Tengah feeling-feeling ingat zaman haji 2011 walau skang dah 2014. Mentara ada umur berazam nak coretkan sampai abis. Tapi takde mood. Eh?! Ya Allah dah 2015! 2016? Fuh

Tuesday, March 24, 2009

bila terlalu banyak monolog


dulu setiap kali emak aku ambik report card. beliau akan pastikan aku duduk di sebelah beliau mendengar komen-komen cikgu. agak menakutkan setiap kali terjadi. yang pasti ada satu komen yang diwarisi dari cikgu ke cikgu.


'dia ni selalu dreaming la kak.'
bila terlalu banyak monolog.

jogging dengan adi
berlari-lari anak di laluan pejalan kaki. mendaki bukit. fiuh. sepi. sekali fiuuunggg!!memecah suasana sepi tadi. terkejut dek bunyi dan baunya,

'apa ikan nii!busuk betul bau perfume diaa!!'

sebenarnya aku nak cakap. apa kereta ni!busuk betul bau petrol dia!

menelaah buku cuti-cuti malaysia
kecoh masing2 menyarankan tempat bercuti(walaupun sebenarnya tak mungkin terjadi trip itu)

'jom pegi sarawak'
'baik pegi bandung tgh matta fair ni'
'ek?'
'shopping murah, tido kat masjid.kehkeh'
'paris. takpe la aku pegi dengan tuttt aku nanti'
'hong kong ke? cantik orang kata tempat ni' yo o o je cadangan.geleng kepala navin(classmate singh) mendengar riuh rendah kami si perempuan.hanie yani sha adi. masing2 beri pendapat pada cadangan masing2.

lama aku tenung peta malaysia. cuba mencari tempat2 boleh diteroka.nak cuba bagi cadangan jugak.maka aku tanya pendapat hanie

'hanie kau pernah pergi sabah?'
'huh?'

hanie orang sabah.

kelas take-one-though.
'berkumpul!'

semua pelajar berkumpul dan duduk di depan master aku.master aku orang india nampak garang dengan misai nya yang agak tebal tapi cool. sedikit taklimat diberi sebelum kelas bersurai. sibuk si master komen tentang kehadiran. bagus jugak, langsung menyenaraikan dan menyebut dengan kuat nya nama-nama yang belum membayar yuran bulan tu. merah muka masing-masing malu sebab dah hujung bulan tak bayar lagi(malu sebab nampak macam kurang berdisiplin). nama aku pun tak terlepas. aku pun mula keluarkan jari satu persatu aku mengira semula urutan bayaran yuran aku.'rasanya dah bayar'.

'awak semua ada apa2 masalah sebelum kita bersurai?.ok kalau tak ada. bangun tunduk hormat' laju je master ni berdiri.aku pun

'ustazah!ustazah!ustazah!' ape kehe petiais, master ko bantai ustazah. aku nak sebut sir sebenarnya.

ustazah aku , aku panggil emak. tersipu malu ustazah tu, aku panggil dia emak.

*bukan dreaming. cuma terlalu banyak berfikir .

Sunday, March 22, 2009

makan malam indah


5 hari sebelum

(perbualan Ym)
'angah ada baju buat dinner tak?'
'ada kut, nanti check.'

(di rumah sufiya)

'nah, ni ko boleh pakai dengan seluar'
'ingat nak pakai kain'

'alah kain dah biasa la, asyik2 kebaya' oh, sounds cool. tapi sebenarnya aku pakai baju kurung pun dah luar biasa. bukan luar biasa jelita. sebab aku pemakai seluar harian.

makan malam.
5 minit sebelum 8.30 pm.
adi menunggu kami dengan temannya di tempat letak kereta.

hostel aku sunyi je, semua orang dah pergi hotel. Daftar kehadiran pukul 8. oh, kami lewat. Biasa lah itu kehandalan kami.
Ya aku rasa aku paling panik. Aku paling last mampu bersiap.


Atas sebab aku terpaksa menyolekkan ketiga-tiga sahabat aku(siapa yang kenal aku mungkin nampak pelik, aku solekkan orang?!. Solek itu seni. maafkan muka aku yang tak ada langsung impak solek. Aku tak pandai apply make up atas muka sendiri. Apa kau rasa
bila kau terpaksa melukis atas kertas yang kau letak atas muka kau sendiri. Leceh leceh sambil menunduk geleng-geleng kepala.)

Bising ruang kolej seketika dek bunyi keletak keletuk tumit tinggi kami berempat. Ya pucat juga' muka tatkala tumit hampir-hampir tersadung. Bukan aku je, yang lain pun. Cemas sangat waktu hendak berkejar ke kereta.


'yani yani nanti awak tolong..' keletak keletuk keletak keletuk
'tak sempat tak sempat! nanti! nanti! dalam kereta!' keletak keletuk keletak keletuk
'petiais petiais nanti buatkan..' keletak keletuk keletak keletuk
'nanti nanti dah sampai kat kereta nanti' keletak keletuk keletak keletuk
'sha nanti tolong pakaikan tudung aku..' keletak keletuk keletak keletuk
'nanti nanti dalam kereta!' sahut sha yang berlari tanpa bunyi, dia pakai selipar jamban.

'tak la pulak aku suruh ko pakai k
an tengah-tengah berlari ni (-_-)' keletak keletuk keletak keletuk


di meja makan.

meja kami di
ambil orang.aku tak salah kan mereka. kalau aku jadi diaorang aku pun bedal meja kosong. ya lah. kami lewat hampir 1 jam setengah.tapi majlis mula pukul 9. jadi lewat dari segi majlis kurang dari setengah jam. kami minta izin nak duduk meja tu. minta izin? entah aku tak tahu macam mana kawan aku minta nak meja tu.kawan aku ni duduk makan hati berulam jantung di luar dewan sambil menunggu kami yang lewat ni. bukan sebab kami. hehe. sebab dia nak meja tu.

untuk tidak menyusahkan temannya adi maka adi tidak mengikut kami menuju ke meja sepatutnya,
dia rela sahaja duduk di meja belakang yang berdekatan dengan pintu masuk.
kata adi, kawan semejanya juga mengalami masalah meja. lalu masing-masing sibuk berceritakan perihal 'meja m
akan aku diambil orang'.

tidak teragak-agak adi meluahkan 'ha meja aku pun kene ambik orang!' tanpa dia sedar, tempat luahannya adalah orang yang duduk di meja kami tadi. maafkan adi, dia tak sengaja.


kesian mereka. aku pun baru tahu diaorang awal-awal pun ada masalah meja.
'SAPE URUS MEJA MEJA NI?! SAYA NAK JUMPA' cewah petiais, blah la kau.

bergambar.
'petiais mana kamera debab kau?'
'...............'

sebenarnya aku tak ada niat nak bawak. aku tak pernah ajar kawan-kawan aku macam mana nak pakai kamera debab. jadi sudah tentu-tentu muka aku susah nak masuk gamba. tapi aku baikkan jiwa kata nak bawa. n
ak jadikan cerita aku memang terlupa nak angkut kamera.

lagipun bukan salah aku tak bawak kamera. sebelum bertolak keluar bilik aku ada tanya mereka.

'aku ada tertinggal apa-apa tak?'

'TAKKK' serentak mereka bertiga menjawab dengan yakin!

maka mala
m itu. asal ada kamera, kami posing. peduli apa kami. haha. sapu je. asal ada satu memori tertangkap pun sudah ok(satu thumbs up). entah kamera siapa. oh ya kami yang tak pernah bertegur sapa dengan kumpulan lelaki fakulti kami tiba-tiba bertegur sapa. kenapa? sebab mereka ada kamera.oh ya. dush! sepenumbuk untuk aku(gurau sahaja ya kawan-kawan). taklah kami memang mesra alam. tapi pemalu.

konflik jiwa


'wah petiais.petiais jadi perempuan
hari niii' bukan sebab make up yang menawan, jangan bayang kan muka aku. mungkin sebab malam itu aku tak pakai baju kotak-kotak aku? atau sweater aku? atau paling penting sport shoes hitam aku.
'erk' aku kacak ke selama ni?( ini ayat dramatis aku je. aku jadi lelaki pun tak hensem)


ya malam itu aku pakai clutch. aku ingat nak bawak je beg sandang aku. mujur beg sandang 'oxbow' aku warna hijau. Kalau warna matching ngan baju aku, agaknya aku bawak kot(pegang dagu berfikir)

* terima kasih lah kepada tuan kamera kerana sudi memberi sebarang dua ruang dalam kad memori kamera mu itu. harap mesej telepati ni sampai la(hoho, dah la tak kenal, tak cakap terima kasih, hampes kamu petiais.)

seronok la jugak.sampai aku lupa betapa tak sedapnya hidangan malam tuh.

Tuesday, March 17, 2009

rumahku syurgaku


kamu tahu bila suatu masa kamu sudah selesa dengan suatu tempat,

tanpa sedar kamu lupa sesuatu.

aku lupa bagaimana perasaannya seronok memegang tiket bas balik kampung.

sampai suatu ketika bila terlalu selesa aku rasa macam hidup di dunia sendiri.

rindunya aku pada petiais yang dulu.berjalan tanpa mengendahkan orang.sangat punctual. habis sahaja kelas aku pulang ke bilik.makan seorang diri di atas meja. bercakap di kelas sepatah pun tidak. mungkin nampak lonely tapi aku senang hidup begitu. setiap masa telefon tangan tak pernah lupa.

kata kawan 'tunggu pakwe ke?'.
sambil senyum aku kata ' takut mak aku telefon' tanpa putus senyum. walaupun emak aku tak pernah berjanji untuk telefon.

petiais dulu jarang post entry. selesa sangat.til now i have the time to post this entry tho i haven't perform my maghrib yet.

Monday, March 16, 2009

ask for 'kebaya me'


dinner


'pakai la kebaya ke?ko dah selalu pakai seluar'
lend me one.
i'll wear it for you to see. :D
no doubt.

Hari Sedih Sedunia.


pagi sadis pasal tuttt.
haihh.berapa hari sebelum ni dah rasa tak sedap hati.jadi subuh-subuh aku dah call emak aku.sembang pembuka hari. (sengih.yang sebenarnya dah lama tak telefon emak, sampai akak bising. pelik, orang lain yang tak dicontact yang lain pula bising.'macam2' sambil geleng-geleng kepala. sim card kena block bukan tak nak telefon)

tengah hari sadis lagi pasal tettt membabitkan akak aku. aku pula yang beria sedih. mencabar sungguh. ku sangkakan panas sampai ke petang rupanya hujan di tengah hari. tak apa. emak aku pernah kata.'nak senang, susah. nak susah, memang senang'. mungkin bukan rezeki.haih.mengeluh lagi. bukannya aku harapkan balasan, saja mahu tolong orang jadi senang. malu aku pada semua orang. nasib pakai spec hari ni. rasa macam pakai topeng. tak lah segan sangat.

petang sadis, kelas hari ini cikgu pilih orang yang layak buat show. aku rasa tak puas hati kelas geduk aku tadi. oh, bukan sebab tak terpilih(aku tak terpilih ya kawan-kawan harap maklum) maka aku rasa macam nak campak-campak je geduk tu. cuma tak puas pukul geduk, dah tak ada peluang dah lepas ni. tanya minta diajar pun tidak dilayan. aduhai.

'apalah kau labu. dulu aku dah cakap ngan kau masuk je puisi'
'erk?!'(tak lah aku melawak je.ni monolog aku.)

'yang geduk pukul kuat sikit ya' pesan cikgu tu.
pasangan aku(perempuan) mulakan dulu ketukan.pemain geduk hanya seorang akan bermain pada satu masa. dan kemudian akan berlaku passing2 main geduk dengan pasangan lagi satu. maka kawan aku mulakan dulu. dia berhenti. aku pun..

KELETAK! KELETUK! KELETAK! KELETUK!

aku perasan cikgu tuh terkejut aku ketuk kuat, kawan yang geduk lagi satu tu pun. bukan protes ya. cuma nak lupakan rasa sakit kat tangan maka aku ketuk kuat2. ya ampun. otot tangan(biceps) di lipatan siku aku bengkak. membengkak.sebelum ni ada kawan aku kaki dia bengkak. dia tulis kat caption dia kaki dia bengkak. 2 hari dia aktifkan caption tu. dalam hati aku 'bengkak sikit je, macam bengkak besar sangat'. bukan kawan aku ada daulat. aku memang selalu dapat cash dari tuhan. kawan ku, aku minta maaf sebab tak bersimpati.

