"yani kalau orang luar datang, yang perempuan pakai baju seluar kene saman jugak ke?"
aku tak pernah pergi kelantan. tak pernah langsung. Selalu dengar cerita dari kawan2 macam menarik je kelantan ni.
-naik motor laki pompuan kene saman(ini buat kat KL sodap)
-kebiasaannya akan nampak perempuan pakai baju kurung(fakta ke-2 ni macam tipu je, aku tengok sama je)
-papan iklan, model dia semua bertudung. dari lepas rambut(FREE HAIR) masuk kelantan kene serkup aurat tu.
-banyak kedai makan(memang BANYAK. MANIS MANIS SWEET PULAK TUH)
-takde panggung wayang
-KB mall meeting point kegemaran muda mudi kelantan
Pagi2 jumaat dah bertolak. pagi la sangat kan, pukul 9. Konon 'nanti esok kene tolak awal2 pagi!'. Esoknya?(jebik).
Pagi buta sebelum tu, aku tak tido. Hoho,aku takut nak tido sebab baju tak pack langsung lagi(siang sebelum tu banyak sangat hal). Disebabkan along ada cakap 'HA KAMU TAK PACK BAJU LAGI! ESOK MESTI KELAM KABUT'. sebab nak patahkan kata2 akak aku, aku tahan mata pack baju(baca:baju mak, baju ayah, baju saya, baju kakde[pehal kakdenya baju pun kene packkan?],baju alang [tak berapa nak pack, sebab dia ada baju tersendiri dan cita rasa sendiri]). YEA! berjaya!
Bila bertolak je, tak sampai sejam, aku dah tido. Lama jugak tido. Reka bentuk honda civic agak menarik, sebab mana2 kau lentok kepala ko pun ko rasa selesa. Lentok atas stereng jangan ar plak.
Lama aku terlelap.Rasa macam mimpi kosong yang lama, aku pun terjaga. Elok terjaga, FULAMAK, cun benau pemandangau di luau.
aku: cantiknya kelantan(kakde yang duduk di tengah antara mak dan aku, tengok aku dengan mata bulat tak bole bla dia)
kakde: kita kat gerik lagi
aku: owh[pause] cantiknya perak
Subhanallah
No comments:
Post a Comment