Tengah feeling-feeling ingat zaman haji 2011 walau skang dah 2014. Mentara ada umur berazam nak coretkan sampai abis. Tapi takde mood. Eh?! Ya Allah dah 2015! 2016? Fuh

Wednesday, July 08, 2009

A step further

dari luaran, tak banyak perubahan yang boleh dikesan. Bukan yang melihat je, aku pun rasa macam tu. Waktu dulu, dah buat aku jadi seorang observant. Waktu ini, buat aku hati-hati.

Ada apa dengan TV?
Aku perasan, aku sudah jadi pemalu di depan tv. macam poyos tapi nak buat macam mana? kalau dah semua dalam tv tuh bukan setakat lelaki je kena pejam mata, perempuan pun kena tunduk2 buat2 alih mata. Nak tengok cerita melayu pun, pakai seluar pendek atas lutut. I pun dosa tau tengok. *Makin menjadi2 pulak, aku ingat Jakim pernah kata baju tak ada lengan dah dikira tidak sopan. Tak ingat suratkhabar tahun berapa. Ini mcm pakai tape kat badan je yang perempuangnya, seluar pulak dah aku pun tak boleh beza seluar luar ke? seluar tut crocodile.

At Pudu with Sudais.
Ada 40 lagu semuanya dalam phone aku.Antaranya:-
-love song(faveret ni. kalau orang call, sampai lupa nak angkat sbb sibuk menggeleng2)
-love story
-circus
-womanizer
-i'll be there
-kiss me
-hot & cold
-lucky
-im yours
-the show

Hari ke-4 aku balik malaya.
*Delete?* *Yes*
*Delete?* *Yes*
*Delete?* *Yes*
*Delete?* *Yes*
aku delete la 39 kali w0! aku tak tahu la mana nak cari options nak delete semua sekali gus.kenapa 39 kali je? sebab yang ke-40 tu surah sejadah.kosong music aku, aku refill dengan sudais punya koleksi. Tak banyak la tapi. Masih mencari lagi. Hari tu aku pergi Batu Pahat. Bas dari Kl ke Batu Pahat pukul 11 am. Aku kat pudu pukul 9 50 am. Tanya kakde, ko buat apa sambil tunggu bas tu?

'buat apa? duduk je la kat pudu tu. dengar ni' sambil tunjuk screen phone aku
'ho bagus bagus'

tau kenapa aku delete?
Kalau iya pun nak tambah surah mp3 tak perlu la delete music lain sampai 39 kali kan.
Ye la bila kau tak ada pilihan memang kau akan dengar yang itu, itu yang pasti.

'tapi kakde, orang ada jugak dengar ni' aku add jugak lagu ayat-ayat cinta rossa tu. hehe.
'o cepat2 mengaku' terasa berdosa bila dia fikir aku dengan sudais je kat pudu tu, lupa nak cakap rossa pun ada. hehe.
*lagu ayat2 cinta mengingatkan aku pada sesuatu yang buat aku insaf dan syukur.

Buku waktu senggang.
Aku ni tak lah rajin beli buku. Lagi aku tak suka orang tafsir aku dari jenis buku yang aku baca maka selalu kat pudu aku tak beli benda2 tu. Internet ada kan? google je apa kau nak tahu. Hari tu balik dari Batu Pahat kakde belanja, dia suruh ambik je apa yang ada. Berat hati nak ambik antara yang ada tu. Intren, r3maja, p3ngantin aku tak kisah bahan apa pun sebab orang lain nak bayar kan, tapi takpelah kan. Segan pulak nak ambik. MastIka pulak, macam kejam2 bahan ceritanya aku pulak tak sanggup nak baca. Aku pun ambiklah bicara, sebab apa? sebab ada tulis sepotong ayat berkait agama.'Wah sampai mcm tu skali' kata aku nada dramatic pada aku.

aku balik kampung, boss baca, bapak aku pun baca la! dulu tak penah pulak nampak dia pegang mastIka. hoho.

2 comments:

Fatimah bintun Qamar said...

Alahmdulillah, liyana

i'm glad to see u like this..alhamdulillah

hidup ini perlukan mujahadah yakni melawan nafsu, lebih2 lagi hidup akhir zaman...

Petiais said...

caliph,
Alhamdulillah.

:)