Tengah feeling-feeling ingat zaman haji 2011 walau skang dah 2014. Mentara ada umur berazam nak coretkan sampai abis. Tapi takde mood. Eh?! Ya Allah dah 2015! 2016? Fuh

Tuesday, December 25, 2007

4 perkara utk sihat

Empat perkara menguatkan


1. makan daging
2. memakai haruman
3. kerap mandi
4. berpakaian dari kapas


ulasan aku:pakai haruman.tarik perhatian org.jadi aku tak buat.makan daging aku tak buat.aku suke ayam.hm..


Empat perkara melemahkan badan


1. banyak berkelamin (bersetubuh)
2. selalu cemas
3. banyak minum air ketika makan
4. banyak makan bahan yang masam

ulasan aku: aku kene kurang gelabah

Empat perkara menajamkan mata

1. duduk mengadap kiblat
2. bercelak sebelum tidur
3. memandang yang hijau
4. berpakaian bersih

ulasan aku:hm bercelak.aku kene cube

Empat perkara merosakkan mata

1. memandang najis
2. melihat orang dibunuh
3. melihat kemaluan
4. membelakangi kiblat


ulasan aku: tak tak.aku tak buat

Empat perkara menajamkan fikiran

1. tidak banyak berbual kosong
2. rajin bersugi (gosok gigi)
3. bercakap dengan orang soleh
4. bergaul dengan para ulama

ulasan aku:mulai hari ini aku kene tanye sebelum mule berckp dgn:"AWK RASE AWK ORG SOLEH?".*nampak nye ramai org yg aku kene tinggalkan nih

4 CARA TIDUR

1. TIDUR PARA NABI Tidur terlentang
sambil berfikir tentang kejadian
langit dan bumi.
2. TIDUR PARA ULAMA' & AHLI IBADAH
Miring ke sebelah kanan untuk
memudahkan terjaga untuk solat malam.
3. TIDUR PARA RAJA YANG HALOBA Miring
ke sebelah kiri untuk mencernakan
makanan yg banyak dimakan.
4. TIDUR SYAITAN Menelungkup/tiarap
seperti tidurnya ahli neraka.


ulasan aku:kalau tido. aku selalu mengiring ke kanan.mencuba utk ikut.AH!tapi esok nye bangun entah sunnah sape aku ikut !

Tuesday, December 18, 2007

Cerita:banyak


:jahat

puas buku hasil karya penulis itu aku tatap.tebal.lenguh pegang.
page 196.nombor 196.(aku sebut sekali lagi.menghafal muka surat yg aku berhenti.)
lalu bangkit dan bergerak ke dapur.tv ku buka.sambil berdiri 3 jengkal dari kaca tv.tgn aku ligat menukar-nukar siaran.
3.hm...(kedengaran bunyi tapak kaki emak ke dapur jugak)
2.(alamak ade forum!lekas aku menukar siaran )
1.(alamak dunia hari ini!!)
8.(fuhhh..)

-----------------------------------------------------------------------------------
:penyakit

aku byk mulut.kate teman rapat.
aku pendiam. kata org asing itu.

kalau ade cerita yg aku nak ceritakan .aku akan bercerita sampai tgn terawang2 ke udara.mengajuk memek org dlm cerita aku.mmg sangat bersemangat.
tapi..
kalau tgh aku bercerita ade org menganggu.mood aku terus..
POFF!!
hilang.sekelip mata.dan aku akan terus berhenti bercerita.
biarpun..
cerita itu hampir habis.akan ku kunci mulut menggunakan password yg tak akan ada org boleh membuka nya.aku akan senyap terus lepas tu.
org yg mendgr akan suruh aku sambung.tapi aku akan buat2 ade kerje penting walau pun tak de.

-----------------------------------------------------------------------------------
:dia aku

aku duduk temankan mak aku tgk tv.tak de keinginan nak tengok pun cerita tuh tapi..
tengok je la..
dia.hush.matang dari usia.umur baru berape.da jadi businesswoman.aku bebel kat mak.mak dgr je.
tapi aku.aku rase macam aku adalah budak berumur 15 yg terperangkap dlm badan seorang pelajar U.hm..
dia terlalu matang..atau..aku kebudak-budakan??

-----------------------------------------------------------------------------------
:bila

byk yg berlegar dlm kepala aku.
YA.
aku kene lekas online.kalau tidak.semua lebuh.
itulah yg selalu aku alami.cerita byk.tapi bile dah sign in.
HM MALAS PLAK.TAK PER LA.
lalu aku bukak youtube tgk naruto.

mak di sebelah aku tgk da berdengkur halus.
aku tgk jam.lagi 5 minit ,jam 2230.
tapi aku tengok cerita tuh mcm tak nak abis.
bape lame lagi citer nih?!(desis hati.aku jarang ngadap tv.jadik aku tak tau)
aku kene pantas.

