Tengah feeling-feeling ingat zaman haji 2011 walau skang dah 2014. Mentara ada umur berazam nak coretkan sampai abis. Tapi takde mood. Eh?! Ya Allah dah 2015! 2016? Fuh

Saturday, January 31, 2009

mulut

aku tak ikut balik kampung.kononnya nak buat keje skolah.dalam kepala da set nak tgk tv kejap.
maka yang balik ayah dan mak aku sahaja.aku hantar depa sampai pintu.

mak ckp 'takpe lah kamu ade keja ya.jaga2 belakang rumah kalau kera ada'.
aku angguk.

aku lihat kereta viva yang ayah pandu hilang dari pandangan di hujung jalan.
pintu kututup.aku selak2 newspaper.'nak on tv lah' remote dicapai.aku tgk decoder astro pada mode.tak ada mode.tak ada!black out.

tak sampai 5 minit mak aku pergi.

--------------------------------------------------------------------

'baik2 jalan ni nanti.'
'(insyaAllah dalam hati) kat tempat org boleh.takkan kat malaysia sesat' aku berlawak berani mati ngan mak aku.

aku balik kl dgn akak aku naik bas merah.selalu bas trasns.tapi tiket trans habis.merah pun merah lah.bas merah dia pusing satu selangor agaknye baru masuk kl(4 jam lebih).tapi kalau nak cepat kata akakku.nanti kita ambil ktm di tgh perjalanan nanti.

'naik macam mana?'
'nanti dia berhenti dekat stesen ktm.'

perjalanan yg penat.setelah 2 jam.akak aku kejut.dah nak dekat laluan ke ktm.tiba-tiba.
driver bas 'turun2, sape nak pegi ktm turun sini.'
aku tgk kat luar tingkap tak ada ktm.ade pondok tunggu bas yg usang.

hari itu dia tak lalu laluan tu katanya.dia suruh ambik bas tambang ke ktm.

-------------------------------------------------------------------

aku pergi tuition malam.di rumah kosong sebelah rumah mak kawan aku.dia cikgu.pukul 8.

'apa rasanya kalau belajar tak ada elektrik ha?'
kawan aku tgk aku.

20 minit kemudian.puf!kami pasang lilin di atas meja. sbb tak nampak buku.sbb black out.

Friday, January 30, 2009

pending

AJL ke-23

















-------------------------------------------------------------------------------------------------
-------------------------------------------------------------------------------------------------
sufiya on the phone ngan opah

opah:hello
sufiya:oya nih
opah:dah minum?
sufiya: dah
opah:minum apa?
sufiya: cawan.

*sebelum tu sufiya yg 2 tahun ditegah mak jgn minum pakai botol susu.pakai cawan

Wednesday, January 28, 2009

ade rupa tak?

-----------------------------------------------------------------------------------------

awk buat apa skarang?

saya?hm..

dah tak tangkap gamba lagi ke?

tangkap time nak je la(sengih)

hobi lain takde ke?

hobi lain?(berfikir)

saya ad banyak lagi benda lain saya suka

cth?


melukis.

mula aku ingat melukis yg biasa2.oh dia pakai cat minyak segala.haruslah aku excited.

macam pernah tgk la lukisan awak ni.

macam apa?

(mencari dalam pc aku.lalu aku tukar avatar ym)

kat mana ni?(bingung lagi)

ireland.



*dia melukis berdasarkan imaginasi

bukan wajah interpretasi jiwa


aku seorang observer.

kadang-kadang macam aku kerja di sebalik tabir drama

duduknya aku di suatu kerusi crew menonton drama secara 'live'.duduk.menonton penuh bisu.

siapa lagi bijak?
terkena atau mengene.
aku selalu terkena.selalu sangat.
org yg kenakan aku pula tak tahu, aku tahu mereka mengenakan aku.

mana lagi bagus?
alert atau lembab.
diam. aku menonton lagi.susah juga jadi orang yang alert.terlalu sedar dgn keadaan sekeliling.terlalu banyak berfikir sehingga aku akan mencari sebab musabab sesuatu.macam mana?
duduk sendirian sambil menggaru2 dagu.

begitu la cara nya aku selalu sedar yang aku 'terkena'.

pelik.
dia tidak henti2 mengenakan.
aku pula' yang malu nak bagitahu, yang aku tahu apa dia buat.

kenapa?
'aku tak nak malukan org itu'

Monday, January 26, 2009

template


Teringin aku nak pakai template.dah bape taun hidup benda alah ni.putih bersih je.
tgk member aku nye template sgt la cun.aku pun preview2 tgk kot ade yg macam jelita2.

lama aku tengok2.gamba dah lawa ni.satu je pelik.nama aku sendiri petiais.tak kene sungguh.
tak apa lah.memang petiais putih bersih.

cuti::SemingguCuti

kriok.kriok.

bukan perut aku.saja aku rasakan perut aku lapar.

aku:punitha kita makan malam nak?
punitha:ok
aku:kul 8
punitha:ok
aku:jalan kaki.ok?
punitha:(tgk aku)ok.

YM(7.35 pm)

aku:yani nak join makan?
yani:boleh jugak
aku: ok kul 7 45
yani:kul 8 la org nak cuci baju jap
aku:ok

kul 7.59pm

'org nak ajak kawan sorang.lelaki'
'ok'
'jangan segan pulak'
'ok.jom.nak makannn.'
*aku tak boleh makan depan org.orang asing.nak2 lelaki.aku boleh tahan lapar.sbb aku segan nak mengunyah depan orang.

berjalan lah kami ke destinasi kami berempat.eh tak berlima.asalnya plan 4 org.tiba2 zeera nak ikut(walaupun mak dia sebenarnyer on the way nak ambik dia).berlima lah kami.kata yani sengaja dia ajak yg lelaki tu.nak genapkan nombor kami.laluan kami nanti laluan yg 'berpenghuni'.tapi akhirnya ganjil juga.semua zeera punya pasal.

kami berjalan tak tentu arah sikit.sebab masing2 tak tau nak bentuk kan pair mcm mana.nak jalan berdua2 kami perempuan2.tak baik pulak.sbb lelaki tu tetamu kami.maka aku suruh yani berpasangan dgn lelaki itu.aku dan zeera.punitha belakang aku dan di depan yani.eh tak baik plak biarkan depa berdua kat belakang.maka aku , zeera, dan punitha berbisik2 la kami.

'awak ke belakang punitha.tak baik ni'
'haah awak ke belakang punitha.'(aku tak paham sebenarnya.cuma sebab aku sampai terpaksa berjalan atas rumput maka aku tolak2 punitha kebelakang supaya kaki menapak ke atas tar.)
'kenapa pulak?saya nak depan jugak.'(dok mencelah antara aku ngan zeera)
'tak baik punitha, tinggalkan depa berdua kat belakang.awak pegi kebelakang jadi org ketiga'
'ha org ketiga.tak mau la'(dia segan.tapi sebab dia india.maka aku dan zeera rase dia tak patut rase segan)
'keh2 org ketiga.keh2 org ketiga'(aku gelak dgn bayangan aku)
zeera tgk aku bingung.
'keh2 org ketiga'
zeera berkekeh.

-----------------------------------------------------------------

yani:makan ni.jgn bazir.ingat Gaza.
kitaorg dgr je.byk kali kami dipesan.tak lekang2 Gaza dari mulut Yani.

dah 30 minit roti tisu yani wujud lagi.

'makan yani.ingat Gaza.Orang kat sana tak cukup makanan.'

-----------------------------------------------------------------

aku dah order roti canai aku.zeera tunggu french fries dia,dan aku punya juga.punitha menunggu air, yani sedang meng order roti,kawan yani sedang layan diri dgn nasi ayam yang ada.

duduk lah aku dulu di meja.meja itu ade 7 kerusi.aku duduk di kerusi pertama dari 3 kerusi yg ada .biasa sha duduk kat kepala meja.tapi hari ini dia tak ada.aku kalau da biasa tempat duduk tu,memang tak ubah dah.

duduk la aku sambil menunggu.sekali kawan yani sampai dulu ngan makanan dia.aku tgk je.sambil dia jalan melihat meja yg aku pilih.berlalu lah dia di belakang aku,shiungg dia letak makanan dia di hujung meja.jauh sungguh dari aku.


kebetulan zeera nak letak air dia sebelum berlalu mendapatkan kentang.dia pun menegur.
'hush jauh sungguh duduk'

lelaki itu bangkit semula nak ambil air pula.bersendirian aku di meja.mencongak2 dalam kepala sendiri.

