Tengah feeling-feeling ingat zaman haji 2011 walau skang dah 2014. Mentara ada umur berazam nak coretkan sampai abis. Tapi takde mood. Eh?! Ya Allah dah 2015! 2016? Fuh

Sunday, January 24, 2016

Tanda-tanda anda dah bersedia untuk berkahwin

Dalam organisasi kami, engkau lah tukang reserve segala facilities, engkau lah tea lady, engkau lah business analyst, engkau lah tukang tulis report dan entah apa lagi yang boleh kau boleh lah.

Hari tu ada meeting dengan client. Kami tak ada tea lady. Maka aku lah tukang buat kopi memandangkan aku yang organize meeting untuk hari tu. Aku buat kopi O. Gula aku letak bekas asing, sebab ada orang suka pahit ada orang suka manis, jadi suka hati kalau depa nak manis pepandai sendiri letak.

Sebaik aku letak kan dulang di atas meja meeting, maka sorang pegawai perempuan bersuara. Aku kira beliau sebaya aku, tapi aku percaya dia fikir aku lebih muda daripada dia.(Mungkin kerana statusnya yang sudah berkahwin).

"Wah. Ini dah boleh kawin nih"





G.i.l.a. Kalau begitu. Darjah satu aku sudah boleh kahwin.

Sunday, August 09, 2015

Garden wedding


Pegi majlis kawin member skolah dulu. Majlis nya dibuat waktu malam.

Sampai majlis, tengok gaya macam garden wedding. Aku yang kekampungan nih baru jejak kaki dah rasa nak angkat kaki.



Pegi kenduri kawin nak tangkap gambaq,
Gambaq pengantin takdak. Huahuahua.

Saturday, August 01, 2015

Komunikasi yang gagal

Heri macam baby dalam department aku. Walau dia muda setahun je dari aku, kebabyyan (salah sebut lain jadinya nih) menyebabkan satu department layan dia ibarat adik manja semua orang.

Di waktu petang yang sangat damai (sangat damai sebab bos takdak hakhakhak). Masing-masing baru lepas bersantap jamuan free department bawah, jadi kedamaian nya tak terkata lah. Jam hampir 5.15 petang, lagi 15 minit waktu pejabat habis. Tiba-tiba Kak Ask berbunyi, "Eh mana remote pointer Kak Ask?'

Pantas si Heri ni menyahut, " Abang Pend ambik kak". Sayup-sayup ke hujung bilik sana suaranya menjawab sambil dia tengah sibuk bergerak ke hulur ke hilir simpan apa entah,  tak pulak aku tengok, sebab aku tengah menunduk makan nasi lemak.

Kak Ask si manusia yang teliti, "Dia ambik tadi ya?"

"Tak pasti pulak saya kak, ye la kot dia ambik remote pointer tu tadi" , sayup-sayup ke hujung sebelah sana pulak suara dia.

Kak Ask si manusia ramah, "Oh Kak Ask tengok dalam laci dah takde. Ingat hilang tadi. Dia ambik buat apa?"

"Siapa ambik?" tanya Heri pada Kak Ask.

"Kan tadi awak cakap (pause macam maleh nak ceghita semula) "

"Ambik apa kak?" tanya Heri lagi. Sangat innocent mukanya.





Sunday, January 04, 2015

Selamat 2015



" Uih murah lah baju nih. Cantik jubah ni. Beli kak, bole buat baju tunang nihh."
"Tak yah. Akak dah ada dah baju tunang, tunang je takde lagi" 

Bersungguh benar gayanya dah ada baju tunang. Lol. Jubah putih beli masa zaman pegi haji. Semoga masa jumpa jodoh nanti, baju tu tak mereput lagi. Jimat duit haku.

Eh? Boley? Pun boleyyy

Aku dah mula masuk fasa telinga sensitif. Zaman jadi programmer, kawan-kawan semua solo. Kau solo aku solo yeahaa muda lagi la kita ni. Gitew. Sekarang aku dah tukar kerja. Dekat tempat kerja kiri dah kawin, kanan dah kawin. Bila status ko solo, dah macam satu benda unik di situ.

Team aku tiga orang. Seorang sebaya aku, seorang lagi muda setahun dari aku. Mereka sudah kahwin. Kalau bertiga, aku lebih senang diam, jadi aku selalu dengar dialog ni bila team lain berborak dengan teammate aku

"HAH?! O u dah kawin?! mudanyaaa. HAH?! Dia pun dah kawin?!!
 LIYANA????? oh belum"

Telinga sensitif seketika. 
Eh telinga ke hati?


Tutt tutt tuttt.....(Talian putus)

Sunday, July 13, 2014

Korea to End

Laptop kene curi, mungkin dosa sebab marahkan minah kuria tu 
Sekarang kene cari peraduan yang hadiahnya laptop.
Pun boley.

Day 2 continues
Kitaorang sambung perjalanan ke Cheonjeyeon Falls. Ada tiga air terjun. Yang pertama boleh nampak air terjun kalau hari hujan lebat. Mesti sangat cantik kalau nampak air terjun yang pertama tu. Pemandangan dia, fuh breathtaking, Subhanallah.









Semput jugak mendaki. Si Yati energetic lagi, kemain ko kan. Dah sihat ang tinggalkan aku kan. Mengah aku mengejar. Memalukan jugak, orang-orang tua relak je mendaki tangga, aku pun cover-cover jugak. Mengah tapi cover mulut tak kasi bukak besar sangat. Bwahaha. Takde orang,
baru bernafas bagai nak rak. Kuikuikui. Tak larat aku eh, aku rehat tepi. Si Yati tiba dulu, kat atas tangga. Dia pun suruh aku jangan bergerak nak ambik gambar katanya. Tak payah suruh, memang aku tak bole bergerak pun masa tu haha. Tetiba pakcik Salleh tumpang sekaki tepi aku, dia nak masuk gamba. Dia ingat aku berdiri kat situ semata nak bergamba gamaknya. Padahal . . . .i generasi yang tak jaga kesihatan pakcik.


Pemandangan dia memang .. MasyaAllah.. Lama juga kitaorang kat situ. Terpana dengan alam semula jadi. Dijaga dengan baik sekali. Masuk sini berbayar, 5000 won sekepala tak salah aku. Berbaloi.
Minum kopi panas sambil hirup udara dingin. Fuhhhh. Nyaman.. Balik ke Seogwipo naik bas semula. Bertembung dengan budak Korea yang pernah belajar dekat Malaysia. Dia cam kitaorang Malaysia sebab ''cause u guys wear the head cover", gitu.Excited dia tegur kitaorang.
Rindu Malaysia mungkin.

Ada hikmah dia tegur, dia memudahkan kitaorang cari bas tambang yang sepatutnya. Sebab tak semua orang Korea bole berbahasa Enggerish. Alhamdulillah. Dia yang susah hati. Aku dengan Yati ni mindset, survive mana boleh. Explore katanya. Kekeke.


Malamnya, jalan-jalan tengok suasana malam Seogwipo. Pukul 10 malam pun masih nampak budak sekolah lintas jalan. Tak bole brain aku dengan budaya Kuria. Mirah ada cerita, budaya kerja kat sana. Selagi ketua ko tak balik, ko tak bole balik. Pergh. Sana memang kuat lah dia punya hierarchy. Asian kan. Sepanjang pengalaman kerja aku, bekerja dengan company mat salleh macam bekerja dengan family, ko tak bole buat takpe kita fikir penyelesaian, gitew. Kalau kerja dengan company asia, termasuk la Malaysia. Ko tak siap. Mampus. Tak semua la. Certain je la. Padahal kerja baru setahun jagung ada hati nak condemn.


Wednesday, April 16, 2014

Day 2: Happy feet continues


24 Oktober 2013, Khamis
  
Roda-roda asam garam gula di rantauan

      Subuh di Korea, tak terlajak. Fuiyo hoho. Siap bangun sebelum waktu lagi. Yati solat dulu, baru aku. Sambil tunggu Yati guna bilik air, aku duduk hujung katil sambil telek2 telepon. Bunyi le cebush-cebush air si Yati ni pakai. Sambil aku telek telepon aku perasan rumate kitaorang yang baring kat double deck sebelah dah terpusing kiri kanan macam tak senang tido dah. Banyak juga le terpusing-pusing nya. Aku buat dek je. Agaknya tak tertahan sangat, dia bangun dia tutup pintu bilik tu. BAM!(bunyi pintu bilik dihempas). Aku masih dengan telepon aku, purak-purak tak paham dengan apa jadi. Bab ignorant memang, bukan susah nak buat.

Malam sebelum..

"This is your room" owner motel bawak kitaorang sampai ke bilik. Lepas ditinggalkan, aku dan Yati pun melangkah masuk. Di depan kitaorang pintu bilik air, di sebelah kiri pula pintu bilik tidur. Laju tangan Yati tekan suis bilik, laju juga lepas tu dia off semula sambil bisik pada aku "Ada orang lah Yana!".

Makanya berjengket-jengketlah kami. Hatta angkat beg besar tu pun penuh hati-hati. Jam dah pukul dua belas, harus lah semua manusia tengah tidur. Bunyi yang kedengaran, suara kami berbisik, suara zip terbukak tertutup, suara plastik sikit dan nyek nyek (bunyi lantai kene pijak dengan hujung kaki). Kami tak solat lagi maghrib isyak lagi. Si Yati mahu masuk bilik air dulu. Aku tunggu Yati sambil duduk di hujung katil aku. Aku ambik katil bawah, Yati ambik katil atas.

Tatkala si Yati mencebush-cebush air, yang pada kiraan aku, takde le kuat sangat. Tapi si penghuni asing dah mula bergolek-golek kiri kanan. Aku dah sense something. Tapi aku tak tau kenapa aku pilih untuk ignore. (Kalau tak salah ingatan aku, sebelum tu pun dia dah berbunyi suruh kitaorang slow kan bunyi sebab dia baru nak mula tidur. Eh hello??? Kitaorang baru tiba, letak beg bagai bukannya kitaorang borak huha huha. Cess. Aku begini korang jangan ikut plak. Hehe).

Lama dia bergolek, gamaknya dia tengok aku pun buat buduh je. Dia bangkit dari baring lalu cuba bercakap dengan aku. Dalam patah-patah perkataan tu, aku paham kan dia mintak aku tutup pintu bilik yang separa terbukak, sebab bunyi dari bilik air kacau dia tidur. Aku pun tutup lah. Elok Yati pun keluar bilik air. Yati masih lagi dengan ketelitian tapak kaki dia memijak lantai, menjaga hati penghuni seorang tu. Aku yang tadi hati-hati, dah mula rasa koserr nak hati-hati bagai. Hehe. Tolong jangan tiru perangai tak elok, aku tak mau tanggung dose kome. Ekekeke.

Lepas aku keluar bilik air, selamba aku bercakap nada biasa bukan menjerit bukan berbisik. Kadar yang sesuai. Yati dengan penuh panik nya

"Slow sloww (Yati agak marah dengan nada aku yang tak menjaga)"
"Apasal? "
"Dia cakap kat Yati malam ni malam last dia. Jadi dia mintak kita slow2 supaya dia bole rehat. Dia cakap dia sakit kepala"

Aku dah sengih sinis. Sebab aku syak la minah ni bajet nak arah macam-macam. Aku pun korek bag trolley aku. Aku cari panadol. Kemudian aku sapa minah yang tengah sakit kepala tu

"Miss. miss. miss"
Lambat sikit minah ni respon. Bila aku dekat dengan dia aku panggil lagi, baru dia bangun dan duduk. Bingung dia, tetiba aku nak bercakap dengan dia. Time ni aku memang tengah abis husnuzon nih.

"I have medicine if you want" aku tunjuk panadol kat dia. Dah tu terkial-kial minah ni cakap english dengan aku, nak kata takpe dia tak perlukan panadol aku. " I no sick".

"Ok then"  sambil aku sengih dan simpan semula ubat aku.

"Mana ada dia sakit. Aku dah kata dah."
"Tadi dia cakap dia sakit. Entah lah. Yati pun tak paham" Yati dah mula tunjuk riak tak senang. Sebab dah ala-ala kene dusta gitu. Tadi dia yang beria menjaga, siap dimarahnya aku sebab tak berbisik. Kehkehkeh.
Kitaorang tidur dalam keadaan lapar, sebab nak bagi senang bangun Subuh esoknya.....


       Aku keluar bilik air, aku tengok TV terpasang. Aih dalam hati aku, berani nya Yati bukak TV, tak ngamuk plak minah yang telinga sensitif nih? Spontan aku tengok Yati yang duduk atas katil atas. Cepat dia geleng. Belum sempat aku tanya, dia dah geleng dulu. TV tu minah tu yang bukak okay. Dah aku nak solat Subuh. Aku pelankan sikit TV. Bukannya minah tu tengok pun. Dia dok tidor terlentang, dengan kepala membelakang kan TV.

Elok aku mula solat. Aku rasa-rasa, macam volume TV dikuatkan. Tapi aku anggap aku salah. Makin lama makin kuat. Keji gile ko oi, aku solat senyap2 kot, ko dah kenapa kuatkan TV. Bukannya ko tengok punnnnn. Adoii hanginn tul aku. Nasib aku tengah solat(Nampak nau tak khusyuk). Kalau tak, ikut hangin aku mau jugak aku off terus TV tu. Lepas tu lariiikkk. Muahahaha. Time Yati solat pun, dia pun kena.

Satu je, kalau korang nak senyap atau privacy, pegi sewa bilik sendiri. Takyah duduk dorm murah. No irrelevant sounds were made. What do you expect? My fren and i fly to the bathroom? Mute the water splash? If you want privacy, and expect everything to be your way(specific;zero noise) rent a room. Don't bother to rent single bed(specific;dorm).

Demi mengelak kan memasing merungut. Dengan kadar segera kitaorang keluar bilik dan mulakan perjalanan, sambil berdoa "Ya Allah, semoga aku balik tengah hari karang dia dah check out la harapnyaaa. Aminnnn~"
Tehehehe.


Cheonjiyeon Falls


Ke air terjun, kitaorang jalan kaki. Jalan-jalan ambik angin laut pagi. Jalan agak lengang pepagi tu. Pukul sembilan sepuluh baru hidup semua orang.

Bahagian sebelah pagi kitaorang explore bahagian ke arah Cheonjiyeon Falls. Kat Jeju, ada bersepah patung-patung orang. Awal-awal dah speku, gamaknya jin kat pulau ni kot. Macam kat Bali bersepah patung-patung macam pengawal(tak pernah lagi jejak Bali tapinya). Memang ye la pun, baca info kat situ, patung-patung ni ala-ala penjaga.

Air terjun dia, memang dia reserve. Ko tak bole mandi-manda. Depa jaga gituh. Kalau kat Malaysia aku rasa, mau la kot ada manusia terjun dah.

Masa kitaorang sampai situ, sampai serentak dengan rombongan budak sekolah. Aku cari-cari jugak kot ada yang muka kacak cam retis kuria dalam drama khenn. Haram le ada yang serupa. LOL. Kecewa la juge, tak macam dalam TV. Ahahah. Sakan masing-masing ambik gambar. Jenuh  aku dengan Yati bersilih ganti ambik gambar. Aku tak minat sangat ambik gamba sorang, tak reti aku bergambar sorang. Beria aku yakinkan Yati mintak tolong bebudak sekolah ni ambikkan gambar kitaorang berlatarkan air terjun femes ituh.

Pencerahan ye, English bukan lah bahasa yang biasa bagi mereka. Jadinya kebanyakan orang Korea agak cuak kalau orang asing mendekati mereka atas kecuakan nak hadapi bahasa Inggeris. Aku pun bukannya pro sangat, asal mesej sampai sudah la oppa.

Aku tengok ada budak rupa nerd, spec kemain besar. Aku bajet dia sure ada seni ambik gambar dan paham omputih, aku pun mintak tolong dia. Semangat budak ni suruh aku dengan Yati sedia. Aku pun dah tersengih-sengih lebor dah. Yati dah berpeace bagai.

Nerd kuria: okayyy onee twoo threeeee (dengan slang kuria dia)

Tanpa berlengah kitaorang cakap terima kasih dengan penuh gumbira "kamsahamnidaaa!" sambil sambut handphone dari tangan nerd kuria tu.

Yati: Yana, bukak2. Nak tengokkk

Dengan penuh teruja aku pun bukak gamba hasil snap budak tadi.
"Eh?! Hek eleeeeeeeeeeeeee~"

Penuh muka aku dan Yati dalam gamba. 99%  imej terpapar memang muke aku dengan Yati sebesar-besar alam. Air terjun sepersen pun takde.
"Ini tangkap kat bilik kat Malaysia pun boleh, tak payah datang kuria pung~" Kecewa jangan kata. Spec itu hanyalah trend. Aishhh.


Oh, masuk sini kene bayar.


Jung-mun town

Sebelah tengah hari, ke Jung-mun kita pergi. Segala mak nenek teddy bear museum la apa la, boleh kata dekat area sini. Tapi kitaorang tak pergi situ.

Kitaorang ke Jung-mun naik bas tambang. Bas 780. Kalau korang nak mudah bertanya kulu-kilir, bawak la nama tempat korang nak pergi tu dalam tulisan depa( Tulisan Korea). Kalau depa tengok tulisan rumi ko, ibarat macam ko tengok ayat quran di rumikan. Kan ke lain bunyinya bila ko baca ayat quran guna huruf rumi A sampai Z tu. Gitu umpamanya.

Kemasinan air laut terasa, walau pantai jauh lagi. Kata Yati, jom kita pegi tengok pantai dia. Kata aku, "Ko biar benar Yati, aku tengok laut nun kecik je kat mata aku ni". Dek nak kasi hati dia puas aku layankan aja.

Agak-agak dia rasa semacam setelah dalam 40 minit berjalan, baru dia "macam jauh je Yana" . Pun boley Yati. Hoho. Aku rasa cam tak jauh dah sebenarnya, tapi aku tak nak gamble masa maka kami de tour.

Jalan dalam kawasan perumahan kat Jung-mun. Memang aman damai. Kat kawasan sini rasanya lebih kampung berbanding Seogwipo. Buah limau jangan kata la, merata-rata ada.

Kalau iman takde, gamaknya terpetik satu dah. Muahaha.

Kome jangan petik. Bukan barang kome, jangan diusik. Esok kene cari tuannya esok kat padang mahsyar, jenuh kome.








Saturday, April 05, 2014

Day 1: Hari terbang-terbang


23 Oktober 2013, Rabu

LCCT airport, 7.00 am

Subuh-subuh bangun kebingungan. Tengok jam tangan. Pejam celik pejam celik, aku tenyeh mata aku banyak kali. Jam udah pukul 6! Gate check in bag tutup pukul 7!

Aku tumpang tidur rumah kawan aku. Memandangkan abang ipar dia nak hantar ke airport. Ramai-ramai le terbangun lambat, konon nak bangun pukul 5. Harammmm. Scene lambat-lambat ni macam tak sah kalau takda dalam hidup aku. Kesian kawan aku terpalit dengan nasib hidup aku.

Sampai airport ya ampun, berlari tak cukup kaki. Kalut lak, aku rabun-rabun ni susah nak cam benda dalam kawasan sesak. Aku nampak akak staff air asia baju merah, terus aku tanya

"Tumpang tanya. Akak mana nak check in bag??" lelah nafas aku
"Flight apa ya?" tanya dengan mesra 
"Seoul"
"(Pause sesaat dua menarik nafas gaya seperti menahan marah lalu. .) Awak tahu tak jam pukul berapa? Gate tutup pukul 7. Cepat pergi."

Kena marah aku pepagi buta. Padan muka.

Berlari pulak ke kaunter check in bag.
'Aisehh! Abang long punya beg belum wrap!'
Aku pinjam beg abang ipar aku, ada la dua tiga kali dia pesan kat aku suruh wrap.

Aku dah tak keruan, ke kiri ke kanan kaki aku sambil tengah queue tunggu giliran check in bag. Ada brader Air Asia kat tepi tu

"Tumpang tanya bang, nak wrap bag kat mana?"
"Sana tuu (tunjuk arah  berkumpulnya orang berbaris nak wrap bag masing-masing). Adik flight apa?"
"Seoul"
"Tak sempat dah adik. Kaunter nak tutup dahh" sambil senyum.
"Abih tu camana. Tawakal je ke??"
"Tawakal je le dik" aku memang selawat bagai lah nak hantar beg masuk.

Aku pegang kata brader tu. Huhu. Tapi Mirah ada cakap, kalau kat Korea keselamatan beg memang tip top. Tak macam kat Malaysia, ada kes koyak2 beg, barang dalam beg kena cilok. Kira kalau masuk Korea, insyaAllah selamat. Tapi kalau beg ko masuk Malaysia, itu. . . .

* * *

Dari LCCT ke Incheon airport.  Dalam 8 jam tempoh penerbangan. Aku memang tak senang hati dari KL lagi. Lepas sampai Incheon airport kene pergi Gimpo airport untuk pergi Jeju. Tiket Jeju pukul 7 lebih. Aku sangat cuak kalau urusan ambil beg makan masa banyak takut tak sempat kejar ke Gimpo lalu tiket Jeju dot dot dot lalu kami mahu tidur mana. 

Cis begini rupanya perasaan orang yang uruskan jadual perjalanan. Ku tidak mahu lagi perasaan begini, tapi orang yang uruskan perjalanan, pengetahuan dia terpahat dalam memori lebih sikit dari orang lain. Hihihi. Untuk hari pertama dan kedua, kita orang hidup berdikari. Member ku Mirah hanya boleh join pada hari ketiga.