MAK.O MAK.BANGUN MAK.BYK NYAMUK KAT LUAR NIH.MASUK BILIK MAK.
KE MAK NAK TGK LAGI CITER NIH?(aku berbasa-basi kononnye aku sanggup temankan mak lagi kalau mak nak tgk cerite tuh.tapi aku tau .mak mesti tak nak. sebab mak da ngantuk.ngantuk SANGAT!)

-----------------------------------------------------------------------------------
:merepek

kesan dari bacaan novel hasil karya penulis itu.watak selalu merasakan dia adalah makhluk asing yg lalu dibela emaknya.

dulu..
aku selalu kate.
ENTAH-ENTAH.AKU NI ANAK RAJA.DA BESAR NANTI BARU DIAORG JEMPUT AKU BALIK.(mulut aku tersengih panjang.sangat panjang)

tapi..
sekarang.aku sayang family aku.kalau iya pun aku nih anak raja tak akan aku pisah dengan family sekarang.

kawan aku suke usik.
mane tau tuh anak raja.ha kan senang idup ko.

aku dulu seronok ar dgr nak masuk royal family.
sekarang nih aku tak nak.byk sgt protokol.aku da la pelupe.mcm mampu nak hafal sume bende alah tu pun.

takpe biar tak kaya.
tapi bahagiya.

Thursday, December 13, 2007

dari tempat jauh

kami ke situ ade tujuan..lame kami ke situ..
ade pak cik duduk situ..

mak cik aku hilang kejap
pak cik aku risau tak duduk diam
teleponnye cucunye sorang..

(bace nada baku ala2 bunyi melayu klasik skit)
pck:ha!nenek kau ke mana?
nana:ha mane nana tau(tempat dia bunyi bising2)
pck:kau kat mana tu?kerja ya?
nana:ha org kerja
pck:org?org mana?org kerja ka nana kerja?
nana:nana(dgn innocent)
pck:lepas tu kenapa kau bilang org kerja bukan nana kerja?

aku mendengar..haihh..blh tgh gelabah merepek2
(dia tgh marah sbnrnyer pastu cucu dia plak asak2 tanye nenek dia ke mane pade atuknye)

pck:kau tanya atuk.. nenek kau ke mana ya..eh kau dengar ya,dengar ya.sini ada berapa hospital.ada berapa?kau telepon satu satu kau tanye (name mak cik aku) ini org ada ka.

(dia perli cucu dia)

dari
Singapore

Tuesday, December 04, 2007

masuk kem



aku pegi atas permintaan org..katenye keje aku senang je..tgk mcm mane program berjalan dan tangkap gambar..

kem bebudak 4 ari..bebudak dari umur 8 sampai le 16
katenye aku dpt duduk chalet kalo pegi..

trbyg aku..chalet yg indah..hanya aku dan member ku sorang..yer bersuke ria

makanya..'DEAL!AKU PEGI!'

------------------------------------------------------------------
di hari kem..

aku diam..member ku juge..hm..lama kami terdiam dan berfikir..
WEH.
EM.
KO PIKIR APE YG AKU PIKIR?
(kami berpandangan)
UWAAA.MANE CHALETNYERRR??????

ah..indah khabar dari rupe..tak per..aku dah biasa terkene
-----------------------------------------------------------------

ops!..

bile aku bosan..dari aku duduk tgk depa buat aktiviti ..aku join depa..dan ade sorang budak nih menarik perhatian aku..ye..muke nye muke slumber..sgt slumber..tatkala org sibuk siapkan kerje yg disuruh..dia dgn lapangnya dan tanpa gundah gulana.. duduk santai melihat kawan2 barunya tungkus lumus buat keje..aku suke tgk muke budak tuh..umurnye 12..tapi aku tak tau kenapa...

ye!muke dia mcm muke member lame aku kat matrik!
aku bagitau member aku ..member aku pon ckp iye..dan lepas tu aku asyik peratikan dia..member aku kate..(hai ngan budak kecik pun hang nak intai ke?)..aku (ceh!)
maka aku decide nak intai namenye mase tgk aku dok tangkap gambar depa tgh colour bendera group masing2.puas aku nak intai name tagnye!lame..mate aku tertancap pade name tagnye..kabur..

tu le masalahnye..nak ngintai tapi tak pakai spec..tapi tak pe tu bukan penghalang..
ye aku nampak!
MUHAMMAD ZA'IM MUHAMMAD Z....

