Tengah feeling-feeling ingat zaman haji 2011 walau skang dah 2014. Mentara ada umur berazam nak coretkan sampai abis. Tapi takde mood. Eh?! Ya Allah dah 2015! 2016? Fuh

Saturday, May 23, 2009



tak kisah kot kalau lelaki suka lagu perempuan.

bos balik cuti. dia pun suka lagu yang aku suka.
khusyuk hadap laptop sambil ikut menyanyi

~ romeo take me somewhere we can be alone
i''l be waiting all there's left to do is run
you'll be the prince and i'll be the princess
its a love story baby just say yes.

tapi. macam tak kena je.

*ber vivaldi

Sunday, May 17, 2009


kalau jalan kaki. selalu orang tanya arah jalan.

'dik dik Pusat Perubatan UM mana ya?'
'aa...' sha nak jawab.tapi dia macam tak keluar ayatnya aku pun pintas.
'abang naik bukit ni jalan terus abang masuk kolej 12.jumpalah.' yakin sungguh aku bercakap.dah lambat nak ke kelas.jadi aku kurang faham apa yang aku cakapkan.elok abang tu berlalu. sha tengok aku. lama.dahi dah berkerut-kerut.

'kenapa?' muka tak bersalah, dah sesatkan orang.
'kat kolej 12 tu, bukan klinik ke?'

sejak aku salah bagi direction.aku takut kalau orang tanya arah kat aku.
hari tu.jalan sorang-sorang. tetiba aku rasa macam ade kereta bergerak selari dengan aku. dan berhenti. aku toleh.

'adik kat mana ya akademi pengajian islam?' dia naik kereta perdana.
'jalan terusss. sampai naik bukit.turun bukit.dia sebelah kanan.' beria-ria tangan aku tunjuk macam mana curamnya dia kena naik bukit tuh nanti.
'oh.terima kasih ya dik' bunyi macam nak pergi dah.tapi agaknya dia tak sedap hati.
'adik nak ke akademi ke?nak tumpang?' sekadar beradab.dia tanya.
'err err tak.' mata tak berkedip.biar benar. walaupun sebenarnya memang aku memang mengharap ada yang tumpangkan(ini sekadar angan kosong). tapi biar benar naik kereta abang hensem ni dengan dia je.elok aku cakap tak. terus dia cakap thanks.zap! dia tutup tingkap auto dia.

dalam bas pulak
dah selesa kat tempat duduk.

'tumpang tanya 5C kat mana ?' tanya abang berbadan besar pada aku yang tengah dengar lagu.
'hah? 5A?' aku dengar macam 5A, aiseh camana boleh clash ni?!seat aku 5A.
'5C!!' keras sedikit suara dia. abang ni.relak la. dah la tanya aku. baru sekali je aku hah.ala-ala beradab.aku pun bangun dari duduk tolong jenguk2.mana la orang rabun mcm aku nampak nombor2 font size 12 ni.

'sana kott' aku tunding ke seat single kanan sekali.
'itu 5E' kata dia. aku pun terjenguk la tgk area lain.
'tengah kott' dalam trans ada seat single tiga line. kanan tengah kiri.
'haah la' seat dia sebelah aku je.terus dia duduk. tanpa sedar dia ade menyiku aku sikit.


Wednesday, May 13, 2009


masa study week.


bilik aku , sama ada dipenuhi kawan asma atau kawan aku. bersengkang mata beramai-ramai sampai jam 2 pagi koman-koman.bilik kitaorg ada balkoni. jadi pintu balkoni kitaorg bukak. ada pulak kupu-kupu putih masuk.


