tak nak orang lain pulak tau aku baru jatuh terduduk bergeduk2. Elok je aku berdiri nak melangkah semula,

ZIUPP!!!GEDOK!GEDOK!GEDOK!!

'EHHH! ADIK TAK APA2 KE??!!' kali ni abang API tadi pulak panik untuk aku, bersungguh-sungguh dia patah balik jenguk aku yang baru jatuh terduduk lagi 2-3 anak tangga sekaligus.

'eh tak pe tak pe' malu pulak jatuh depan lelaki, API pulak tu.
'BETUL NI??'
'betul2, tak apa-apa'

Amendenya tak apa-apa. Sakit gila. Dah separuh tangga aku jatuh terduduk-duduk. Tapi aku cover je la, dah kalau ye pun dia tau aku tak ok, apa je abang tu boleh buat. Gendong aku? Ini bukan drama kau dan aku, si pompuan jatuh tiba-tiba lelaki sempat sambut, jatuh sikit lelaki lain pulak sambut. Takde maknenya.

Dah aku cakap ok, dia pun relaks semula, pusing balik nak sambung berjalan.
'Huh!' aku tarik nafas, cubaan melegakan suasana sambil berdiri semula. Baru nak mula sambung langkah turun tangga

ZIUPPP!!!! GEDOK!GEDOK!!
'YA ALLAHHHH SUBHANALLAHHHHHHHH!!!!!!' terkejut benar abang API tu, dia patah balik dengan tangan dia kiri kanan kelam kabut terngadah-ngadah macam nak sambut. Tapi nampak teragak-agak, dan aku tau kalau ye pun aku tertumus, dia takkan pegang pun. Habis anak tangga dah aku jatuh terduduk-duduk.


'ADIK OK TAK NI??' nada sangat concern
'er ok ok, takpe takpe'
'BOLEH DIRI TAK NI??' makin concern nada dia
'er takpe takpe, biar saya duduk sini dulu'
'BETUL KE NI???' terserlah sifat keabangan
'er takpe, betul takpe, kasi saya rehat kejap kat sini'
'BETUL NI??'
'takpe takpe abang pergi je dulu, takpe saya nak duduk kejap'

Malu betul kau, 3 kali jatuh depan orang yang sama, dah tu boleh pulak cakap nak rehat kat tangga tu kejap. Aku malu nak berjalan dekat dengan abang tu, aku biar dia jauh dulu. Abang tu jalan semula sambil tertoleh-toleh ke belakang. Tak tau sama ada dia harap aku ok, atau harapkan kejatuhan keempat.




*Pawer benar kasut tu.

Wednesday, December 08, 2010

Siput Haram


Petang yang damai, aku baru habis kelas dengan zeera. Sekolah kitaorang ni dikelilingi hutan. Tersangatlah damai sepoi-sepoi bahasa. Macam biasa, hari-hari pegi balik kelas kitaorang jalan kaki. Dah naik bukit, kene turun tangga,naik tangga, redah port2 kera melepak.

Masa naik tangga, nampak la sekor siput (sekor ke?sebiji?sebuah?). Siput ni dalam usaha nak merentas tangga dari kiri ke kanan.

'Eh tengok siput tu'
'Siput babi eh?(Zeera tengok dengan mata, tak ada keinginan nak berhenti melangkah)'
'Kesian dia kan'
'Kenapa?(Langkah ikut henti)'
'Ye la, entah bila dia nak sampai belah kanan ni(Juih mulut pada bahagian kanan)'
'Abis tu, nak kena buat apa?(Aku dan zeera tengok je siput tu dok usaha mengesot, entah dari bila dia kat situ. Subuh tadi? Ke subuh semalam? Kehkehkeh)'
'Angkat la dia, kesiann dia'
'Kene eh?

Terus si zeera tunduk cangkung nak pegang cangkerang siput tu, terkejut den dia nak buat botul2. Aku bergurau senda di petang yang damai je weh, hoho. Tapi dalam2 terkejut aku nak tengok jugak macam mana dia angkat siput tu.Tengah dia nak pegang siput tu, tiba2 zeera terhenti sekejap sambil toleh ke arah aku



'tapi.. nanti saya kene samak ke?'

Monday, December 06, 2010

Salam Ma'al Hijrah 1432

Satu Muharram Detik Permulaan

Perkiraan Tahun Islam Hijrah

Perpindahan Nabi dan Umat Islam

Dari Kota Makkah ke Kota Madinah

Atas Keyakinan dan Iman Yang Teguh

Kaum Muhajirin dan Ansar Bersatu

Rela Berkorban Harta dan Nyawa

Demi Menegakkan Islam Tercinta

Hijrah Itu Pengorbanan

Hijrah Itu Perjuangan

Hijrah Itu Persaudaraan

Hijrah Membentuk Perpaduan

Oleh Itu Mari Semua

Kita Sambut Maal Hijrah

Tingkatkan Semangat Tegakkan Syiar Islam

Untuk Sepanjang Zaman


Untuk Sepanjang Zamann






*teringat suasana kelas agama tingkatan 2, waktu petang yang damai. Ustazah aminah suruh berdiri dan nyanyi.

Wednesday, December 01, 2010

21 Guns



One, 21 guns
Lay down your arms, give up the fight
One, 21 guns
Throw up your arms into the sky, you and I

21 Guns- Green Day
1st December 2010










video
menu