Tengah feeling-feeling ingat zaman haji 2011 walau skang dah 2014. Mentara ada umur berazam nak coretkan sampai abis. Tapi takde mood. Eh?! Ya Allah dah 2015! 2016? Fuh

Wednesday, May 14, 2008

phobic

petang sabtu itu.

akak ku yg ngandung dan anaknye (setahun lebih) tak de di umah.jadi lagi senang

aku nak tgk cerita.hantu.
malam sebelum tuh konon nak tgk, tapi kudrat tak cukup nak tgk.dgrkan background music intro dia pun da terbayang macam2 dalam kepala.jadi keputusan dibuat.

`esok siang mesti tgk!'

//jam 1400//

aku nonton wayang dlm bilik.tgk ikut pc.mula2 tgk cerita thailand.aku baring kat lantai beralaskan tikar buluh.akak ku yg seorang di katil.

akak:tgk cite apa?
aku: hantu thailand.

akak: ...

setelah hampir sejam lebih berlalu. akak tgk aku relak je.
movie seterusnya.cerita hantu philipine.

akak:eh phillipine
aku: haah
akak: join baring kat bawah.tgk jugak.

.......lame masa berlalu.....
tiba di part suspen...entah waktu watak utama melilau2 mencari lembaga tu tiba2..

JENG!JENG!
AAAAAAAAAAA!!
HUA!

memalukan.
aku terjerit.
bukan sebab terkejut kan jeng jeng itu.tetapi `AAAAAA!!' itu.
akakku menjerit sambil berselindung di balik suratkhabar yg sedang dipegangnya.
tanpa rasa bersalah.dia bertanya

akak:ape tuh ape tuh ape dia nampak(mata dia berselindung balik surat khabar)
aku:(unfair sungguh.sbb nanti mesti aku sorang je yg terbayang2.unfair!unfair!)tak de ape sgt..


mesti the whole blok apartment dgr.sbb. petang tuh sunyi sungguh.


//jam 2200//

tgh packing baju2.nak balik kampung esok paginyer.dgn bas.so ulang alik dari bilik ke bilik tgh dlm umah tuh.di bilik tgh tuh ade almari baju simpan segala baju.tgh cari2 baju sambil dua2 tgn pegang pintu almari kiri dan pintu almari kanan.

berfikir...senyap....
tiba2 aku rase seperti ditenung.
perlahan aku anjakkan sikit kepala ke belakang sikit utk lihat di sebalik pintu almari kiri.yg dpt ku lihat akak ku yg ngandung sedang melipat kain di ruang tamu.aku kembali menatap baju di hadapan.

masih.
seperti ada yg menenung aku dgn penuh fokus.aku mula2 terbayang bukan2.
pantas mata aku melilau melihat siling.lalu kulihat sebalik pintu almari kanan.tiada.

kututup pintu almari kanan dan kututup pintu almari kiri.

AAAAAAAAAAAAAAAAAAAA!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!(sambil melompat ke belakang)

ihik ihik ihik ihik(dia tergelak suka melihat aku melompat terkejut sambil tgn nya sedang memeluk bola kecil)

anak sedara aku.dia yg berdiri sambil tgk aku.tapi aku tak perasan sbb dia rendah.dia pun tak pandai ckp sgt.agaknyer sbb tuh dia memilih utk melihat sahaja.

aku menjerit sbb.dlm cerita hantu selalu ade budak main bola.

*lagi pulak dia suka main sergah2 dgn akak aku yg ke-2.jadi bile org terkejut.mungkin dia rase dia terror berjaya mengejutkan makcik nye.

*anak sedara-

sufiya perempuan.tak pandai berckp sgt.kalau nampak cicak.akan dipanggil ciTak!kalau nyamuk disebut nya dgn ade dengung sedikit.rambut lambat tumbuh.nampak mcm lelaki sikit.sbb bonda dia yg dipanggil nenek suke sarungkan singlet ala2 basketball player/shorts/..dan itu mungkin disebabkan bonda nya sedang mengandungkan baby atau bibik seperti yg sufiya sebut adalah lelaki. dan bagi sufiya apabila dia ketuk pintu dan mahu menyuruh org bukak pintu.tak kira pintu apa pun atau siapa pun di dalam dia akan menjerit magic word nya DADDY!

yg pasti dia ingat aku adalah acik nya.(sambil tersengih)

5 comments:

Ami said...

Aku sukakan cerita kamu tentang keluarga.

Petiais said...

ami,

keluargaku ramai.

byk cerita.byk sgt.

nak cerita kene fikir byk kali

Ami said...

Oh..jadi aku sedia membaca cerita kamu satu demi satu.

artisticklytouch said...

anak seorang teman, pada kala itu dia baru 2 years plus..di sebuah kedai makan:

"Abah nak kok kok kok kok kok...."sambil tangan menunding ke ayam goreng.

Petiais said...

ami,
:D

artisticklytouch,
mungkin dia rasa kok kok kok lebih rasional berbanding 'ayam'