Tengah feeling-feeling ingat zaman haji 2011 walau skang dah 2014. Mentara ada umur berazam nak coretkan sampai abis. Tapi takde mood. Eh?! Ya Allah dah 2015! 2016? Fuh

Wednesday, July 01, 2009

Battery low.


Optimum Charging
Blog title ditulis recharged. Kat status ym asyik tulis charging. Sikit2 charging.
lupa aku nak bagitahu.
Masa awal2 sebelum pergi umrah. Ustad wan ada cakap. Bunyi2 macam ni
'Elok la pegi kan. Kita recharge. Kurang2 3 tahun sekali ke '.
Manusia ni kan mudah lupa. Sekejap je insaf, disogok dengan keduniaan leka la nanti.



Duduk di mekah, sini tak berapa panas. Kira keadaan semakin cool~. Pagi2 masih ada sejuknya walaupun siang nanti akan panas membahang. Patut lah pun diaorang pakai purdah. Bila pakai selapis kain kat muka, tak lah terasa bahangnya. Itu la sebabnya kitaorang pakai benda tu, bukan atas cubaan untuk menjadi cun seperti Aisyah ayat-ayat cinta. Bukan idea kami membeli benda alah tu, boss yang beria suruh beli. Tapi purdah tu sebenarnya (kata seorang indonesian yang ditemuramah angah) perlu dipakai, kalau tak pakai haram orang sini kata. Haram untuk orang arab aku rasa (sengih) sebab depa memang jelita2. Tapi takpa aku masih bersyukur dengan rupa boss version perempuan ni(bak kata kawan boss la 'eh eh macam muka zul'). Tapi tak boleh tahan rasanya bila

'Ibu ibu masuk masuk. Malazi?masyaAllah. cantik!' aku sengih je lepas tu jalan. Pikat la kata cun melecun macam Cleopatra pun(aku tahu tak de cleopatra bermata sepet, aku tahu la). Fulus bukan pada I lah bang. Buat letih je bodek. Pegi la puji ayah I cun.


Kitaorang tak berapa nak shopping. Tak de hati pun lagi pulak segan jugak, buatnya terserempak ngan ustad kat kedai gano tuh?
'Dah le selalu lambat, bergamba bukan main sakan, shopping lagi? bila nya ibadat anak2 oi!'(itu skrip ciptaan je hehe. Ustad baik orangnya). Tak lah, kitaorg fokus untuk settle umrah dulu.
Tujuh umrah pahalanya sama dengan seperti kamu mengerjakan satu ibadat haji.

Sunat tak Wajib
Dalam 10 hari di mekah. Hampir setiap pagi pukul 6, kitaorg pergi miqat. Agak tergesa-gesa, sebab jarak masa singkat. Semua dah kumpul kat lobi, aku yang baru keluar dari lif tengok angah dengan Firah bersama our makcik2 macam tengah kalut bercakap pasal benda penting.

'Apasal?'
'Mak cho. Dia lupa niat mandi sunat ihram subuh tadi'
'Hah. Dah tu?'
'Dia nak naik atas balik nak mandi sunat ihram'
'Kehkehkeh' kau patut tengok muka mak cho pucat sebab susah hati nak jugak naik atas mandi. Haha. Boleh je kitaorg bagi dia naik. Tapi alamatnya kena tinggal laa.

Bangunan tinggi

'Manusia berlumba-lumba membina bangunan tinggi'. Salah satu info yang aku google masa buat study before pergi. Tahu info saja tak terasa sangat, tapi bila aku tengok sendiri. Agak menggangu bangunan2 yang ada di sekeliling masjidil haram. Kalau dulu, tawaf sambil tengok langit rasa kerdil macam hanya kau dan kaabah di situ. Tapi kali ni, aku elak tengok tempat lain selain kaabah, susah untuk khusyuk. Sekali terpandang ke atas fokus entah ke mana, kau depan kaabah tapi masih boleh terfikir kan hal dunia(bangunan2 tinggi). Kurang sesuatu di situ. 'Siapa punya idea lah bina benda alah tu dekat2 dengan masjidil haram? Menganggu tau.'

Kalau dulu nak snap gamba kaabah pun susah. Setiap pintu ada petugas, pantang camera dibenarkan dibawa masuk. Hotel2 dulu pun. Ada berapa ketul je yang boleh nampak kaabah. Akan datang, boleh la booking bangunan tinggi yang berlambak tu. Semua boleh nampak. kot?
Petugas2 pun dah tak ada.
Macam.
Keistimewaan tu macam dah pudar.

Wallahualam.

Hikmah
Dalam 3 atau 4 umrah kitaorg pimpin makcik2 kami. Sepanjang tu, kitaorang tukar2 pasangan. Bila dah lama, baru aku terfikir. Agaknya inilah salah satu sebab kitaorang ke sini. Dulu aku ada pernah sebut dalam rancangan asal sebenarnya nama aku firah angah boss ayah tak tersenarai dalam rancangan mak dan keluarga ke sini. Ada hikmahnya bila plan berubah.

Ayah orang yang banyak navigate family. Ayah yang aturkan family mak. Kan aku dah kata ayah superhero. Ayah won't be there without boss. Boss tangan kanan ayah. Aku Firah angah tolong mak aku, jaga makcik2 kami. Hm. Aku tak boleh bayang kalau kitaorang tak ada macam mana lah mak aku nak handle semua ni. Tapi tak perlu bayangkan kot sebab Allah dah tolong. Kan.
Allah hu akbar.

Allah kan Maha Bijaksana?

4 comments:

mynameisqiqi said...

muka macam zul? zul mana? hehe.
wah.. byk gak cerita mu pasal mekah!
best!

petiais said...

qiqi,

ko ingat ko je ada zul. zul abg aku la. byk lagi cerita. tapi tak pandai cerita ;P

along said...

tgk balik sume gambo korg nih..jeles aaa..ni yg trase nak gi lagik nih...tp pulus haihhh...ikut egypt murah x agaknye?

petiais said...

along,
mahal lagi ar kot. tapi kitaorg ni consider murah ar. jadi kurang murah la kalau mesir