'cantiknyaa' ada yang memuji
'comel' tambah yang seorang lagi

pemikiran aku terlalu mistik.kalau dah tengah malam, warna pulak, putih semacam.
'shuhh shuhh' sibuk aku mengibas kupu-kupu tuh nak suh dia keluar.tapi ditegah asma.
'hish buat po tuh'.
'nak suruh dia keluar' sambung mengibas.walaupun ditegah yang lain.ala-ala macam aku kejam pada serangga putih yang pelik tu.

disney seketika

sorang-sorang , tengah keluarkan barang emak dari kereta. tiba-tiba pap! rama-rama hinggap kat kiri kepala.spontan terkejut. aku geleng2 kan kepala selaju mungkin sebab tangan tengah pegang barang. pastu dia terbang-terbang, aku tengok je rama-rama tu.sekali..

pap! dia hinggap kat hujung hidung sambil dia kepak2 kan kepak dia.juling mata tengok. terkejut punya pasal. aku gelengkan kepala ke kiri ke kanan.lalu kelam-kabut dia terbang tak tentu arah. masih terbang-terbang tanpa arah. lalu hinggap pula pada dinding batu.

hati aku pun bertanya, 'putera bunian?'

*dulu kat kawasan kejiranan kecoh pasal orang minyak. fobia w0.dulu nak tidur pun takut. rela terkebil- kebil mata dalam terang cahaya lampu kalimantang sorang-sorang sampai subuh.p/s bohong je.tak terpikir pun putera bunian. ape barang jadi rama-rama, tak macho langsung kan? tak penah dengar pulak pasal putera bunian pun.

Saturday, May 09, 2009


WHAT A
SATURDAY!


kelmarin bos call. bagitau akan kedatangannya dan sahabat(s).dia pesan masak banyak-banyak.'ko ngan kakde pun ada kat rumah kan sabtu ni.hehe'. 20 orang semuanya yang dia bawak.keluarga aku sendiri memang keluarga besar.jadi dah biasa bila orang datang, masak macam kenduri-kendara .

tanya aku pada bos, breakfast ke lunch? aku kira kalau breakfast mungkin boleh jugak kalau borong karipap 20 biji , sebiji sorang. ok la tu kan.(angkat kening).tapi jawab bos dalam pukul 11 tiba. ada 'hehe' di hujung mesejnya. aku pun tak faham. ada makna ke hehe tu?bos ni nampak je maintain muka macho gitu. tapi gelabah tapir nya ngalahkan perempuan.

pukul 10.30

tet tet.mesej masuk.
'masak utk berape org ha?'
aku jawab
'beli buah weh ' masalah komunikasi sungguh!

tet tet.mesej masuk lagi.
'masak tu utk berapa orang ha?'
aku jawab
'takpe.tak cukup, makan nasi, sesudu sorang'

kring kring. phone rumah aku bunyi.
'hello'
'weh.riso tak cukup la.masak utk berapa orang ha?'
'kata 20?'
'macam lebih(nada risau betul).masak banyak lagi ar'
'berapa terlebih tu?'
'22.'(hek ele.alahai la bos.)

pukul 12.00
'assalamualaikumm.' kawan perempuan bos ke dapur. nak bersalam dengan aku dan akak aku.
'waalaikummusalam.' sambil sambut huluran salam perempuan tu.dia tengok aku.
'eh muka macam muka zul.adik ke kakak ni?' mungkin aku patut byk spend masa dengan sufiya.
'errr.errr. adik .' lama err aku tu. aku pun tak tau apasal aku terkedu.kau tau?

FAREWELL

jealous tengok diaorang jalan ramai-ramai. nak ajak gang sendiri. jauh. kawan bos mudah datang pun sebab U diaorang tak jauh dari rumah aku. sejam perjalanan.lepas diaorang makan. solat zohor berjemaah. dah tu, dengar diaorang dok cari buah kelapa.aku ingat ada orang sakit. tapi kata kakde. 'saje minum'. elok aku selesaikan pinggan yang kemudian dicontinue oleh kakde. aku pun ke depan nak menyampaikan mesej kakde. untuk mengingatkan ada ais kalau mereka mahu. sampai di ruang tamu. aku tengok lapang. yang ada mak dan seorang kawan perempuan bos. sembang apa entah.

pelik. macam senyap sangat. sebab aku rasa yang aku nampak kat luar dari celahan tingkap yang agak jauh dari aku. macam sikit yang ada kat luar. aku pun toleh bahagian tempat family aku selalu menonton sila panggung beramai.

herk?! spontan tangan ke dada. terkejut habis la konon :P. berderet kepala tersusun atas bantal+ bantal golek yang panjang tu. kawan bos dalam 6 orang kot tidur berjemaah. haha. cantik betul shot tu. tapi camera aku kat KL. diaorg tidur depan tv.senang betul jadi laki. tidur la mana kau nak.lupa. tujuan utama diaorang ke sini. ada lawan bola sebenarnya. jadi yang tidur tu. semua satu team bola(kot?).

'terima kasih kakak zul.terima kasih adik zul.'
bukan salah mereka, tak tahu nama kami. bos kenalkan kami

'ini kakak ini adik'.

Friday, May 08, 2009


day out with Sha.Ra

rancangnya berenam. tapi entah banyak sangat 'something came up'. tinggal kami 3 kerat. bukannya nak sangat pun keluar beli barang. saja jalan-jalan dengan diaorg. dah habis exam kan.mana tahu. umur tak panjang. apa lagi tempat kami tuju. kitaorang simple.cari tempat paling dekat je. 'tengah lembah megamall' .

'PLAP! PLAP! PLAP!' bunyi orang tepuk tangan malah bersorak tatkala aku terjatuh kan spek mata besar gabak cam masked rider nya mata. kaca mata spek tu tertanggal sebelah.'alahai.tolong la clumsiness aku ni',detik dalam hati .aku tak suka orang bersorak yang boleh memalukan orang. tiba-tiba, time ni aku pula kena. rasa nak plap plap sepak je brother tuh ngan akak tu.orang melayu ni. aduhai.mana adab mu?

kitaorang buat muka relak. tapi aku tahu. semua yang ada kat situ, tahu kitaorang panik walaupun kami bermuka toya. ikutkan kalau dah tepuk tangan tu. entertain la aku. tolong betulkan ke apa ke. tengok je dari jauh. nasib aku ni pomen terbaik malaysia.aku masukkan balik kaca mata tu dalam 5 minit. aku berlalu pergi sambil aku tengok je abang tu dengan mata sinis.tak. memang mata aku mata sinis. dia tak tengok pun aku.

spek rm38.nak suruh aku bayar, cakap je lah direct tak perlu lah tongkat dagu dengan muka tak puas hati, tengok berbatu jauh. agaknya dia tengok aku tak bergaya. tak bersepatu jimMi cho. tak berbaju ZarRa mungkin atau tak bertudung bindA yang stylo gitu.

don't judge a book by its cover.

sebelum aku ke tempat kejadian. aku lalu kawasan yang berlambak perfume mahal. bukan aku nak cakap aku orang kaya dan beli perfume mahal. tidak. aku lalu sahaja.tiba-tiba aku teringat kan bau perfume kawan aku. sahaja je nak hidu bau sedap tu second time. tak tau pun version shanel yang mana.dan kami pun berhenti di bahagian shanel.suka hati aku je.

chinese woman ni nampak aku dok belek2 and try sembur perfume yang memang dah nak abis dah tu.dia pun approach, sebelum tuh dia tengah sibuk susun apa entah. dia layan aku .masa tu aku, bertudung hitam+bersweartshirt(ape ke jadah kat garisan khatulistiwa pakai sweartshirt)+ber rbk hensem aku.tak pegang handbag ke ape ke.memang lenggang habis. habis semua shanel fragrance dia bagi aku hidu. banyak dia suggest.tak teragak-agak pun dia bagi.

way back

lepas kejadian aku jatuhkan kaca mata masked rider.
aku kata pada sha dan zeera.korang tahu.
'first perfume yang aku mintak orang tadi sembur, tahu berapa harganya?' .dua-dua tengok aku, muka tak faham.
'RM500+'.
kau faham perbezaan yang berlaku?


*biasa je pun bau 500 tu.

Tuesday, May 05, 2009

::Reeb0K::



'sha ada gam gajah?' sambil mencangkung dok meneliti kasut sport aku. sha yang tinggi membongkok mengintai apa yang aku buat.
'ni ha. 'rbk' ni dah nak tercabut.' ada tulisan rbk di belakang kasut aku. tapi 'r' nya dah melambai-lambai dah. 'bk' sihat lagi. sayang aku ngan kasut hensem aku ni.sayang konon. tapi tak reti jaga jugak.hehe.

musim selesa.
semua orang selesa dengan asrama sampai terlupa nak berjaga-jaga.hilang DUIT? KASUT BRANDED? BAJU?(ni tak le bla baju yang kau hang kat ampaian hilang dowh.'terikut style yus plak dowh itu') budak bilik depan aku hilang duit waktu dia pergi bersiram.dia tak kunci pintu. tak kenal pun budak tu. tapi ada pulak yang mengetuk pintu bilik aku mcm time kitaorg firedrill dulu-dulu ,ketuk-ketuk tak sayang tangan dah.jatuh mas kawin i tak tau~.

DANG!DANG!DANG!.macam bunyi pintu kena rempuh.
style aku, lagi orang ketuk bagai nak rak. lagi slow la motion aku nak pegi ke pintu tu.

'kak. kak. ada nampak tak orang yang lain dari biasa'
pintu bilik asrama kebal api weh. kau rasa kalau benda pelik jadi ke ape ke. memang yakin-yakin orang dalam bilik takkan dengar.

kata aku pada zeera,
'sebab tu aku simpan sport shoe aku dalam bilik selalu.' tatkala terdengar aras sha banyak kasut branded hilang. ya. corridor aras sha. macam petaling street.'pilih kak pilih kak mana yang memikat kalbu!'. kot ye pun tak simpan kat dalam susun la cantik2 kat luar bilik.mana tak naluri pencuri tu nak mencuri tu membuak2. hilang sepasang pun bukannya perasan. dah bersepah-sepah macam gitu.

sahut zeera pada statement aku
'saya ingat kasut awak kasut ciplak' .
untuk cover kekecewaan aku pada statement zeera pula,

'oh mujur nampak macam ciplak. takde la orang nak curi kan'.

Sunday, May 03, 2009

graviti maki


*$^*&^&^%$@#%@#$

pada caption ym tertera frasa di atas. menyebabkan ada kawan aku seorang ni curious tapi buat-buat macam tak de hati nak korek misteri itu.

hewrin2: itu perkataan yg kena censored ke?
dyingice: geram
dyingice: tapi bukan caci maki
dyingice: saja nak taip
hewrin2: ooh..

hewrin2: kira mmg biasa la kau taip simbol2 keyboard secara rambang?

dyingice: ya nampak nya begitu la
dyingice: kenapa kau fikir apa
hewrin2: aku fikir kau tgh maki hamun org
dyingice: aku tak pandai maki org
dyingice: paling teruk pun
dyingice: b*d*h
dyingice: tu je aku tahu
dyingice: ada yang lain ke
hewrin2: ada ada
hewrin2: contohnya
hewrin2: *****
hewrin2: dan ada juga ******
hewrin2: and fave aku...
hewrin2: ********!!!!

dyingice: oh
dyingice: nampak lebih sopan aku kira
hewrin2: betul2
dyingice: sbb semuanya sama saja rentak nya
hewrin2: kira mcm kita biar org yg kita maki tu isi sendirila
dyingice: bagus jugak
dyingice: tapi kalau secara face to face
dyingice: kau expect aku sebut apa dgn org yg digeramkan
hewrin2: hmm...
hewrin2: tak elok la maki hamun org..
hewrin2: tak baik
hewrin2: aku x pernah maki hamun org
hewrin2: (yg lagi besar badannya dari aku)

dyingice: mungkin ak patut sebut
dyingice: hey kau!
dyingice: bintang bintang bintang bintang bintang betul!!
hewrin2: hahaha...
hewrin2: cubala...
hewrin2: mungkin tak mendpt respons yg menggalakkan kot

dyingice: takpe lah
hewrin2: yg kau nak maki hamun org knp??
hewrin2: bukan ke kau ni baik dgn sume org ke?

dyingice: mana ada maki hamun
dyingice: kan tadi aku kira aku dah sebut
dyingice: aku saja mahu taip *$%&%$^*&%^@$%#
hewrin2: oh ye...lupa..

