Tengah feeling-feeling ingat zaman haji 2011 walau skang dah 2014. Mentara ada umur berazam nak coretkan sampai abis. Tapi takde mood. Eh?! Ya Allah dah 2015! 2016? Fuh

Friday, July 31, 2009

aku tetap aku

kamu ni. dari tadika sekolah U sampai kerja pun lambat!

JAM 7.59
aku minta ayah berhenti dekat dengan tempat punch card. hoho. jam di mesin punch 7.59 am. aku sempoi lagi, tarik kad dan punch sambil mata tengok ayah aku berlalu pergi.
PAP!kad dah dipunch.sebelum letak semula, aku tengok kad aku tu.

'SALASIAH.eh!hah!salasiah!salasiah mana pulak ni!'
aiseyman salah kad! serentak tu mesin punch berbunyi bagi warning nak pukul 8 dah.

TETTTTTTTT. mak aih tersentap jantung. tak pasal2 merah kad aku. lekas2 aku capai kad aku, dan sempat aku tembak kad aku. Fuh! dah lega.

sepi seketika seorang aku di depan mesin tu.
aku tak tahu nak letak kad salasiah kat lubang nombor berapa.

------------------------------------------------------------------------------------

'eh zaril tadi aku nampak ko dengan perempuan, banyak cantik itu perempuan laa' usik kakak india tu. tak nampak pulak aku ekspresi muka abang tu. yang pasti dia tersengih.

'eleh, tipis tipis pipi lagi haha' usik kakak tu lagi. aku dengar sambil kepala tekun tunduk menatap buku, gigih aku memahamkan apa kakak india tu cuba sampaikan.
'zaril, ko dengan sapa tadi? betulkan. eleh zaril. tipis tipis pipi lagi! haha' abang tu tak bagi respon, setakat gelak kecil je.dia segan, aku rasa. nak nak dengan aku yang baru lagi kat situ.

'tepislah! bukan tipis!' sampuk kakak melayu agaknya tak tahan dengar pelat kakak tu sebut tipis tipis.

'zaril kenapa ha? bila aku dekat ko , ko kata nanti terbatal air sembahyang. itu perempuan tepis tepis pipi tada batal air sembahyang ka?'

TETT!!!!
mak aih innocentnya kakak india ni.
sengih aku dalam curi2 dengar.terkena abang tu.nasib la.

Bercintalah selapas ikatan yang sah, itu lebih afdhal dan diredhai. Jauhilah perkara perkara yang boleh merosakkan iman. Jika bercouple itu memudharatkan agama(melakukan benda benda yang terang terang dilarang dalam Islam) dan diri kita sendiri maka HARAM hukumnya.Wallahualam..


------------------------------------------------------------------------------------

leka aku main Quadrop, gigih macam boss main DotA. tak sedar jam pukul 5.10pm. laju aku tarik beg bila ditegur makcik situ 'haih tak nak balik ke?'. tempat punch card ramai orang. aku tengok satu group perempuan tengah punch. yang lelaki2 seakan-akan beri laluan pada group perempuan tu dulu. kalut aku berlari nak join sebelum group tu habis punch. Sampai kat depan card yang tersusun cantik. aku grab kad aku dan terus punch.

PAP!
ALAMAK!aku memang seorang yang mudah mengekspreskan apa aku rasa.

'takpe dik! takpe dik! tak pernah lagi saya dengar orang kena tangkap sebab punch kad terbalik. takpe dik!takpe dik!' kata pakcik berjanggut berkopiah yang berdiri hampir. pakcik tu tersenyum.

hahaha.malu aku. cepat2 blah dari situ.kata fuziani.
'beb kau buat malu aku je' kata ani sambil geleng kecewa.haha.

nasib pakcik tu tak tau aku pernah punch kad orang.

2 generasi



Monday, July 27, 2009

cerita semalam







-------------------------------------------------------------------------------------

dalam ofis, aku jarang bercakap. nak cakap apa pun? orang tanya baru aku jawab.bila keadaan darurat baru aku bercakap. makcik aisha cakap 'saya nak balik ni. cuti setengah ari. tak larat' entah dia tuju pada siapa. aku tengah stamp kertas, terdengar sekali lalu.

datang orang pada abang ni tanyakan kak aisha mana. Abang tu yang sibuk main DotA kat kaunter pun jawab, sesudah dia kerling ruang ofis seimbas lalu 'abang tunggu jap ek. dia keluar kejap'. Confident je 'keluar kejap'. Padahal itu dia punya hipotesis. Tekun dia sambung menembak.

'abang. abang! ABANG! ' haram dia tak toleh.'ABANG BUDIN!' dia tengok aku dengan bersahaja.

'kak aisha balik.'
'hah?!' terkejut sambil gigit jari dia.sebab tak sangka orang yang dikatakan keluar sekejap tu takkan balik ofis dah untuk hari tu.

habis bercakap ngan dia. aku terpandangkan papan nama staff.
mohd ainuddin. selamba je aku panggil dia budin.

aku rasa dia tak dengar. hehe. nasib.
manusia mana yang tak buat silap kan?
-------------------------------------------------------------------------------------

Sejak dekat dengan masjid, rutin dulu mula aku amal semula.

'aku kena lari ni.' dengan tangan bergaya macam berlari.
Azan kat tempat aku ni lain sikit. Suara pakcik ni memang bersemangat. Jarak antara sebutan2 panjang betul 'brigde' dia.

'kat sini. azan dia kan. speaker dia rosak ke azan dia yang macam tu?' tanya aku pada fuziani, tengah kitaorg makan bila awal-awal aku kat situ. Heran aku azan dia putus-putus maksud aku jarak antara laungan dia lama sangat. Ingat kot microphone dia rosak.

'taklah itu alunan dia.' maksud fuziani, itu style pakcik tu.

ada style lah!
-----------------------------------------------------------------------------------

ada solat jenazah masa kitaorg solat zohor.terkedek-kedek kitaorang berlari sambung saf sorang makcik ni bila imam mula takbir.

"Sesiapa yang mengiringi jenazah kerana iman dan ikhlas, turut solat jenazah bersama-sama dan menyelenggarakan pengkebumiannya sehingga selesai, maka orang itu pulang membawa pahala dua qirat; satu qirat kira-kira sebesar Bukit Uhud. Dan sesiapa yang ikut solat jenazah sahaja kemudia dia pulang sebelum dimakamkan maka orang itu pulang membawa pahala satu qirat." (HR Bukhari).





itu bukit Uhud.

Monday, July 20, 2009

Minda Separa Sedar

bila terlalu banyak berfikir

pergi shopping dengan alang dan mak. Kata mak, alang bayar. Aku pun hehe.
Sibuk ambil2 barang, biskut, kacang, mulut aku bercakap pada alang dan mak

'eh beli buah nak?teringin nak beli buah la'
'tun, ambik kan biskut rokok' tak peduli langsung apa aku cakap
'tun pun dah lamaa tak merokok'

ya Allah. aku nak cakap. dah lama tak makan buah. kene sampuk ngan alang. ha kau! macam aku tengah merayu mintak dibelikan rokok pulak. aduh mak. Entah apa la orang belakang aku pikir.

--------------------------------------------------------------------

Aku baru berapa hari je kat situ. Baru aku sedar, aku agak pasif orangnya. Bukan, kritikal pasif. Mujur je ada kenalan, jadi hari aku berlalu lancar sedikit. Dah 5 hari di situ, kebiasaan aku setiba di ofis. Aku terus ke tempat duduk selesa aku. Hujung di satu sudut ofis, dekat dengan pantry, dekat dengan pintu toilet. Bosan bosan, aku isi masa mengira orang masuk toilet.

Agaknya simpati dengan aku yang tak campur orang sangat, kenalan aku ajak aku ke depan. Semeja dengan dia. Kalau tak ikut cakap dia, dia bising jugak suruh ke depan. Tengah aku angkut barang aku ke meja depan, dia ke pantry dengan kawan2 dia bersama seorang staf perempuan. Selesai letak barang, 'hm kerusi tak cukup'. Aku pun ke pantry untuk ambil kerusi. Pagi tu aku agak seperti bingung2 sikit, perlahan aku menapak ke pantry.

Palp!Palp! Bunyi kasut aku. Aku tak suka bunyi tu. Agaknya bunyi kasut aku agak menarik. Masuk pantry, semua mata tengok aku. 'makan?' tanya mereka, serentak aku menggeleng. Sepi. Melihatkan aku sepi , kakak india tu tanya

'cari apa?'
Sepi.
'cari kasut.' serentak dahi semua orang berkerut sambil tengok kaki aku.

'kahkahkah' berdekah semua.
Sebelum aku ke pantry aku lalu bilik surau ofis tu. Aku tengok selipar surau tak tersusun. Runsing aku kenapa selipar tu tak kemas.


----------------------------------------------------------------------

pergi UTP

Aku tolong boss angkut barang. Dia nak mula semester baru. Kami pergi berasingan, dia dengan motor hitam menawan dia, aku dan mak aku naik kereta. Aku dan mak bertolak dulu, aku tanya pada mak kenapa kita pegi dulu? Kata mak, kita nanti lambat.(aku tahu, maksud sebenar beliau 'kamu tu drive terkial-kial').

Lama memandu aku rasa letih mata, tak jauh pun. Dah ala-ala aku rasa macam dekat dengan UTP, mata aku dah meliar cari signboard. Dulu aku tak pernah aware dengan jalan segala bagai ni, jarang pun aku ke sana. Aku tanya mak aku yang selalu ulang alik jenguk boss ni pun, dah was-was UTP kat mana.

Tak lama tu aku nampak signboard Universiti Teknologi Petronas <---. Aku pun tekan pedal minyak, anjakkan speed. Di sebelah aku ada satu motor dipandu perlahan dengan 2 lelaki muda di atasnya, baya boss aku kira. Dengan yakin malaysia bolehnya aku potong diaorang nak masuk simpang tu, tetiba aku rasa macam kenal je bangunan tu. Ya ampun.
Stesen minyak petronas. Hahaha.

Perlahan-lahan aku pusing stereng, straightkan balik tayar kereta. Sambil aku intai-intai cermin pandang belakang. Aku tengok, dah tak nampak dah muka 2 lelaki tadi. Alamak malunya aku! Yang aku nampak, helmet diaorang dah tertunduk-tunduk. Malunya!
Depa tengah gelak tak berenti.

Itu belok nak masuk stesen minyak petronas. cis!
Dulu-dulu(2 tahun dulu) aku datang situ stesen tu tak bukak lagi rasanya.

------------------------------------------------------------------

tak kenal maka,
tak kenal la. apa la

sebelum bukak mulut nak bercakap dengan orang, biasanya aku perhatikan dulu. Siapa yang boleh aku approach selamba, siapa yang aku kena hati-hati bila bercakap. Bila dah kenal dengan kawan2 kenalan aku, tak boleh berhenti gelak depa. Takde niat aku nak kenakan depa. Sapa suruh depa bercakap dengan aku, nak pulak aku jumpa sorang anak sedara aku(aku baru tahu kitaorg ada pertalian) yang lebih kurang aku jugak. Kata dia,

'agaknya memang kalau sedarah sama perangai ye yok?'
'apasal?'
'skru tak center'
'tak lah'
'apsal beb?'
'kau je beb'

Bila bergurau depa percaya, bila cakap betul depa ingat aku tengah bergurau.

Moral?
Berhenti lah mengarut, orang susah nak percaya kamu.

Saturday, July 18, 2009

ayat-ayat cinta


aku ingat lagi, aku dengar lagu ayat-ayat cinta masa aku dalam salah satu outlet di bandung. Bergema suara rossa dalam bangunan sebesar rumah banglo.

Kata pak Alex, 'hujung minggu, biasanya oRang JakaRta akan ke Bandung untuk beRlibuR.'

sesak bandung, orang bandung smart. cantik. Diaorang ni jaga pemakanan. Dalam sesak tu, setiap kali pak Alex berhenti dan kitaorang keluar dari kereta, zap! Tiba-tiba kau macam Patrick kejap. Blur weh tiba2 semua dok tayang barang depan mata ko.bukan satu dua, banyak sangat sampai kawan akak aku pakai sunglasses untuk buat-buat tak nampak. Haha.

Pantang nampak pelancong habis kau kena kerumun.'mu kecek indon g sana, mu dop kena kerumun.' Tapi gigih la diaorang ni menjual. Bagus lah kan, nak cari rezeki. Tapi sedih bila aku tengok situasi sana. Kat sana kau boleh tengok rumah agam besar mcm shopping complex, sebelah dia pulak ada rumah kayu besar kotak mancis.

Nak sekolah pun, ada budak-budak yang tak dapat sekolah. Kat Malaysia ni, berlambak budak ponteng sekolah. Agaknya kena buat exchange student ar. Tangkap yang ponteng ni, hantar ke sana. Tengok depa nak ponteng lagi ke tak. Tetiba depa suka duduk situ? satu hal pulak.

Tengok TV, berita diaorang. Cerita pasal family susah duduk kat hujung kawasan, daif tak cukup duit untuk beli makanan. Sampai anak dia tak cukup zat. Kata pak Alex, 'harga barangan sudah naik'. Kita kat sini, tak bersyukur langsung. Kadang-kadang sebab air tangan tukang masak tak menepati cita rasa. pap. pinggan di tolak sikit. kenapa? 'tak sedap.'



Dulu aku biasa habis sebab aku seorang yang kuat makan.(sengih). Kalau tak habis pun, nanti mak aku habiskan(ni zaman kecik-kecik ar) tapi makin lama aku rasa selera makin kecik, kalau aku tak habis aku buat sesuatu. Nanti kawan-kawan aku gelak. Aku buat apa?
'mintak maaf ya nasi. aku betul2 tak mampu nak habiskan ko. mintak maaf sangat' berbisik beria-ria pada nasi.

sekarang kawan2 aku pun bercakap dengan nasi. Nampak macam tak waras. Tapi karang dia nangis, macam mana kau nak timang2 dia?

Bila tengok orang sana susah nak cari rezeki, buat aku syukur dengan apa yang aku ada.
Wahai orang malaya, apa kau tahu kau sangat beruntung ditakdirkan hidup di sini? Kalau tak tahu, ni aku bagitahu.

Setiap kali dengar lagu ayat-ayat cinta, rasa sayu je ingatkan sana.

---------------------------------------------------------------------------

aku baca novel ayat-ayat cinta.
aku ingat ayat-ayat cinta merujuk kepada ayat Al-Quran.
Bukan ke?

Wednesday, July 15, 2009

fes buk

aku dan adik beradik

id password yahoo kami adik beradik dah bukan rahsia. tapi angah bijak sikit. dia tukar2. tapi bukan dia je. aku pun. tapi takpe. kejap lagi bocor la tu bila beradik lain mintak.

boss: nak facebook skali password.(tengok tu. selamba je kan. mcm mintak apa je.)

aku: tun tak ramai kawan weh. malah sombong lagi

(aku tak segigih kawan aku. demi mahu skodeng dia add orang selamba dia je, senior tak kenal pun, peduli hape dia. Aku penyegan, sanggup aku menempel setia sebelah kawan aku yang dah add pelbagai manusia best untuk diskodeng. by the way, aku tahu boss nak guna fb aku utk tujuan yang sama. mintak maaf la, fb tun tak secantik yellow pages)

boss: tak tak. nak skodeng kawan orang

aku: li***$@$#@%#$% password #$%@# .(kau fikir aku nak tulis kat sini? entah apa2 karang korang letak kat fb aku.)

*sampai sudah aku tak update fb, bukan nya best pun. runsing lagi ada.

Tuesday, July 14, 2009

cakap siang pandang2

SUDAH GAHARU CENDANA PULA, SUDAH TAHU BERTANYA PULA

melihatkan avatar kawan aku dengan seorang lelaki berkulit hitam.

weh sapa tu weh pakwe ko ke?
Z: eh heheh
eiii
Z: jgn tny
dah ada pakwe aaa.bape kali dah ada ni, tensen aku tengok
Z: ko ni kan
tak le bla ar ko,ce ajar sikit ilmu kat aku
Z: woi ape ko ni ceh
eleh tak ngaku lak
Z: cari sendiri laaaa(tak la plak aku desperate nak teman kan? coi la kawan aku)
Z: emm ni pakwe aku parents aku dah tau tp susah sket huhu
dah sampai rumah ke mamat ni, apasal? sebb lain jiwa kebangsaan ek?(macam afrika aku kira)sbb tu mak ko macam dgn patriotik nya cam teragak2
Z: hehehehehe

KALAU KAU BULAN AKULAH BINTANG NYA!

Z: name dier prince faraday
abis, kau princess satarday la?
Z: woit ko ni kan

AKU TAK BOLEH BAYANG ORG PROPOSE MCM DALAM DRAMA

wait wait soalan glamour sapa propose sapa?
Z: dier propose aku laaaa tp dier mmg baik sgt
eiii aku tak pernah kene propose. jeles gila(jgn2.aku bergurau dgn kawan aku je.jgn propose aku)
Z: dier lak yg suh aku jgn tgl semayang
haha
Z: suh aku pakai tudung
dia nampak ko dah ke arah kesesatan dia pesan awal2
Z: panas tuuuu( aku tak perasan lagi ni, apa yang terjadi. aduhai.)
'eh eh bini aku cam nak sesat' cepat2 tarik haha
Z: nasib bek ko jauh
ops(baru aku teringat. ya ampun)
Z: kalo tak dah lame aku pangggg
haha aku lupa kau free hair la

sorryy tak sengaja hehe ;P

tapi dia dah bertudung sekarang XOXO.


Sunday, July 12, 2009

Ingat tuhan

Khamis
1st-masa aku hilang phone
2nd- aku & yani temu driver tu selepas 2 jam hilang phone

Jumaat
Lama aku tunggu dengan adi di stesen U. tak ada. Wallahualam.
Dia tak datang kerja sebab aku ke?

Sabtu
3rd- aku jumpa dia lama. berkat sabar adi & punitha. kitaorg dapat tahan teksi tu. lepas beberapa kali terlepas sebab dia ada customer lain.tersengih dia tengok aku.aku pun tak tahu nak cakap apa. kata aku, 'kalau jumpa abang bagitau ya'. jawab dia 'handphone kan, susah la sikit. kalau jumpa pun lambat la kot'. Aku mula ragu2, apa aku dah salah syak orang ke. Aku pun ni, hati lembut(macam mulia sangat la pulak), tak maksud aku, aku mudah kesian orang.Ikutkan aku yang kesian tak kena tempat, aku tak buat report langsung. Alhamdulillah jugak ada yani& adi dah macam kakak2 aku. Kata adi, 'aku rasa dia' dengan nada tegas bila aku kata takut tersalah orang. Tapi mungkin ya.

sebab

Aku baru terfikir. Dia tak tanya pun. Handphone aku model apa.
Kamu doakan lah dia lembut hati ya.
Tak kisah lah macam mana pun, cerita dia jumpa handphone tu.

Aku mengaku, salah aku lagi dari mula. Aku langkah masuk taxi, aku tak ingat tuhan. Selalu kalau aku naik, aku berzikir tapi tak untuk hari tu. Kenapa? Aku pun tak pasti. Mungkin sudah yakin selamat dengan adanya lagi 3 orang budak satu U yang aku tak kenal di belakang.

“Maka apabila kamu Telah menyelesaikan shalat(mu), ingatlah Allah di waktu berdiri, di waktu duduk dan di waktu baring. Kemudian apabila kamu telah merasa aman, Maka Dirikanlah shalat itu (sebagaimana biasa*). Sesungguhnya shalat itu adalah fardhu yang ditentukan waktunya atas orang-orang yang beriman” (An Nisaa:103)

Kebiasaan aku, tengok driver, no plat sebelum jejak masuk.Hari tu aku masuk je, bila ada budak satu U ajak aku. Aku nampak phone tu, sebelah kaki aku. Tapi aku tengok je, aku pun tak tahu la. Tu lah tak ingat tuhan, tuhan pun tak lindung aku dari apa2 benda. Elok keluar pintu teksi, macam baru tersedar dari mimpi, pap! terus terfikir kan phone aku. Terlambat, dia sudah speed lebih pantas. 2nd time jumpa, aku tak terfikir nak mintak nombor dia lepas tinggalkan satu nombor phone kat dia untuk dihubungi kalau2 phone tu dijumpai. Yani yang banyak idea tu pun tak terfikir. kenapa ya? Wallahualam.
Kali ke-3 aku cari dia, aku bimbit al-Quran.

Maka
Jangan lupa Allah SWT.

Walau sesaat.

Wednesday, July 08, 2009

A step further

dari luaran, tak banyak perubahan yang boleh dikesan. Bukan yang melihat je, aku pun rasa macam tu. Waktu dulu, dah buat aku jadi seorang observant. Waktu ini, buat aku hati-hati.

Ada apa dengan TV?
Aku perasan, aku sudah jadi pemalu di depan tv. macam poyos tapi nak buat macam mana? kalau dah semua dalam tv tuh bukan setakat lelaki je kena pejam mata, perempuan pun kena tunduk2 buat2 alih mata. Nak tengok cerita melayu pun, pakai seluar pendek atas lutut. I pun dosa tau tengok. *Makin menjadi2 pulak, aku ingat Jakim pernah kata baju tak ada lengan dah dikira tidak sopan. Tak ingat suratkhabar tahun berapa. Ini mcm pakai tape kat badan je yang perempuangnya, seluar pulak dah aku pun tak boleh beza seluar luar ke? seluar tut crocodile.

At Pudu with Sudais.
Ada 40 lagu semuanya dalam phone aku.Antaranya:-
-love song(faveret ni. kalau orang call, sampai lupa nak angkat sbb sibuk menggeleng2)
-love story
-circus
-womanizer
-i'll be there
-kiss me
-hot & cold
-lucky
-im yours
-the show

Hari ke-4 aku balik malaya.
*Delete?* *Yes*
*Delete?* *Yes*
*Delete?* *Yes*
*Delete?* *Yes*
aku delete la 39 kali w0! aku tak tahu la mana nak cari options nak delete semua sekali gus.kenapa 39 kali je? sebab yang ke-40 tu surah sejadah.kosong music aku, aku refill dengan sudais punya koleksi. Tak banyak la tapi. Masih mencari lagi. Hari tu aku pergi Batu Pahat. Bas dari Kl ke Batu Pahat pukul 11 am. Aku kat pudu pukul 9 50 am. Tanya kakde, ko buat apa sambil tunggu bas tu?

'buat apa? duduk je la kat pudu tu. dengar ni' sambil tunjuk screen phone aku
'ho bagus bagus'

tau kenapa aku delete?
Kalau iya pun nak tambah surah mp3 tak perlu la delete music lain sampai 39 kali kan.
Ye la bila kau tak ada pilihan memang kau akan dengar yang itu, itu yang pasti.

'tapi kakde, orang ada jugak dengar ni' aku add jugak lagu ayat-ayat cinta rossa tu. hehe.
'o cepat2 mengaku' terasa berdosa bila dia fikir aku dengan sudais je kat pudu tu, lupa nak cakap rossa pun ada. hehe.
*lagu ayat2 cinta mengingatkan aku pada sesuatu yang buat aku insaf dan syukur.

Buku waktu senggang.
Aku ni tak lah rajin beli buku. Lagi aku tak suka orang tafsir aku dari jenis buku yang aku baca maka selalu kat pudu aku tak beli benda2 tu. Internet ada kan? google je apa kau nak tahu. Hari tu balik dari Batu Pahat kakde belanja, dia suruh ambik je apa yang ada. Berat hati nak ambik antara yang ada tu. Intren, r3maja, p3ngantin aku tak kisah bahan apa pun sebab orang lain nak bayar kan, tapi takpelah kan. Segan pulak nak ambik. MastIka pulak, macam kejam2 bahan ceritanya aku pulak tak sanggup nak baca. Aku pun ambiklah bicara, sebab apa? sebab ada tulis sepotong ayat berkait agama.'Wah sampai mcm tu skali' kata aku nada dramatic pada aku.

aku balik kampung, boss baca, bapak aku pun baca la! dulu tak penah pulak nampak dia pegang mastIka. hoho.

Monday, July 06, 2009

Rumah Allah (selamat jalan)


Dulu awal-awal aku pernah kata, ada 3 kumpulan yang buat umrah. Dan ustad aku kepalanya. Group kitaorg, terakhir yang bertolak keluar dari mekah.bila satu2 group balik, sayu pulak.

Sepi hotel.

Rooftop pun sunyi rasanya. Tak ada dah kain-kain tersidai.
Yang ada baju2 family aku. Lift pun kosong. Jumpa muka angah Firah je dalam lif(dah pegi semayang pun skali).

Umrah ke- ?
Aku pimpin opah chik lagi kali ni. Kata aku, 'Opah chik! Cam telekung ni! ' aku pesan supaya kalau2 dia terpisah, dia boleh cam aku dari belakang. Saranan aku dibalas dengan anggukan. Sebab waktu tu aku tak boleh nak pegang dia, padat manusia yang ada.

Elok je aku dan opah chik pasang niat. Aku pun mulakan.Erk!(Telekung aku tertarik sikit ke belakang.')Oh opah chik pegang ekor telekung aku' tak terfikir pulak aku macam tu, Opah chik salah dengar sebenarnya aku cuma pesan ikut belakang aku dan cam telekung, tapi bijak la dia pegang telekung aku. Setiap pergerakan aku ditiru opah chik.

Tawaf ke-3
Kejap tengok lantai, kejap tengok kaabah,lantai, kaabah,lantai,kaabah dann

PAP! Bahu kiri aku digenggam erat. 'Hush kus semangat!' kuatnya opah chik pegang. Opah chik memang kuat orangnya walaupun tua. Tak berapa lama lepas tu, aku rasa ada orang jalan rapat-rapat sebelah kanan aku. Aku intai sikit. 'Eh!opah chik?! Eh eh opah chik sebelah akula! Sape yang kat belakang nih?' macam cerita hantu le pulak. Jumpa nenek kat dapur nanti pergi depan jumpa nenek lagi. Eh eh ada dua nenek laa. Tak tak ini bukan keliwon, ju-on ke seven days ke.

Aku biarkan dulu. Sambil aku tawaf aku cuba-cuba tengok. Perlahan je orang yang genggam bahu aku ni jalan. Aku pun terpaksa ubah rentak. Dia bukan mak arab, tapi opah arab. Walaupun dia tak cakap apa-apa tapi faham sendiri je lah, dia cuma perlukan tongkat barangkali. Tak pelah kata aku, buat pahala lebih kan. Lagi pulak, simpati pulak rasa sebab takde orang yang tolong dia. Lagi pulak takkan la aku nak tepis. Jadi kau yang muda, kalau yang tua minta tolong jangan lah fikir 2 kali.

Beberapa kali bahu terasa ringan bila opah arab tu berhenti berjalan, mengelap peluh. Letih jalan berdengkut. Setiap kali bahu terasa ringan aku perlahankan langkah, opah chik laju beria-ria le pulak, haha. Agaknya opah arab tu terkejut tengok aku tunggu dia, dia pun sapa aku nak bagitahu dia nak tumpang bahu aku. Dan macam biasa lah, kat sana bahasa ayam itik popular.
Aku pun angguk2 itik.

Dalam 3 tawaf opah arab tu ikut aku dan opah chik. Dia selesai lebih awal. Selesai 7 pusingan baru aku perasan,'eh eh aku bawak 2 orang tua ar.'(Sengih)


Kalau ikhlas, 10 orang tua pun ringan dengan izin-Nya.




Hari terakhir di Mekah.

Besarnya nikmat ikhlas tu sendiri.
Kalau kamu ikhlas dalam apa sahaja yang kamu buat, berat berjuta tan rasa ringan macam kapas je. Waktu awal2 aku pimpin orang tua, aku rasa berat tapi alhamdulillah umrah yang seterusnya taklah seberat umrah pertama aku memimpin mak cik aku.

