Tahun berikutnya, kitaorg up sikit standard. hehe. Taklah, takde kena mengena dengan standard. Macam mana sekalipun anda beraya, pengalaman tu yang paling syok!
2007 Kawan aku jadi driver. Kami tong-tong duit minyak, kereta satria member. Memang luas lah satria! :)) muat sumbat 7 orang. 4 orang belakang, 1 driver, haa kau tak payah la teka kat mana lagi 2 tu. Aku dan member aku duduk kat depan, hoho. Tengok, suka kutuk aku pendek, berguna jugak aku tak panjang macam korang.
Tatkala member aku dah nak fly jauh sana.Dia ada kata dalam ronda sebelumnya 'nampaknya ko la pulak kena bawak diaorg tahun depan'. Mujur je raya 08 pendek, tak de la mental aku teruji kene drive, hehe. Tak de ronda untuk 2008.
RONDA RAYA 2009 bersama ex-convent ::23 Sept::
'ko kat mana ain?'
'aku tgh siap ni, lepas tu aku jalan keluar lorong'
adus kesian pulak kat member aku ni kena jalan jauh2. takpe ar, gamble la. apa nak jadi, jadilah!'
aku bawak la keta mak aku tu masuk jalan tu. Mak aih sempit, terbayang2 kalau selisih dengan kereta lain yang debab-debab. Isk! Tak boleh bayang! Tak boleh bayang!
Kata ain 'masuk straight sampai hujung'. Tengah aku jalan straight je, sampai hujung jalan aku teke2 masuk. Sambil aku belok kiri, tet tet tet. Bunyi mesej masuk. Tak mampu nak bukak mesej aku biarkan dulu, aku terus drive masuk jalan super kecik. Sekali jalan mati da. Macam buntu, matilah aku! camana nak reverse ni tun oi!
Tengah kecewa2, aku bukak mesej 'ko straight ada simpang yang ada surau tu belah kiri, ko masuk situ!'
Aisehmen, awat tak habaq awai-awai. Simpang yang ain maksud kan, betul2 sebelum simpang yang hujung sekali. Ada la satu rumah kat jalan mati tu. Unta betul, camana la aku nak reverse dengan kiri kanan jalan kecik itu ada parit limbah. Malah jalan tar itu sangat tinggi, yang mana mahu sahaja aku suruh viva itu berjengket. 'Vivaa Berjengket!'. Mustahil.Dengan berkat viva aku tu pun takut nak sentuh air parit yang beraroma tu, mampu la dia masukkan bontot dia ke pagar rumah yang hanya itu ajelah rumah yang ada kat situ.
Mula2 reverse sikit je. Keluar. Tak boleh. Masuk sikit balik, keluar. Isk tak boleh ni. Huaa. Ko tau aku buat apa? aku call majlis perwakilan ronda raya 2009 'huaa ecah tolong akuuu!!'. Sha kalau kau baca mesti kau gelakkan aku, hoho habit yang tak blh hilang.Member aku cakap apa, 'selamat berjaya lah'. Aku tak salah kan dia, memang dia tak mampu nak tolong. Aku ingat, mau la kot pakcik dalam rumah tu nak keluar ke tgk2 kan. Sekali aku toleh, pintunya yang awal2 tadi terbukak, tertutup rapat dah. Apa dey pakcik!
Ada anak tuan rumah tgh tabur friskies kat kucing dia. Dengan hematnya, 'dik tumpang reverse yaa!'. Jadi la, dia pun pewaris tuan rumah. Berjaya la aku keluarkan keta tu, setelah membodohkan diri dengan tertekan-tekan hon dengan siku bila tangan ligat memusing stereng.
Ya aku sangat malu dengan bunyi hon yang aku tekan lama, seakan angsa. Angsa terjerit-jerit.
Alhamdulillah.
Nadia, aku berjaya laksanakan amanah ko!
Jalan sawah aku tak try lagi. Ada beran?
Ronda Budak Praktikal 2009::25 Sept::
Aku, ani, lin, ain, rafi.
Kami pergi 6 rumah, kau ingat abang syahril? yang aku dok sebok2 cari mer%cun dengan dia? Aku bawak mereka beraya, tak terniat pun nak pergi rumah abang tu. Tapi sebab nak penuhkan rotation bilangan rumah kitaorg nak ziarah maka kitaorg pi la rumah dia. Kitaorg dapat sampul duit raya, lepas dapat semua orang simpan je. Dalam kereta:
aku: ani.bukak la tengok bape?( tanya aku sesudah elok je aku duduk kat seat, haha tak menyempat-nyempat aku tanya)
ani: (slow2 dia bukak sampul)
semua orang dlm kereta: herkkk!!!! woohooo!!
semua orang dapat sekeping duit merah!
Lusanya
Selesai pergi ke kenduri di kampung opah, aku balik rumah terus tido pengsan. Semua tanya aku buat keje apa yang letih sangat, sampai tido tak sedar diri. Huahuahua.
Penatnya tekan clutch.
Aku kan pendek.