Tengah feeling-feeling ingat zaman haji 2011 walau skang dah 2014. Mentara ada umur berazam nak coretkan sampai abis. Tapi takde mood. Eh?! Ya Allah dah 2015! 2016? Fuh

Saturday, February 28, 2009

melatah

hujung minggu.
aku ingat mahu reka bangunan. tapi ada kelas ganti.

kelas sampingan aku.
dulu nak ambik seni pertahanan diri india.tapi aku kira, 'kenapa tidak aku ambil yang kurang memenatkan?'

aku belajar alat muzik tradisional.alat muzik lambat sampai.sebulan kemudian dijangka tiba.

mula-mula teori.lepas tu, kenali alat-alat muzik. kami lukis-lukis dalam kelas alat muzik tradisional wayang kulit. dalam kiraan aku aku rasa beliau sudah kehabisan idea nak mengajar. aku suka lah juga'.melukis-lukis ni.

sekarang praktikal. ketuk2 pun bermula.

'sekarang saya nak pilih orang untuk kumpulan ketiga pulak.emmm' sambil mata meninjau2 muka-muka student.

untuk pemilihan group 1 aku dan labu tunduk.
pemilihan group 2 aku dan labu main paling2 muka.dia lihat kami.shiung aku tgk ceiling.labu tgk dinding.

pemilihan group 3.
hani dari group 1 membuka ruang pandang cikgu tu ke arah aku dan labu.

sambil merenung lantai sambil memegang dahi buat2 sakit kepala. labu tanya
'awak nak ke ni.'
'kalau geduk ok gak.'
'dah tu nak tunjuk muka ke tak?'
'aku tak pasti.tapi kalau geduk orait je.'
'.....'
'kalau geduk angkat tangan ok?'
'ok'

dalam kepala aku.kalau geduk angkat tangan.geduk angkat tangan.geduk angkat tangan.

'ok untuk geduk saya..'
zupp! aku terus angkat tangan.melatah yang sebenarnya.
'ya memang awak pun' kata cikgu sambil mengarah kan jari telunjuk ke arah aku.
untuk tak menampakkan sangat aku melatah.aku siku labu.'angkat la tangann'

*memang cikgu yang akan pilih siapa patut main apa.

aku risau.
perangai melatah aku bercambah.baru-baru ni aku lempar pemadam tepat terkena tangan kawan sekelas aku.dia meniru dalam ujian.aku tak rancang nak baling pun yang sebenarnya.'labi' tengok aku terbeliak.dengan mata bulatnya.

Friday, February 27, 2009

siatep abihsot siatep

siatep

'kau ke siatep'
'haah sengaja aku taip terbalik supaya orang tidak ingat aku'

kenapa?
'susah aku hendak mengumpat nanti kemudian hari'

abihsot siatep

sengaja aku letak tajuk blog aku begitu.kenapa?
supaya mudah untuk aku update blog di khalayak.aku yakin yang terlihat tidak sempat hafal. maka susah nak google.

poster presentation



semua orang tempek poster kat tepi dinding lecture hall.
aku nye simple2 je.tak perlu skill tajam.skill ala kadar pun boleh. ya lah kalau dah memang aku yang tukang buatnya memang tak ada skill luar biasa kan.(apa ra)

aku tgk kawan2 aku punya poster.ala2 keteknologian gitu.aku nye biasa-biasa aja.kalau dah otak budak-budak. kebudak-budakan la jadinya. rasa kecik sekejap. tapi bak kata adi 'ada aku kisah?'

'nampak girly' kate pair aku, dia suka
'oh ke?'

aku malas nak pikir pun kalau ye aku nye poster cikai je.kate kawan aku;cara aku lain, cara labi lain, cara si polan lain , cara si labu lain.(sebenarnya kawan aku minta tunjuk ajar dlm photography.kat atas tu salah satu gamba wedding aku penah tangkap.aku ckp pada dia aku tak byk experience)

poster aku simple.aku pun tak pasti apa aku kena explain banyak2 ke? jadi aku explain simple2 je pada lecturer, beliau kata

'i like this poster,hmm, it looks girly'(sambil angguk2 berfikir penuh mendalam)
beliau perempuan.


tools used: flash mx :: adobe photoshop


Wednesday, February 25, 2009

Perjumpaan Kolej Tett dengan MPMtettt

kalau sebelum ni. aku turun padang sebab wajib.aku turun dengan kad matrik berkalung di leher.aku nampak skema tapi cool.aku rasa la.
(bab macam ini, aku mengaku aku agak skema.ya la karang kene buang kolej.ayah aku jugak susah hati mana anak dia sorang ni nak duduk.jadi bab2 wajib ni memang aku tak pernah langgar.)