'ha kau. ketuklah.ketuklah. ketuklah lagi' kata lengan kiri kepada lengan kanan yang giat membengkak.


waktu dia umumkan nama orang yang terpilih aku adukan sedih sebab dah tak dapat main dah pada zeera.zeera pun kata. 'tu la dah tak dapat main dah'.
mesti cikgu tuh ingat aku protes sebab tak terpilih.sebab aku tak dengar apa dia cakap masa dia umumkan nama, tapi sibuk bercakap dengan zeera.

'padan muka kau labu'(aku monolog lagi)
di akhir kelas. sang cikgu ada berkata
'ada sesiapa yang tak puas hati'
'aku kah?'

sebenarnya , aku dah pasang niat ponteng dah.

kepada cikgu yang memang tak akan baca benda alah ni. minta maaf kalau ade buat cikgu tersinggung.

balik kelas, sedang order makanan di cafe
'abang. hari tu, ada orang berlatih wayang kulit kan. bila depa nak datang lagi?'
tiba-tiba aku rasa macam insan kurang kasih sayang .hehe.tak dapat cikgu, dapat belajar dengan pakcik-pakcik pun cool.

roommate

aku mimpi buruk kelmarin.
9 orang satu bilik.

akak aku: dulu kO yang nak sangat 3 orang kan bila depa buat 2 orang satu bilik , baru meriah asrama kononnya.
aku:MEMANG LAA.TAPI BUKAN 9 ORANG SATU BILIK!!!

*dialog akak aku dan aku dalam mimpi tu.

Saturday, March 14, 2009

tong


lama tak sakat sufiya.jumpa. sebelum naik tingkat 2.aku sakat dia.


nama tok apa?
dIn' (zainuddin sebenarnya)
nama opah?
bI' (bidayah yang betulnya)
nama acik?
acIk tOng!
siti laa.aciiik siiiiiti.
acIK tOng!
siiiiti!
tOng!
siiiti!
ACHIK TONG!!dush! sufiya pukul dahi aku seolah mengingatkan makcik kampung dia yang lupa daratan ni 'dah nama kau tong .tong je la!'

makin jendol la dahi.

dah lama lepas tuh.aku jumpa balik sufiya.
'nama acik apa?'
'acik tong.' nada baik lagi ni.
'acik siti la.'dia diam.
'acik siti?'sambil angkat kening tanya aku.
'ya! acik siti!'
'acik siti!'

kakak aku geleng kepala.
'ajar la bukan2.nanti dia panggil kamu siti je sampai sudah' aku sengih,lalu toleh ke arah sufiya.
'nanti kita sambung belaja lagi.acik siti nurhaliza.' sufiya angguk beria dgn mata bulatnya,sambil mulut tersenyum suka belaja benda baru.

kakak aku geleng lagi.

*sufiya umur 2 tahun

Thursday, March 12, 2009

Handphone

sponsorship

petiais: boss
boss: yop
petiais: org beli phone
petiais: sponsor 10
boss: no problem
petiais: kita up sikit
petiais: 20
boss: phone ape?
boss: jgn nokia
boss: yahusi
boss: yahudi
boss: hehe
petiais: sony la bha
petiais: nokia i tak tgk
petiais: kita up lagi
petiais: 30 ok?
boss: iye
boss: bole
boss: jgn sume udah
petiais: kita up lagi
petiais: 50
boss: dah
boss: mksimum
boss: 50

