Tengah feeling-feeling ingat zaman haji 2011 walau skang dah 2014. Mentara ada umur berazam nak coretkan sampai abis. Tapi takde mood. Eh?! Ya Allah dah 2015! 2016? Fuh

Sunday, July 13, 2014

Korea to End

Laptop kene curi, mungkin dosa sebab marahkan minah kuria tu 
Sekarang kene cari peraduan yang hadiahnya laptop.
Pun boley.

Day 2 continues
Kitaorang sambung perjalanan ke Cheonjeyeon Falls. Ada tiga air terjun. Yang pertama boleh nampak air terjun kalau hari hujan lebat. Mesti sangat cantik kalau nampak air terjun yang pertama tu. Pemandangan dia, fuh breathtaking, Subhanallah.









Semput jugak mendaki. Si Yati energetic lagi, kemain ko kan. Dah sihat ang tinggalkan aku kan. Mengah aku mengejar. Memalukan jugak, orang-orang tua relak je mendaki tangga, aku pun cover-cover jugak. Mengah tapi cover mulut tak kasi bukak besar sangat. Bwahaha. Takde orang,
baru bernafas bagai nak rak. Kuikuikui. Tak larat aku eh, aku rehat tepi. Si Yati tiba dulu, kat atas tangga. Dia pun suruh aku jangan bergerak nak ambik gambar katanya. Tak payah suruh, memang aku tak bole bergerak pun masa tu haha. Tetiba pakcik Salleh tumpang sekaki tepi aku, dia nak masuk gamba. Dia ingat aku berdiri kat situ semata nak bergamba gamaknya. Padahal . . . .i generasi yang tak jaga kesihatan pakcik.


Pemandangan dia memang .. MasyaAllah.. Lama juga kitaorang kat situ. Terpana dengan alam semula jadi. Dijaga dengan baik sekali. Masuk sini berbayar, 5000 won sekepala tak salah aku. Berbaloi.
Minum kopi panas sambil hirup udara dingin. Fuhhhh. Nyaman.. Balik ke Seogwipo naik bas semula. Bertembung dengan budak Korea yang pernah belajar dekat Malaysia. Dia cam kitaorang Malaysia sebab ''cause u guys wear the head cover", gitu.Excited dia tegur kitaorang.
Rindu Malaysia mungkin.

Ada hikmah dia tegur, dia memudahkan kitaorang cari bas tambang yang sepatutnya. Sebab tak semua orang Korea bole berbahasa Enggerish. Alhamdulillah. Dia yang susah hati. Aku dengan Yati ni mindset, survive mana boleh. Explore katanya. Kekeke.


Malamnya, jalan-jalan tengok suasana malam Seogwipo. Pukul 10 malam pun masih nampak budak sekolah lintas jalan. Tak bole brain aku dengan budaya Kuria. Mirah ada cerita, budaya kerja kat sana. Selagi ketua ko tak balik, ko tak bole balik. Pergh. Sana memang kuat lah dia punya hierarchy. Asian kan. Sepanjang pengalaman kerja aku, bekerja dengan company mat salleh macam bekerja dengan family, ko tak bole buat takpe kita fikir penyelesaian, gitew. Kalau kerja dengan company asia, termasuk la Malaysia. Ko tak siap. Mampus. Tak semua la. Certain je la. Padahal kerja baru setahun jagung ada hati nak condemn.


1 comment:

mariam aziz said...

Seronoknya jalan2 ke n2gara luar..blog yg bagus utk minta tips dqn cara nak survive kt tmpt orang...
Jemput lawat blog akak ye..www.ummiairin.blogspot.com..