Tengah feeling-feeling ingat zaman haji 2011 walau skang dah 2014. Mentara ada umur berazam nak coretkan sampai abis. Tapi takde mood. Eh?! Ya Allah dah 2015! 2016? Fuh

Saturday, December 20, 2008

kawan bertahun kita bersama~

Friendship is always a sweet responsibility, never an oppurtunity.

aku jumpa di blog org.ceritanya pasal kawan2.

ya.aku tak tahu kadang-kadang.aku selalu soal pada diri.
kalau waktu itu aku dalam krisis.aku akan kata.

'lagi bagus jadi kera sumbang'

aku tak tahu aku bercakap dengan niat atau sekadar lepas geram.aku pun tak pasti.ade org kata, kita masih boleh hidup tanpa kawan.em memang boleh.tapi kita mungkin akan rase suatu masa nanti 'something is missing somewhere'.

-----------------------------------------------------------------------------

aku seorang yang menyesuaikan diri dengan orang.kalau orang itu begitu, aku pun begitu.kalau org ini begini, aku pun begini.Aku cuba ikut cara orang yang aku bersama aku.Hasilnya?

kawan: awak boleh masuk dengan semua orang ek?

-----------------------------------------------------------------------------

agak letih.bukan agak, memang letih.kalau sesuatu terjadi, kalau pendam, aku yang makan hati, tapi aku tak berdendam.tak pernah ada rasa nak membalas.Tapi kalau lepas, gaduh jadi habuannya.yang mana satu? dulu aku lebih senang diamkan diri.Kadang-kadang orang bercakap tanpa sedar, jadi tak boleh nak salahkan dia kan.ke boleh?(sengih)

sejak aku masuk U, aku mudah lepaskan perasaan. Terpulang juga pada orang yg sedang aku bercakap.Kalau keras hatinya, keras lah aku balas.Kalau sinis katanya, sinis lah aku balas.Hah, banyak memori aku rase baru-baru ini.Mungkin aku terpengaruh dengan benda yang menumpang dalam badan aku.(angkat kening).mungkin.

Tapi jauh di sudut hati, orang yang suka menyakitkan hati aku lah yang banyak aku simpan kenangan.(senyum).kenangan bergaduh.ha3.Sejak aku sedar kehadiran pendatang tanpa izin dalam aku, aku mula sedar diri dan cuba jadi yang dulu.Pendam lebih baik mungkin.Sekurang-kurangnya aku tak meninggalkan kesan torehan yang tidak dilihat mata kasar dan tidak mungkin dipadam dgn maaf.

------------------------------------------------------------------------------

Satu sahaja yang aku pegang, aku tak boleh ubah kawan-kawan aku.Ubah diri sendiri .lebih mudah.kan?.

------------------------------------------------------------------------------

kau cuba lah bercakap dengan dia
tak nak lah.saya dgn dia memang tak masuk.awak boleh la, senang masuk dgn semua org.
bukan kau tak masuk, kau tak pernah cuba nak ikut gaya dia.lain orang lain gaya.mana boleh kau pakai gaya kau dengan dia.Dia tu keras hati, kau cuba ikut flow dia. Aku ni nampak macam senang masuk dengan orang, tak jugak sebabnya aku cuba ikut gaya org tu.Ade org suke seorang pendengar, jadi aku dengar je lah, ade org suke penasihat, jadi aku bagi ar nasihat.

-------------------------------------------------------------------------------

dia tak tahu, kadang-kadang aku ada kurang bersetuju dengan cara dia tapi dia tak nampak, aku tolak cara halus. Aku ada juga rasa tidak puas hati tapi aku diamkan.kiranya.aku ni bukan lah senang masuk dengan orang.(sengih).



Thursday, December 18, 2008

petang tadi

sedang khusyuk mencari movie utk ditonton, bunyi kereta memasuki ruangan hadapan rumah bergema.

'pelanggan mak kot.'(mak aku stokis tett.apa kamu fikir?Gamat la)

aku buat dek, masih di sofa hijau.sebab mak aku ade ruangan dia sendiri utk urusannya.tanpa mengendahkan mak aku di luar menyambut tamu, tiba2 aku rasa mak aku dekat dgn ruangan aku dan duduk di sofa.cit.ingatkan pelanggan.kawan mak aku la.kelam kabut bangun, sbb tamu emak ade bawak anak lelaki?adik lelaki?.

mak:pergi panggil firah.(firah adik aku)
aku:huh?ha.(confuse)

di bilik.

firah bangun.mak suruh g depan.ade org datang.mak angkat ko kot?(aku dan kakak seorang lagi tak de mak angkat, yang lain semua ada mak angkat.tapi aku tak penah tgk mak angkat adik aku)

(firah dengan muka baru bangun tido.waktu petang ni.tgk aku blur2.lepas tuh pejam mata balik)


hoih!bangunla.mak suruh g depan.mak angkat ko.mak angkat koO!ade abg angkat ko gak, ke adik angkat ko?entah akak pun tak tau.(muka laki tuh boleh tahan tak pernah plak aku tau adik aku ade abang angkat hensem.hensem ke?boleh la tahan.adik aku tak pernah cite plak)

cepat la bangunnn.mak angkat ko kat depannnn.

10 minit kemudian..
di dapur.

firah: pandai la ko mak angkat.bukan la.kenal pun tak.

*kenapa aku teka mak angkat?entah?confident je.tepa hape

lepas tu aku gelak sorang2 depan kuali panas tak henti2

-------------------------------------------------------------------


lantai dapur aku sapu,lama aku berangan lepas tu baru terperasan sesuatu,baju aku comot.Aku sarung tudung style org indon pakai tuh,sarung je.

'Ya Allah, mesti dia ingat aku pembantu rumah.cit.cit.Patut la tadi takde gaya nak hulur salam. Orang hulur baru makcik tu nak hulur salam. Pulak tu.Mak bagi arahan panggil firah , memang macam Puan Besar bagi order, ya ampun malu den.'