'ko nii mana telepon ko??! susahnya nak tepon ko niii' akak aku call ikut phone kawan aku.
'ala simcard baru ari tuh kene block lagi.hehe'
'block lagi?!mcm mana pulak tu?!
'entah, org tak nampak apa org tekan2 pastu tau2 kena block' dah tiga minggu aku tak pakai phone.aku pun terlupa aku pernah ada phone.
'eiiii.' geram dengan perangai aku barangkali.
'ye la.hm.orang ingat kan. nak beli phone la'
'o'
'sponsor kakde.'
'boleh je.berapa?'
'100'

hampir 3 minggu.
asma:kesian saya tengok awak.awak nak pakai phone dok?(merujuk ke phone lama dia)
aku:eh takpe.(rasa biasa takde phone.tapi nanti2 orang marah2 aku sbb tak boleh contact aku)
asma: doh la internet tak dok.phone pun awak takdok.tak po le pakai saya punya.ni nombor xpac.
aku:x pac tu apa?

cafe
dah lama tak ada bunyi phone datang dari aku
ting ting tingtingting ting ting
semua tengok aku.
'hoho dah ada phonee.baru beli ke'
'asma punya la.baru mende.haa tengok nii' sambil memusing kan phone asma.rugged abis.cover belakang see through, direct nampak bateri.terkekeh mereka gelak.

dah lama tak mesej, terkial2 aku menaip
'awok boleh ke pakai phone tu' risau asma , kalau2 telefon dia tidak menepati citarasa aku.



bengkel cupcake

cupcake
setiap org dpt 4 cupcake.
setiap nya diberi corak tertentu utk diikut.

bukan mood aku nak memasak petang gerimis. tapi kata sha. dia tak mungkin sempat masuk bengkel cupcake atas musabab tertentu. Maka aku dipanggil menggantikan tempat dia.
asma pun masuk juga.


corak pertama.
'awak lukis begini.aa.begini.aa.matikan dia begini.'
cikgu tuh lukis bunga.cantik.aku cuba.agak hancur.

jadi aku putuskan.corak kedua ketiga dan seterusnya aku buat ikut suka aku.
tapi aku tetap tengok cikgu tu mengajar.

aku agak blur sikit.sebab tools tak cukup. jadi aku prefer tunggu.bukan aku, kalau nak berebut-rebut barang ni. tapi tu lah baik sangat.entah, yang kelam kabut nak siapkan tu kenapa?aku pun tak tau.

corak kedua aku ikut corak cikgu tu yang lukis bunga apa entah kat empat point atas kek tu.simple tapi menawan.aku ikut jugak.tapi aku ni orang seni. mana cukup 4.aku tambahkan jaring2.macam bunga2 tu atas jaring.ok cantik.

corak ketiga aku adaptasi kan dari corak cikgu tu. belon bentuk love.
tapi aku punya lagi menarik.eh eh.tetttttt.selamba ja aku.

'yang terakhir tu, saya nak awak lukis garisan macam ni.dah siap cakap nanti saya nak bagi bunga ni.'(merujuk ke bunga royal icing.Garisan tu mcm 9 orbit yg bertingkah)

'aiseh!aku dah conteng dulu aku punya cupcake yang terakhir.ah lantak lah.'
aku teruskan lukisan aku(aku anggap lukisan la.)

'awak macam mana?dah siap dah garisan awak?'
cikgu menunduk melihat aku yang tekun memicit piping beg berisi coklat.aku buat dono je.elok je dia nampak aku punya lukisan.shiuung dia toleh ke meja sebelah.
'awak dah siap garisan awak?'
kecik hati aku.

aku lukis signboard EXIT.


menarik
'kumpulkan semua cupcake.saya nak tangkap gambar'
'cikgu.cikgu rasa mana yang menarik' tanya salah seorang pembuat cupcake hari itu.
'yang ini menarik' sambil menunding cupcake aku.wow! seni aku jadi tarikan.

yang menarik itu.cupcake ketiga.aku ingat cupcake EXIT.
apa la cikgu ni tak rock langsung. he2


bukan jiwa aku
'teruk tak saya.tak ikut apa cikgu tu ajar?'
'saya dah tau dah awak.bukan jiwa awak nak lukis bunga2 ni.'
aku tengok cupcake asma dijalari bunga-bunga yang tumbuh mekar.


menyampah
'eii ko dah makan duluuu' adi tengah mengemas barang-barang cikgu tu tatkala melihat aku mengunyah cupcake
'hodoh sangat design aku yang ni. aku tak sanggup tengok.'