Tengah feeling-feeling ingat zaman haji 2011 walau skang dah 2014. Mentara ada umur berazam nak coretkan sampai abis. Tapi takde mood. Eh?! Ya Allah dah 2015! 2016? Fuh

Thursday, April 30, 2009

Over the rainbow


mantera turun temurun adik beradik kami.
micheal jackson keluar hutan bawak ibu unta.
merah jingga kuning hijau biru indigo ungu.





tett!
tett! tett! tett!


bunyi lampu isyarat menandakan giliran pejalan kaki melintas. yang kereta-kereta berhenti.
aku sha yani duduk di tepi jalan di tempat duduk yang ada. ketiga-tiga kami merenung ke jalan.di tangan terselit kemas nota ringkas.

tett! tett! tett! tett!

giliran pejalan kaki sudah hampir tamat. kereta-kereta pulak jalan. vroom!vroom!

'eh! eh! lampu isyarat tu dua dua menyala lah!'
'hah?'mata merenung lampu isyarat 50 meter dari kami.
'mana ada laa.' sha tak percaya
'ada laaaa'
'mana ada'sampuk yani pulak.
'ada laa'
'buta warna kot' komen yani pada mata aku.

kau tahu. ada lagi dalam 20 minit sebelum exam.kami boleh bertekak pasal lampu isyarat.
*tempat kami duduk tu agak jauh dari dewan periksa

Wednesday, April 29, 2009

Jatuh oleh Adam AF2



oh kasih!oh kasih! ku berterima kasih!~


aku exam minggu ni.tahu ke?
dah masuk minggu kedua exam.
tahu?

doa la untuk aku.

2 paper aku ambik semalam. pagi petang. muka macam tenang. dalam otak siapa yang tahu. selesai paper petang tu. boleh la bernafas sikit, itu pun kalau aku lupa kan macam mana aku jawab exam pagi petang tu.

'sha jom jalan kaki, balik kolej.'

aku dan sha jalan kaki.dari dewan periksa. aku seorang yang banyak cakap kalau suasana macam senyap. aku pun sibuk bukak cerita malam sebelumnya tu. sibuk2 bercakap. tengah cross kat zebra crossing. walaupun mata tgh melilau tengok kereta mulut tak berhenti bercakap.

cakap punya cakap.elok dah cross aku nak ikut jalan short cut, jadi aku tak ikut pedestrian, aku dan sha turun dari pedestrian untuk lalu bahagian rumput. mulut bercakap lagi ni.
nak jadi kan drama.

'AAA!' jerit budak belakang aku dengan mulut ditutup kemas dengan dua tangan nya. mereka pelajar perempuan berbaju kurung lagi sopan dan lembut.aku tak kenal mereka.

kaki kanan aku terpelecok masuk dalam lubang.aku jatuh.tapi masih lagi terbongkok dek terpelecok.cubaan berdiri. gedebuk. kaki tak stabil. aku jatuh lagi.dengan lutut kiri aku melutut bumi.

'AAA!' mereka jerit lagi.kau tahu. aku jatuh tepi jalan selepas selesai melintas zebra crossing.kau tahu kan. kalau kau pandu kereta kau kena berhenti di zebra crossing andai ada pejalan kaki mahu melintas.aku tak tahu ada berapa mata yang menonton.

aku cuba berdiri lagi.

sha: ha lepas tu?
aku: ha tu lah. semalam nasib baik aku keluar lambat dari bilik kau bla bla bla bla bla!

hebat betul! bila bercerita.sha pun selamba je suruh aku sambung cerita.
terlupa aku baru jatuh.

*kau tahu dulu aku selalu jatuh?

-------------------------------------------------------------------------

dulu ada orang tanya kenapa jarang nampak aku pakai baju kurung? pakai sport shoes je.

berangan.
aku selalu fikir kalau kena ragut?
kena kejar anjing?
kalau aku perlu bukak kitab taekwondo aku waktu emergency?
mana boleh buat semua tu dengan kasut tumit direka untuk mencantikkan kaki-kaki perempuan.


*aku ada banyak kasut perempuan tapi semua aku pinjam kan pada kawan. pakai waktu perlu je.

Saturday, April 25, 2009

Piano buat Kau Jelita


habis discussion

senang tak main gitar ?(sambil buat gaya yo o o main gitar)
dua-dua kawan lelaki aku tengok aku.muka macam bingung. tadi bincang pasal calculation tiba-tiba keluar topik gitar.soalan itu aku tujukan pada yang seorang.dengan muka mengantuk

senang je.
owh.
apasal?
takde saja tanya.aku tau main ni je. sambil tangan aku lunjur ke depan.dengan jari seperti memetik2 sesuatu dengan beria-ria.

owh kau main tu, aku tak tau yang itu.aku tak faham maksud dia tapi jari aku masih lagi memetik2 sesuatu
hah?apa?piano? teka yang seorang lagi yang mendengar dari tadi.
eh apa plak piano!aku cakap aku tau main ni je.dua-dua tengok aku macam tak paham.
main nii.alaa kau baringkan gitar pastu kau petik2 la. sambil tangan aku lunjur ke depan sekali lagi sambil jari memetik2 dengan mulut tersengih2.