25 Februari 2009(tak wajib)

Aku dengan rela hati turun padang nak tgk sendiri. dengan isu-isu hangat yang baru terjadi di kawasan kejiranan aku.

komen labu dengan tindakan aku 'pelik saya'

Hangat sungguh.
kemunculan che mat jahat klate , tak lah aku nantikan.
tapi aku rase dia lah orangnya.orang pertama yang memulakan budi bicara penghuni kolej aku.
Sangat seronok aku menyelitkan diri di tengah busut isu begini.
'ya lah, ini kan tentang kita'.seperti ayat2 orang2 di perjumpaan2 tidak halal itu

timbul masalah internet.ya tertunggu2 aku siapa yg nak bangkitkan.entah mana mamat IT.berdiri gah lelaki akademi pengajian islam.menentang setegasnya tentang akan jadi putusnya internet.

mengikut analisa aku, internet sangat mempengaruhi hidup student it.semuanya di hujung jari.ha kau.hujung jari itu yg hilang.memang sesak parah rohani kami.seanalisa aku, fakulti lain yang ada di kolej aku tak lah menggunakan internet sgt. bak kata asma' awak nak pakai internet ke? pakai je.saya tak ada assignment lagi nih'.
kata si pengerusi majlis, 24 semuanya, respon yang diberi.
tapi yg berdiri tadi.seorang bakal ustad.

'di sini saya serahkan bukti bahawa penuntut di sini menentang isu ini'.sambil tangan dia mengibas2 sebungkal kertas printed terkandung komen-komen dalam site network admin.

tiba-tiba..terdetik di hati
'nasib aku ada komen'

banyak isu yang ditimbulkan.sampai ada yang mengadu
'sehingga kami terpaksa keluar 3-4 pagi semata-mata nak tengok bola' slang kelantan

maksud dia.mereka perlu mengambil risiko membahayakan diri demi jiwa bola mereka.

wasiat

beberapa hari ni .aku dapat wasiat.
aku mewarisi 5 million pound!

'asyik dapat wasiat je.aku nak mati dah ke'


3 hari berderet2 aku terima wasiat.nak kongsi?

ade komen budak ni


'oh pengemuda pengemuda~'

aku ingat ape benda la pengemuda pengemuda.salah type ke?
pengembala ke? pengemudi ke?
hek ele.pengetua rupanya.hahaha.
kelakar kan aku.ok tak kelakar.

reunion Kolej Matrikulasi Melaka

mereka kenal aku sbg seorang pendiam.alim.mungkin juga pemalu macam perempuan melayu terakhir.<<-ok ni macam tak le blah.haha
aku bising jugak sebenarnya.tapi kalau aku dah nampak dah ada orang yg ruih dalam satu halaqah, aku lebih prefer diam je.cukup lah seorang dah kecoh kan.(angkat kening macho gitu)

'kembar kau kat mana skarang?'
'hah?~kembar?'(Za ckp pasal sapa ni?)
'eh bukan kembar kau ke?'(muka cam 'eh aku dah tersilap ek')
'eh itu abang aku '(baru aku teringatkan boss)
'dia muda kita setahun la Za' sampuk Mud dari tepi.

*diam sgt.sampai orang tak ingat kamu~hati aku berdetik

balik.Za hantar aku kat kolej.
riuh sekejap.sambil bersalam, bersapa pipi dengan Mud, Za.
'petiais ni ha Azali nak salam ni!dia nak salam ni!'
'hah?' tgh bersalam ngan Za kat luar kereta, kurang dgr apa yang Mud ckp.Sambil menjenguk kembali ke dalam kereta.Aku tgk Azali dah tersengih2 gelak.Mud pun sebut semula

'Ni hah dia nak salam gak nih!'
aku sengih je pada azali.dia dah hulur tgn(main-main).aku pun cam nak sambut lawak dia.tapi aku ke-putus-san idea.

'chup!'
'HOOHHOHO!' terkejut mereka berdua.

*chup-bunyi flying kiss dengan gaya mulut beria.
**mesti diaorang ingat aku kene culture shock.korang, aku memang selamba.

Monday, February 23, 2009

kursus pra-perkahwinan


Siapa nak kahwin?


Kursus Pra-Perkahwinan


Tarikh:28 Februari & 01 Mac 2009
Tempat: Dewan Semarak, APMUM**

Ahli PMAPIUM***(RM 50)
Bukan ahli PMAPIUM (RM 60)
Orang Luar (RM 70)

Anjuran: PMAPIUM & JAKIM

Sebarang maklumat, sila hubungi:
Muslimeen: Sobirin:: 012-4522877 @ Mahmud:: 013-2454365
Muslimat:: tett *takut aku nak letak.pompuan punya nombor ni pantang betul kan?

Tarikh akhir daftar:26 Februari 2009


**APMUM- Akademi Pengajian Melayu Universiti Malaya
***PMAPIUM-Persatuan Mahasiswa Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya
ada budak depan bilik aku gesa aku pegi kursus kahwin.3 kali.lebih 3 kali ajak , haram. kali ke-4 dia bagi flyers suh kasi kat budak fac aku. bijak.

Sunday, February 22, 2009

the best comment :: currently

aku bukan kelantan.tapi aku baca dgn penuh emosi pakai slang kelantan.aduhaii haha gelak tak berenti aku

CHE MAT JAHAT KLATE S2... 2009 Says:

salam..nate gapo ni kolej tett..X pasal2 tutup intrnet????mu x pk ko kat budak2 hok tinggal cni ehhh???yuran kolej mahal nok mapuh,tpi x dok gapo bendo kolej ni…ada tv wak perhiasan,duit habis ko bendo x pekdoh,court mcam zaman jepun bleh la wak tanding luncur paling laju atas court,licin mcam dok kutub utara,mcm dok d afrika plok…xpayoh nok bodo bdak2 kolej ni la,pandai blako doh..alah ko pitih gak nombor 1,dohla smuo bendo nok jimat..kalu nk jimat air gak sila gal perigi,klau nk jimat elektrik sila guna lilin or pelita or orang putis ckap CANDLE..main SUKMtett pun sponsor air water-cooler,sedih molekkk..ada air mneral xpo doh,miskinnya kolej…bleh doh masuk BERSAMAMU..kolej pun xceria lasung,mcm ada askar jepun plak cni,hok ada hanyalah askar bulu lebat..askar ni jgak v kolej ni ceria,mcm markas sek2 dia..ape hal!!!!sem depan smestinya tett akan menjadi sebuah artifak or tnggalan sejarah yang akan dkunjungi oleh sang kero..plajar nk msuk keno tiket siya,doh lapar pitih sangat..tima kasih kepada pengetua n pengurusan kolej kerana telah berjaya menzalimi warga tett..sila ambil anugerah anda kat DATUK SERI MONYET BIN KERA..para monyet sekalian tinggallah d kolej tett tanpa was-was..sama-samalah kita tinggalkan kolej tett,KATAKAN TAK NAK PADA KOLEJ tett..so lu pk la sndiri..jdilah mnusia y amanah…and jgan mkan duit anak yatim…piring astro 2 mu bagi ko monyet biar diaorg buat kuali masak deh..sekian kutukan saya,sebarang ptanyaan sila hubungi cik monyet..pk2 kanlah…bereh sek kito blako..tett KOLEJJJJ,YES BERUK KERA…..


aku bayang dia kering2 ade hok janggut seciput , pakai kain pelikat marah2 depan pc.

'internet will be closed down'

kata responden
di Ym

MHertz's caption~ bull crap!
'apsal tak bull sh*t je?'



due to the recent news 'internet will be closed down'

followed by some rumours

'peraturan tuh betul ke?'

'khabar angin,pelan nk jimatkn air, xlama lg lampu kne tutp slps kul 12mlm'

'hm, nanti kita ckp ngan tett tuh, mai duduk ngan kita kat hostel, baru betul2 jimat, nih nanti bazir je duduk umah besar2,sorang2 je, sat g dia g cancel tender cafe sebab?sebab org cafe bazirkan letrik kipas, nanti jadi padang jarak padang terkukur, pastu legenda mahsuri berulang kembali,7 tahun kemudian Universiti Tetttt jadi sejarah'

'haha'

khabar angin itu~tidak boleh guna bilik air selepas pukul 12 malam
acap mari jamming ngan aku kat pagar~ SO WHATT??!.
MHertz juga.

so what?!

berita terkini di kalangan student IT

'weh internet depa nak tutup dah'
'hah?!'
'forEVER'

terkujat la jugak.aku tak lah kata aku boleh mati kalau tak ada internet.tapi sebagai pemerap di bilik dan penghadap laptop,'ah' aku sudah hilang sumber berhibur.

'wat they expect?'

aku tak tahu aku patut rase apa.tapi aku rasa mcm

'SO WHAT?!
IM A ROCKSTAR!
I GOT MY ROCK MOVES
AND I DONT WANT YOU TONIGHT

GUESS WHAT?
IM HAVIN MORE FUN!
AND NOW THAT WE R DONE
IM GONNA SHOW U TONIGHT'

sambil head banging hempas2 gitar macam PINK kat depan pagar

Friday, February 20, 2009


kelas jasonbaik


ada mid sem test

merenung kosong aku pada kertas aku.
aku ada masalah perbalahan dengan diri sendiri.kalau aku dah confuse.nanti aku akan berbalah dengan diri sendiri.'ini la'.'tak la bukan yang ini'. 'tak lah yang itu.'

jason lalu banyak kali tempat aku.aku cover dgn kertas conteng aku.ditakdirkan jason nampak.
'yah.this one is correct.' senyum sambil menunjukkan pada jawapan aku.

elok dia cakap macam tu.aku pun tarik kertas conteng aku memaparkan kertas jawapan aku.
'but i forgot this one' cewah.ade kesempatan sila guna ya.
'oh
things turn out to be the other round.this formulae is suppose to be this one'
'i got confused just now between these 2 formulaes'
'okay.okay.let me give u a clue.this one should be like this.the other one you try out urself'
'oh oh' tangkas tangan aku menulis jawapan.menahan jason dari pergi.aku pula bagi dia pilih jawapan.

2-3 kali aku menulis kan jawapan cubaan aku.sambil mulut tak henti2
'is it like this?' 'is this right?'

sehingga dia kata 'yea that one is correct.today is your lucky day ha' sambil tersenyumm je.
aku berhenti bertanya sambil tersenyumm

*jason sentiasa senyum.sentiasa.


Thursday, February 19, 2009

sim card rejected

alamak!

'angah call ayah mintak ayah stopkan line orang'
'hah'
'phone orang hilang'
'eiii'

-------------------------------------------------------------------

pagi tadi, bangun 6.15 pagi. terus menghadap laptop.laptop sudah terpasang semalaman.

jam 9 pagi.sunyi je bilik.aku rasa ada sesuatu yang kurang kena pagi ni.

'handphone?'
baru sedar aku bangun pagi tadi tak ada bunyi dia.mata mencerlang melihat katil.mungkin jatuh dek terkena hentaman sakit hati.seluruh bilik digeledah.telefon tangan aku hilang.ah!habis lah.kalau ada yang terambil ,beraya sakan lah dengan telefon aku yang kreditnya tiada limit.

sebelum ke kelas.aku cuba ambik sepusing dua ke tempat yang aku pergi malam tadi.
malam tadi ada meeting. ya.aku jumpa di celah sofa.
tak sampai 2 jam.

'tak pe lah esok je la ckp ngan ayah connect balik line
, karang kene marah.hehe.takpe jimat duit.ok la tu untuk beberapa hari kan.'

-----------------------------------------------------------------------------

'agak2 akak aku dpt tak mesej aku?' dalam cubaan utk mengkhabarkan penemuan semula telefon tangan.

petang nya. 'aaa sim card aku dah disconnected!akak aku tak dpt mesej tadi tu!'

labi: hah?!disconnect

labu: haha.disconnect tuu



'maksud aku line la'

Wednesday, February 18, 2009

surat khabar

surat khabar.
ayah aku pembeli surat khabar harian.setiap hari beli.

pagi-berita harian/utusan
tgh ari-metro/the star
petang-sinar?harakah?perdana?
semua beliau beli.

mungkin aku terpengaruh dengan ayah aku ,tanpa sedar aku pun sekarang sudah ada suratkhabar sendiri.beli sendiri tu.

awal2 dulu baca 'kosmo' asma je.aku tak penah baca paper penuh kontroversi itu dulu2.yang selalu aku baca berita harian. Berita harian penuh politik takde kontroversi mcm kosmo.aku pun sudah mula belaja baca kosmo.

tadi beli kosmo.segan dgn orang.
sebab di front page nya.

