لَبَّيْكَ اللَّهُمَّ لَبَّيْكَ، لَبَّيْكَ لاَ شَرِيْكَ لَكَ لَبَّيْكَ إِنَّ الْحَمْدَ وَالنِّعْمَةَ لَكَ وَالْمُلْكَ لاَ شَرِيْكَ
Tengah feeling-feeling ingat zaman haji 2011 walau skang dah 2014. Mentara ada umur berazam nak coretkan sampai abis. Tapi takde mood. Eh?! Ya Allah dah 2015! 2016? Fuh
Saturday, May 09, 2009
WHAT A SATURDAY!
kelmarin bos call. bagitau akan kedatangannya dan sahabat(s).dia pesan masak banyak-banyak.'ko ngan kakde pun ada kat rumah kan sabtu ni.hehe'. 20 orang semuanya yang dia bawak.keluarga aku sendiri memang keluarga besar.jadi dah biasa bila orang datang, masak macam kenduri-kendara .
tanya aku pada bos, breakfast ke lunch? aku kira kalau breakfast mungkin boleh jugak kalau borong karipap 20 biji , sebiji sorang. ok la tu kan.(angkat kening).tapi jawab bos dalam pukul 11 tiba. ada 'hehe' di hujung mesejnya. aku pun tak faham. ada makna ke hehe tu?bos ni nampak je maintain muka macho gitu. tapi gelabah tapir nya ngalahkan perempuan.
pukul 10.30
tet tet.mesej masuk.
'masak utk berape org ha?'
aku jawab
'beli buah weh ' masalah komunikasi sungguh!
tet tet.mesej masuk lagi.
'masak tu utk berapa orang ha?'
aku jawab
'takpe.tak cukup, makan nasi, sesudu sorang'
kring kring. phone rumah aku bunyi.
'hello'
'weh.riso tak cukup la.masak utk berapa orang ha?'
'kata 20?'
'macam lebih(nada risau betul).masak banyak lagi ar'
'berapa terlebih tu?'
'22.'(hek ele.alahai la bos.)
pukul 12.00
'assalamualaikumm.' kawan perempuan bos ke dapur. nak bersalam dengan aku dan akak aku.
'waalaikummusalam.' sambil sambut huluran salam perempuan tu.dia tengok aku.
'eh muka macam muka zul.adik ke kakak ni?' mungkin aku patut byk spend masa dengan sufiya.
'errr.errr. adik .' lama err aku tu. aku pun tak tau apasal aku terkedu.kau tau?
FAREWELL
jealous tengok diaorang jalan ramai-ramai. nak ajak gang sendiri. jauh. kawan bos mudah datang pun sebab U diaorang tak jauh dari rumah aku. sejam perjalanan.lepas diaorang makan. solat zohor berjemaah. dah tu, dengar diaorang dok cari buah kelapa.aku ingat ada orang sakit. tapi kata kakde. 'saje minum'. elok aku selesaikan pinggan yang kemudian dicontinue oleh kakde. aku pun ke depan nak menyampaikan mesej kakde. untuk mengingatkan ada ais kalau mereka mahu. sampai di ruang tamu. aku tengok lapang. yang ada mak dan seorang kawan perempuan bos. sembang apa entah.
pelik. macam senyap sangat. sebab aku rasa yang aku nampak kat luar dari celahan tingkap yang agak jauh dari aku. macam sikit yang ada kat luar. aku pun toleh bahagian tempat family aku selalu menonton sila panggung beramai.
herk?! spontan tangan ke dada. terkejut habis la konon :P. berderet kepala tersusun atas bantal+ bantal golek yang panjang tu. kawan bos dalam 6 orang kot tidur berjemaah. haha. cantik betul shot tu. tapi camera aku kat KL. diaorg tidur depan tv.senang betul jadi laki. tidur la mana kau nak.lupa. tujuan utama diaorang ke sini. ada lawan bola sebenarnya. jadi yang tidur tu. semua satu team bola(kot?).
'terima kasih kakak zul.terima kasih adik zul.'
bukan salah mereka, tak tahu nama kami. bos kenalkan kami
'ini kakak ini adik'.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
3 comments:
Ko masak apa wea?
Tapi betul la, dia gelabah betul. Lebih 2 org je kot.
hahaha..klako abg awk..igt bpe yg lbh td..
ami,
masak lunch, mcm biasa la
SUNtek,
ya dia mmg karut lagi mengarut
Post a Comment