Tengah feeling-feeling ingat zaman haji 2011 walau skang dah 2014. Mentara ada umur berazam nak coretkan sampai abis. Tapi takde mood. Eh?! Ya Allah dah 2015! 2016? Fuh

Wednesday, April 02, 2014

Impromptu KOREA

Sekitar awal bulan June 2013

Aku merewang-rewang masuk laman web udara Asia. Aku tertarik dengan Korea. Takda sebab jadi toksah tanya, sebab takdak sebab. Aku tanya-tanya akak-akak abang aku, niat mahu ajak ke Korea. Cuti keluarga harapnya. Tiket paling murah aku jumpa 700+ pergi balik. Cun.

Aku bukan le peminat k-pop dan idak le pulak kipas susah mati k-drama.

Tapi sorang pun endah tak endah je dengan ajakan aku. Mungkin sebab ajakan aku macam tak berapa serius.


Masuk bulan Julai 2013

Di tengah malam buta, di ruang tamu along. Aku dapat ilham. Terus aku cari laptop, bukak laman web udara Asia. Aku tengok tarikh-tarikh logik untuk pergi merantau, aku catat tarikh2 tiket murah. Suai padan tarikh pergi balik. Dalam sejam lebih aku teliti, dapat tarikh. Terus aku text kawan aku. Kawan yang mana? Kawan opis? Kawan sekolah? Kawan UM? Satu nama terlintas, terus aku tanya malam tu.

"Nak g Korea tak? "

Yati balas on the dot di mukabuku. Asalnya aku nak ajak aje malam tu, tapi kata hati gatal je nak ajak terus beli tiket malam yang sama. Ye lah tiket tujuh ratus dah terlepas, ngeri plak nak lepaskan tiket lapan ratus. Yang syoknya tu, Yati terus setuju beli tiket malam tu. Hohoho.

Bulan sepuluh. Tarikh 23 Oktober sampai 27 Oktober. Tiket dalam 800+ pergi balik.


Tengok muka bumi Allah

Objektif aku nak pergi ke sana, nak jenguk kawan aku dan tengok muka bumi Allah di belah sana. Bunyi objektif macam banyak pengaruh cerita islamik indonesia. Mungkin agak poyo bunyi nya, tapi memang itu la niat aku. Idak terlintas di hati untuk masuk tempat permainan ke hapa ke lotte ke apa ke, haah betul la tu i am so yesteryear and a boring person. Muahaha.

Aku usulkan niat sebenar aku pada Yati. Ye lah ko nak merantau dengan orang ko kene nyatakan cita-cita kau(walau pun planning ke Korea pun macam impromptu trip, muahahahaha cita-cita konon, pui).


Study Korea

Sepanjang sebelum tarikh bertolak, memang kena buat banyak bacaan. Aku banyak refer ke forum untuk info tempat tinggal, transport, route, makan. Pergh most nites tidur pagi buta, baca forum sambil mencatat dengan mata merah berair menahan cahaya silau laptop.

  • Rangka perjalanan:

23 October
KL-> Incheon airport ->Gimpo Airport->Jeju Airport-> Jeju island
24 October
Jeju,Seogwipo(tido kat sini); Cheonjiyeon falls->wandering around Jungmun town->Cheonjeyeon falls->Seogwipo town (actually aku nak pegi Seongsun sunrise peak subuh2 tapi. . .tapi puas ar satu hari jalan kaki/naik bas bahagian selatan jeju. Kalau nak cover the whole Jeju kene seminggu kot lol. Jadi ar pijak sehari, esok orang tanya "oi ko ada pi Jeju ke?!" bole ar aku pekik balik "ada!!" lepas tu orang tu balas "huiyoo! berapa ari ko kata sana?!!" aku pun bole la jawab dengan yakin "SEHARI!!")
25 October
Jeju airport->Gimpo airport->Seoul->Namchang-dong(tido Seoul Backpackers)->jumpa member dia bawak tour around namdaemun/myeongdong/bawak makan kedai Korea yang femes->Gyeongbokgung Palace->Itaewon(hari Jumaat yang sangat best!)
26 October
Namdaemun market(cari souvenire)->Nami island->Sillim-dong(tido rumah member on the final nite)
27 October
Sillim-dong->Gimpo airport->Incheon airport->KLIA (hooreeyy! tak berapa nak hoorey sebenarnya hari kitaorg balik cuaca agak Allahuakbar)

  • Budget:

Perbelanjaan ni memang untuk manusia yang dalam tight budget, solo, perut kental, #apapuntakkisah. Kalau ang kaya, silakan berbelanja ikut keselesaan ang. Jangan banding dengan aku yang dot dot dot. Hoho.

(Kiraan kasar)
Ticket; +- seat charges/food/luggage:
RM 900+ (per head)
Expenses; motel/food(ari jumaat je aku hadap makanan2 korea)/souvenire/transport(subway/bus/Jeju flight) :
RM1K+-(4 days 3 nites)

Korang nak dapat less than 1K pun boleh. Pepandai cari tempat tido murah. Tang makan bole control. Souvenire tak yah beli(jangan le kejam sangat tak bawak buah tangan langsung T-T. Aku paling suka kalau family aku pegi tempat-tempat jauh, depa balik aku harapkan sesuatu, paling simple pun coklat).

Masa aku round forum nak cari info, ada forumers dapat tiket MAS dengan harga 500+ pergi balik. Pergh jealous toksah cakap. Jimat berapa ratus dari aku tuh?!


Nak sedapkan hati aku kata dalam hati, 'takpe ko dapat tiket 800+-, tarikh cantik, kalau 500+- tapi kena duduk korea seminggu lebih ranap jugak duit ko tido motel bagai. Bijak bijak'.
Sendiri cakap sendiri puji.


No comments: