Tengah feeling-feeling ingat zaman haji 2011 walau skang dah 2014. Mentara ada umur berazam nak coretkan sampai abis. Tapi takde mood. Eh?! Ya Allah dah 2015! 2016? Fuh

Wednesday, April 29, 2009

Jatuh oleh Adam AF2



oh kasih!oh kasih! ku berterima kasih!~


aku exam minggu ni.tahu ke?
dah masuk minggu kedua exam.
tahu?

doa la untuk aku.

2 paper aku ambik semalam. pagi petang. muka macam tenang. dalam otak siapa yang tahu. selesai paper petang tu. boleh la bernafas sikit, itu pun kalau aku lupa kan macam mana aku jawab exam pagi petang tu.

'sha jom jalan kaki, balik kolej.'

aku dan sha jalan kaki.dari dewan periksa. aku seorang yang banyak cakap kalau suasana macam senyap. aku pun sibuk bukak cerita malam sebelumnya tu. sibuk2 bercakap. tengah cross kat zebra crossing. walaupun mata tgh melilau tengok kereta mulut tak berhenti bercakap.

cakap punya cakap.elok dah cross aku nak ikut jalan short cut, jadi aku tak ikut pedestrian, aku dan sha turun dari pedestrian untuk lalu bahagian rumput. mulut bercakap lagi ni.
nak jadi kan drama.

'AAA!' jerit budak belakang aku dengan mulut ditutup kemas dengan dua tangan nya. mereka pelajar perempuan berbaju kurung lagi sopan dan lembut.aku tak kenal mereka.

kaki kanan aku terpelecok masuk dalam lubang.aku jatuh.tapi masih lagi terbongkok dek terpelecok.cubaan berdiri. gedebuk. kaki tak stabil. aku jatuh lagi.dengan lutut kiri aku melutut bumi.

'AAA!' mereka jerit lagi.kau tahu. aku jatuh tepi jalan selepas selesai melintas zebra crossing.kau tahu kan. kalau kau pandu kereta kau kena berhenti di zebra crossing andai ada pejalan kaki mahu melintas.aku tak tahu ada berapa mata yang menonton.

aku cuba berdiri lagi.

sha: ha lepas tu?
aku: ha tu lah. semalam nasib baik aku keluar lambat dari bilik kau bla bla bla bla bla!

hebat betul! bila bercerita.sha pun selamba je suruh aku sambung cerita.
terlupa aku baru jatuh.

*kau tahu dulu aku selalu jatuh?

-------------------------------------------------------------------------

dulu ada orang tanya kenapa jarang nampak aku pakai baju kurung? pakai sport shoes je.

berangan.
aku selalu fikir kalau kena ragut?
kena kejar anjing?
kalau aku perlu bukak kitab taekwondo aku waktu emergency?
mana boleh buat semua tu dengan kasut tumit direka untuk mencantikkan kaki-kaki perempuan.


*aku ada banyak kasut perempuan tapi semua aku pinjam kan pada kawan. pakai waktu perlu je.

5 comments:

SUNtek said...

aah..tukang pinjam kasut awk spe lg klu bkn **SUNtek** <--- nk tggu awk pki nth ble..biala sy rasmikn dlu..muahahaha..kwn keji <---
btw u look nice when u with heels.(dh kembang la tu)

Ami said...

Aku berusaha keras memikirkan kaitan gambar tersebut.
Boleh bantu?

dry ice said...

SUNtek,
aku rasa kau patut jauhkan diri dari punitha(pembodek) :P

ami,
tak payah pening kepala, ha2 tak ada kaitan pun, saja2 letak.

Bunga Rampai said...

Didoakan semoga dapat menjawab soalan peperiksaan dengan cemerlang, dan berjaya dengan gemilang!

Pasal bab baju kurung tu ... hehehe ... samalah kita!

Cantik blog - ada bunga-bunga lagi :))

Salam.

dry ice said...

bunga rampai,
hehe terima kasih.

baju kurung? yah. hehe. sekali pakai rasa mcm perempuan melayu terakhir (haha) sebab org tgk pelik.selalu pakai seluar je