Sebelum tawaf wida, kitaorang yang sudah macam orang tua melayan kerenah makcik makcik aku yang macam budak-budak kecik. Banyak soalan diaorg perlu dijawab dan terangkan. Haha. Macam rombongan sekolah pulak. Aku maklumkan, mereka ni pelupa. Solat zohor kami di masjidil haram. Tengah hari itu, kami tawaf wida.

'Ate pukul berapa nak pegi pasang niatnya' susah hati makcik aku, tengok aku tak siap lagi.
'Hah?' bingung sungguh aku, aku tak tahu pulak diaorg nak buat satu umrah sebelum wida.
'Katanya karang nak tawaf dulu sebelum balik, bilanya nak naik bas nya?' oh fahamlah aku
'Tak opah chik! Yng ini takde nak pasang2 niat! Umrah je pegi! Kalau umrah bla!bla!' fahamlah aku, Opah chik bukan ingat sangat. Habis semua cerita umrah, tawaf sunat, tawaf wida aku bukak balik. Selesai aku terang, 'oh' kata opah chik. Ada nada lega di situ lalu dia pun landing ke katil dia mentara tunggu semua orang siap. Tiba-tiba terdengar orang jerit

'Opah chik! jangan tidor! Nanti batal air sembahyang!' pekik angah, haha. Selalu dia siap awal tapi end up dia last skali. Sebab wudhuk dia batal.


Tawaf Wida
Matahari atas kepala, terik betul. Tempat tawaf tak terasa panas, mungkin sebab lantainya tak sempat terkena matahari pun bila manusia padat sedang tawaf. Masa nak buat solat sunat tawaf 'woho!' lecur tapak kaki pun mau! Tapi fikirkan buat masa ni, mungkin ini peluang terakhir aku. Siapa tahu? Esok hari aku.

Tahankan je la. Aku fikir sampai situ je, aku terlupa tentang sujud. Haha, focus dah lari 'khusyuk.khusyuk'. Bayangkan perasaan aku di saat sebelum dahi mencium lantai. Haha. Berpeluh dahi, belum pun lagi cecah lantai. Dah terasa panas melecur di dahi.
Aduhai.

Alhamdulillah, tengokkan ada jemaah lain yang nangis teresak-esak menguatkan semangat aku teruskan solat. Terlalu banyak yang aku mohon, sampai terlupa bahang tengah hari itu.



'Dah keluar, jangan toleh '
Sayu berjalan perlahan sorang diri keluar dari kawasan tawaf,
keluar dari masjid sambil melepasi tempat aku selalu solat,
dan keluar dari bukit Marwah melalui tempat aku dan keluarga selalu berkumpul bila selesai umrah.


Aku harap itu bukan kali terakhir aku tengok kaabah. InsyaAllah.


*Gamba dari atas ke bawah
Campuran gamba ziarah ke ladang unta, dan muzium.
gamba terakhir, di makam pemisah pakistan dan india(karachi).

Saturday, July 04, 2009

Ziarah Mekah



Ziarah bas kedua
'Ha! Nanti kamu masuk bas hitam ya.' kata ustad Wan tatkala bertembung di tangga lobi hotel.
Aku lambat turun ke lobi sebab aku berhenti di level M untuk minum air. Ape tuh M? Level M adalah level Makan. Ha gelak la kamu yang tahu bahasa arab. Nasib tak diperli ustad sebab lambat, kalau tak malu i dengan ustad bas kedua yang selamba yang turut ada bersama2 ustad wan. Pada waktu itu aku kira ustad itu sudah kenal belaka dengan family aku. Dia tengok sekilas. 'Ah! tercalar sudah rekod aku di awal pagi begitu. Kenapa mesti aku?' (Kenapa tak firah? kenapa tak angah? Aku minum air je.)




Ziarah kami hari itu ke Bukit Tsur> Padang Arafah > Jabal Ramah.
Tinggi bukitnya, berbatu-batu. Kalau tergelincir tergolek2, nasib. Gua Tsur, tempat nabi bersembunyi bersama Abu Bakar. Kalau nak daki ambil masa dalam sejam lebih. Guanya betul2 terletak di puncak, kau ingat lagi sejarah?( padahal ustad sebut balik). Melihatkan pada keadaan bukit tuh dah lah tinggi berbatu-batu kagum tak pada Asma Bt Abu Bakar yang hantar makanan pada nabi dan ayahnya, dalam keadaan dia sedang mengandung. 'Huih!' Terjerit kecil pakcik dalam bas aku menunjukkan betapa kagumnya dia. Aku pun.

Kalau dilihat pada gamba pertama. Tengah2 tu Bukit Tsur, puncak nya tajam menirus. Gua Tsur betul2 kat puncak bukit.

Padang Arafah-Jabal Rahmah
Aku berfantasi(berdoa), moga 'dia' akan bertemu jodohnya di sini. Sesak sangat kot , jodoh tak sempat nak bersapa la. (;p). InsyaAllah ada la tu.

Kata ustad bas kedua yang selamba, pada ahli bas sebelum sampai di jabal rahmah 'kata orang nak doa cari jodoh, di sini makbul doanya insyaAllah. Wallahualam. Sape yang tak da tu, boleh lah naik sampai atas. Sape yang dah ada tu. Naik separuh bukit cukup le. Karang marah pulak orang rumah(sengih)' entah dituju pada jemaah atau pada dirinya sendiri. Ops. Gurau je ustad.

Melihatkan betapa semangatnya pakcik aku yang sorang ni nak turun bas, spontan boss 'cukup2 la tu andak ' hahaha mesti pakcik aku rasa macam, cis cis. Pakcik aku ahli tabligh, boss hanya bergurau semata harap maklum. Kitaorg daki dari bahagian bukit yang tak ada tangga. Mendakilah kami bukit berbatu-batu tu. Silap landing tapak kaki, kecut jantung u. Penuh atas tu dengan manusia. Berdentang jatuh camera debab yang terselempang di badan ke lantai untuk yang ke entah berapa kali tatkala kepala menunduk meletakkan diri serendah-rendahnya. Harta dunia, apalah sangat. Sujud syukur terlaksana.

”Posisi paling dekat seorang hamba dengan Tuhannya adalah ketika ia sujud, maka perbanyaklah sujud dan berdoa.” (HR: Muslim)

”Setiap hamba yang sujud kepada Allah pasti akan diangkat oleh-Nya satu derajat dan diampuni satu dosanya,” (HR: Ahmad, Tirmidzi, Nasai dan Ibnu Majah)



Kebanyakan ahli jemaah yang berumur tak naik sampai ke puncak, sebab diaorang tak nak kecilkan hati orang rumah. Dush!hehe ;P. Taklah, diaorang tak mampu nak panjat. Majoriti ahli jemaah rombongan kami adalah orang-orang tua.

Teringat perbualan pendek antara aku dan firah sewaktu dalam perjalanan kami berdua dari masjidil haram ke hotel. Dulu pernah sekali kakak aku hampir dijodohkan dengan seorang ustaz membuatkan aku pernah pasang angan2 pada waktu tu, ketika aku belum pun muda belia.

'Dulu, pernah jugak terlintas nak kahwin dengan ustaz ' Firah terpana
'Erk..kehkehkeh' gelak Firah. Nampak seperti gelak keji, hehe ya agak keji. Aku dah jangka dah.
'Tapi terima je siapa pun jodoh' Firah yang menuntut di sekolah agama berasrama penuh membalas,
'Tapi kan. Selalunya kan. Selalunya la, kalau isteri ustaz. Mesti CANTIK CANTIK' ruang kaki lima kedai yang dipenuhi manusia terasa sunyi tiba-tiba.
Serentak kami berpandangan
("-_-)------(-_-")
'Hahaha' kami gelak serentak.
'Ya la orang sedar la diri ni sapa.'
'Hahaha' kami gelak lagi.
'Hahaha' gelak lagi. Terhenti bila terasa sedar diri semula.
'Ok la tu apa, at least pandai nak cita2 tinggi kan?' aku angkat kening pada firah yang dah tergeleng2 macam dia pulak kakak. Dia pun lebih kurang aku je.
'Hahaha' kami gelak lagi. Gelakkan telatah kami sendiri.
Ya bini2 ustad yang aku kenal semua cantik!
Aku pun tak nak patahkan teori firah, biarlah semua isteri2 ustaz cantik2.

Tempat-tempat lain sekadar lalu sahaja memandangkan masa tak cukup. Sambil ustad selamba beri penerangan, jemaah diperlihatkan kawasan jemaah haji duduk bermalam etc. Wah kalau nak tahu, sekarang tempat melontar dah jadi 4 tingkat. Oh tak mampu nak tunjuk, tak sempat nak snap sebab terpana dengan kata ustad selamba sewaktu bercerita tentang hari 11,12,13 Zulhijjah.

Ustad selamba: 'Bla bla adalah hari melontar. ada namanya. hari apa ke. (seperti sedang usaha mengingat sesuatu ). Hari apa ke, hm saya pun dah lupa'

*Ustad pun manusia biasa kan, tapi untuk pertama kali, aku terdengar situasi seperti ini cukup untuk buat aku terpana. Ustad terlupa? Terpana sehingga tak sempat nak snap kawasan melontar 4 tingkat. Minta maaf la korang.
'Hari Tasyrik!' sahut pakcik yang aku kira lebih tua dari ustad dari belakang. Ustad taklah muda tapi taklah tua sangat.

Selesai ziarah, kami pergi pasang niat di miqat.
Sebelum naik bas menuju ke mekah semula. Ada perbualan kami adik beradik di bawah terik matahari. Orang rabun silau macam aku, memang dah kelabu dah mata. Aku tak nampak apa dah. Jalan tengok bayang sendiri je. Aku dengar sahaja Firah dan angah berborak, tak mampu nak join borak bila mata dah tak nampak apa-apa

'Weh weh tangkap gamba kat situ' menuju ke bas yang dekat dengan signboard makkah
'Taknak la , karang ustad nampak. segan la' sudah hampir dengan bas
'Alah bukannya ustad ada pun. Erkk!' terkesima tatkala angah terperasan ustad hanya selangkah di depan dia. Aku ingatkan semula, kami adik beradik bersembang kuat.

Ustad selamba: 'Apa tengok-tengok?' tanya dia mendatar ada nada gurau di hujung, pelik melihatkan kami bertiga tak berhenti merenung dia yang sedang menggilap spec hitam nya di tepi bas seorang diri dalam kain ihram.

Haha. Aku pula tengah betulkan balik view mata aku dengan merenung lama objek yang angah terkesimakan, supaya aku dapat lihat apa yang angah lihat. Bila dah dapat view aku balik. aku tengok ustad selamba tengah tengok aku. Angah firah dah angkat kaki dulu pegi signboard mekah, terkesima sangat la tuh. Cit. Tapi aku kira, ustad tak dengar apa yang angah cakap. Haha. Aku kan cool, aku pun keluarkan camera debab dan snap.


Rasanya lain reaksi kami
Kalau ustad wan kat situ, aku rasa kitaorg dah naik bas dah. Bukan takut, lebih kepada segan.
Ustad wan sudah kenal kami lama.
Sejak umrah pertama.

