Tengah feeling-feeling ingat zaman haji 2011 walau skang dah 2014. Mentara ada umur berazam nak coretkan sampai abis. Tapi takde mood. Eh?! Ya Allah dah 2015! 2016? Fuh

Friday, July 23, 2010

Subuh

dah lama tak bersuai kenal. Tahun ni sebilik dengan orang lagi muda dari aku. Junior budak first year.

'akak bangun selalu pukul berapa ya :D?'
'ah? dalam pukul 6 mcm tu la.[diam] kenapa?'
':D nanti boleh tak akak tolong kejutkan saya subuh sekali eh'
'0_0 em insyaAllah. Alia pun kalau bangun kejutkan saya sekali ya'

Aku malu kalau 'adik' kejut 'akak'. Dulu2, ngan kawan sebaya sapa bangun dulu dia kejutkan yang lagi sorang. No hal la kan, takde keseganan menyinggah di situ. Malam tu tak tenang aku nak masuk tido. 'aku kene bangun dulu.aku kene bangun dulu.aku kene bangun dulu.' risau sangat alia kejut aku dulu esok, sampai tertido.

Esok subuh. TENET!TENET! Erk?!adus! beratnya kepala, pening usah kata. Ikut rasa nak baring kejap. Tapi kang kalau tertido, budak tu pulak yang kejut aku kang. Tak boleh, tak boleh. Terhuyung hayang aku keluar dari bilik nak pegi ambik air sembahyang.

Ego punya pasal, dinding korridor kiri kanan aku terlanggar2.


Ah. apalah sangat malu pada manusia-manusia yang ada kat korridor subuh tu dari malu kalau alia yang kejut aku.

Saturday, July 17, 2010

Anchorwoman aka News No Onna


Jumpa jugak cerita ni. Maka? Dah setel tengok semua episod. MUAHAHA.

Cerita zaman sekolah dulu. Yang aku ingat setiap petang sabtu & ahad pukul 6 petang, cerita jepun mesti ada kat tv. Bersilih ganti cerita jepun. Tv berapa entah, aku pun tak ingat. Bebudak perempuan yang selalunya terkena penangan hebat.

Hari ni episod 4. Esok pegi sekolah, kecoh habis dengar bebudak ni ulang tayang cerita(pakai mulut la) episod 4 semalam. Aku sekolah perempuan, jadi kecoh dia tak tahu nak terang macam mana. Kalau yang pengawas kau akan nampak diaorang sekelompok berbaju kurung biru dan ada yang berskirt rancak bercerita dengan mata2 sekali terbeliak bercerita, excited dengan aktor jepun kacak. Padahal tengah bertugas. Tak lama lepas tu, datang ketua pengawas, 'Duty!Duty!' dengan muka tak berperasaan. Aku rasa dia sorang je dalam sekolah yang tak tengok tv.

Aku sampuk2 boleh la, kalau nak ulang tayang episod, skill kurang mantap sikit. Kawan2 aku sungguh meriah. Pernah sekali, aku baru je sampai sekolah. Dah ar gelabah sampai lambat(waktu tu aku prefect). Baru je senyap2 pegi letak beg lalu masuk bertugas, tiba-tiba tangan aku kena sentap. 'WEH WEH! KO TENGOK SEMALAM TAK?! TENGOK TAK?! EEII GERAM NYA AKUUU! RASA NAK TUMBUK2 MUKA POMPUAN TU!'. Ini ketua penolong ketua pengawas aku tau, dia pun manusia biasa. Emo emo dia pun, nasib dia tak perasan aku lambat masuk tugas, kuikuikui.

Pegi rombongan colmar tropical masa tingkatan 1. Dalam bas kat colmar tropical, tengah tunggu cikgu cikgi sampai ke bas, tiba2 pakcik driver 'ON' kan tv. Suasana bas yang riuh bertukar sepi. Kebetulan cerita anchor woman baru mula. Pukul 6 petang.

Pap!. Pakcik tu tukar channel.
OOOAAAA!!
HOWAAA!!
WAAA!!!! JANGANN!!
TUKAR BALIKKK!!
PAKCIKKK!!!

jangan main dengan api pakcik.

Satu yang aku suka, benda macam ni buat kau berkawan dengan siapa je tak kira warna kulit, tak kira pelat, asal isi cerita kau sama, korang boleh gelak2 bersembang sama. YANG PENTING KAU TAK BOLEH TINGGAL TONTON SETIAP EPISOD, kalau tak, esoknya kau akan terpinga2 tengok diaorg kecoh2. Kau nak sampuk tak bole kan?

Anchorwoman/News No Onna

Main Cast
Suzuki Honami
Takizawa Hideaki
Nagatsuka Kyozo
Fukikoshi Mitsuru
Fujiwara Norika
Nomura Hironobu

Year Aired: 1998 (Malaysia tahun 2001 kot tak salah aku)
Genre: Human Drama
Episodes: 11

Synopsis: Honami plays a newscaster, a tough pro who is capable of stonily reporting even her own husband's death in an traffic accident on air. The plot revolves around Honami's relationship with her late husband's teenage son who she is forced to take in. The show stars popular Kyozo Nagatsuka as the boy's lawyer and her romantic interest. The series also includes a lot of behind-the-scenes newsroom action and depicts the rivalry between the show's director and producer, who are locked in a constant debate over whether new and variety are, or should be, one and the same.

nak tengok? tapi kena gigih la sikit.

