Tengah feeling-feeling ingat zaman haji 2011 walau skang dah 2014. Mentara ada umur berazam nak coretkan sampai abis. Tapi takde mood. Eh?! Ya Allah dah 2015! 2016? Fuh

Wednesday, November 14, 2012

Cerita Haji: Ayat-ayat Cinta


Aku mesej zeera tentang sesuatu sewaktu dalam bilik training, lalu aku berlalu ke toilet. Selesai urusan toilet, aku masuk bilik semula, aku tengok handphone aku berkelip2 lampu hijau, tanda ada something pending atas phone. Shoot! Aku tengok mode handphone, alamak malu aku. Aku lupa tukar mode phone pada mode yang biasa aku letak waktu office hour. Mesti berjela lagu aku tadi masa mesej zeera masuk. Ohohoho. Dan aku tanya member meja sebelah aku. 'U. Tadi phone saya bunyi, dia berbunyi panjang2 ke?'. Chinese friend aku jawab dengan anggukan dan tersengih.

Bos kecik agak terhibur dengan lagu aku tu, ohoho bila second time kejadian yang sama terjadi, dia larang aku tekan phone malah 'No no no just let it be, we all wanna listen to the song' ohohoho.

Most ringtone, sms tone aku pakai soundtrack ayat-ayat cinta. Bila kira-kira balik, dah nak 6 tahun sejak first time aku tengok cerita ayat-ayat cinta ( cerita tu keluar tahun 2007). Banyak kenangan betul la dengan movie tuh. Salah satunya....


~Flash Back Zulhijjah 1432 Hijrah

Selesai urusan wukuf(alhamdulillah) di arafah, para jemaah menanti waktu untuk ke muzdalifah pulak. Di situ kitaorang bermalam dan kutip 7 batu untuk jamrah aqobah. Hanya Aqobah dulu. Macam mana  kalau ada jemaah tersalah tempat lontar? Dia pergi lontar jamrah ula ke? InsyaAllah gomen arab dah siap2 letak tali  kat jamrah ula atau ada jaga arab kat situ akan suruh korang ke jamrah yang ketiga.



Dalam antara pukul 12 tengah malam dan 1 pagi 10 Zulhijjah, kumpulan bas aku bergerak ke mina. Hm. Boleh tak aku rasa aku tak ingat macam mana keadaan kitaorang buat first jamrah aqabah tu? Ya ampun. Kalau tak salah dalam samar-samar ingatan aku, kitaorang tiba di kawasan maktab 89 di mina dalam pukul 4 pagi.

Turun dari bas kitaorang pegi letak beg dalam khemah masing2. Dan rumoursnya masa tu, kumpul kat pintu depan maktab nanti ada ustad datang bawak kitaorang pergi melontar. Kalut-kalut la letak barang semua pegi pintu depan maktab semula, takut kene tinggal. Tapi time tiba semula ke pintu masuk tu, semua orang cam tengah relak2 dalam mode menunggu. Risik-risik diaorang kata tengah tunggu ustad. Oh ok ar, lega di situ. Tapi bila dah dalam mode lega dalam tempoh yang agak lama, tak kena jugakkan. Terdetik kat hati, 'Entah-entah kita ni tunggu orang yang tak ada?'

Memang ya pun. Mana ada mana2 ustad yang nak pimpin group yang baru sampai pagi tu. Tengah2 semua orang dok bingung2 bising2 nak buat ke tidak lontar pagi tu. Adik bradik aku decide ikut satu group Indonesia ke Thailand yang tengah berarak ke tempat jamrah. (Note: Kitaorang tak tahu malah tak terbayang pun route ke tempat jamrah. Memang ZERO KNOWLEDGE). Kitaorang ni anak muda, nak plak dalam group aku ada abang ipar aku and abang aku, ada la beberapa makcik pakcik follow kitaorang, agaknya nampak macam muka yakin kot masing2? Hahaha. Tapi Alhamdulillah, jumpa la. Jalan dia satu arah je, chances nak sesat tu insyaAllah rendah.





Tip: Kalau nak melontar, jangan gelojoh. Sampai2 je tempat jamrah terus nak tuju, nak pulak nampak orang ramai2 dengan semangat kobar-kobar kat situ berebut tuju menuju batu, korang pun terus rasa semangat terbakar2 nak lontar. Relak2. Bentuk bulatan tempat lontar tu ibaratkan macam bentuk sampan la. Ko tiba situ ko akan jumpa kepala sampan. Biasanya sesak kat kepala tu, tapi ko, ko jalan pusing sikit, ko pegi ke hujung sampan lagi satu tu. Kat bahagian belakang ko boleh lontar dengan tenang, yang perempuan pun memang boleh lontar tanpa perlu bukak ketiak sangat pun. Lontar pun, kene tengok batu tu masuk ke tidak, jangan sebab korang imagine kan setan, dengan hati yang sangat marah ni lalu korang lontar memang kuat tak terhingga sampai  terkene tiang jamrah pastu lantun balik keluar kene kepala ko. Huhu tu korang kene lontar balik, lontaran tadi tu tak kira tau sebab batu keluar balik.
Nampak tu kepala sampan? Yang ni kat tingkat satu. Groundfloor, wallahualam.

Yang ni kat ekor sampan. Tu nampak ramai-ramai tu? Itu kat kepala sampan yang kita mula-mula jumpa bila sampai.

Lepas lontar aqabah, WEEEHOOOOO!!! Bercukur, bebas lah para jemaah dari larangan ihram kecuali 3 larangan. Hari-hari seterusnya kene lah lontar 3 jamrah. Banyak ar kenangan kat mina. Haih macam-macam hahah. Kat sana, cuci baju dilarang, pantang memang satu pantang kat sana, tapi masih ada je orang buat. Hoho. Sampaikan, sekali tu aku pi mandi, seluar aku jatuh, huhuhu, kene ar bilas. Aku bilas je tau. Bilas bermaksud aku curahkan air saja. Aku dok perah2 seluar kat luar khemah. Tetiba ada makcik tegur aku 'ai cuci baju ke?' sambil mulutnya tersenyum. Ko tengok, pantang nampak orang perah baju terus kene sebijik hahah. Aku pun tak tau niat dia tanya, aku assume dia nak bersapa je ar. Terkulat-kulat aku kata seluar aku jatuh.

Bila tiba hari nak balik mekah semula. