Friendship is always a sweet responsibility, never an oppurtunity.
aku jumpa di blog org.ceritanya pasal kawan2.
ya.aku tak tahu kadang-kadang.aku selalu soal pada diri.
kalau waktu itu aku dalam krisis.aku akan kata.
'lagi bagus jadi kera sumbang'
aku tak tahu aku bercakap dengan niat atau sekadar lepas geram.aku pun tak pasti.ade org kata, kita masih boleh hidup tanpa kawan.em memang boleh.tapi kita mungkin akan rase suatu masa nanti 'something is missing somewhere'.
-----------------------------------------------------------------------------
aku seorang yang menyesuaikan diri dengan orang.kalau orang itu begitu, aku pun begitu.kalau org ini begini, aku pun begini.Aku cuba ikut cara orang yang aku bersama aku.Hasilnya?
kawan: awak boleh masuk dengan semua orang ek?
-----------------------------------------------------------------------------
agak letih.bukan agak, memang letih.kalau sesuatu terjadi, kalau pendam, aku yang makan hati, tapi aku tak berdendam.tak pernah ada rasa nak membalas.Tapi kalau lepas, gaduh jadi habuannya.yang mana satu? dulu aku lebih senang diamkan diri.Kadang-kadang orang bercakap tanpa sedar, jadi tak boleh nak salahkan dia kan.ke boleh?(sengih)
sejak aku masuk U, aku mudah lepaskan perasaan. Terpulang juga pada orang yg sedang aku bercakap.Kalau keras hatinya, keras lah aku balas.Kalau sinis katanya, sinis lah aku balas.Hah, banyak memori aku rase baru-baru ini.Mungkin aku terpengaruh dengan benda yang menumpang dalam badan aku.(angkat kening).mungkin.
Tapi jauh di sudut hati, orang yang suka menyakitkan hati aku lah yang banyak aku simpan kenangan.(senyum).kenangan bergaduh.ha3.Sejak aku sedar kehadiran pendatang tanpa izin dalam aku, aku mula sedar diri dan cuba jadi yang dulu.Pendam lebih baik mungkin.Sekurang-kurangnya aku tak meninggalkan kesan torehan yang tidak dilihat mata kasar dan tidak mungkin dipadam dgn maaf.
------------------------------------------------------------------------------
Satu sahaja yang aku pegang, aku tak boleh ubah kawan-kawan aku.Ubah diri sendiri .lebih mudah.kan?.
------------------------------------------------------------------------------
kau cuba lah bercakap dengan dia
tak nak lah.saya dgn dia memang tak masuk.awak boleh la, senang masuk dgn semua org.
bukan kau tak masuk, kau tak pernah cuba nak ikut gaya dia.lain orang lain gaya.mana boleh kau pakai gaya kau dengan dia.Dia tu keras hati, kau cuba ikut flow dia. Aku ni nampak macam senang masuk dengan orang, tak jugak sebabnya aku cuba ikut gaya org tu.Ade org suke seorang pendengar, jadi aku dengar je lah, ade org suke penasihat, jadi aku bagi ar nasihat.
-------------------------------------------------------------------------------
dia tak tahu, kadang-kadang aku ada kurang bersetuju dengan cara dia tapi dia tak nampak, aku tolak cara halus. Aku ada juga rasa tidak puas hati tapi aku diamkan.kiranya.aku ni bukan lah senang masuk dengan orang.(sengih).
3 comments:
Abis tu, nak diam ke nak buat bising ni?
Terima kasih entri ini. Saya belajar sesuatu darinya. Salam :)
ami,
tgk situasi la ami :)
bunga rampai,
sama2 ;)
Post a Comment