-------------------------------------------------------------------

mak: *** mane airnya?(bertanya dari depan)
aku: ha.jap.

sebagai menebus maruah, aku pakai macho2.dulang ditatang.menjadi ar.

abang?adik? tgk aku mata terpaku.

tak tau ar plak kalau terdetik kat hati dia 'amboi org gaji ni, beria nya'

*nama samaran aku nama kampung,confirm dia ingat aku org gaji.

--------------------------------------------------------------------------------

track bottom koyak kat buku lali, t-shirt comot, tudung indon warna putih lip lap(tgn sorok bawah tudung sehingga terlanggar2 sofa depan tetamu mak sbb nak lari.keh3)

kamu ingat aku berhias.

seluar khakis, baju kemeja kotak2 lengan pjg , tudung hitam(kan dah kate,mane ade hias)


Tuesday, December 16, 2008

lrt

aku tak tau la dari mana aku dpt habit ni.

kalau aku panic aku akan call org.sape2 je la.
waktu yg selalu panic, time aku lupa aku kene tukar train kat mana.(aku pengguna lrt setia )
kene ambik stop kat mana nak pegi tempat ni tempat tu.

kat masjid jamek dulu.dari U aku ke masjid jamek lepas tu aku kene cross jalan utk ambik aliran sri petaling.aku cross bawah tanah lepas tuh aku cross balik ikut jalan raya.(skang tak yah, dah bukak laluan kat atas)

aku kadang2 khayal.jadi aku mudah lupa apa sebenarnyer misi aku kadang2.

hari tuh sepatut nya aku tak payah cross jalan.aku dah confius aku kene masuk ikut stesen mana.aku nampak org ramai2 jalan, aku pun terpengaruh.aku ikut je depa jalan.diaorg cross aku pun ikut cross.skali baru perasan.aku tak payah cross sepatutnya.aku gelabah.sbb kene melintas balik.cover malu.aku pun call org.2-3 saat aku bercakp ngan kawan aku,kaki ku hayun melangkah utk melintas semula.

kat jalan tuh kereta tgh berhenti tunggu lampu hijau.tgh aku berjalan depan kereta ape entah dgn jeep sebelah dia.driver jeep tgk aku sambil siku tongkat kat stereng.aku perasan dari ekor mata, tapi aku tgh on phone kan jadi mata aku focus seberang jalan je.sekali.

zupp..pinnnnnnnn!

ade motor meluncur laju antara dua kereta tuh.kaki aku terhenti aku undur pantas tapi sbb abg?pakcik? tu bawak laju gila, sempat juga lutut dia langgar lutut aku. terpusing 90 degree.

berdesup darah.tapi tak rasa risau pun.entah agaknya aku tak terfikir aku boleh mati.tapi kalau tak undur mmg aku terpelanting la kot ke depan.

abg?pakcik? dia marah.'ape a bla2'.aku tak dgr ape dia bebel.sbb aku kan cepat panic.aku tak focus.tapi aku nampak spec itam dia ja ngan misai dia.dia gemuk.jadi inersia badannya menyebabkan dia mudah berhenti kot.

aku:sorry.sorry
dia: ape ae bla bla
aku:sorry sorry(tunduk terus jalan.phone kat telinga lagi.pipi panas2.kawan aku kat phone tak tau pun kawan dia nih dah nak kene langgar)

salah aku pun, sbb tak jalan ikut kuda belang.tapi sepatutnya dia tak laju.(jebik.ye la salah aku jugak tak tgk kiri kanan).tak silap aku dia vrooomm lepas dia terhenti dek aku. menyesal aku tak pegang belakang motor dia.

-----------------------------------------------------------------------

ari tuh aku sepatutnya berhenti kat masjid jamek.aku pegi beli tiket kl sentral.tak tau la ape dalam kepala aku.sambil aku berjalan ke kaunter tiket utk beli tiket masjid jamek, aku call akak aku.

------------------------------------------------------------------------

lagi sekali ari tuh.aku sepatutnya tak perlu cross.tapi aku cross jugak kat masjid jamek tuh.sambil melihat klcc aku call kawan aku.

aku: sori la kacau.aku silap lagi ari nih.aku pergi cross.
kawan aku:tak kacau pun.paham dah.(gelak2)

hang up.lepas tuh baru cross balik.

-------------------------------------------------------------------------

esok2 nampak mcm budak skolah cross jalan pastu keluar kan hp dari pocket lepas tu cross balik.jgn jerit petiais lak.

Wednesday, December 10, 2008

awan biru

suram.ruangan penumpang disurami dgn cahaya oren dari penumpang yang belum tidur.tekun membaca.(aku?penonton tegar.semua movie pusing.)lagi pula.penumpang tidak ramai.ku bayangkan dari luar malaya airline.terbang nya malaya airline dengan perut yang tidak kenyang.suram.

kiri dan kanan.semua sudah terbuai ke alam sendiri.sedang tekun menonton dlm hati sudah terpasang niat(akak ni lalu nanti kena mintak!kene mintak!kene!mata masih tidak lepas dari screen)

juice?
hiak!(pantas tangan ku hulur utk mencapai.)
(akak cun bermekap di malam buta melihat aku)
(mata aku merah.bengkak.tak kupeduli kan dia.tgn lantas mencapai air.dia berlalu)

aku tonton cerita aksi.
tak ada org mati dlm keadaan tragik.
cuma aku sudah tonton 5 movie tanpa henti.
bercahayakan lampu oren.
mata pedih!

---------------------------------------------------------------------------------------------------

waktu masih siang.kecoh semua orang.tatkala akak-akak cun mengedarkan makanan.makan waktu apa ya tu?.macam-macam bunyi.
bunyi plastik dikoyak.
scrambled eggs?
aluminum dibuka.
thank you.
meja yg terlipat dileraikan.
cofee or tea?
tayar troli bergolek2.

mata aku meliar kiri kanan.
'ah sarapan ku tak cukup sifat!'
(ligat otak dan mata bekerja mengesan apa yang tak cukup sambil mata menjeling pantas ke meja org sebelah)
'ah!crossaint!'
sebaik saja akak cun.eh bukan.abang cun lalu.
"abang!roti!rotiii!"
(kamu fikir aku jerit~(-_-").aku masih sopan lagi.aku tidak jerit.cuma mungkin agak dramatic sedikit dgn tgn kanan ku lurus sambil 5 jari ku beraksi seperti buzz lightyear menjerit nooooooo!!!!!!! sambil tangan kiri ku teguh mengenggam dulang makan ku.)
aku tak jerit crossaint sbb aku terlupa bagaimana mahu menyebut nya.dulu aku sebut.hasilnya kakakku gelak keji.

kesiannya dia tak dapat.kejap ya.
(aku lihat dia bawak plastik lutsinar.sambil dia menyepit keluar croissant.satu utk aku.satu utk kakak ku di kiri ku.masih berbaki 2 crossaint.)
ha.disebabkan adik dpt lambat.abg bagi lagi 1.
(habis bertuah ar konon.)
finally.aku satu kakak ku satu.
kami makan sampai kenyang.SANGAT!

-------------------------------------------------------------------------------------------------------

bangun.sembahyang.(mak mengintai dari celah seat depan ku)
ha?a orang bangun ni.(lantas bangun dari duduk ku utk ke tandas)

payah sungguh ambil wuduk di tandas.lama aku di tandas.selesai sahaja.aku keluar.
aiseh.terbatal.patah balik.ambik wuduk lagi.lama aku di tandas.selesai.dlm kepala.
'jaga wuduk.wuduk jgn la batal.jgn la batal'

selamat sampai di duduk ku.kakak ku pula pergi mengambil wuduknya.baru shaja ingin memulakan solat.juice?'ish abang cun ni.masa ni plak nak bagi juice.'
meja lipat sebelah aku buka.lalu menyambut huluran 2 air jus oren.
dush!aku tersentak.mulut maintain senyum.
jari manis ku terkena jari abang cun.jatuh hati? abang cun tak lah cun.
selesai ku letakkan air jus.
cit!aku berdecit seperti org di london selalu buat tatkala laluan mereka terhalang.atau seperti org temasik kalau mereka melanggar bahu kita seinchi.mungkin mereka2 ini ada masalah lidah.tapi aku berdecit kerana aku mahu berdecit.

kakak ku sampai di sisi.

"kak de semayang la dulu.jap kasi org keluar dulu."

Tuesday, December 02, 2008

berjela

atas kek

Selamat Hari Jadi ke-(tutt.) ******************


'idea sape tulis nama penuh nih'

Monday, December 01, 2008

cerita hari ini

Bila lidah berkata

labu:ko tau, semalam ayu* tulis nama dia kat pda si adi ape tau
labi:ape?
labu:ayu* loves fahri* forever.pastu dia lukis heart.ha3.tak leh bla
jelita*:kahkahkah
labi:ala biasa ar tu.org dilamun cinta.(nada perli)
labu:haah.labi kau pun boleh buat gak. labu loves farr..err
mereka(ayu*+adi+jelita*): HAAAAAA!!!!!.LABI KAU KENE HATI2 LABU DAH PASANG NIAT TUH!
labu: woi woi woi sori sori.kehkehkeh.name lebih kurang.name aku lagi senang sebut vokalnya.tuh tersilap tu
ayu*: dah la labu.ckp jee

*nama samaran


Cicak man


kita penah tgk superman,batman,spiderman, mcm2 man lagi lah.
kelmarin tgk cerita mercury man.cerita thailand.best jugak la.boleh tahan.part lawan2 pun cam mantap dia punya steps.cun betul.kagum ar thailand pun dah ade superhero la!

tiba2 hati aku berdetik.
'nasib baik kita ade cicakman'


Baik pakai

hush.byk nye semut.cepat betul dia trace.
huh?
mak tau tak dlm ni ade ape(sambil menunjukkan pada tupperware bulat berwarna kuning)
ade apa?
ade susu dlm ni tau.(aku baru isi semlm nye susu pekat)
hah?!susuk?!
hish ape mak ni.susu la.kalau susuk.baik org pakai buat apa simpan dlm tupperware.


19_01

subuh tadi aku bace mesej dari
sha@yati@yana:
>>inbox: semoga pjg umur.
>>sent: 00.02

aku reply
>>terima kasih.aku pun tido awal semlm.

*aku tido kul 11.kawan aku sanggup tunggu 12 tuh


Klinik Pergigian Anis

Happy Birthday to 'LABu' have a nice day.
'huiyo! dentist wish org birthday ar!!'


Tuesday, November 25, 2008

Cahaya



takkan Allah turunkan beban yg tak mampu dipikul diri

hanya kehendak hati yg menyusuri
seketul darah yang menzahiri
andai baik yang dimiliki,
kebahagiaan hadir mengiringi

andai rosak yang dimiliki,
jangan ditunggu apa menanti
tapi
lantas mengheret diri
merubah haluan menuju illahi


lauk

11.10 am
bos jeling.

-------------------------------------------------------------------

10.45 am

mak:bos* pegi beli lauk.lauk siap je.

aku yg mendgr.'wah beli lauk siap!'

betul ke mak nak suh bos beli lauk siap?
ye la.dah lambat.(bersinar mata aku.shing.shing.)

11.00 am
ruang tamu..

g la beli lauk cepat.lambat ko beli.org tak nak masak.ko beli yg siap terus la(konon ugut.walhal..)
hm(sambil matanya tertancap pada screen laptop nya dgn tekun)
g la cepat!(sambil aku landing kat sofa)
senyap.
bos!cepat la beli.(tgn aku main2 wayar headphone dia)
senyap.
pap.(aku tarik wayar headphone)
bising seketika ruang tamu dgn audio dari laptop dia.
cepat la bos!(aku lihat dia menyambung semula wayar headphone)
senyap.
bos cepat la g belii.
senyap.
(tgn aku main2 wayar headphone.nak tarik.berhenti.tak jadi.bergerak ke sebelah.wayar power supply)


Friday, November 21, 2008

alaa..

acik butak intu.(sambil menunding2 jari ke pintu)
hm..
acik unci.butak.butak intu.(tgn terawang2 menunjukkan kunci pintu)
tak payaH.duduk je dlm ni.main dlm ni.

(tgn yg tadi tergawang2 menunjuk ke pintu.diturunkan perlahan2.lalu badannye dipusingkan menghadap achik nya.lalu tgn kanannya menggaru belakang telinga kanan dan ditolak telinga nya ke hadapan tatkala habis menggaru sambil mulut nye menjuih dan..)

alaaaa..

(macam pernah dgr, tapi masih lagi terpegun dgn respon oya.kecik2 dah pandai merungut.huiyo!dalam hati je la huiyo nye.lame terpegun.lalu aku tersengih sendiri)

dah dah.tak yah nak ngengade.main kat dlm je dah.(aku malas nak tunggu dia main.esoknya aku ade exam )

*alaa itu rupanya pernah ku dgr dari upin ipin.
sufiya dah 2 tahun.

Monday, November 17, 2008

adus

tukar dawai baru.gigi aku dah rasa tegang.saiz dawai makin kecik.

malam..

isk!(sambil melibas2 tgn menghalau kelkatu dok terbang2 depan muke)
halau punya halau.
KETAK!

AAAAAAAAAA!!!!!(aku terketuk dagu aku ke atas.adus!gigi kapak aku dah tenggelam ke atas)

............................................................................................................

berubat dgn ustaz..

ustaz:parut tuh(sambil tunjuk parut kat kaki)
aku:jatuh tuh
ustaz:org kate byk parut nih org kuat
aku:kuat?(kehkehkeh kuat mende)mane ade.kelam kabut ade le.

..............................................................................................................




Monday, November 10, 2008

nothing's gonna change my love for you

pergi JJ taman equine(betul ke?).atas sebab2 tertentu maka kami jelajah ke sana.

berbantu kan navigator kawanku.
'CIK NAVY'.
itu gelaran kami kepada dia yg tak jemu2 memberi arahan kepada kawan aku yg degil.
kalau tak.aku yg tolong express kan marah cik navy kepada kawan aku.
'cik navy ckp.KANAN2!DEGIL!DEGIL!'

selesai menjalankan misi.kami solat asar.makan.solat maghrib.duduk2.
ada piano byk2 kat tgh2.kitaorg kat tingkat atas ni.masa tuh just jenguk2.

'aku rasa kalau dia nak tarik org beli.patut dia main.baru nampak graceful nye la piano2 tuh.'
adi mengganguk.entah dgr entah tidak.

tak lama lepas tu.bunyi piano.
adi pun mcm terexcited maka dia tarik aku nak pegi tgk.
aku senakal2 aku mcm budak2 segan la jugak nak g dekat.bunyi.bukannyer perlu dilihat dekat.jauh pun dgr kan.

tapi sebenarnyer, aku pun excited jugak bile dgr.bunyi dia bergema ke seluruh ruangan.mcm best sgt.


maka aku pun ikut adi, menuju ke arah piano2 tuh. duduk di kerusi yg berdekatan(dekat gila! depan abg tuh je.)aku rase dia pun cam semangat nak main bile kitaorg duduk kat situ(ke aku je yg perasan)abg tuh main 2 kali lagu tuh(nothings gonna change my love for you.)

tiba2 aku rase jatuh cinta dgr dia main.wah.main piano je tu.

btw.abg tuh main sedap sgt.sebijik camni.

Monday, October 27, 2008

jalan2

pegi jalan2 ngan kawan2.utk sem baru ni.tak pernah lagi keluar mane2.

oh bukan lah bermaksud wajib utk kami keluar walau sekali.saje je la.da la jarang bertembung.so kami decide untuk keluar berjalan2~ ke midvalley megamall.wahh.aku dah promote di luar sedar.

naik lift.turun lift.aku pun tak tau ape terjadi.lebih rela diam dan ikut dari jadi kepala me navigate jalan yg salah lalu diserang bertubi tanpa perlindungan.

disebabkan aku decide utk mengikut sahaja.maka aku berada di belakang skali.naik lift.member kempunan makanan jepun.pergi foodcourt.dia ckp dia nak belanja sushi.tapi aisehh..

'aku tak mampu nak makan sushi'

bukan mengada.mmg aku pernah telan.sampai merah2 mata aku luah kan balik semuanya.uweekk.hanyir.aku rasa bau daun tuh.rumpai laut ke?aku teringin nak makan sbb 'diaorg' semua cantik2!

setelah selesai membeli.kami turun semula untuk makan di kfc.sampai sahaja di floor yg sepatutnye..

TING!

semua org dari dlm lift keluar.kawan2 aku juga.aku belakang skali.maka aku lah org paling last keluar.aku tgk org kat luar lift semua peluk tubuh tunggu time nak masuk lift.elok je aku nak step out..

GEDUG.GEDUG.(pintu lift nak tutup semula)
ZUPP!! (serentak aku depakan tangan menahan kedua2 belah pintu lift.)
GEDUG.(mcm kurang berkesan.pintu masih nak tertutup.)
ZUPPP!(tapak kaki kanan aku dah melekap kat pintu belah kanan lift.menahan lebih kuat.supaya pintu tak tertutup)

di luar.

kawanku yg menjadi saksi> 'awak da mcm spiderwoman'

aku>hehe..sambil menekup2 muka.setelah membuat aksi bodoh di depan ramai org yg takde seorang pun terfikir nak tekan button lift (^) malah memeluk tubuh lagi.

Friday, October 03, 2008

SELAMAT HARI RAYA!!

tahun ni aku rasa macam meriah je balik kampung.
tak rase mcm terpikir2kan sesuatu.
ringan je balik.kalau tak.'isk bile nak balik'(aku terlupa nak hafal jadual TV kot)

lagi tahun nih.kelakar tak kelakar.tapi best gak.

pak cik aku ahli tabligh(baru lagi).

