Tengah feeling-feeling ingat zaman haji 2011 walau skang dah 2014. Mentara ada umur berazam nak coretkan sampai abis. Tapi takde mood. Eh?! Ya Allah dah 2015! 2016? Fuh

Sunday, March 22, 2009

makan malam indah


5 hari sebelum

(perbualan Ym)
'angah ada baju buat dinner tak?'
'ada kut, nanti check.'

(di rumah sufiya)

'nah, ni ko boleh pakai dengan seluar'
'ingat nak pakai kain'

'alah kain dah biasa la, asyik2 kebaya' oh, sounds cool. tapi sebenarnya aku pakai baju kurung pun dah luar biasa. bukan luar biasa jelita. sebab aku pemakai seluar harian.

makan malam.
5 minit sebelum 8.30 pm.
adi menunggu kami dengan temannya di tempat letak kereta.

hostel aku sunyi je, semua orang dah pergi hotel. Daftar kehadiran pukul 8. oh, kami lewat. Biasa lah itu kehandalan kami.
Ya aku rasa aku paling panik. Aku paling last mampu bersiap.


Atas sebab aku terpaksa menyolekkan ketiga-tiga sahabat aku(siapa yang kenal aku mungkin nampak pelik, aku solekkan orang?!. Solek itu seni. maafkan muka aku yang tak ada langsung impak solek. Aku tak pandai apply make up atas muka sendiri. Apa kau rasa
bila kau terpaksa melukis atas kertas yang kau letak atas muka kau sendiri. Leceh leceh sambil menunduk geleng-geleng kepala.)

Bising ruang kolej seketika dek bunyi keletak keletuk tumit tinggi kami berempat. Ya pucat juga' muka tatkala tumit hampir-hampir tersadung. Bukan aku je, yang lain pun. Cemas sangat waktu hendak berkejar ke kereta.


'yani yani nanti awak tolong..' keletak keletuk keletak keletuk
'tak sempat tak sempat! nanti! nanti! dalam kereta!' keletak keletuk keletak keletuk
'petiais petiais nanti buatkan..' keletak keletuk keletak keletuk
'nanti nanti dah sampai kat kereta nanti' keletak keletuk keletak keletuk
'sha nanti tolong pakaikan tudung aku..' keletak keletuk keletak keletuk
'nanti nanti dalam kereta!' sahut sha yang berlari tanpa bunyi, dia pakai selipar jamban.

'tak la pulak aku suruh ko pakai k
an tengah-tengah berlari ni (-_-)' keletak keletuk keletak keletuk


di meja makan.

meja kami di
ambil orang.aku tak salah kan mereka. kalau aku jadi diaorang aku pun bedal meja kosong. ya lah. kami lewat hampir 1 jam setengah.tapi majlis mula pukul 9. jadi lewat dari segi majlis kurang dari setengah jam. kami minta izin nak duduk meja tu. minta izin? entah aku tak tahu macam mana kawan aku minta nak meja tu.kawan aku ni duduk makan hati berulam jantung di luar dewan sambil menunggu kami yang lewat ni. bukan sebab kami. hehe. sebab dia nak meja tu.

untuk tidak menyusahkan temannya adi maka adi tidak mengikut kami menuju ke meja sepatutnya,
dia rela sahaja duduk di meja belakang yang berdekatan dengan pintu masuk.
kata adi, kawan semejanya juga mengalami masalah meja. lalu masing-masing sibuk berceritakan perihal 'meja m
akan aku diambil orang'.

tidak teragak-agak adi meluahkan 'ha meja aku pun kene ambik orang!' tanpa dia sedar, tempat luahannya adalah orang yang duduk di meja kami tadi. maafkan adi, dia tak sengaja.


kesian mereka. aku pun baru tahu diaorang awal-awal pun ada masalah meja.
'SAPE URUS MEJA MEJA NI?! SAYA NAK JUMPA' cewah petiais, blah la kau.

bergambar.
'petiais mana kamera debab kau?'
'...............'

sebenarnya aku tak ada niat nak bawak. aku tak pernah ajar kawan-kawan aku macam mana nak pakai kamera debab. jadi sudah tentu-tentu muka aku susah nak masuk gamba. tapi aku baikkan jiwa kata nak bawa. n
ak jadikan cerita aku memang terlupa nak angkut kamera.

lagipun bukan salah aku tak bawak kamera. sebelum bertolak keluar bilik aku ada tanya mereka.

'aku ada tertinggal apa-apa tak?'

'TAKKK' serentak mereka bertiga menjawab dengan yakin!

maka mala
m itu. asal ada kamera, kami posing. peduli apa kami. haha. sapu je. asal ada satu memori tertangkap pun sudah ok(satu thumbs up). entah kamera siapa. oh ya kami yang tak pernah bertegur sapa dengan kumpulan lelaki fakulti kami tiba-tiba bertegur sapa. kenapa? sebab mereka ada kamera.oh ya. dush! sepenumbuk untuk aku(gurau sahaja ya kawan-kawan). taklah kami memang mesra alam. tapi pemalu.

konflik jiwa


'wah petiais.petiais jadi perempuan
hari niii' bukan sebab make up yang menawan, jangan bayang kan muka aku. mungkin sebab malam itu aku tak pakai baju kotak-kotak aku? atau sweater aku? atau paling penting sport shoes hitam aku.
'erk' aku kacak ke selama ni?( ini ayat dramatis aku je. aku jadi lelaki pun tak hensem)


ya malam itu aku pakai clutch. aku ingat nak bawak je beg sandang aku. mujur beg sandang 'oxbow' aku warna hijau. Kalau warna matching ngan baju aku, agaknya aku bawak kot(pegang dagu berfikir)

* terima kasih lah kepada tuan kamera kerana sudi memberi sebarang dua ruang dalam kad memori kamera mu itu. harap mesej telepati ni sampai la(hoho, dah la tak kenal, tak cakap terima kasih, hampes kamu petiais.)

seronok la jugak.sampai aku lupa betapa tak sedapnya hidangan malam tuh.

4 comments:

Anonymous said...

im really enjoyed that nite.... thanks to petiais n all my fwen... =)
nnti kiter wat ladies' nite lak...
huhuhuhu

Ami said...

Lamanya aku tak ada mkn2 mcm ni. Skang ni pun ada, tiap2 minggu, tapi itu sebab kerja. Tak syok.

Ami said...
This comment has been removed by the author.
Anonymous said...

daniisha,
ya ya. sama la aku pun.

ami,
wah jadi kau lagi penat.setiap minggu kene fikir nak pakai baju apa.