'gamba adun tersebar'

aku lipat dua dan kepit di bawah tangan.
sambil minum susu kotak strawberi.

kelmarin


'i'll call out your names, to test whether you understand or not'


'petiais!'

labu tgk aku.aku tgk lecturer.lecturer tgk aku.

'petiais!'

'is it petiais or petiais toshiba?'
memandang semula pada kertas attendance di tangan.
'petiais?'sambil melihat aku untuk memastikan samada betul itu nama aku.

'oo.no.'sambil tersengih
'oohh.'sambil dia turut tergelak sendiri.

'so petiais is not here?ok. syakila.'

'hmm.(-_-") labu apasal dia tak suruh aku je jawab?'.

Sunday, February 15, 2009

kembar shara






















diaorg makan tengah hari dengan aku.
turun pula' baju seiras














'korang aku nak tangkap gamba boleh?'









'weh g tgk kat caption aku'
'haha famous la nanti' (icon smiley gelak beria-ria)
'btw hak cipta terpelihara, cannot be taken'(angkat kening)
'coi!'

*bukan suatu kesalahan snap gambar orang(seingat aku la). melainkan kalau masuk competition. ya kau orang tak boleh bolot sorang2.

Saturday, February 14, 2009

14th of February


first of all,
happy Birthday alang, in case u know i have a blog here(hihi).

Klinik Pergigian Anis, Bandar Tun Hussein onn, Cheras, Selangor.

hm.gigi depan dah sama kan.
em.
tapi ni mcm curve sikit la kan.
em.
saya kasi shape sikit ya.
em.
mulut ternganga.aku 'em' guna tekak.

kreenggg!!kreeenngg!!bunyi mesin tuh.ko bayang ko gerudi batu nak letak paku.
kreenngg!!kreenngg!!tak lah.bohong je.takde bunyi pun.


Komuter Serdang-KLSentral

sesak sangat.aku tengok budak laki belakang aku saja je tunggu, nak tengok kat mana aku nak grab tiang.ya ampun.lelaki2 sekalian sila la gentleman.korang tinggi2 pegang ar ceiling train ke.nak jugak berebut tiang dgn kami yang ketot-ketot ni.sandar lagi tuh.ish.nak sandar bawak tiang sendiri lain kali.last2, aku tak pegang apa2 pun.aku bergantung harap pada kaki taekwondo aku je.tett.berlagak.saje je nak ckp aku ade red belt.tettt.berlagak lagi.

aku tengok sepasang kekasih berdiri penuh romantis.'kononnya' ar.sang perempuan berdiri menghadap dada sang lelaki itu , sambil si lelaki mengusap2 bahu sang perempuan seolah2 berkata 'jangan bimbang jangan bimbang 'bi' akan lindungi 'ayang' dari kuasa kejahatan'.tangan sang perempuan tidak lepas memegang baju di bahagian dada sang lelaki.rapat. tak larat aku tengok.muka masing2 berkilat peluh.maka pandangan ku teguhkan ke kanan. aku panas.lagi rimas rasanya bila tengok pasangan sejiwa berdiri rapat2 gitu.tiba-tiba sang perempuan mendongak melihat hubbynya yg gagah.

'why ha?so hot here?no air cond is it?
dang!macam kene hempap ngan ceiling komuter.


Apsal sesak sangat ni?!

sana sini aku tengok pasangan2 orang putih,orang kuning,india,cina,melayu,bukan muhrim,sama jantina, sama jantina??!! tetttt. berjalan berpegangan tangan.tak cukup itu.kepala dilentokkan pada bahu pasangan.

'Saya tau ar tu pakwe awak tak payah nak tayang2'.mata aku berkata.

Kalau orang yang dia dok ngendeng tu brad pitt satu hal la juga', tapi brad pitt nak ke kat dia pun? lentok kepala sampai 90 darjah.sedap ke pun nak tido.nampak sangat dusta semata.Berhenti di satu stesen.Ternampak seorang perempuan cina tak berhenti-henti mulut comelnya tersenyum sambil kedua belah tangan erat memegang sekuntum bunga ros di dada.

'oh valentine's day.'


