لَبَّيْكَ اللَّهُمَّ لَبَّيْكَ، لَبَّيْكَ لاَ شَرِيْكَ لَكَ لَبَّيْكَ إِنَّ الْحَمْدَ وَالنِّعْمَةَ لَكَ وَالْمُلْكَ لاَ شَرِيْكَ
Tengah feeling-feeling ingat zaman haji 2011 walau skang dah 2014. Mentara ada umur berazam nak coretkan sampai abis. Tapi takde mood. Eh?! Ya Allah dah 2015! 2016? Fuh
Sunday, April 05, 2009
minggu line takadamyx
minggu macam sibuk
presentation(s).
agak tetekan. maka mudah sakit. aku kurang sihat.lalu berdoa.
'moga suara aku hilang, tak perlu aku present.amin'
doa aku tak berjaya.suara aku jadi perlahan.mungkin doa tak cukup gigih.
malah lecturer cakap pada kelas.
'i advice u to make your voice louder'
dia baik, tak kisah.
aku tak tau pun suara aku perlahan. sebab telinga aku macam pekak bila selsema jadi suara aku tu bergema dalam kepala maka aku ingat dah cukup kuat. tapi jason baik. malah dia beranjak dari row belakang ke row hadapan.
psychology
mula2
'please circle or cross bla bla'
lepas tuh
'please circle either bla bla bla'
kemudian
'sila tuliskan esei bla bla'
aku: hm.sudah. gano nih?
kenapa anda adalah aset?
kerana saya adalah bekas bla bla bla . Adalah perlu untuk menjadi yang terbaik.Tanpa contoh yang baik bagaimana pelajar universiti hendak dipandang tinggi? Andai ada ilmu yang banyak tetapi hidung tinggi mendongak ke langit siapa yang hormat?(sesuka hati aku je)
pilih satu.kenapa?
kesenian.saya seorang artistik.
terkekeh sha.
'kau jangan hairan. ayat blogger.'(sambil angkat2 kening)
susunan frasa aku berterabur. bukan bermaksud kerana grammar aku mantap. habis lah aku tatabahasa pun terpeleot aku dah tak ada bahasa untuk aku bercakap.
kau cantik zeera.
'saya cantik tak kalau tak pakai spec?'
'hm(berfikir sejenak).. manusia mana yang lahir dengan spec?'
cantik itu datang dari dalam. muka cantik hati busuk , 'cantik' sendiri takut nak dekat dengan orang macam tu.
apa kamu fikir?
berniaga.
sibuk semua tangan bertingkah-tingkah mengambil barang.
konon-konon macam tangkas. sebenarnya kalau makin kalut sebenarnya tak ada apa yang aku fikirkan dalam otak, tangan bergerak tanpa tujuan.
sedang mencari-cari barang yang, dikehendaki mata meliar mencari tanpa sedar tangan aku terlanggar barang lain. lalu melatah
'OPS BAA...PAKK!' seraya mengibas mulut aku menggunakan tangan. tanpa aku sedar budak lelaki di hadapan aku melihat aku.
*aku memang mahu sebut bapak.aku kibas mulut sebab aku sudah terlalu banyak versi melatah.
aku tak mahu reka latahan yang baru.
ops tergolek!(kalau terkejut sekejap)
ops tergolek badak!(terkejut dalam masa yang lama)
ya Allah!(berjaya dipraktikkan dalam tempoh yang singkat )
ops bapak!(tak tahu apasal sebut bapak)
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment