Tengah feeling-feeling ingat zaman haji 2011 walau skang dah 2014. Mentara ada umur berazam nak coretkan sampai abis. Tapi takde mood. Eh?! Ya Allah dah 2015! 2016? Fuh

Tuesday, May 15, 2007

gadis

petang yang sibuk..di stesyen bas..terpaksa bersesak2..si abang dan adiknya si gadis menaiki bas awam atau lebih dikenali dengan bas tambang..

si gadis telah pun mendapat tempat di tempat duduk belakang.si abang terlambat.terpaksa berdiri berdekatan dgn pintu masuk bas.bas sarat.mungkin sepatutnyer 44 penumpang sahaja tapi rasanya sudah melebihi 50.ah si pemandu yang tamak.

sampai di destinasi.si abang telah pun selamat keluar dari bas yang penuh sesak itu.si gadis kelam kabut.takut tidak sempat turun bas sudah jalan.tanpa mengira kaki siapa.dia pijak sambil berulang kali mengungkap kata maaf dan diselang dgn kata 'tumpang lalu'.

sebaik gadis itu menapak dan mahu berjalan di laluan tgh bas yang dipenuhi dgn sang lelaki yang terdiri dari usia 15-25 barangkali dan si gadis mengungkapkan kata 'tumpang lalu'..

"WOI ADA PEREMPUAN NAK LALU!"terdgr teriakan salah seorang lelaki di laluan tgh itu.si gadis terpana.terkedu.

ZAPP!! satu laluan untuk si gadis terbentuk.sang lelaki di sepanjang laluan itu memberi laluan untuk si gadis.

si gadis tersenyum sambil pantas melangkah keluar.
selamat keluar.

si gadis masih tersenyum.

3 comments:

zwitterion said...

siapa sang lelaki yg berusia 15-25 itu?..hehe

Petiais said...

zwitt,
haha ntah la..saya pun tara tau

Bunga Rampai said...

Wah, hormatnya mereka kepada perempuan. Tabik!

Salam :)