Tengah feeling-feeling ingat zaman haji 2011 walau skang dah 2014. Mentara ada umur berazam nak coretkan sampai abis. Tapi takde mood. Eh?! Ya Allah dah 2015! 2016? Fuh

Saturday, February 28, 2009

melatah

hujung minggu.
aku ingat mahu reka bangunan. tapi ada kelas ganti.

kelas sampingan aku.
dulu nak ambik seni pertahanan diri india.tapi aku kira, 'kenapa tidak aku ambil yang kurang memenatkan?'

aku belajar alat muzik tradisional.alat muzik lambat sampai.sebulan kemudian dijangka tiba.

mula-mula teori.lepas tu, kenali alat-alat muzik. kami lukis-lukis dalam kelas alat muzik tradisional wayang kulit. dalam kiraan aku aku rasa beliau sudah kehabisan idea nak mengajar. aku suka lah juga'.melukis-lukis ni.

sekarang praktikal. ketuk2 pun bermula.

'sekarang saya nak pilih orang untuk kumpulan ketiga pulak.emmm' sambil mata meninjau2 muka-muka student.

untuk pemilihan group 1 aku dan labu tunduk.
pemilihan group 2 aku dan labu main paling2 muka.dia lihat kami.shiung aku tgk ceiling.labu tgk dinding.

pemilihan group 3.
hani dari group 1 membuka ruang pandang cikgu tu ke arah aku dan labu.

sambil merenung lantai sambil memegang dahi buat2 sakit kepala. labu tanya
'awak nak ke ni.'
'kalau geduk ok gak.'
'dah tu nak tunjuk muka ke tak?'
'aku tak pasti.tapi kalau geduk orait je.'
'.....'
'kalau geduk angkat tangan ok?'
'ok'

dalam kepala aku.kalau geduk angkat tangan.geduk angkat tangan.geduk angkat tangan.

'ok untuk geduk saya..'
zupp! aku terus angkat tangan.melatah yang sebenarnya.
'ya memang awak pun' kata cikgu sambil mengarah kan jari telunjuk ke arah aku.
untuk tak menampakkan sangat aku melatah.aku siku labu.'angkat la tangann'

*memang cikgu yang akan pilih siapa patut main apa.

aku risau.
perangai melatah aku bercambah.baru-baru ni aku lempar pemadam tepat terkena tangan kawan sekelas aku.dia meniru dalam ujian.aku tak rancang nak baling pun yang sebenarnya.'labi' tengok aku terbeliak.dengan mata bulatnya.

2 comments:

Anonymous said...

HAH!!! terjah!! dh lme x komen..sori aa beb bz(alasan -->tenet on vacation). beb..awk cam makcik lak ley melatah hek!! melatah x thn sggh ---> ku pernah ditampar oleh mu..

Anonymous said...

SUNtek,

yah, kau kacau aku lagi,sapa suruh