'macam mana nak duduk ni.macam mana nak duduk ni.
macam mana nak duduk ni.macam mana nak duduk ni.
macam mana nak duduk ni.macam mana nak duduk ni.
macam mana nak duduk ni.macam mana nak duduk ni.
macam mana nak duduk ni.macam mana nak duduk ni'
lama aku berckp dlm otak.


aku pun bangkit dan duduk di kepala meja.yang lain teke sendiri la macam mana depa duduk.
-------------------------------------------------------------------

dah selesai membayar.kami memulakan perjalanan pulang.sebaik sahaja menapak keluar dari tapak kedai.

punitha:Gaza tu apa ha?
pang!seperti baru sahaja aku terkene satu pelempang.

aku:Ya ampun punithaaa
yani:(tak mampu bersuara barangkali seperti terkena se das tembakan.sengih je disusuli tawa halus)awak tanya la zeera.

aku ingat aku punya bayangan tentang respon zeera betul.

punitha:Gaza tu apa?
zeera:(dengan tenang dan baiknya menjawab dgn penuh informasi)gaza tuu..emm.. nama tempat(sambil tangan terawang2 menggambarkan tempat itu besar sekali.)

aku:ya ampun!yani ko dgr tak zeera jawab apa?!
yani:(dah sengih gelak2)
kawan laki yani:(sengih2 gak)

*kawan laki yani tu.classmate aku jugak.zeera dan punitha, dua2 lurus.

Friday, January 23, 2009

tanpa warna bosannye hidup

kuning

aku ade sebungkal key-chain orang bagi.tak pakai.sampai ada yang aku distribute kat orang.ye lah.dari tak berpakai kan.ade aku simpan dalam uncang.ari tuh tetibe aku tgk uncang tuh ringan.tiba2 akak aku.

akak:angah ambik sikit ek.(sengih)
aku:(lama aku diam).ok.

ari tuh dapat lagi.akak aku beli kan.kasut kayu holland. besar ibu jari aku la kot.aku tak tau nak sangkut kat mana.aku sangkut je kat matric card aku.

dalam kuliah.

yani:(dia tengok je matric card aku.aku pun hulur la.dia dok belek2 aku punya keychain kasut tuh.)
aku:kenapa?
yani:(diam lagi.pegang2 belek2 lagi key-chain tuh.lame lepas tuh.baru dia lepas kan.)
aku:(bingung kejap.yani tgk balik screen kuliah)

ari tuh.aku tumpang pakai shower cream dia.ginvera ade gamba kartun budak2.aku gelakkan dia apasal la botol budak pun hang beli.botol dia warna kuning.kata sha.yani pantang tgk benda warna kuning.ape pun warna kuning dia akan beli.yani punya favourite colour kuning.

'la patut la dia belek2 lama betul keychain aku.keychain aku warna kuning!err.dia nak key-chain aku ke?tettt.'



biru

dinding rumah aku warna honey dew.atap genting warna maroon bershade kan hitam.warna pagar warna maroon.semua dah matching.

akak:apsal jubin lantai luar ni biru??(dia baru balik dari KL.bingung dia tgk lantai tak match)
aku:ayah yg pilih.ayah kan suka warna biru

bapak aku mana kira.dia suke biru.biru la.lantai jubin aku warna biru.tak match sungguh.tapi rumah depa.bior la.asal dia suke tgk lantai tu ok la tu.tapi tak la obvious sgt ke pelikkannya


ungu

kawan aku pakai baju kurung warna ungu.dlm 2 kali dia pakai.2 kali kawan lelaki aku yg sorang ni tegur

'adi cantiklah hari ni'
adi:aku rase aku cantik warna purple

sejak itu.kalau membeli belah.baju purple menjadi objektif adi.

aku:la dia tak cakap pun aku cantik warna apeee..alaa..


pink


'awak nak payung pink.'

aku dapat payung pink utk cenderahati orientasi.sebenarnyer aku berkenan warna oren. tapi masa proses ambik goodies.

abang tu: adik mesti nak pinnkkk kannn.(muka sengih beriaaa sambil tangan dia da pegang payung pink.yo o o je dia.aku nak oren la!)
aku:(sengih sambil mata tgk payung oren)
abang tu: nak pinkk kann kann.adik suka pinkk kan.pink untuk perempuann.(senyum nampak gusi lagi.lalu dia hulur payung pink pada aku)
aku:hm.boleh la(tangan ambik jugak payung pink tuh.respect la pemberian abang tu.ingat nak mintak tukar.tapi beria2 dia teka warna favourite aku pink.aku berlalu longlai dgn payung pink di tangan terseret sikit kat lantai.)

balik bilik.tembung ngan roommate yg baru penat balik juga.aku tgk dia bawak payung.payung oren!
.
dia:eh aku nak payung pink!tapi dia bagi aku orenn.(nada hampa)

kitaorg pun bertukar payung.tapi sayang tak sampai satu hari kawan aku pegang.payung tu rosak.maka berteduh la kami dua dia bawah payung oren.sambil payung pink teguh bersangkut di tgn kawanku.

aku dan roommate ku ini selalu berada di hujung line perempuan di hadapan line lelaki.ade la mamat ni.pink freaks kot.ade dia ckp.

'awak nak tukar payung.'

payung dia maroon.aku ingat dia melawak.aku tak pandang pun.member aku pun buat dek.sebelum masuk library.

'awak, kita tukar payung.'

kawan aku yg baru aku kenal ni pemalu.aku pemalu gak.tapi kalau ngan org baru kenal aku tak kisah nak berckp2.selamba aku je la.

dia:awak nak payung pink
aku: eii.nak tukar pun.kemas2 kan la dulu payung tuh(payung dia tak terlipat kemas.gemuk cam lolipop dia ikat.lepas tuh aku pandang member aku , geleng kepala sat.dia tgk payung dia)

lame juga kami round library.habis je.kitaorg keluar buat line balik.nak balik kolej kediaman masing2 ni.serempak lagi.

dia:awak dah.tukar nak

aku tgk payung dia lipat kemas.aku dalam hati da mcm kene geletek dah.ha3.dia betul kemaskan payung dia(thumbs up).tapi kitaorg buat bodoh.aku tgk je payung dia cantik.

aku:(berbisik perlahan pada kawan aku).Dia betul2 kemaskan payung dia ar.

*last2 tak tukar pun.sebabnyer payung pink tu da rosak.mmg aku tak nak kasi dia pun.ye lah.payung dia sihat walafiat.tukar karang.ade yg ber 'sun bath'.

Saturday, January 17, 2009

family day WET WORLD shah alam

nama je family day. keji plak rasenye tak join diaorg nye aktiviti. bukan aku keji.tiba2 aku rase aku da tua untuk join semua 2 ni. ;P . lagipun bukan family day ayah aku,akak1 aku nye day. saje aku ikut memeriahkan keadaan.

memula segan.tapi aku pakai alasan. tolak pelampung sufiya untuk aku main air. memula cam slow skit rentak. akak'2' aku sorang ni join gak. akak1 aku duduk kat tepi , alaa style mak2. tgk je anak main.anak sedara dia pun ade. nasib budak ni aktif.tak ar segan aku nak sliding2 pada slide yg ada.hehe.

bid:akak jom main tu
aku:ok

bid:akak jom main tu lagi
aku:ok
bid ambik turn, pair ngan aku, nanti pair ngan akak'2' aku plak. sbb sufiya pun kena ada orang jaga

ala aku rase org ingat aku budak form 1 pun kot.hilang segan.akak'2' aku pun lebih kurang aku je.

semua aku try.
slide atas batu.slide sorang2.slide pakai pelampung ngan bid.
pastu aku slide pada THE LONGEST WATER COASTER IN ASIA.

wuhoo.best ar gak.dah lama tak main bende2 gini. habis hebat ar aku main. menjerit walaupun tak ada sebab untuk aku jerit.saje kasi gempak pada bid.
tak lame lepas tu.duduk berendam je.

aku ajak sufiya main slide yang ade patung2 binatang tu.kategori slide terpendek. aku slide dgn sufiya kat depan aku.debussshh!!

bergolek2 aku dlm air sambil tangan aku maintain menolak sufiya setinggi mungkin.sampai kepala terhentak kat dasar kolam lagi.beria2 aku lemas.aku lemas selepas main slide terpendek kat asia.

------------------------------------------------------------------------------------------------

aku penat.aku duduk je.sambil berendam dlm air sampai paras mulut.kejap2 aku rendam tahan nafas.pastu aku timbul.lepas tu rendam lagi.timbul.lama aku leka merenung akak'2' aku melayan bid dgn sufiya.lama aku mcm tu. tiba2 rasa nak apungkan badan.terfikir untuk gerak ke ruang yg jauh dari pandangan org. elok je aku pusingkan badan ke kanan. ada budak lelaki tgh menopang tepi aku.agaknye malu bila aku tgk dia.dia pun buat2 gores2 lantai tebing.

'malunye.sure ingat aku psycho.tenggelam timbul tenggelam timbul'

-------------------------------------------------------------------------------------------------
*akak1adalah akak first
akak'2'merupakan akak 2nd
sufiya adalah anak akak1,bid pula nephew akak1

Friday, January 16, 2009

spot check

tok.tok.tok

aku:sha la tuu(cakap biasa pada asma)

tok.tok.tok.

aku tgk asma.aku buat dek lagi ni.dok hang2 baju.

tok.tok.tok.

aku pun pegi la ke pintu.bukak je pintu. eh eh cik tutt (dlm hati la).muka maintain lagi.asma la manusia paling gelabah tapir dlm bilik tu.kelam kabut dia angkat kain dia dari atas carpet(tgh lipat kain).cik tuh pun ckp 'tak apa tak apa' aku relak lagi kat tepi pintu.tgk je.

cik: saya nak tgk kertas hijo je.
kalut asma nak tanggal kan kad tuh yg aku tempek pakai paku tekan kat pin board.

cik:tak apa tak apa.tak payah tanggal
aku menonton dari tepi pintu lagi ni.

cik: ade bawak seterikaa takk?(nada gurau2)
aku:TAK ADAAA
cik: betuiii kaaa
aku:BETUUIII
cik: sungguhh kaaa
aku: SUNGGUHHHH

yakin gila aku jawab.cik tuh tgk aku tersengih2.dia syak aku bawak.sbb roommate aku cam baik2 je.sopan je dia.muka innocent.pakai shirt yg lengan pjg labuh sampai lutut.pakai kain baju kurung yg matching skit.aku pakai shirt labuh sampai lutut lengan pjg gak tapi match ngan seluar pendek.sungguh tak sampai elemen sopan objektif baju tuh.

cik tuh tenung je muka aku.muka aku muka tak leh caya kot.tapi sungguh.tak penah aku bawak barang2 terlarang.malas nak ulang alik kalau kene rampas segala.habis je dia keluar.mengekek asma.aku pun mengekek.kitaorg ketawa mengekeh dalam bisu.

*kamu fikir aku ade sorok barang?mane ade la.

Tuesday, January 13, 2009

salah tema:jeles tahap gaban


aku masuk contest fotografi. sehari sebelum nak submit gamba.bod!aku salah tema.aku tanya kawan aku 30 hari sebelum submit.dgn dahi berkerut sambil memandang ke atas dia menjawab nature.


sehari sebelum submit.

adi:isk! flora fauna ni nak tangkap apa?
aku:(buat dek.sebab da setelkan masalah aku)
adi: tema mcm ni apa yang sesuai ha. 'flora faunaa'
aku:tema dia tuh ke?bukan nature ke?
adi:tak lah.flora fauna.

kelibut aku cari gamba.cis dan cis!aku tak leh hanta gamba yg aku suka ni.Gamba ni, di snap masa kawan aku tgh on the phone.harap maklum. gigi itu bukan milikku.gigi ku masih dipagar.

aaa.aku tak puas hati.hantar gamba entah ape2.cit2!!plak aku dapat tau yang menang johan punya gamba, cilok dari internet.hampes!depa ni tak pro langsung tak cek originality ke?!emo plak aku.



Bila aku tak menang kali ni.aku jebik je dalam hati.




Monday, January 12, 2009

12 Januari 2009

jam 11.00 am

kelas analisis.
sikit je orang dalam kuliah.campur dgn budak dari chile yaman iran segala.

jam 11.20 am

eiikkkk. bunyi pintu kuliah dibuka.kelihatan seorang pelajar lelaki yaman membimbit beg laptop di genggaman tangan.serentak aku terdgr bunyi monolog perlahan org sebelah.

adi: 'ko ingat ni kelas bapak ko ke?!'

jam 11.30 am

eiikkkk. bunyi pintu kuliah dibuka. kelihatan pula si jejaka iran berambut pjg, macho la jugak.

aku:'adi, kau silap ar.ni kelas bapak dia la' sambil menunding ke jejaka yang baru menjejak masuk.

--------------------------------------------------------------------

'any idea?just give me anything regarding to the problems you have here.' kata lecturer.

kami disuruh cari problem yang ada dan letakkan nya dalam satu2 area.contohnya, environment, too hot.

adi:office!
aku:too pappu!!
sha:kahkahkah

*pappu adalah pekerja office yang berdedikasi, kuat bebel.