--------------------------------------------------------------------------------------------------

apa yang penting?
KERJASAMA!


aku potong masking tape dengan sha. sha pegang hujung masking tape . dia tarik perlahan-lahan sehingga panjang yang hampir 1 meter setengah aku mintak sha stop tarik. aku dan sha masing2 berdiri. tangan kiri aku pegang gelungan masking tape.tangan kanan pulak pegang gunting.elok aku nak gunting. terjerit sha dengan faris.

'HUAAAAA!' dua-dua menjerit tengok aku.aku macam bingung. kenapa?
'huh?kenapa?' aku tengok faris datang dekat pada aku dengan menghulurkan tangan nak pegang kan tape yang aku nak gunting. seraya berkata.
'jatuh la nanti bahagian kau gunting tu.' muka aku bingung, kurang tangkap apa yang cuba diisukan.agaknya dia tengok aku blur. dia pun menyambung.
'graviti kan?' sambil angkat kening.

*sangat hek ele la mamat itu(ceh).aku sudah ada cara aku sendiri macam mana aku nak sambut hujung yang bakal digunting menggunakan tangan yang sama.tahu macam mana? aku fikir aku nak gunting 1/2. dan kemudian aku lekat kan bahagian yang tergunting tu pada jari yang free sambil menyambung gunting lagi 1/2.

tong deram

kata aku pada asma. buruk pulak bunyi nya tong tuh. aku tanya asma, apa dia bayangkan kalau dia dengar seseorang bernama tong. dia gelak. aku cakap, 'ada tak awak terbayangkan orang bulat2.pendek2..'. bertambah besar sengih asma. kata dia 'tak po la.sedap jugak nama tong tu.ada tong deram(drum). tong gas..'.kahkahkah. berdekah kami dua. aku ingat asma nak cakap apa, perli aku lagi ada la.


sebelum ni kalau apa-apa pun.
'achik nak yuyu' dia minta aku buat susu sebenarnya
'achik! tak nak tv' bila dia marah tatkala aku yang bosan tengok astro ceria tukar channel sesuka ati.

hari tu. aku ikut kakak aku, bersama-sama sufiya. kakak aku ada meeting dengan orang. mereka lelaki. hari tu. sufiya panggil aku dengan mengadanya 'achik tonnggg.achik tongggg'. lelaki-lelaki itu tengok aku. 'cis!'


dulu awal-awal dia cuba sebut tun. tapi pelat dia menyebabkan ada dengung. sudahnya jadi tong. baru-baru ni sufiya kerap betul panggil aku achik TONG.aku tak tahu kenapa. mungkin sedap lidah dia menyebut. selalu sangat tong disebut. aku cakap dengan sufiya.
'nama achikkk. siiitii'
'achik siti?' kening dia terangkat, nak pastikan balik betul ke dia sebut.
'ha betul la tu. achik siti!' aku dan sufiya mencalit ibu jari kami tanda canteekkk!!

sedang aku sibuk membuat hal aku. sufiya panggil aku 'achik tong.achik tong.achik tong'. aku buat dek je. sebab tengah fokus dengan apa aku buat tanpa toleh ke arah sufiya. agaknya dia tengok aku senyap je. tiba-tiba


sufiya: 'achik sitiii' lembut je dia panggil
aku: 'iyaa' tersengih-sengih aku
* siti itu nama awal siti nurhaliza.