Tengah feeling-feeling ingat zaman haji 2011 walau skang dah 2014. Mentara ada umur berazam nak coretkan sampai abis. Tapi takde mood. Eh?! Ya Allah dah 2015! 2016? Fuh

Saturday, April 05, 2014

Day 1: Hari terbang-terbang


23 Oktober 2013, Rabu

LCCT airport, 7.00 am

Subuh-subuh bangun kebingungan. Tengok jam tangan. Pejam celik pejam celik, aku tenyeh mata aku banyak kali. Jam udah pukul 6! Gate check in bag tutup pukul 7!

Aku tumpang tidur rumah kawan aku. Memandangkan abang ipar dia nak hantar ke airport. Ramai-ramai le terbangun lambat, konon nak bangun pukul 5. Harammmm. Scene lambat-lambat ni macam tak sah kalau takda dalam hidup aku. Kesian kawan aku terpalit dengan nasib hidup aku.

Sampai airport ya ampun, berlari tak cukup kaki. Kalut lak, aku rabun-rabun ni susah nak cam benda dalam kawasan sesak. Aku nampak akak staff air asia baju merah, terus aku tanya

"Tumpang tanya. Akak mana nak check in bag??" lelah nafas aku
"Flight apa ya?" tanya dengan mesra 
"Seoul"
"(Pause sesaat dua menarik nafas gaya seperti menahan marah lalu. .) Awak tahu tak jam pukul berapa? Gate tutup pukul 7. Cepat pergi."

Kena marah aku pepagi buta. Padan muka.

Berlari pulak ke kaunter check in bag.
'Aisehh! Abang long punya beg belum wrap!'
Aku pinjam beg abang ipar aku, ada la dua tiga kali dia pesan kat aku suruh wrap.

Aku dah tak keruan, ke kiri ke kanan kaki aku sambil tengah queue tunggu giliran check in bag. Ada brader Air Asia kat tepi tu

"Tumpang tanya bang, nak wrap bag kat mana?"
"Sana tuu (tunjuk arah  berkumpulnya orang berbaris nak wrap bag masing-masing). Adik flight apa?"
"Seoul"
"Tak sempat dah adik. Kaunter nak tutup dahh" sambil senyum.
"Abih tu camana. Tawakal je ke??"
"Tawakal je le dik" aku memang selawat bagai lah nak hantar beg masuk.

Aku pegang kata brader tu. Huhu. Tapi Mirah ada cakap, kalau kat Korea keselamatan beg memang tip top. Tak macam kat Malaysia, ada kes koyak2 beg, barang dalam beg kena cilok. Kira kalau masuk Korea, insyaAllah selamat. Tapi kalau beg ko masuk Malaysia, itu. . . .

* * *

Dari LCCT ke Incheon airport.  Dalam 8 jam tempoh penerbangan. Aku memang tak senang hati dari KL lagi. Lepas sampai Incheon airport kene pergi Gimpo airport untuk pergi Jeju. Tiket Jeju pukul 7 lebih. Aku sangat cuak kalau urusan ambil beg makan masa banyak takut tak sempat kejar ke Gimpo lalu tiket Jeju dot dot dot lalu kami mahu tidur mana. 

Cis begini rupanya perasaan orang yang uruskan jadual perjalanan. Ku tidak mahu lagi perasaan begini, tapi orang yang uruskan perjalanan, pengetahuan dia terpahat dalam memori lebih sikit dari orang lain. Hihihi. Untuk hari pertama dan kedua, kita orang hidup berdikari. Member ku Mirah hanya boleh join pada hari ketiga.


Incheon airport to Gimpo airport


Alhamdulillah, idak la jauh mana. Guna pakai train dia, A'REX . Ticket machine dia pun bole la kata mesra alam. Tapi kami gelabah sangat kan, sampai pakcik Kuria yang kebetulan ada kat machine tu pun bersungguh-sungguh tolong, macam tolong orang buta huruf beli tiket. "Selow selow" kata pakcik Kuria sambil tersengih-sengih menengokkan semua button atas screen tuh jari aku nak touch.

