Tengah feeling-feeling ingat zaman haji 2011 walau skang dah 2014. Mentara ada umur berazam nak coretkan sampai abis. Tapi takde mood. Eh?! Ya Allah dah 2015! 2016? Fuh

Wednesday, April 16, 2014

Day 2: Happy feet continues


24 Oktober 2013, Khamis
  
Roda-roda asam garam gula di rantauan

      Subuh di Korea, tak terlajak. Fuiyo hoho. Siap bangun sebelum waktu lagi. Yati solat dulu, baru aku. Sambil tunggu Yati guna bilik air, aku duduk hujung katil sambil telek2 telepon. Bunyi le cebush-cebush air si Yati ni pakai. Sambil aku telek telepon aku perasan rumate kitaorang yang baring kat double deck sebelah dah terpusing kiri kanan macam tak senang tido dah. Banyak juga le terpusing-pusing nya. Aku buat dek je. Agaknya tak tertahan sangat, dia bangun dia tutup pintu bilik tu. BAM!(bunyi pintu bilik dihempas). Aku masih dengan telepon aku, purak-purak tak paham dengan apa jadi. Bab ignorant memang, bukan susah nak buat.

Malam sebelum..

"This is your room" owner motel bawak kitaorang sampai ke bilik. Lepas ditinggalkan, aku dan Yati pun melangkah masuk. Di depan kitaorang pintu bilik air, di sebelah kiri pula pintu bilik tidur. Laju tangan Yati tekan suis bilik, laju juga lepas tu dia off semula sambil bisik pada aku "Ada orang lah Yana!".

Makanya berjengket-jengketlah kami. Hatta angkat beg besar tu pun penuh hati-hati. Jam dah pukul dua belas, harus lah semua manusia tengah tidur. Bunyi yang kedengaran, suara kami berbisik, suara zip terbukak tertutup, suara plastik sikit dan nyek nyek (bunyi lantai kene pijak dengan hujung kaki). Kami tak solat lagi maghrib isyak lagi. Si Yati mahu masuk bilik air dulu. Aku tunggu Yati sambil duduk di hujung katil aku. Aku ambik katil bawah, Yati ambik katil atas.

Tatkala si Yati mencebush-cebush air, yang pada kiraan aku, takde le kuat sangat. Tapi si penghuni asing dah mula bergolek-golek kiri kanan. Aku dah sense something. Tapi aku tak tau kenapa aku pilih untuk ignore. (Kalau tak salah ingatan aku, sebelum tu pun dia dah berbunyi suruh kitaorang slow kan bunyi sebab dia baru nak mula tidur. Eh hello??? Kitaorang baru tiba, letak beg bagai bukannya kitaorang borak huha huha. Cess. Aku begini korang jangan ikut plak. Hehe).

Lama dia bergolek, gamaknya dia tengok aku pun buat buduh je. Dia bangkit dari baring lalu cuba bercakap dengan aku. Dalam patah-patah perkataan tu, aku paham kan dia mintak aku tutup pintu bilik yang separa terbukak, sebab bunyi dari bilik air kacau dia tidur. Aku pun tutup lah. Elok Yati pun keluar bilik air. Yati masih lagi dengan ketelitian tapak kaki dia memijak lantai, menjaga hati penghuni seorang tu. Aku yang tadi hati-hati, dah mula rasa koserr nak hati-hati bagai. Hehe. Tolong jangan tiru perangai tak elok, aku tak mau tanggung dose kome. Ekekeke.

Lepas aku keluar bilik air, selamba aku bercakap nada biasa bukan menjerit bukan berbisik. Kadar yang sesuai. Yati dengan penuh panik nya

"Slow sloww (Yati agak marah dengan nada aku yang tak menjaga)"
"Apasal? "
"Dia cakap kat Yati malam ni malam last dia. Jadi dia mintak kita slow2 supaya dia bole rehat. Dia cakap dia sakit kepala"

Aku dah sengih sinis. Sebab aku syak la minah ni bajet nak arah macam-macam. Aku pun korek bag trolley aku. Aku cari panadol. Kemudian aku sapa minah yang tengah sakit kepala tu

"Miss. miss. miss"
Lambat sikit minah ni respon. Bila aku dekat dengan dia aku panggil lagi, baru dia bangun dan duduk. Bingung dia, tetiba aku nak bercakap dengan dia. Time ni aku memang tengah abis husnuzon nih.

"I have medicine if you want" aku tunjuk panadol kat dia. Dah tu terkial-kial minah ni cakap english dengan aku, nak kata takpe dia tak perlukan panadol aku. " I no sick".

"Ok then"  sambil aku sengih dan simpan semula ubat aku.

"Mana ada dia sakit. Aku dah kata dah."
"Tadi dia cakap dia sakit. Entah lah. Yati pun tak paham" Yati dah mula tunjuk riak tak senang. Sebab dah ala-ala kene dusta gitu. Tadi dia yang beria menjaga, siap dimarahnya aku sebab tak berbisik. Kehkehkeh.
Kitaorang tidur dalam keadaan lapar, sebab nak bagi senang bangun Subuh esoknya.....


       Aku keluar bilik air, aku tengok TV terpasang. Aih dalam hati aku, berani nya Yati bukak TV, tak ngamuk plak minah yang telinga sensitif nih? Spontan aku tengok Yati yang duduk atas katil atas. Cepat dia geleng. Belum sempat aku tanya, dia dah geleng dulu. TV tu minah tu yang bukak okay. Dah aku nak solat Subuh. Aku pelankan sikit TV. Bukannya minah tu tengok pun. Dia dok tidor terlentang, dengan kepala membelakang kan TV.

Elok aku mula solat. Aku rasa-rasa, macam volume TV dikuatkan. Tapi aku anggap aku salah. Makin lama makin kuat. Keji gile ko oi, aku solat senyap2 kot, ko dah kenapa kuatkan TV. Bukannya ko tengok punnnnn. Adoii hanginn tul aku. Nasib aku tengah solat(Nampak nau tak khusyuk). Kalau tak, ikut hangin aku mau jugak aku off terus TV tu. Lepas tu lariiikkk. Muahahaha. Time Yati solat pun, dia pun kena.

Satu je, kalau korang nak senyap atau privacy, pegi sewa bilik sendiri. Takyah duduk dorm murah. No irrelevant sounds were made. What do you expect? My fren and i fly to the bathroom? Mute the water splash? If you want privacy, and expect everything to be your way(specific;zero noise) rent a room. Don't bother to rent single bed(specific;dorm).

Demi mengelak kan memasing merungut. Dengan kadar segera kitaorang keluar bilik dan mulakan perjalanan, sambil berdoa "Ya Allah, semoga aku balik tengah hari karang dia dah check out la harapnyaaa. Aminnnn~"
Tehehehe.


Cheonjiyeon Falls


Ke air terjun, kitaorang jalan kaki. Jalan-jalan ambik angin laut pagi. Jalan agak lengang pepagi tu. Pukul sembilan sepuluh baru hidup semua orang.

Bahagian sebelah pagi kitaorang explore bahagian ke arah Cheonjiyeon Falls. Kat Jeju, ada bersepah patung-patung orang. Awal-awal dah speku, gamaknya jin kat pulau ni kot. Macam kat Bali bersepah patung-patung macam pengawal(tak pernah lagi jejak Bali tapinya). Memang ye la pun, baca info kat situ, patung-patung ni ala-ala penjaga.

Air terjun dia, memang dia reserve. Ko tak bole mandi-manda. Depa jaga gituh. Kalau kat Malaysia aku rasa, mau la kot ada manusia terjun dah.

Masa kitaorang sampai situ, sampai serentak dengan rombongan budak sekolah. Aku cari-cari jugak kot ada yang muka kacak cam retis kuria dalam drama khenn. Haram le ada yang serupa. LOL. Kecewa la juge, tak macam dalam TV. Ahahah. Sakan masing-masing ambik gambar. Jenuh  aku dengan Yati bersilih ganti ambik gambar. Aku tak minat sangat ambik gamba sorang, tak reti aku bergambar sorang. Beria aku yakinkan Yati mintak tolong bebudak sekolah ni ambikkan gambar kitaorang berlatarkan air terjun femes ituh.

Pencerahan ye, English bukan lah bahasa yang biasa bagi mereka. Jadinya kebanyakan orang Korea agak cuak kalau orang asing mendekati mereka atas kecuakan nak hadapi bahasa Inggeris. Aku pun bukannya pro sangat, asal mesej sampai sudah la oppa.

Aku tengok ada budak rupa nerd, spec kemain besar. Aku bajet dia sure ada seni ambik gambar dan paham omputih, aku pun mintak tolong dia. Semangat budak ni suruh aku dengan Yati sedia. Aku pun dah tersengih-sengih lebor dah. Yati dah berpeace bagai.

Nerd kuria: okayyy onee twoo threeeee (dengan slang kuria dia)

Tanpa berlengah kitaorang cakap terima kasih dengan penuh gumbira "kamsahamnidaaa!" sambil sambut handphone dari tangan nerd kuria tu.

Yati: Yana, bukak2. Nak tengokkk

Dengan penuh teruja aku pun bukak gamba hasil snap budak tadi.
"Eh?! Hek eleeeeeeeeeeeeee~"

Penuh muka aku dan Yati dalam gamba. 99%  imej terpapar memang muke aku dengan Yati sebesar-besar alam. Air terjun sepersen pun takde.
"Ini tangkap kat bilik kat Malaysia pun boleh, tak payah datang kuria pung~" Kecewa jangan kata. Spec itu hanyalah trend. Aishhh.


Oh, masuk sini kene bayar.


Jung-mun town

Sebelah tengah hari, ke Jung-mun kita pergi. Segala mak nenek teddy bear museum la apa la, boleh kata dekat area sini. Tapi kitaorang tak pergi situ.

Kitaorang ke Jung-mun naik bas tambang. Bas 780. Kalau korang nak mudah bertanya kulu-kilir, bawak la nama tempat korang nak pergi tu dalam tulisan depa( Tulisan Korea). Kalau depa tengok tulisan rumi ko, ibarat macam ko tengok ayat quran di rumikan. Kan ke lain bunyinya bila ko baca ayat quran guna huruf rumi A sampai Z tu. Gitu umpamanya.

Kemasinan air laut terasa, walau pantai jauh lagi. Kata Yati, jom kita pegi tengok pantai dia. Kata aku, "Ko biar benar Yati, aku tengok laut nun kecik je kat mata aku ni". Dek nak kasi hati dia puas aku layankan aja.

Agak-agak dia rasa semacam setelah dalam 40 minit berjalan, baru dia "macam jauh je Yana" . Pun boley Yati. Hoho. Aku rasa cam tak jauh dah sebenarnya, tapi aku tak nak gamble masa maka kami de tour.

Jalan dalam kawasan perumahan kat Jung-mun. Memang aman damai. Kat kawasan sini rasanya lebih kampung berbanding Seogwipo. Buah limau jangan kata la, merata-rata ada.

Kalau iman takde, gamaknya terpetik satu dah. Muahaha.

Kome jangan petik. Bukan barang kome, jangan diusik. Esok kene cari tuannya esok kat padang mahsyar, jenuh kome.








1 comment:

Unknown said...

Nice blog :)
Jemput dtg ke blog saya juga di http://feyrul.blogspot.com
terima kasih ye