Tengah feeling-feeling ingat zaman haji 2011 walau skang dah 2014. Mentara ada umur berazam nak coretkan sampai abis. Tapi takde mood. Eh?! Ya Allah dah 2015! 2016? Fuh

Saturday, January 31, 2009

mulut

aku tak ikut balik kampung.kononnya nak buat keje skolah.dalam kepala da set nak tgk tv kejap.
maka yang balik ayah dan mak aku sahaja.aku hantar depa sampai pintu.

mak ckp 'takpe lah kamu ade keja ya.jaga2 belakang rumah kalau kera ada'.
aku angguk.

aku lihat kereta viva yang ayah pandu hilang dari pandangan di hujung jalan.
pintu kututup.aku selak2 newspaper.'nak on tv lah' remote dicapai.aku tgk decoder astro pada mode.tak ada mode.tak ada!black out.

tak sampai 5 minit mak aku pergi.

--------------------------------------------------------------------

'baik2 jalan ni nanti.'
'(insyaAllah dalam hati) kat tempat org boleh.takkan kat malaysia sesat' aku berlawak berani mati ngan mak aku.

aku balik kl dgn akak aku naik bas merah.selalu bas trasns.tapi tiket trans habis.merah pun merah lah.bas merah dia pusing satu selangor agaknye baru masuk kl(4 jam lebih).tapi kalau nak cepat kata akakku.nanti kita ambil ktm di tgh perjalanan nanti.

'naik macam mana?'
'nanti dia berhenti dekat stesen ktm.'

perjalanan yg penat.setelah 2 jam.akak aku kejut.dah nak dekat laluan ke ktm.tiba-tiba.
driver bas 'turun2, sape nak pegi ktm turun sini.'
aku tgk kat luar tingkap tak ada ktm.ade pondok tunggu bas yg usang.

hari itu dia tak lalu laluan tu katanya.dia suruh ambik bas tambang ke ktm.

-------------------------------------------------------------------

aku pergi tuition malam.di rumah kosong sebelah rumah mak kawan aku.dia cikgu.pukul 8.

'apa rasanya kalau belajar tak ada elektrik ha?'
kawan aku tgk aku.

20 minit kemudian.puf!kami pasang lilin di atas meja. sbb tak nampak buku.sbb black out.

6 comments:

artisticklytouch said...

owh...sungguh malang nasibmu

Anonymous said...

artisticklytouch,
tapi rasa bertuah jugak.Dia ingat aku sentiasa. X)

Anonymous said...

alhamdulillah.

Bunga Rampai said...

Aaah, damainya di sini dengan rona menawan dan ejaan nama yang baru ;)

Masih ada mulut untuk bercakap. Alhamdulillah.

Salam :)

Ami said...

Petiais, kau pakai jaring ke?

Anonymous said...

bunga rampai,
ye damaiinya.alhamdulillah ada ada.
salam

ami,
tak, petiais pakai lain.