Dah habis dapat ticket, baru mata aku bole brain, ada english translation la dey. LOL. Takpe lah, kalau aku sedar awal-awal mesti aku takde can bermanja dengan pakcik kuria. LOL.
Dalam 40 minit, dari Incheon ke Gimpo. 



To Jeju by Jeju air

Kitaorg masuk plane disambut oleh pramugari pramugara yang kacak dan jelita. Ini memang kacak macam pelakon Korea bukan exaggerate. Masa plane baru nak take off, macam biasa depa akan ajar langkah-langkah keselamatan bila kecemasan. Aku plak dah biasa perangai peghak(kat trip lain rasanya aku snap selamba je gamba steward/ess), aku nak snap la gamba pramugari yang memang jelita macam pelakon park shin-hye. Tengah dia nak sarung jaket keselamatan, tatkala ternampak aku dah acu kamera aku, terus dia jegil mata sambil geleng bersungguh tak kasi aku snap gamba dia.
Malu aku. Terus simpan kamera, berlakon ngantuk dan tidur. Hahaha. Mirah ada cakap jugak, orang Korea tak suka gambar mereka diambil. Yang aku tau, lepas kes pramugari tu buat muka tak senang dengan aku( dia marah-marah pun muka comel lagi. Bole?) sepanjang penerbangan, dia tak lalu dah area seat aku. Seat aku tu tengah-tengah body plane, cam tak logik langsung dia tak lalu area aku. Tak tau ar kalau shift dia dah abis dia dok lepak kat pantry ke kan. Ke dia ngeri dengan aku? Hikhikhik.


Jeju ke Seogwipo

Dari Gimpo airport ke Jeju makan masa dalam sejam je. Tiba Jeju dalam sembilan malam jugak la. Dari Jeju airport nak pegi Seogwipo, kitaorang ambik bas limo. Murah ar tambang dia, tapi aku tak ingat berapa. Hihihihi. Murah la yang pasti senang pun senang. Kalau aku tak salah 5000 won per head. Nak ke Seogwipo ada le 40 minit lebih. Sempat la lelap-lelap dalam cuak takut terlepas stop. Hahaha. Cuak menda, bole tertido-tido lak.



Sampai sini dalam jam sebelas. Tapi tapi tapi, suasana sangat aman. Bayangkan, jam dah nak tengah malam, tapi relak je ada mak budak ni bawak baby dia jalan tepi jalan tu. Kalau kat Malaysia, bole jadi berita muka depan esoknya. Aku tanya Mirah, kata dia memang crime kat Korea rendah. Ko tau aku pegi makan fast food LOTTE RIA tu, ada orang book meja pakai handbag ko tau. Orang nya entah ke mana. Kat malaya ni jangan kata tinggalkan barang kita, barang kita depan mata, kita toleh kiri sesaat, toleh depan balik, tau-tau tiada sudah. Over aku cerita, tapi itu la umpamanya.


Pukul 11 setengah malam kitaorg sampai motel, nak kata sesat tu takde la sesat, tapi sesat le jugak. LOL.


Kalau korang banyak duit banyak masa. Aku suggest korang dari KL pergi Busan kemudian Jeju, dari Jeju pegi Seoul. Atau pun terbalik. Seoul->Jeju->Busan. Dapat cover semua tanpa perlu pusing-pusing. Route kitaorg ni dah macam dari Johor(KL) pergi Perlis(Seoul) dari Perlis pergi Singapore(Jeju). Tapi tang ticket flight murah sikit la, sebab time aku pergi tu, ticket pergi Jeju dari Busan agak mahal sesangat berbanding dari Seoul.

'Bila aku sebut pasal won, korang buang tiga angka kosong kat belakang, korang darab dengan tiga. Dapatlah nilai ringgit Malaysia. 5000 won-->5-->5x3= 15 hengget'


Satu hari suntuk berkejaran je kerjanya.

No comments: