Tengah feeling-feeling ingat zaman haji 2011 walau skang dah 2014. Mentara ada umur berazam nak coretkan sampai abis. Tapi takde mood. Eh?! Ya Allah dah 2015! 2016? Fuh

Saturday, February 14, 2009

14th of February


first of all,
happy Birthday alang, in case u know i have a blog here(hihi).

Klinik Pergigian Anis, Bandar Tun Hussein onn, Cheras, Selangor.

hm.gigi depan dah sama kan.
em.
tapi ni mcm curve sikit la kan.
em.
saya kasi shape sikit ya.
em.
mulut ternganga.aku 'em' guna tekak.

kreenggg!!kreeenngg!!bunyi mesin tuh.ko bayang ko gerudi batu nak letak paku.
kreenngg!!kreenngg!!tak lah.bohong je.takde bunyi pun.


Komuter Serdang-KLSentral

sesak sangat.aku tengok budak laki belakang aku saja je tunggu, nak tengok kat mana aku nak grab tiang.ya ampun.lelaki2 sekalian sila la gentleman.korang tinggi2 pegang ar ceiling train ke.nak jugak berebut tiang dgn kami yang ketot-ketot ni.sandar lagi tuh.ish.nak sandar bawak tiang sendiri lain kali.last2, aku tak pegang apa2 pun.aku bergantung harap pada kaki taekwondo aku je.tett.berlagak.saje je nak ckp aku ade red belt.tettt.berlagak lagi.

aku tengok sepasang kekasih berdiri penuh romantis.'kononnya' ar.sang perempuan berdiri menghadap dada sang lelaki itu , sambil si lelaki mengusap2 bahu sang perempuan seolah2 berkata 'jangan bimbang jangan bimbang 'bi' akan lindungi 'ayang' dari kuasa kejahatan'.tangan sang perempuan tidak lepas memegang baju di bahagian dada sang lelaki.rapat. tak larat aku tengok.muka masing2 berkilat peluh.maka pandangan ku teguhkan ke kanan. aku panas.lagi rimas rasanya bila tengok pasangan sejiwa berdiri rapat2 gitu.tiba-tiba sang perempuan mendongak melihat hubbynya yg gagah.

'why ha?so hot here?no air cond is it?
dang!macam kene hempap ngan ceiling komuter.


Apsal sesak sangat ni?!

sana sini aku tengok pasangan2 orang putih,orang kuning,india,cina,melayu,bukan muhrim,sama jantina, sama jantina??!! tetttt. berjalan berpegangan tangan.tak cukup itu.kepala dilentokkan pada bahu pasangan.

'Saya tau ar tu pakwe awak tak payah nak tayang2'.mata aku berkata.

Kalau orang yang dia dok ngendeng tu brad pitt satu hal la juga', tapi brad pitt nak ke kat dia pun? lentok kepala sampai 90 darjah.sedap ke pun nak tido.nampak sangat dusta semata.Berhenti di satu stesen.Ternampak seorang perempuan cina tak berhenti-henti mulut comelnya tersenyum sambil kedua belah tangan erat memegang sekuntum bunga ros di dada.

'oh valentine's day.'


Balik Sekolah.

Hujan tak henti2 mencurah.turun dari tangga stesen lrt.aku tongkat dagu dengan payung.
hm nak jalan kaki?naik teksi?jalan kaki?naik teksi?
sekali nampak ada satu teksi di tempat menunggu teksi.aku pun berlari la.cit.ade orang tahan.takpe lah aku tunggu yang seterus nya.datang satu teksi iswara. aku tahan guna payung aku.

fiunng dia berhenti melepasi aku.damn.org yang baru sampai ambik.sejurus itu.
fiungg.teksi waja berhenti depan aku.hati aku pun 'lagi cantik teksi aku(jebik)'.aku tak bongkak ya kawan2.aku ckp alhamdulillah dulu sebelum hati aku berkata2.pintu penumpang hadapan aku buka.

'pakcik hantar sini boleh?' (abang akhir 30-an sebenarnyer)
'angguk.'
'okay' laju aku terus masuk dan duduk di seat depan.

aku tgk pakcik tu drive asyik pandang tingkap kanan je.mcm tak selesa.aku pun mula rase tak sedap.'ape yang tak kena?ape yang tak kena?ape yang tak kena?ape yang tak kena?'.

'oh.aku perempuan.'


2 comments:

miSs ZaAra said...

haha.mengong la cina yg ckp why so hot here..dia ingat tu klia ekspress nak syok2 sejuk.haha =p

aku lak bengang kan.hehe

Petiais said...

Za,
tahu takpa.lagi best.dia ingat ni kat london ke.naik train.sejuk.peluk2