'Andak rase kita sekeluarga kene buat ta'ruf'(tiba2..~maaffkan bila ku tak sempurna cintaaa iniii tak mungkin kuuu cegahh.ayatt-ayat cintaa.eh tibe2 rase cam rossa berpusing2 menari kat tgh hall)

family kitaorg besar.BESAR sangat.lagi pulak ade yang pakai nama samaran.sudahnya kalau org dtg tanya, kenal tak sekian2.mmg kompem tak kenal.silap hari bulan.'SAYA TAK PERNAH TAHU PULAK SAYA KENAL ORG NI'.isk tu dah teruk!aku lagi ar.mmg sah2 tak de sedara tau nama betul aku.dan aku rasa mesti diaorg ingat nama samaran aku tuh nama betul aku.sadis tul.

mmg kitaorg buat halaqah.malu2 pun buat gak.tapi ok ar.cam bes jugak.
dpt something dari raya ni.pastu bile kene buat ta'ruf second round sebab ada group lain dtg, rase cam ok skit.tak de ar gelabah tapir.tapi kelakarnyer.aku paling tak suke sesi ni mase orientasi.aku tak tau kenapa.tapi mase ta'ruf ngan family wah mcm tgh promote diri je.kehkehkeh.tapi aku rase aku suke dah ta'ruf.dia buat aku rasa mcm baguss.hehe.eh tu dah lain.

pakcik aku yg sorang lagi aka paksu.nak buat family punya salasilah kat website ape ntah.akak aku penah pass aku password dia kat aku.satu ketika dahulu.aku sudah lupa.jgn memain.pakcik aku siap bukak buku log isi nama,tempat tinggal,no phone,email mase raya first day ari tuh.semangat seh.bagus2!senang betul kerja bebudak ni nanti nak buat folio sejarah keluarga kitaorg.ini tidak adil!cewah!dulu aku susah payah korek sane sini.diaorg blh surf je nanti.isk.

lagi aku rasa,
raya tahun ni, semua org berubah. MESRA SANGAT. aku sangat SUKA.selisih faham yg aku tak tau ntah mane mula pun, mcm dah tak de kot. tapi sebenarnyer mcm takde sape salah pun mcm satu citer ni.

ade satu globe ni.separuh nye malam.separuh nyer siang.ade plak dua org sahabat ni.dok tenung globe tuh.sorang sebelah sane.sorang sebelah sini. yg sana ckp gelap.yg sini ckp siang.sudahnya bertekak le dua sahabat tu.tapi bile masing2 pergi tgk tempat org yg lagi satu.baru le percaya.rupanya dua2 betul.cuma benda nye berlainan je.

byk benda best jadi.aku tak tau kenapa.rasa excited beria tahun ni.sampai cam nak cerita semua ni.poyo je.kalau org yg kenal aku terbaca ni.

Tuesday, September 16, 2008

the ant bully

semalam nye waktu berbuka.(sorang2 bukak sadis je)

aku pasang cerita kat pc.

'THE ANT BULLY'

lame da ade cerita nih kat ext harddisk.tahun lepas.baru bukak tgk.
seronok jugak la.

esoknya.subuh.aku sahur.(sorang2 jugak)

aku keluarkan polistrena aku dari plastik.ade 2-3 ekor semut hurung.
TAP!TAP!aku tekan semut2 itu dgn yakin.

'AH.AKU SUDAH JADI P-NUT THE DESTROYER!'

Sunday, September 14, 2008

Aku rase mcm..hm..sakit?tak sakit.jiwa tertekan skit.

Back then..
'angah nak buat bracess la.'
'em'
'tapi .serbe salah.sbb yg senget betul gigi ko'
'em'
'jom buat!'
'ko bayar ke?'
'alaa ko mintak mak'


Hard days..
Dah pakai.ada la beberapa process ngan dentist nih.
Doc kate ade dentist pasang terus.
Dia buat step by step 'so...that u wont feel the bOmBaStiC PAin!'<


YEAA YEAA Strongerrr!!(Britney-Stronger than yesterday)
Hari ni.aku merasakan.
cant describe wit words.sbb ak mmg sukar nak berckp pun!
Tapi.

'sgt domino.'
kanan dicubit,kiri yang sakit.
kiri kutuil,kanan yg teruil.
tengah kuusik, belakang yg gemersik.
AAA!!!(abaikan kesalahan bm ku)


A step to the final step.
Gigi ku dicabut.
'angah. kalau org nak cabut lepas raya boleh?'(Setelah kulihat baris gigi angah ku berlubang tatkala tersengih)
'.......'
'ye la nanti process lambat plak ye?'(aku redha)

dgn doctor dan assistantnyer:
mulut kebas.sbb doktor nak cabut gigi.

assistant: baju rayaa warna apaa?
aku:(-_-'').kehkehkeh.(aku da dpt tangkap)
assistant: nak pilih warna apa?(sambil tunjuk rubber pelbagai warna.putih,hijau kuat,hijau lembik,merah,ungu,kuning)
aku:(mulut kebas.lalu aku tunjuk dgn tgn pada warna merah)
assistant: haaa mesti baju raya warna niiiii
aku: hahaha tak la.hahaha (gelak tak le bla dgn mulut terasa separuh angelina jolie)

**SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN.MOGA SAMA2 MENDAPAT KEBERKATAN!**

Wednesday, August 20, 2008

cita2

byk cita2 tahun nih.maka byk juga duit involve.aiseh kene buat bajet 2008 baru balik.bape kali renew da.

Saturday, August 16, 2008

; P

cuti mid-sem baru bermula.

hari khamis malam lagi.blok-blok asrama da mula sepi.
aku dan temanku.
beralaskan lantai dingin.
belakangku bersandarkan almari.
dia bersandarkan tiang katil.
berbual tentang hadapan.

'aku satu je aku nye impian.aku harap aku panjang umur.sampai aku sempat kahwin.ada suami.aku nak tau siapa suami aku.aku nak ada anak.lepas tu aku tak kisah.ok la kot!'
(sambil mata memandang ke atas seperti ada hologram kehidupan ku di masa depan)

'boleh tak?!'

aku diam.bingung .sepertinya dia tidak puas hati dgn impian aku.
("-_-) <----- (-_-")

kahkahkahkahkah!serentak kami berdua gelak berdekah!

*teruk betul aku!dah bina keluarga.lepas tuh aku tak kisah pulak nak tinggalkan diaorg!kahkahkah.