Thursday, April 23, 2009

Love Story


cerita cinta


video

kalau berseorangan, sambil earphone di telinga mendengar lagu-lagu rentak slow memang seronok. seperti hidup dalam wayang, setiap kejadian ada lagu iringan. menambahkan impak pada jiwa.bahagia?sedih?gempak?

ada perbincangan sedikit dengan rakan sekelas. selepas isyak janjinya. atas sebab sha dan yani lambat tiba, aku putuskan untuk pergi lewat sedikit. aku kira, tak pandai pula nak duduk bercakap dengan yang lelaki tanpa sha dan yani. 5 minit lewat selepas waktu dijanjikan aku bertolak turun sambil mendengar lagu love story.
leka dengan fikiran sendiri, handphone aku vibrate 'mesej masuk' serentak mata aku tertoleh ke kiri tanpa niat.sambil mata terpaku ke tangga lobi

'Romeo save me I've been feeling so alone
I keep waiting for you but you never come
Is this in my head? I don't know what to think..'

aku lihat kawan lelaki ku tersenyum tanpa putus pada aku. sambil kaki dia melangkah turun tangga perlahan 'macam dengar pulak lagu yang aku tengah dengar ni'

aku balas senyuman dia, sambil kepala fikir lain.alamak tiba-tiba terasa macam JULIET.

*cerita ini hanya dongeng semata:P.kami kawan bergurau senda, memang tak de peluang mulut nak tertutup.

Sunday, April 19, 2009

aku ada facebook

facebook

dah lama dah ada benda alah ni. for the sake of nak tengok gamba yang akak aku upload kat facebook dia.pastu tak pakai dah. sebab aku tak pernah faham dan nak memahami aturan susunan dalam facebook tuh.

tak lama lepas tu ada kawan aku sebarkan.katanya facebook ni sokong israel.sebagai seorang yang sangat say NO NO NO TO ISRAEL! aku memang tak pernah nak sign in lagi. tak terfikir pun.

setelah sekian lama aku pernah login sekali sebagai ahli facebook. tiba-tiba bertanya lah sahabat aku yang jejaka ini.'kau ada facebook?''ada. tapi tak berapa sangat ngan facebook ni''bagi ko punya facebook kat aku'.'alah kau search je nama penuh aku'(walaupun aku tahu for sure la dia tak tahu nama aku, lalu aku taipkan)'nah ko copy paste je nama penuh2 ni, jumpa la nanti'

tidak lama kemudian. memang betul dia add aku. dalam hati aku dah berbelah bagi.'alamak mana boleh langgar prinsip!' jadi aku biarkan je request tu. dah berapa lama aku biar kan request tu sehingga aku pun lupa. tetiba nak check email jason. ternampak email faris 'eh lama dah aku biarkan.'.Dengan niat hanya satu, nak menjaga hati kawan. Aku login untuk accept faris as friends.

rentetan itu, kawan aku, silap. KAWAN-KAWAN aku dah makin ramai add aku.

Dengan niat nak jaga hati kawan. aku sudah login beberapa kali.


Thursday, April 16, 2009


6 petang


masuk bilik baru balik dari kelas. sahabat sebilik sedang tido di atas lantai. penat sangat lah mungkin.tak pula tergerak hati nak kejutkan dia suruh dia naik katil. sebab aku kurang perasaan dari segi kemanusiaan. jadi sahabat di lantai dibiarkan je. was-was kalau sahabat ni belum solat. maka aku kejutkan.

'asma.asma.' sambil menunggu respon dari tuan badan.sepi 'asma.asma.' ,tergerak sikit badannya. 'hah?', mata terbukak sedikit .'dah asar belum?'. 'hah', bingung lagi. 'dah asar belum?', dia duduk peluk bantal tengok kawan dia.aku la tuh.aku rasa dia tak cam pun aku siapa. 'asar?doh.doh doh.doh asar doh.'mata tengok bantal sambil sahut soalan aku. 'oh' lalu aku toleh melihat suis kipas yang berputar pada had laju 5. mujur nombor yang ada sampai 5 je. 'takpo lah saya balik dolu' sambil bangun tangan menggapai bantal di lantai.
aku yang mahu petik suis kipas yang berputar bagai hurricane, terhenti sekejap sambil kepala menoleh semula pada asma.(0_0*)


'eh saya kat bilik ke?' yakin yakin je dia nak balik. balik mana entah.

