Tengah feeling-feeling ingat zaman haji 2011 walau skang dah 2014. Mentara ada umur berazam nak coretkan sampai abis. Tapi takde mood. Eh?! Ya Allah dah 2015! 2016? Fuh

Wednesday, May 23, 2007

cool.fool.

adik-beradik aku ramai.meriah.kadang2 aku rasa angka itu pun tak cukup dan aku mahukan lebih ramai adik beradik.ke semua adik beradik aku mewarisi perangai mak aku yg satu yang perempuan mahupun yang jejaka.jejaka turut ade sifat membebel.haha.cukup mereka sahaja sebagai sahabat aku.banyak perkara yang boleh membuat kan aku tergelak sendiri bila diingatkan semula.

cool me

di simpang empat.terpacaknya pak cik tiang isyarat.aku menjadi penumpang di belakang. kami bertiga di dalam kereta.pemandunya berlesen P(Pmuda).penumpang di hadapan pemandu berlesen P(Ptua) yang telah tamat tempoh 2 tahun.lampu berwarna merah.kereta yang bergerak tadi.berhenti.hijau kembali. si lesen P mula menekan clutch ingin menarik gear.pedal minyak ditekan.vroomm..

tibe2 ..kereta berhenti bergegar.???enjin mati.
Pmuda:alamak mase ni le plak nak mati!(kaki dia bersimpang siur dari 2 jadi 4.kereta belakang mengalunkan hon dalam rentak pop rock.)
Ptua : ate nyer.tu le.org masuk dulu gear 1.kan dah mati.sumer nak laju.skang berenti langsung!
Pmuda:ha ye le! org tengah nak start balik le nih!
Ptua:tgk!org belakang dah hon2!lekas!
Pmuda:ye le!
aku:relak.relak.buat pelan2.(ceiii peacemaker dtg..kehkeh)

fool me

di dapur..

dia:tolong tambahkan garam dlm periuk tuh.pastu tolong masukkan daun kunyit ni dlm periuk sebelah dia.
aku:(ade 3 periuk atas api.yg maner satu 'periuk tuh'.maner satu 'periuk sebelah dia'.aku pun cube teke.)periuk nih yer?tgk nih?!(sambil tgn nak curahkan garam dlm salah satu periuk kat situ)
dia:aiiiihhhhh! bukan yang itu belah sane(sambil tgn mengunjuk periuk tgh)
aku:nih daun kunyit nih letak dlm nih yer?(tgn nak letak kat dlm periuk belah kiri.aku teke)
dia:aihhhhhh!bukan belah kanan sane.uih rosak lauk orang.itu yg sane tak payah daun kunyit.
aku:haihh(aku hampir merosakkan makanan tgh ari family aku dan usaha 'dia')


4 comments:

zwitterion said...

hehe..asal niat nak menolong bertambah buruk jadinya.

Petiais said...

zwitt,
hehe tu ar konon cam pandai..sib baik bijak tanya..kalo tak tanya???

Unknown said...

pandai nyer ko memasak.. hahaha... meh sket nak rasa..

Petiais said...

orochi,
oo perli.hang lagi ar bantai mee cepat je.kuih raya aku huiih
kuih rayaaku ade org kater kuih tunjuk..hehe