Balik Sekolah.

Hujan tak henti2 mencurah.turun dari tangga stesen lrt.aku tongkat dagu dengan payung.
hm nak jalan kaki?naik teksi?jalan kaki?naik teksi?
sekali nampak ada satu teksi di tempat menunggu teksi.aku pun berlari la.cit.ade orang tahan.takpe lah aku tunggu yang seterus nya.datang satu teksi iswara. aku tahan guna payung aku.

fiunng dia berhenti melepasi aku.damn.org yang baru sampai ambik.sejurus itu.
fiungg.teksi waja berhenti depan aku.hati aku pun 'lagi cantik teksi aku(jebik)'.aku tak bongkak ya kawan2.aku ckp alhamdulillah dulu sebelum hati aku berkata2.pintu penumpang hadapan aku buka.

'pakcik hantar sini boleh?' (abang akhir 30-an sebenarnyer)
'angguk.'
'okay' laju aku terus masuk dan duduk di seat depan.

aku tgk pakcik tu drive asyik pandang tingkap kanan je.mcm tak selesa.aku pun mula rase tak sedap.'ape yang tak kena?ape yang tak kena?ape yang tak kena?ape yang tak kena?'.

'oh.aku perempuan.'


Friday, February 13, 2009

pendrive


jam 1 pagi

malam itu.
labi datang bilik aku dan asma, buat kerja.lama aku tenung laptop, penat rasanya tulang belakang.laptop aku biar kan terpasang lalu berganjak ke katil untuk baring,kononnya untuk beberapa minit.

elok aku baring.labi keluar. katanya nak balik bilik dia.aku angguk kan saja dgn mata separuh nampak.tak lama lepas tu asma pun keluar bilik, nak ke toilet mungkin.
tanpa aku sedar aku tinggal sorang dalam bilik.alah macam tak pernah?


dah tgh baring sorang2 sambil mata terpejam menghadap atas.bergema bunyi dalam bilik

'Tenet!'

oh bunyi pendrive aku disconnected.biasa lah.pendrive selalu jatuh kan.aku diam, tenangkan balik fikiran yang kusut.

'teneT!'

hm.bunyi pendrive aku connected.'takpa la'.buat dono je.tak bukak pun mata.

'Tenet!'
'teneT!'
'Tenet!'
'teneT!'
'Tenet!'
'teneT!'

hmm.'mana asma ni lambatnya gosok gigi'.perlahan-lahan aku pusingkan badan ke kiri, menghadap dinding.

Wednesday, February 11, 2009

DotA

zaim DotA tu apa?
biskut.

serius
shit aku tak tahu benda apa DotA dulu.kawan aku cakap biskut, aku diam je lepas tu. sebab aku percaya DotA tu biskut.budus~
aku terbayangkan butter cookies.
aku pun tak tahu kenapa aku percaya dia.


bila balik rumah baru tahu benda alah apa tu.sebab ade pemain tegar malah hebat di rumah kan.
boss memang ikut trend remaja terkini lah.aku je lampi sikit.dulu kecik2 boleh ar.
skarang dah besar nak kecoh2 pasal game.tak seswai.
kawan2 kalau nak main DotA ajaklah boss.pasti kalah.tett.itu pujian untuk boss.


selalu lawan tekken je ngan boss.
aku suka bila time hari soi(malang) dia .bila dia asyik kalah ngan aku.
tenggelam button controller aku tekan.aku admit, aku main penuh emOsi.
ade controller rosak sebab aku, kata bos.aku tak percaya.

xbox dah letup.dulu ps pun kene petir gak.ps tu tak silap aku hanta
r repair wohoho.
xbox hantar repair gak tapi boss cakap baik beli baru.
boss memang tak boleh tahan kalau tak de 'kotak hikmat berukir X di atas' itu.
rasa macam banduan.

tunggu version baru lak.

hari tu boss risik kat aku

'jom kongsi duit(angkat kening2) beli xbox 360'
'ngarut.' idea itu nampak mengarut sebab idea itu pakai duit aku.cit cit cit.

mak: kamu tak ada jadual belajar ke? boss ada jadual.
aku: tak ada.
angah:boss tu ada komitmen.
mak:hah?
aku: berdekah la aku. 'DotA'



petiais kau main DotA?
mengarut!
laa baru ingat nak ajak main.

muka si polan kecewa.