Friday, August 15, 2008

rase dekat

tahun 2008

kosong
luas
putih

semalam terdgr sesuatu dibangkitkan
hinggap ke gegendang telinga
lalu..

tahun 2003....

doa itu.
doa itu kupasang sejak 1996
doa itu kulupakan sejak 2005
tanpa mengharap ia termakbul

apa aku semakin dekat dgn doa itu sendiri?

itu dulu

tahun 2003

di depan kaabah

berteleku hambaNya di depan kaabah
tunduk menadah doa
penuh kabul mengharap

semakin rendah tunduknya
semakin tinggi harapannya

what the ****!@#$@#

kami duduk kat computer lab.ade gap 1 hour.aku dan kawan aku lagi 2 org mmber ikut(pompuan+laki)maka 2* lagi org member laki itu ikut juga.

lalu dlm lab.aku byk focus pade screen aku je.sesekali aku tanya kan pade 2* tadi yang ada dibelakang tatkala mcm confius.jawapan diberikan pada nada yg selamba nye kuat mcm kami je yg pakai pc kat situ.hehe.

tibe2 tanpa disedar kami. dua line depan kami dah diisi oleh senior student.kami ditegur.

we r having class rite now.(dgn mata jeling tak ley bla)
aku dan kawan ku yg perempuan >>huh?
we r having class rite noW.(sedikit tinggi suaranya yg dah sedia keras)
aku dan kawan ku yg perempuan lagi>> huhh?
we r having class rite nOW.(tak tahan sabar dah.)
aku dan kawan ku yg perempuan>> oooooo...(mulut bulat 'o' lalu kembali memandang screen masing2)

*tak lama pastu kami keluar la jugak.kesiankan dia da penat jeling2 kan.

kawan laki ku:

'apehal tgk org mcm tuh.nak kene lempang??what the F...'(dgn nada lembut sekali)
*suaranye langsung tak mcm org marah

Sunday, August 10, 2008

pink Sunday

saya balik ari sabtu.

walopon dah sabtu saya balik jugak.sbb terlalu rindu.rindukan.
'Oya'
maka saya pun balik berjumpa dgn sufiya.

ahad.
tgh ari saya dah balik.setelah menemankan akak ku yg solo ke kenduri kawannyer.
sambil lalu saya bawakan buah tgn utk classmate ku yg kampungnya jauh.kasihan kan dia maka kek ku bekalkan.

di laluan balik ke blok .saya berenti seketika di kawasan berdekatan dgn blok kawan saya.(lelaki).dari tangga lagi..

dia:**** pakai baju kurungg??(sambil sengih dan mata ke arah lain dgn kepala tergeleng2 tidak percaya)

saya:(apakah?!)mulut sengih je.


di bilik
'ape org tak pernah perasan ke aku pakai baju kurung?'

di YM
ko tak pernah nampak aku pakai baju kurung ke?
tak

*dia seorang lelaki yg kitaorg(geng perempuan) boleh bawak bersembang.

Saturday, August 02, 2008

menyanyi


snap gamba.


aku seorang photographer :free-lance: yg tak well-equip.


kenapa tak blh ke?


speed light?

tak dak


lenses

tak dak


apa yg kau ada

ape yg aku beli je ar


buat suka2 maksudnyer buat tanpa bebankan dirikan.maka kalau blh idup dgn apa yg ada.apa salah kan?kan?kan?


dia kondem:'kau ni ntah apa2 nak tangkap gambar kene la ade semua benda tuh'


aku kondem:(dlm hati je la)ni la name nye kreatif !tak mewajibkan semua tuh utk dpt kan gamba yg cantik!

Saturday, July 12, 2008

jalan2 ikat perut

masuk balik hostel

eh ko da kurus!

'mane tak nye .makan kebab, roti, tuh pun pagi malam je.lain takde'

Saturday, July 05, 2008

Thursday, July 03, 2008

GALWAY
Cashla Bay


Clif den(on the way to, actually)


Corrib


Galway Bay


National Park

Sunday, June 29, 2008

PARIS


Gare du Nord


Notre Dame



Sacre Coure


Musee de Lourve


Place de La Concorde
Arc de Triomphe

Tour de Eiffel

Monday, June 23, 2008

ke tepi! ke tepi!

sufiya suka cakap

TEPIII!!TEPI!!!

dalam apa jua situasi.geram.amarah.duka.rajuk.
kadang bengkek gak.dia dok marah kite2 yg tua nih dengan `'TEPI!!TEPI!!'

org tak usik pun.tgk dari jauh je.dia marah kite tepi gak.

akak ke-3: sape ajar dia ckp tepi nih?
abg ipar : ntah. tak tahu plak.

aku pun kusutkan kepala pikir iklan tv ape yg sebut tepi2.kot dia belaja dari tv.
dia suke marah org ngan tepi2.maka akak ke-3 aku pun..

sufiya: TEPI!!TEPI!!(sambil tgn menolak2 akak aku yg ade kat tepi dia.padahal akak aku tu tak buat apa pun)
akak ke-3: KE TEPI KE TEPI GERGASI SUDAH KEMBALI MENERAP REVOLUSI TERGEMPAR INDUSTRI!(sambil tgn buat style rap)

*lepas tuh kalau dia jumpa org lain dia akan marah TEPI! tapi bila nampak akak aku yg ke-3.dia akan ckp tepi2 sambil tersengih2 tanpa amarah.

Tuesday, June 10, 2008

sufiya dan dirinya

kakakku dalam pantang.dia pantang kali ke2 di rumah ku aka kampungnya.

di bilik air.

sufiya: woohooho ayer!ayer!
aku:sabo le.tanggal baju dulu!
sufiya: woohhooohoo!(menjerit tgk air paip bercebur mengalir)

aku: sabunn badannn.sabunn baa
sufiya:dann

dah hampir siap mandi..

aku:(alamak terkene sabun plak kat tgn dia)ha gosok tgn.gosok tgn(tanpa memberi demo pada dia)
sufiya: pelepap!pelepap!(sambil menepuk kedua belah tapak tgnnya dgn yakin!)
aku: bukan la..itu tepuk..achik nak sufiya gosok tgn.gosok macam mana?
sufiya: (diam.mata nya bulat melihat aku.lama.mata nya turun melihat tgnnya.lalu kedua belah tgn nya rapat)
aku:(wah..baru saja aku nak memuji)
sufiya:(dia menggerakkan tgnnya dgn tapak tgnnya rapat antara satu sama lain.serentak.depan.belakang.depan.belakang)
aku:(..............)
aku:hahahahaha!