*asma student pengajian islam

Wednesday, April 15, 2009

~akhirnya kau pun pergi.biarkan ku di sini.ternyata kau jugaa tak punyaa hatii~
EHEM!EHEm!betul-betulkan suara sebelum pick up call.malu, kantoi baru bangun tido! 'hello?' 'hah. ello.kamu ada pakai internet ke kat tepon kamu ni ?' 'hah?' buat buat blur. opss! hari tuh aku ter 'on' aku nye wifi tanpa aku off. yalah dah on mesti la tak off. 'ni ade charge dalam bil untuk internet ni?' bingung ayahanda tatkala macam mana handphone cikai anakandanya boleh di caj atas musabab menggunakan internet. 'hah!' ah! shit!< 'ada mesej gamba jugak ke?' 'haah haah, takpa-takpa nanti orang cover yang itu' buat berani jawab selamba.malah kata nak cover. pakai apa entah nak cover?


'bla bla bla bla bla bla bla bla hah!nanti jangan lupa lagi off.'

mesej telepati:
ayahanda,
orang beli phone baru. selepas tatkala susah payah pula rasanya mengangkut discman merata-rata. nak beli mp4 ke ipod ke leceh pula nak kena bawak banyak2 barang.
jadi orang beli barang yang multi-fungsi.

Tuesday, April 14, 2009


14 April 2009

Tenang.

Tahu bau dan musik boleh membuka ruang memori dalam otak?
Kata saintis kalau mahu mengembalikan ingatan , dengarkan musik kepada yang hilang ingatan.

Aku jarang sembur pewangi. Kalau ada. Tak pernah kekal dengan satu nama.
Sabun mandi , semua nama aku dah cuba. Tak pernah kekal dengan satu. Walaupun aku suka bau tu.Tak ada masalah dengan otak aku.(Sengih). Jangan risau aku tak hilang ingatan.
Cuma kurang suka ingatkan benda lama.

asma: kalau saya? bau apa yang awak ingatkan saya? (menguji aku mana tahu aku bohong kan?)
aku:(pantas aku pergi ke bakul mandi aku lalu hulurkan satu pencuci muka E yang masih separuh berisi sebelah pencuci muka yang baru aku beli.sambil senyum)
asma:(muka agak terkejut.)sungguh bau ni? tak pernah tgk awak pakai pun??
aku: oh. saya pakai mase first time saya jumpa awak(waktu semester baru bermula sambil pegang dagu).tapi kulit saya jadi kesat. jadi saya pakai sekejap je.pencuci muka Z saya habis. saya terpaksa pakai E sementara. tak tahan bau pencuci muka E(bau dia elok cuma rasa sayu). Jadi cepat2 saya beli pencuci muka S.


Monday, April 13, 2009

saya direct orangnya .

..............................................................................
............................................................................


kalau terjadi sesuatu.


selagi mereka percaya aku. aku sudah ok :). tak kisah apa orang lain anggap.
juga dua orang kawan lelaki aku. kalau mereka masih percaya aku. cukup untuk aku.


*apa rasanya hilang ingatan?

"I use emotion for the many and reserve reason for the few."
-Adolf Hitler-


Thursday, April 09, 2009

de rian!




tak ada surprise


petiais:
happy birthday to youu happy birthday to youu happy birthday to bosss happy birthday to youuuu

boss: mekasih :P

hari ni birthday kembar aku. dah 21 dah dia.
tak mampu nak buat surprise la boss.
kalau nak kejutkan ko dengan mengepos laju baju keluang man.
tak rock la, karang nak tulis alamat kene tanya ko jugak.
nak tanya kawan2 ko.kene merisik dari ym ko jugak.

dulu aku kumpul kawan-kawan aku mintak depa nyanyikan through phone. la ni banyak assignment la. suka buat kejutan (sengih). seronok bila tengok orang seronok. hanya seorang je yang tak terkejut dengan kejutan.



'ayah ini kek birthdayyy ayaaaaahh' muka dah semangat habis dah sengih suka.
akak aku pun menyengih jugak nih.

'(sepi, sambil mata menoleh ke kirinya, tangannya berhenti menyelak suratkhabar.sepi.pandang semula suratkhabar)'

aku tahu ayah aku malu. dia suka tapi malu nak tunjuk
(yo o o je aku tafsir.alah ayah aku, aku kenal la!)





Tuesday, April 07, 2009

bila teruja



pukul 3.40 am.

pagi buta sangat la tenang.

perbincangan hingga pagi buta di cafe seronok juga'.
jarang berada di kawasan lapang tanpa orang lain.

leka mendengar lagu, mulut laju mengikut rentak.
dah lama sebenarnya tak menyanyi dengan sesuka hati selapang-lapangnya.
bermic kan usb cable, mouse. menghiburkan sha di sebelah yang sesekali membeliakkan mata sinis ala-ala tak kenal aku pula'.

dari mula lagu sampai habis lagu aku menyanyi.tak sudah dengan tu.
sambung lagu seterusnya.