Tuesday, February 10, 2009

jangan2 kau menolak cintaku

puspa dan leni serta rakan dari jepang ke melaka.

seronok trip ke melaka?
bagus sekali!!(sambil menunjukkan ibu jari ke muka aku dan zeera)
souvenire manee??(zeera mencelah)
ohh.(muka leni terkejut seperti dia tertinggal souvenire zeera, lalu menyambung) ketinggalan di melaka!kihkihkih!

*puspa dan leni adalah pelajar exchange dari indon yg telah pergi ke beberapa tempat hanya dgn bas tambang


------------------------------------------------------------------------

jason's class

kelas jason dari pukul 4-6.tapi jam kat makmal komputer aku tatap dah 6.10 pm.
kami berempat. adi, yani aku sha.duduk dalam satu line.

adi:gerak ke sana.gerak ke sana.

sambil duduk dgn beg tersandang di belakang ,kakinya menolak2 kerusi beroda ke kanan.lalu menolak yani ke kanan.
adi dan yani bergerak ke kanan menolak aku.

lagi adi yani aku bergerak ke kanan menolak ali.
lagi adi yani aku sha bergerak ke kanan bergerak bersama2 sambil jason di hadapan turut terteleng2 ke kirinya melihat kami sambil mulut tak berhenti2 memberi penerangan.

jason:i think we can stop until here for today.

*jason lecturer yang sangat baik


Friday, February 06, 2009

kamu

apa rasa kamu kalau kamu tahu teman baik mu sendiri menikam belakang kamu?

'awak.awak pernah kena tikam dgn kawan awak sendiri tak' bertanya penuh tanda tanya
'hah!siapa tikam awak?!petiais ke?!'

tatkala runsing setelah mendapat tahu perihal cerita buruknya di ada2kan, maka teman sebilik menjadi tempat lampias.

'kak.geram nya saya dengan dia ni'
'hah?siapa?'
'hm.kalau akak tau mesti akak terkejut'
'hah? siapa? petiais?!'

*masih berpegang pada kata2 bunga rampai 'biar rupa begitu,tapi hati baik'

aku:muka aku muka jahat sangat ka?
zeera:e..ar..taklah(muka serba salah nak respon)
aku:haah muka aku la muka fitnah,muka tikam blakang
(gelak mereka.zeera sha dan asma)
aku:muka sorok seterika
(gelak asma bertambah kuat)


Tuesday, February 03, 2009

cuti wilayah

Ngantuk.tido je kat mana pun.

Temankan angah ambil cupcake yg ditempah dari temannya.sufiya nak ikut.maka achik pun terpaksa ikut.

Kita kat mana ni?Rumah kakak cantiik.Kita kat mana.

Umah cantik.

Kita kat mana?Rumah oraanng kayaa.

Em.

Kat mana?

Eeuumah orang kaya.

Kata angah tak jauh.

‘Mahal betul cupcake ko ngah.’

‘Tu la.’

Nak sampai ke rumahnya makan masa sejam.terpusing2 mencari lif yang dinyatakan temannya.Balik rumah dah masuk zohor.dalam pukul 1.45pm.aku baring kejap depan tv.bunyi tv bising.perlahan2 terasa kelam.sepi.

PIN!PIN!PIN!PIN!PIN!

Herrkk!aku terkejut.terus terduduk.aku tengok sufiya berlari duduk sebelah aku dgn muka panik.aku tgk mak dah tergagau mencari sesuatu nak padam kan bunyi tuh.

PIN!PIN!PIN!PIN!PIN!

PAP!PAP!PAP! pantas tangan aku menekan.

Serentak bunyi alarm diam.

Dalam keadaan terkejut aku pun mengucap lega seraya..

‘Nasib baik orang tutup.’

‘Nah!’Jerit angah dari atas sambil melempar sesuatu pada mak.

‘Tutup apa?’mak pelik tengok aku.ayah aku yg tgh baring menongkat kepala tgk tv tak jauh dari aku pun tgk aku .

‘Tutup tv la.’

*pap!pap!itu bunyi decoder astro dan tv ditutup.kata angah ‘tu lah bahana org tak semayang’.ayah aku tgh tgk tv masa tu.Aku malu dengan ayah aku atas kekurang warasan aku.Laju aku naik ke tingkat atas.

**bunyi itu bunyi kereta viva mak ku.