Thursday, May 22, 2008

apartment akak ku

apartment akak ku.

"ITU KEJE AWAK!AWAK LA BUAT!"

kipas aku off kan.novel ditutup. tingkap ku tolak luas sedikit.telinga ku rapatkan ke tingkap.

'org atas bergaduh..gile gaduh punya!'

gaduh mcm depa je kat situ.tak malu langsung terpekik2.yg lelaki nya mmg mcm petir pekiknye.perempuan nye.kdg2 dgr suara halusnya menahan tangis.kedengaran suara halus perempuan tuh berckp dgn nafas tertahan2 menahan sebak.'mungkin'.

"saya buat semua kerja kat rumah nih."

tak silap telinga aku.aku dgr yg si perempuan berkata..

"biar lah saya keluar dari rumah ni."
"HA NAK KELUAR SGT!KELUAR!KELUAR!KELUAR AR!ANGKUT SEMUA BAJU2 TUH!"

disusuli dgn bunyi barang berjatuhan.BANG!pintu dibukak dgn kuat sehingga menghentam dinding.aku rasa mungkin si lelaki itu yg mencampakkan barang2 perempuan tuh keluar.'agaknya'.

aku kira mereka bergaduh kerana lelakinya malas.mungkin si perempuan meminta sedikit pertolongan si lelaki.tetapi tidak diendahkannya.disebabkan keletihan maka dia terpaksa meminta tolong si lelaki.si lelaki yg runsing lalu mengamuk.'barangkali'

----------------------------------------------------------
tahu tak sang lelaki(s) di luar sana.apakah sebenar-benarnya tanggungjawab seorang suami?
anda tahu bagus.bagi yg tidak tahu.

tugas suami dalam Islam.
'run' kan family
bukan setakat dari segi nafkah.

malah..

memasak
cuci pinggan
cuci baju
kemas rumah

pendek kata..kerja suri rumah itu adalah tanggungjawab lelaki.

'apa guna isteri kalau macam tu?!'

relak2 saudara.
seorang isteri di sini tanggungjawab nya meringankan beban si suami dgn membantu suami melakukan kerja2 tersebut.


kiranya di sini.kerja suri rumah itu bukanlah sebenarnya2 kerja perempuan.jadi.ingat itu bila anda sudah berkahwin jgn membiarkan bebanan itu dipikul oleh si isteri seorang diri.berat.sgt berat melaksanakan kerja rumah yg tak pernah habis.dan jgn buat isteri mcm kuli.

ingat itu!
----------------------------------------------------------

keesokannya..aku dgr org atas bertukang.tekun.dari pagi sampai lewat petang.
'oh barangkali isteri dia minta tolong baiki sesuatu'.

* petang semalam yg mereka bergaduh.sunyi gile apartment.aku rase sumer org mcm aku.

tekun menekapkan telinga ke tingkap.

Friday, May 16, 2008

semalam.

aku masak makan petang semalam..akak aku yg ke-4 dtg ke dapur duduk di meja makan.muke baru selepas dicuci setelah tertido penat selepas bertungkus lumus buat kerja.dgn muka ngantuknya..

akak:buat apa
aku :emm(tgh memikirkan sesuatu bende yg sgt kontra dgn apa yg aku tgh buat..lame..)..masak..(setelah malas nak berfikir aku jawab yg betul aje)

dia perhatikan je aku buat keje aku...

hari nih hari apa?
hari khamis (menjawab sambil mata aku tak lepas dari tepungku)
HAH?! betul ke?ckp le yg betul!
ye la hari khamis la.
ckp le betul2
abis tuh nak org ckp apa.rabu??
kalau mcm tuh. ape buktinyer hari nih hari khamis??

buktinyaa..


esok hari jumaat.

muahahaha!!(aku gelak beria syok sendiri sambil menenyeh tepung menjadi bulat dgn senduk)


*akak-student math-cern yg byk je keje dia aku tgk tak penah abis.atau mungkin sbb dia pilih utk foya dulu depan tv dan kemudian baru abiskan kerje dia maka nampak macam tak penah abis.

Wednesday, May 14, 2008

phobic

petang sabtu itu.

akak ku yg ngandung dan anaknye (setahun lebih) tak de di umah.jadi lagi senang

aku nak tgk cerita.hantu.
malam sebelum tuh konon nak tgk, tapi kudrat tak cukup nak tgk.dgrkan background music intro dia pun da terbayang macam2 dalam kepala.jadi keputusan dibuat.

`esok siang mesti tgk!'

//jam 1400//

aku nonton wayang dlm bilik.tgk ikut pc.mula2 tgk cerita thailand.aku baring kat lantai beralaskan tikar buluh.akak ku yg seorang di katil.

akak:tgk cite apa?
aku: hantu thailand.

akak: ...

setelah hampir sejam lebih berlalu. akak tgk aku relak je.
movie seterusnya.cerita hantu philipine.

akak:eh phillipine
aku: haah
akak: join baring kat bawah.tgk jugak.

.......lame masa berlalu.....
tiba di part suspen...entah waktu watak utama melilau2 mencari lembaga tu tiba2..

JENG!JENG!
AAAAAAAAAAA!!
HUA!

memalukan.
aku terjerit.
bukan sebab terkejut kan jeng jeng itu.tetapi `AAAAAA!!' itu.
akakku menjerit sambil berselindung di balik suratkhabar yg sedang dipegangnya.
tanpa rasa bersalah.dia bertanya

akak:ape tuh ape tuh ape dia nampak(mata dia berselindung balik surat khabar)
aku:(unfair sungguh.sbb nanti mesti aku sorang je yg terbayang2.unfair!unfair!)tak de ape sgt..


mesti the whole blok apartment dgr.sbb. petang tuh sunyi sungguh.