News No Onna

Monday, July 05, 2010

network key




1st stop- Kuala Krai
ko pegi mana weh?
kuala krai,asal
?
huhu itu tempat jin bertendang

hoho
(baca:rozi suka mistik2 nih)

kawan akak aku kawin, dia book kan tempat tido dekat Damar Inn. wOHO. Jangan pandang takde mata. Walau receptionist hanyalah seorang pakcik bersinglet yang tak mau tanggal loghat kelate dia, setiap bilik dia ada pasang plasma TV wo. Ada astro lagi. bayar 50 hengget je.

Kebetulan aku bawak laptop, tak salah mata aku ada ternampak sign wifi dekat entrance Damar Inn tu.

'Kakde, wifi kita boleh pakai ke?'
'Boleh la kan?'
'Network key nya?' (Kakde bertudung lagi masa tu, so dia pegi tanya)
'Network key nya kak tekay *********' (nak tau kene p nyewa sana ya)

walaweh , aku tak rasa dia tukar network key dia setiap hari?setiap minggu? bulan? tahun?

2nd stop- kota bharu


kat sini kakde dah siap call sutera inn. Sebabkan nama damar inn macam bunyi2 sutera inn, sampai KB kitaorg tinjau kedai kecik yang bertulis sutera inn. Payah benar rasanya mengintai, skali ha kau. BESAR RUPENYE SUTERA INN NI.


'kakde network key apa?' network key je yang ditanya memanjang. hahaha. sampai mak aku pun dah tahu network key tu apa (baca: mak aku x de basic knowledge pun pasal pc ). Kakde pun semangat call operator.

'Hello saya nak tanya, kalau nak pakai wifi kene charge ke?'
'-sepi-'
'Ha?! 35 ringgit?! subhanallahh'
'-sepi-'
'Ok lah, tak pe lah macam tu terima kasih'


mesti operator tu rasa macam nak insaf.


3rd stop- Kulim

Berhenti singgah di kulim, menziarahi anak kesayangan mak. Pantang diberitahu datang ziarah, ada je benda ntah apa2 dimintaknya. Dibuat2nya permintaan tu.

'Mak, bawakkan rambutan'

Kat kulim tido pulak kat kulim inn.
*Semalam aku ngingau aku datang semula kat Kulim inn, aku tengok kulim inn rupanya bangunan lama. Bangunan usang yang dah lama ditinggalkan. Jadi ari tu, siapa yang jaga kaunter hari tu? JENG JENG JENG! Misteri Nusantara ar plak. Tu la padahnya bila tekan info, channel 105 'suster ngesot' lalu tertido. Baru tengok info dah ngigau belum lagi tengok ceritanya.

'Kakde sini ada wifi eh?' sambil mulut menjuih pada sign wifi kat entrance dekat dengan kaunter penyambut tetamu. Kakde yang dah faham, seraya ke kaunter

'Pak cik. Sini ada wifi eh?'
'-sepi-err' mata pakcik tu dah melilau lilau
'ada eh wifi ?'
'err saya pun tak pasti, er pakai la laptop sendiri' kening aku da terangkat da bila dia suruh aku pakai laptop sendiri
'network key dia apa pak cik?'
'ha kamu pakai la yang kamu punya' ini memang terangkat kening aku, tak turun2 dah
'er, bukan, password nya apa?'
'password? kamu pakai password kamu le'



I want nobody nobody but you~ Photobucket

Thursday, July 01, 2010

Kelate Comel deh

"yani kalau orang luar datang, yang perempuan pakai baju seluar kene saman jugak ke?"


aku tak pernah pergi kelantan. tak pernah langsung. Selalu dengar cerita dari kawan2 macam menarik je kelantan ni.



-naik motor laki pompuan kene saman(ini buat kat KL sodap)
-kebiasaannya akan nampak perempuan pakai baju kurung(fakta ke-2 ni macam tipu je, aku tengok sama je)
-papan iklan, model dia semua bertudung. dari lepas rambut(FREE HAIR) masuk kelantan kene serkup aurat tu.
-banyak kedai makan(memang BANYAK. MANIS MANIS SWEET PULAK TUH)
-takde panggung wayang
-KB mall meeting point kegemaran muda mudi kelantan


Pagi2 jumaat dah bertolak. pagi la sangat kan, pukul 9. Konon 'nanti esok kene tolak awal2 pagi!'. Esoknya?(jebik).

Pagi buta sebelum tu, aku tak tido. Hoho,aku takut nak tido sebab baju tak pack langsung lagi(siang sebelum tu banyak sangat hal). Disebabkan along ada cakap 'HA KAMU TAK PACK BAJU LAGI! ESOK MESTI KELAM KABUT'. sebab nak patahkan kata2 akak aku, aku tahan mata pack baju(baca:baju mak, baju ayah, baju saya, baju kakde[pehal kakdenya baju pun kene packkan?],baju alang [tak berapa nak pack, sebab dia ada baju tersendiri dan cita rasa sendiri]). YEA! berjaya!

Bila bertolak je, tak sampai sejam, aku dah tido. Lama jugak tido. Reka bentuk honda civic agak menarik, sebab mana2 kau lentok kepala ko pun ko rasa selesa. Lentok atas stereng jangan ar plak.

Lama aku terlelap.Rasa macam mimpi kosong yang lama, aku pun terjaga. Elok terjaga, FULAMAK, cun benau pemandangau di luau.

aku: cantiknya kelantan(kakde yang duduk di tengah antara mak dan aku, tengok aku dengan mata bulat tak bole bla dia)
kakde: kita kat gerik lagi
aku: owh[pause] cantiknya perak




Subhanallah