'jom la balik ngantuk la' sha ajak balik.

kemas-kemas barang , mulut masih menyanyi dengan girangnya.
dah kemas tempat kami yang agak kucar-kacir yani mengatur langkah dulu nak buang sampah, aku mengekor dari belakang yani untuk bukakkan penutup sampah.

yani menoleh ke kawasan sedikit tersorok. secara psychology aku pun buat apa yani buat.
'erk?!' terbeliak biji mata!

bukan hantu.
ada dua manusia lagi tengah buat kerja kat situ. tak jauh dari kawasan aku berdiskusi tadi. lagi manusia itu lelaki.

'yani! kuat tak aku nyanyi tadi?!' bisik perlahan dengan cemas.
'(sengih)' agak ar.
sha mengekeh je dengar.

aku tak boleh bayang macam mana aku menyanyi dengan suara sengau. selsema.

------------------------------------------------------------------------

gossip
sok sek sok sek.

'kau tahu dia dengan budak ni dah coupleee'
'hah!'
'budak yang itu dengan budak yang sana pun couplee'
'hah!'

kami bergossip. hairan. baru sekarang mereka-mereka bercouple. sahabat dalam kelompok sendiri lagi tu.

'yang itu pun sudah mula pakai baju perempuannn'(mata sesuatu sambil menunding pada perempuan itu) hanie memang kuat gossip.
'yaa aku perasan juga bha. tarik perhatian seseorang la tuuu' gossip lagi.
'semua pun couple'
'aku pun nak juga' hanie, sha , adi tengok aku.

~life is a maze, love is a riddle ~(angkat bahu~~)




Sunday, April 05, 2009

minggu line takadamyx



minggu macam sibuk

presentation(s).
agak tetekan. maka mudah sakit. aku kurang sihat.lalu berdoa.
'moga suara aku hilang, tak perlu aku present.amin'


doa aku tak berjaya.suara aku jadi perlahan.mungkin doa tak cukup gigih.

malah lecturer cakap pada kelas.

'i advice u to make your voice louder'

dia baik, tak kisah.

aku tak tau pun suara aku perlahan. sebab telinga aku macam pekak bila selsema jadi suara aku tu bergema dalam kepala maka aku ingat dah cukup kuat. tapi jason baik. malah dia beranjak dari row belakang ke row hadapan.

psychology

mula2
'please circle or cross bla bla'

lepas tuh
'please circle either bla bla bla'

kemudian
'sila tuliskan esei bla bla'

aku: hm.sudah. gano nih?


kenapa anda adalah aset?
kerana saya adalah bekas bla bla bla . Adalah perlu untuk menjadi yang terbaik.Tanpa contoh yang baik bagaimana pelajar universiti hendak dipandang tinggi? Andai ada ilmu yang banyak tetapi hidung tinggi mendongak ke langit siapa yang hormat?(sesuka hati aku je)

pilih satu.kenapa?
kesenian.saya seorang artistik.
terkekeh sha.

'kau jangan hairan. ayat blogger.'(sambil angkat2 kening)


susunan frasa aku berterabur. bukan bermaksud kerana grammar aku mantap. habis lah aku tatabahasa pun terpeleot aku dah tak ada bahasa untuk aku bercakap.


kau cantik zeera.

'saya cantik tak kalau tak pakai spec?'
'hm(berfikir sejenak).. manusia mana yang lahir dengan spec?'

cantik itu datang dari dalam. muka cantik hati busuk , 'cantik' sendiri takut nak dekat dengan orang macam tu.


apa kamu fikir?


berniaga.
sibuk semua tangan bertingkah-tingkah mengambil barang.
konon-konon macam tangkas. sebenarnya kalau makin kalut sebenarnya tak ada apa yang aku fikirkan dalam otak, tangan bergerak tanpa tujuan.

sedang mencari-cari barang yang, dikehendaki mata meliar mencari tanpa sedar tangan aku terlanggar barang lain. lalu melatah

'OPS BAA...PAKK!' seraya mengibas mulut aku menggunakan tangan. tanpa aku sedar budak lelaki di hadapan aku melihat aku.

*aku memang mahu sebut bapak.aku kibas mulut sebab aku sudah terlalu banyak versi melatah.

aku tak mahu reka latahan yang baru.
ops tergolek!(kalau terkejut sekejap)
ops tergolek badak!(terkejut dalam masa yang lama)
ya Allah!(berjaya dipraktikkan dalam tempoh yang singkat )
ops bapak!(tak tahu apasal sebut bapak)