//jam 2200//

tgh packing baju2.nak balik kampung esok paginyer.dgn bas.so ulang alik dari bilik ke bilik tgh dlm umah tuh.di bilik tgh tuh ade almari baju simpan segala baju.tgh cari2 baju sambil dua2 tgn pegang pintu almari kiri dan pintu almari kanan.

berfikir...senyap....
tiba2 aku rase seperti ditenung.
perlahan aku anjakkan sikit kepala ke belakang sikit utk lihat di sebalik pintu almari kiri.yg dpt ku lihat akak ku yg ngandung sedang melipat kain di ruang tamu.aku kembali menatap baju di hadapan.

masih.
seperti ada yg menenung aku dgn penuh fokus.aku mula2 terbayang bukan2.
pantas mata aku melilau melihat siling.lalu kulihat sebalik pintu almari kanan.tiada.

kututup pintu almari kanan dan kututup pintu almari kiri.

AAAAAAAAAAAAAAAAAAAA!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!(sambil melompat ke belakang)

ihik ihik ihik ihik(dia tergelak suka melihat aku melompat terkejut sambil tgn nya sedang memeluk bola kecil)

anak sedara aku.dia yg berdiri sambil tgk aku.tapi aku tak perasan sbb dia rendah.dia pun tak pandai ckp sgt.agaknyer sbb tuh dia memilih utk melihat sahaja.

aku menjerit sbb.dlm cerita hantu selalu ade budak main bola.

*lagi pulak dia suka main sergah2 dgn akak aku yg ke-2.jadi bile org terkejut.mungkin dia rase dia terror berjaya mengejutkan makcik nye.

*anak sedara-

sufiya perempuan.tak pandai berckp sgt.kalau nampak cicak.akan dipanggil ciTak!kalau nyamuk disebut nya dgn ade dengung sedikit.rambut lambat tumbuh.nampak mcm lelaki sikit.sbb bonda dia yg dipanggil nenek suke sarungkan singlet ala2 basketball player/shorts/..dan itu mungkin disebabkan bonda nya sedang mengandungkan baby atau bibik seperti yg sufiya sebut adalah lelaki. dan bagi sufiya apabila dia ketuk pintu dan mahu menyuruh org bukak pintu.tak kira pintu apa pun atau siapa pun di dalam dia akan menjerit magic word nya DADDY!

yg pasti dia ingat aku adalah acik nya.(sambil tersengih)

Monday, March 24, 2008

bandung peRgi'

AYAT-AYAT CINTA:

novel nih bagus amat.serius.

dulu baca aja.dgr lagu dia mengingatkan kembali babak2 dlm novel tuh.hampir saja air mata menitis saat teringat kembali. *sigh*

Friday, March 07, 2008

ayah.ayah.

sekian lame aku pegang desktop tuh.

tgh nak bersihkan cpu.aku jumpa ade kertas terlekat pada belakang cpu.tau ape?

lakaran belakang cpu lengkap berlabel dgn name devices yg disambung.lantas.

'ayah.ayah.'(sambil kepala menggeleng perlahan dan mulut tersenyum nipis)

*kertas tuh da terlekat kat cpu sejak hari ,seminggu selepas orientasi sehingga la hari aku sedar.

ayah-58 tahun(sentiasa anggap aku budak skolah menengah rendah lagi)

Saturday, February 02, 2008

apa yg nak dihairankan

something to be shared with

baru aku perasan.
sahabat2 handai ku yg kulit putih lagi cun.
anda semua tahu apakah ciri lelaki utama mereka??

jeng!jeng!jeng!

lelaki pilihan mereka.


tidak berkulit putih.(katanya mcm bukan lelaki kalau kulitnya putih.walau hensem sekali mcm mane pun)

*aku pun cam tak caya je (-_- ")

Tuesday, January 08, 2008

perlukah?

aku baru bace buku cerita nizam zakaria .walaopon dia dah kuarkan kat blog dia.aku bace balik memandangkan akak aku beli..SERI TERTANGGUH

isu yg aku nak timbulkan..kata2 seri buatkan aku rase yeah aku di pihak yg benar.yeah!!

MESTIKAH PEREMPUAN CANTIK BERKULIT PUTIH??

owh.aku bukanlah fanantik sgt dgn frenster. maka aku jarang ikut perkembangan kawan aku.dan makanyer aku pun masuk lah page kawan2 aku satu per satu.
termasuk lah aku ke page kawan aku yg dah lame sgt aku tak contact.
aku tgk gambar2 terbaru dia.aku pun tgk dia .dari bertutup kepalanye kepd tak bertutup.
sedih jugak tgk tapi ntah.terpulang pade diri dia.exam sumer straight A takkan tak leh pikir lagi?

gambar2 nyer pastilah menunjukkan muke nyer yg cun dan rambut nyer yg gemalai.bukan aku dengki.
langsung tak.
aku bace komen2 yg ditoreh.

COMEL LA ***
CUN AR ***
MCM CINE AR ***

perlukah utk cantik kite perlu putih?aku tgk ade gak siap senarai dah dlm characteristic calon isteri.AKU NAK ISTERI KULIT PUTIH.

mahu saja aku sindir.
EH BANG.. AWAK TUH PUTIH SGT KE???

hingga sampai satu tahap aku pernah obses utk mendapatkan kulit putih!
kate mak .kami kecik2 sume putih cine. nenek ade cine skit .ade yg kekal ade yg tak.dan aku kategori tak kekal.

aku pernah tanyer member.
KULIT AKU WARNE APE?

ade kater aku kuning langsat.
ade kater tak tau.
ade kater aku cerah.

maka aku ubah soalan.
AKU GELAP TAK ?

mereka jawab tak

sekarang aku tak kisah.peduli, aku warna ape.

dan sekarang ade org tanyer aku.
EH KENAPA KO NAMPAK CERAH??(dgn pelik le sgt..mungking sebelum tuh aku gelap kot sampai pelik sgt bile tetibe nampak aku muncul kat alam realiti)

dan aku jawab
oh.setelah aku kaji.kulit aku nih based on lighting.kalau cahaya cantik aku pun ok,kalau lighting tak ok.aku pun K.O.(teori kulit aku)