oo..zaim..aku dialog dlm ati je le..sibuk dia ngaler bendera tuh dgn perasaan malas tak terexplain..dia kutip botol watercolour buncho letak belakang dia..pastu kutip lagi warna lain..letak lagi...warna nye idak...

aku pun sambung balik tangkap gambar..aku lalu belakang budak tuh..lalu..
PAP!botol buncho tu tergolek kene sepak ngan aku..pantas aku terjerit

ZAIMM!!(herk?!)
budak tuh terkejut aku jerit name dia.cepat dia pusing belakang tgk aku yg tgh terbongkok keras dari atas ke bawah.terkejut barangkali.sbb aku tau name nye.padahal berckp pun tak pernah.

---------------------------------------------------------------

shin chan junior..

keje aku duduk di tepi majlis dan tgk bebudak..diaorg nih buat keje kat atas lantai yg berlapik kain guni khemah yg besar bawah bumbung yg bertian 8.depa panggil nih dewan.tepi dewan nih ade sungai..cantik gileee.bersih.org tuh kate blh buat minum..tapi tak per la aku tak dahagakan lagi air sungai..

tgh aku duduk tgk depa buat keje..diaorg kene tangkap ape2 jenis binatang yg wujud kat sungai tuh..lepas tuh depa kene lepas kan balik..dan ade le satu group nih dia duduk berdekatan tempat aku ..

shinchan:abg kite kene lepaskan ikan nih ye?(merujuk pade ketua dia pade bekas ikan yg dia pegang)
budak 1:(seluk bekas ikan.nak pegang ikan kononnye)
shinchan:woi jgn le!kesian ar dia!
budak 1:(tak kisah.dia seluk jugak)
shinchan:JGN AR!!TGK DIA MENGELUPASS DA!!!(marah budak tu dgn yakinnya)

aku diam..hm..sesuatu..

ketua:umar bukan mengelupas.menggelupur.(mulut tersengih)

*group depa nih bercampur umur..umar (shin chan) tu umurnye 8.ketua nye 16.budak1 umurnye 11.
*aku sembang ngan sorang cikgu pengiring kat sini.umar tuh katenyer genius tapi tuh ar ayat tunggang tebalik kekadang. budak tuh umur 4 taun ngadap ensiklopedia.english ye harap maklum.

-------------------------------------------------------------

belanja?..

diaorg kene berjalan pegi ke satu tempat yg lagi tinggi..tapi tak ar sampai air terjun nye..so kire atas skit dari sungai kat kem..bawak depa..walaupun aku tak de keje.tapi aku risau gak tgk bebudak nih..tau ar bebudak..mcm tak penah tgk air..so aku sekor je yg ikut satu group budak laki nih sbb depa nak tempat lagi dlm katenye..kire nyer aku je yg jaga area depa mandi..pastu aku nampak member aku dari jauh dah ayun2 kan kopok lekor..

PERGH!sedappppp..aku pun pesan..
korang jaga diri..cikgu nak g sane jap!(depa panggil aku cikgu)

tak sampai lagi kat tempat kawan aku duduk..ade bebudak nih berjalan nak naik ke atas (nak beli makanan kot?)..aku gelar kawan aku A ar..

A:li depa mintak ko belanja.
aku:ha?(cepat aku toleh ke arah bebudak tuh.zaim pun ade.ceh nih lemah nih.ade budak aku suke tgk dlm 3 org tuh)

maka..

EM KORANG NAK MAKAN APE?
bebudak: HA!BETUL NAK BELANJA?
aku:YER LA.JOM

kat kedai..
cam biasa ar ..ade air,kopok lekor,nugget,sosej,dan seumpamanya..

aku:KORANG NAK APE?
bebudak aku tgk dah terkulat2..aku pun kutip satu2..sosej.ketam.nugget.sume serbe satu.budak2 nih tercengang..

hehe..aku suke tgk ekspresi mcm tuh..aku tambah lagi..
ZAIM ORDER KOPOK LEKOR 3 RINGGIT.
(satu 10 sen.)

bebudak:BIAR BENAR.BYK TUH.
aku:nak air ape?
bebudak:tak per ar.
aku: abg milo 2 .bandung 2

aku tgk muke bebudak nih da tak sabar nak makan.tak kisah duit abis.asal depa sronok suda

---------------------------------------------------------------


bersama yg bawak bebudak tuh..cikgu pengiring..umur sumer 40+.aku ngan member aku je cam ala2 remaja..ngan fasilitator..tapi pangkat aku ngan member ku kat kem tuh lagik tinggi dari cikgu pengiring..(hehehe..mulut tersengih)