Tengah feeling-feeling ingat zaman haji 2011 walau skang dah 2014. Mentara ada umur berazam nak coretkan sampai abis. Tapi takde mood. Eh?! Ya Allah dah 2015! 2016? Fuh

Monday, March 16, 2009

Hari Sedih Sedunia.


pagi sadis pasal tuttt.
haihh.berapa hari sebelum ni dah rasa tak sedap hati.jadi subuh-subuh aku dah call emak aku.sembang pembuka hari. (sengih.yang sebenarnya dah lama tak telefon emak, sampai akak bising. pelik, orang lain yang tak dicontact yang lain pula bising.'macam2' sambil geleng-geleng kepala. sim card kena block bukan tak nak telefon)

tengah hari sadis lagi pasal tettt membabitkan akak aku. aku pula yang beria sedih. mencabar sungguh. ku sangkakan panas sampai ke petang rupanya hujan di tengah hari. tak apa. emak aku pernah kata.'nak senang, susah. nak susah, memang senang'. mungkin bukan rezeki.haih.mengeluh lagi. bukannya aku harapkan balasan, saja mahu tolong orang jadi senang. malu aku pada semua orang. nasib pakai spec hari ni. rasa macam pakai topeng. tak lah segan sangat.

petang sadis, kelas hari ini cikgu pilih orang yang layak buat show. aku rasa tak puas hati kelas geduk aku tadi. oh, bukan sebab tak terpilih(aku tak terpilih ya kawan-kawan harap maklum) maka aku rasa macam nak campak-campak je geduk tu. cuma tak puas pukul geduk, dah tak ada peluang dah lepas ni. tanya minta diajar pun tidak dilayan. aduhai.

'apalah kau labu. dulu aku dah cakap ngan kau masuk je puisi'
'erk?!'(tak lah aku melawak je.ni monolog aku.)

'yang geduk pukul kuat sikit ya' pesan cikgu tu.
pasangan aku(perempuan) mulakan dulu ketukan.pemain geduk hanya seorang akan bermain pada satu masa. dan kemudian akan berlaku passing2 main geduk dengan pasangan lagi satu. maka kawan aku mulakan dulu. dia berhenti. aku pun..

KELETAK! KELETUK! KELETAK! KELETUK!

aku perasan cikgu tuh terkejut aku ketuk kuat, kawan yang geduk lagi satu tu pun. bukan protes ya. cuma nak lupakan rasa sakit kat tangan maka aku ketuk kuat2. ya ampun. otot tangan(biceps) di lipatan siku aku bengkak. membengkak.sebelum ni ada kawan aku kaki dia bengkak. dia tulis kat caption dia kaki dia bengkak. 2 hari dia aktifkan caption tu. dalam hati aku 'bengkak sikit je, macam bengkak besar sangat'. bukan kawan aku ada daulat. aku memang selalu dapat cash dari tuhan. kawan ku, aku minta maaf sebab tak bersimpati.

'ha kau. ketuklah.ketuklah. ketuklah lagi' kata lengan kiri kepada lengan kanan yang giat membengkak.


waktu dia umumkan nama orang yang terpilih aku adukan sedih sebab dah tak dapat main dah pada zeera.zeera pun kata. 'tu la dah tak dapat main dah'.
mesti cikgu tuh ingat aku protes sebab tak terpilih.sebab aku tak dengar apa dia cakap masa dia umumkan nama, tapi sibuk bercakap dengan zeera.

'padan muka kau labu'(aku monolog lagi)
di akhir kelas. sang cikgu ada berkata
'ada sesiapa yang tak puas hati'
'aku kah?'

sebenarnya , aku dah pasang niat ponteng dah.

kepada cikgu yang memang tak akan baca benda alah ni. minta maaf kalau ade buat cikgu tersinggung.

balik kelas, sedang order makanan di cafe
'abang. hari tu, ada orang berlatih wayang kulit kan. bila depa nak datang lagi?'
tiba-tiba aku rasa macam insan kurang kasih sayang .hehe.tak dapat cikgu, dapat belajar dengan pakcik-pakcik pun cool.

2 comments:

Anonymous said...

sabar la petiais....
len kali de peluang lagi....
mitak main ngn abg2 tuh....
berpuluh taun pengalaman... =P

Anonymous said...

daniisha_s10103,
hehe tak ar kempunan sangat.