Trip pertama yang merisaukan dia,
sebab adanya kami 7 kanak-kanak riang yang mungkin memberatkan dia di mekah.
Tapi alhamdulillah, dalam riang ria kami, mak dah pimpin kami pada track yang betul dan dengan izin-Nya boleh lakukan sendiri.



Teringin nak tahu, apa rasanya ustad tu bawak kitaorang dulu?


Gamba dari atas ke bawah
1.-3. Bukit Tsur
4.-7. Jabal Rahmah
8. Ja'ronah
9. 7 riang ria(hotel mekah)




Wednesday, July 01, 2009

Battery low.


Optimum Charging
Blog title ditulis recharged. Kat status ym asyik tulis charging. Sikit2 charging.
lupa aku nak bagitahu.
Masa awal2 sebelum pergi umrah. Ustad wan ada cakap. Bunyi2 macam ni
'Elok la pegi kan. Kita recharge. Kurang2 3 tahun sekali ke '.
Manusia ni kan mudah lupa. Sekejap je insaf, disogok dengan keduniaan leka la nanti.



Duduk di mekah, sini tak berapa panas. Kira keadaan semakin cool~. Pagi2 masih ada sejuknya walaupun siang nanti akan panas membahang. Patut lah pun diaorang pakai purdah. Bila pakai selapis kain kat muka, tak lah terasa bahangnya. Itu la sebabnya kitaorang pakai benda tu, bukan atas cubaan untuk menjadi cun seperti Aisyah ayat-ayat cinta. Bukan idea kami membeli benda alah tu, boss yang beria suruh beli. Tapi purdah tu sebenarnya (kata seorang indonesian yang ditemuramah angah) perlu dipakai, kalau tak pakai haram orang sini kata. Haram untuk orang arab aku rasa (sengih) sebab depa memang jelita2. Tapi takpa aku masih bersyukur dengan rupa boss version perempuan ni(bak kata kawan boss la 'eh eh macam muka zul'). Tapi tak boleh tahan rasanya bila

'Ibu ibu masuk masuk. Malazi?masyaAllah. cantik!' aku sengih je lepas tu jalan. Pikat la kata cun melecun macam Cleopatra pun(aku tahu tak de cleopatra bermata sepet, aku tahu la). Fulus bukan pada I lah bang. Buat letih je bodek. Pegi la puji ayah I cun.


Kitaorang tak berapa nak shopping. Tak de hati pun lagi pulak segan jugak, buatnya terserempak ngan ustad kat kedai gano tuh?
'Dah le selalu lambat, bergamba bukan main sakan, shopping lagi? bila nya ibadat anak2 oi!'(itu skrip ciptaan je hehe. Ustad baik orangnya). Tak lah, kitaorg fokus untuk settle umrah dulu.
Tujuh umrah pahalanya sama dengan seperti kamu mengerjakan satu ibadat haji.

Sunat tak Wajib
Dalam 10 hari di mekah. Hampir setiap pagi pukul 6, kitaorg pergi miqat. Agak tergesa-gesa, sebab jarak masa singkat. Semua dah kumpul kat lobi, aku yang baru keluar dari lif tengok angah dengan Firah bersama our makcik2 macam tengah kalut bercakap pasal benda penting.

'Apasal?'
'Mak cho. Dia lupa niat mandi sunat ihram subuh tadi'
'Hah. Dah tu?'
'Dia nak naik atas balik nak mandi sunat ihram'
'Kehkehkeh' kau patut tengok muka mak cho pucat sebab susah hati nak jugak naik atas mandi. Haha. Boleh je kitaorg bagi dia naik. Tapi alamatnya kena tinggal laa.

Bangunan tinggi

'Manusia berlumba-lumba membina bangunan tinggi'. Salah satu info yang aku google masa buat study before pergi. Tahu info saja tak terasa sangat, tapi bila aku tengok sendiri. Agak menggangu bangunan2 yang ada di sekeliling masjidil haram. Kalau dulu, tawaf sambil tengok langit rasa kerdil macam hanya kau dan kaabah di situ. Tapi kali ni, aku elak tengok tempat lain selain kaabah, susah untuk khusyuk. Sekali terpandang ke atas fokus entah ke mana, kau depan kaabah tapi masih boleh terfikir kan hal dunia(bangunan2 tinggi). Kurang sesuatu di situ. 'Siapa punya idea lah bina benda alah tu dekat2 dengan masjidil haram? Menganggu tau.'

Kalau dulu nak snap gamba kaabah pun susah. Setiap pintu ada petugas, pantang camera dibenarkan dibawa masuk. Hotel2 dulu pun. Ada berapa ketul je yang boleh nampak kaabah. Akan datang, boleh la booking bangunan tinggi yang berlambak tu. Semua boleh nampak. kot?
Petugas2 pun dah tak ada.
Macam.
Keistimewaan tu macam dah pudar.

Wallahualam.

Hikmah
Dalam 3 atau 4 umrah kitaorg pimpin makcik2 kami. Sepanjang tu, kitaorang tukar2 pasangan. Bila dah lama, baru aku terfikir. Agaknya inilah salah satu sebab kitaorang ke sini. Dulu aku ada pernah sebut dalam rancangan asal sebenarnya nama aku firah angah boss ayah tak tersenarai dalam rancangan mak dan keluarga ke sini. Ada hikmahnya bila plan berubah.

Ayah orang yang banyak navigate family. Ayah yang aturkan family mak. Kan aku dah kata ayah superhero. Ayah won't be there without boss. Boss tangan kanan ayah. Aku Firah angah tolong mak aku, jaga makcik2 kami. Hm. Aku tak boleh bayang kalau kitaorang tak ada macam mana lah mak aku nak handle semua ni. Tapi tak perlu bayangkan kot sebab Allah dah tolong. Kan.
Allah hu akbar.

Allah kan Maha Bijaksana?