Incheon airport to Gimpo airport


Alhamdulillah, idak la jauh mana. Guna pakai train dia, A'REX . Ticket machine dia pun bole la kata mesra alam. Tapi kami gelabah sangat kan, sampai pakcik Kuria yang kebetulan ada kat machine tu pun bersungguh-sungguh tolong, macam tolong orang buta huruf beli tiket. "Selow selow" kata pakcik Kuria sambil tersengih-sengih menengokkan semua button atas screen tuh jari aku nak touch.

Dah habis dapat ticket, baru mata aku bole brain, ada english translation la dey. LOL. Takpe lah, kalau aku sedar awal-awal mesti aku takde can bermanja dengan pakcik kuria. LOL.
Dalam 40 minit, dari Incheon ke Gimpo. 



To Jeju by Jeju air

Kitaorg masuk plane disambut oleh pramugari pramugara yang kacak dan jelita. Ini memang kacak macam pelakon Korea bukan exaggerate. Masa plane baru nak take off, macam biasa depa akan ajar langkah-langkah keselamatan bila kecemasan. Aku plak dah biasa perangai peghak(kat trip lain rasanya aku snap selamba je gamba steward/ess), aku nak snap la gamba pramugari yang memang jelita macam pelakon park shin-hye. Tengah dia nak sarung jaket keselamatan, tatkala ternampak aku dah acu kamera aku, terus dia jegil mata sambil geleng bersungguh tak kasi aku snap gamba dia.
Malu aku. Terus simpan kamera, berlakon ngantuk dan tidur. Hahaha. Mirah ada cakap jugak, orang Korea tak suka gambar mereka diambil. Yang aku tau, lepas kes pramugari tu buat muka tak senang dengan aku( dia marah-marah pun muka comel lagi. Bole?) sepanjang penerbangan, dia tak lalu dah area seat aku. Seat aku tu tengah-tengah body plane, cam tak logik langsung dia tak lalu area aku. Tak tau ar kalau shift dia dah abis dia dok lepak kat pantry ke kan. Ke dia ngeri dengan aku? Hikhikhik.


Jeju ke Seogwipo

Dari Gimpo airport ke Jeju makan masa dalam sejam je. Tiba Jeju dalam sembilan malam jugak la. Dari Jeju airport nak pegi Seogwipo, kitaorang ambik bas limo. Murah ar tambang dia, tapi aku tak ingat berapa. Hihihihi. Murah la yang pasti senang pun senang. Kalau aku tak salah 5000 won per head. Nak ke Seogwipo ada le 40 minit lebih. Sempat la lelap-lelap dalam cuak takut terlepas stop. Hahaha. Cuak menda, bole tertido-tido lak.



Sampai sini dalam jam sebelas. Tapi tapi tapi, suasana sangat aman. Bayangkan, jam dah nak tengah malam, tapi relak je ada mak budak ni bawak baby dia jalan tepi jalan tu. Kalau kat Malaysia, bole jadi berita muka depan esoknya. Aku tanya Mirah, kata dia memang crime kat Korea rendah. Ko tau aku pegi makan fast food LOTTE RIA tu, ada orang book meja pakai handbag ko tau. Orang nya entah ke mana. Kat malaya ni jangan kata tinggalkan barang kita, barang kita depan mata, kita toleh kiri sesaat, toleh depan balik, tau-tau tiada sudah. Over aku cerita, tapi itu la umpamanya.


Pukul 11 setengah malam kitaorg sampai motel, nak kata sesat tu takde la sesat, tapi sesat le jugak. LOL.


Kalau korang banyak duit banyak masa. Aku suggest korang dari KL pergi Busan kemudian Jeju, dari Jeju pegi Seoul. Atau pun terbalik. Seoul->Jeju->Busan. Dapat cover semua tanpa perlu pusing-pusing. Route kitaorg ni dah macam dari Johor(KL) pergi Perlis(Seoul) dari Perlis pergi Singapore(Jeju). Tapi tang ticket flight murah sikit la, sebab time aku pergi tu, ticket pergi Jeju dari Busan agak mahal sesangat berbanding dari Seoul.

'Bila aku sebut pasal won, korang buang tiga angka kosong kat belakang, korang darab dengan tiga. Dapatlah nilai ringgit Malaysia. 5000 won-->5-->5x3= 15 hengget'


Satu hari suntuk berkejaran je kerjanya.