Tengah feeling-feeling ingat zaman haji 2011 walau skang dah 2014. Mentara ada umur berazam nak coretkan sampai abis. Tapi takde mood. Eh?! Ya Allah dah 2015! 2016? Fuh

Monday, July 06, 2009

Rumah Allah (selamat jalan)


Dulu awal-awal aku pernah kata, ada 3 kumpulan yang buat umrah. Dan ustad aku kepalanya. Group kitaorg, terakhir yang bertolak keluar dari mekah.bila satu2 group balik, sayu pulak.

Sepi hotel.

Rooftop pun sunyi rasanya. Tak ada dah kain-kain tersidai.
Yang ada baju2 family aku. Lift pun kosong. Jumpa muka angah Firah je dalam lif(dah pegi semayang pun skali).

Umrah ke- ?
Aku pimpin opah chik lagi kali ni. Kata aku, 'Opah chik! Cam telekung ni! ' aku pesan supaya kalau2 dia terpisah, dia boleh cam aku dari belakang. Saranan aku dibalas dengan anggukan. Sebab waktu tu aku tak boleh nak pegang dia, padat manusia yang ada.

Elok je aku dan opah chik pasang niat. Aku pun mulakan.Erk!(Telekung aku tertarik sikit ke belakang.')Oh opah chik pegang ekor telekung aku' tak terfikir pulak aku macam tu, Opah chik salah dengar sebenarnya aku cuma pesan ikut belakang aku dan cam telekung, tapi bijak la dia pegang telekung aku. Setiap pergerakan aku ditiru opah chik.

Tawaf ke-3
Kejap tengok lantai, kejap tengok kaabah,lantai, kaabah,lantai,kaabah dann

PAP! Bahu kiri aku digenggam erat. 'Hush kus semangat!' kuatnya opah chik pegang. Opah chik memang kuat orangnya walaupun tua. Tak berapa lama lepas tu, aku rasa ada orang jalan rapat-rapat sebelah kanan aku. Aku intai sikit. 'Eh!opah chik?! Eh eh opah chik sebelah akula! Sape yang kat belakang nih?' macam cerita hantu le pulak. Jumpa nenek kat dapur nanti pergi depan jumpa nenek lagi. Eh eh ada dua nenek laa. Tak tak ini bukan keliwon, ju-on ke seven days ke.

Aku biarkan dulu. Sambil aku tawaf aku cuba-cuba tengok. Perlahan je orang yang genggam bahu aku ni jalan. Aku pun terpaksa ubah rentak. Dia bukan mak arab, tapi opah arab. Walaupun dia tak cakap apa-apa tapi faham sendiri je lah, dia cuma perlukan tongkat barangkali. Tak pelah kata aku, buat pahala lebih kan. Lagi pulak, simpati pulak rasa sebab takde orang yang tolong dia. Lagi pulak takkan la aku nak tepis. Jadi kau yang muda, kalau yang tua minta tolong jangan lah fikir 2 kali.

Beberapa kali bahu terasa ringan bila opah arab tu berhenti berjalan, mengelap peluh. Letih jalan berdengkut. Setiap kali bahu terasa ringan aku perlahankan langkah, opah chik laju beria-ria le pulak, haha. Agaknya opah arab tu terkejut tengok aku tunggu dia, dia pun sapa aku nak bagitahu dia nak tumpang bahu aku. Dan macam biasa lah, kat sana bahasa ayam itik popular.
Aku pun angguk2 itik.

Dalam 3 tawaf opah arab tu ikut aku dan opah chik. Dia selesai lebih awal. Selesai 7 pusingan baru aku perasan,'eh eh aku bawak 2 orang tua ar.'(Sengih)


Kalau ikhlas, 10 orang tua pun ringan dengan izin-Nya.




Hari terakhir di Mekah.

Besarnya nikmat ikhlas tu sendiri.
Kalau kamu ikhlas dalam apa sahaja yang kamu buat, berat berjuta tan rasa ringan macam kapas je. Waktu awal2 aku pimpin orang tua, aku rasa berat tapi alhamdulillah umrah yang seterusnya taklah seberat umrah pertama aku memimpin mak cik aku.

Sebelum tawaf wida, kitaorang yang sudah macam orang tua melayan kerenah makcik makcik aku yang macam budak-budak kecik. Banyak soalan diaorg perlu dijawab dan terangkan. Haha. Macam rombongan sekolah pulak. Aku maklumkan, mereka ni pelupa. Solat zohor kami di masjidil haram. Tengah hari itu, kami tawaf wida.

'Ate pukul berapa nak pegi pasang niatnya' susah hati makcik aku, tengok aku tak siap lagi.
'Hah?' bingung sungguh aku, aku tak tahu pulak diaorg nak buat satu umrah sebelum wida.
'Katanya karang nak tawaf dulu sebelum balik, bilanya nak naik bas nya?' oh fahamlah aku
'Tak opah chik! Yng ini takde nak pasang2 niat! Umrah je pegi! Kalau umrah bla!bla!' fahamlah aku, Opah chik bukan ingat sangat. Habis semua cerita umrah, tawaf sunat, tawaf wida aku bukak balik. Selesai aku terang, 'oh' kata opah chik. Ada nada lega di situ lalu dia pun landing ke katil dia mentara tunggu semua orang siap. Tiba-tiba terdengar orang jerit

'Opah chik! jangan tidor! Nanti batal air sembahyang!' pekik angah, haha. Selalu dia siap awal tapi end up dia last skali. Sebab wudhuk dia batal.


Tawaf Wida
Matahari atas kepala, terik betul. Tempat tawaf tak terasa panas, mungkin sebab lantainya tak sempat terkena matahari pun bila manusia padat sedang tawaf. Masa nak buat solat sunat tawaf 'woho!' lecur tapak kaki pun mau! Tapi fikirkan buat masa ni, mungkin ini peluang terakhir aku. Siapa tahu? Esok hari aku.

Tahankan je la. Aku fikir sampai situ je, aku terlupa tentang sujud. Haha, focus dah lari 'khusyuk.khusyuk'. Bayangkan perasaan aku di saat sebelum dahi mencium lantai. Haha. Berpeluh dahi, belum pun lagi cecah lantai. Dah terasa panas melecur di dahi.
Aduhai.

Alhamdulillah, tengokkan ada jemaah lain yang nangis teresak-esak menguatkan semangat aku teruskan solat. Terlalu banyak yang aku mohon, sampai terlupa bahang tengah hari itu.



'Dah keluar, jangan toleh '
Sayu berjalan perlahan sorang diri keluar dari kawasan tawaf,
keluar dari masjid sambil melepasi tempat aku selalu solat,
dan keluar dari bukit Marwah melalui tempat aku dan keluarga selalu berkumpul bila selesai umrah.


Aku harap itu bukan kali terakhir aku tengok kaabah. InsyaAllah.


*Gamba dari atas ke bawah
Campuran gamba ziarah ke ladang unta, dan muzium.
gamba terakhir, di makam pemisah pakistan dan india(karachi).

2 comments:

Fatimah bintun Qamar said...

wani!

kte suke baca post nie=)

innama al'amalu binniat
(segala amal bermula dengan niat)

niat ikhlas insyaAllah Allah tolong n segalanya akn dipermudahkan...InsyaAllah...

Petiais said...

caliph,
thanks. insyaAllah mudah.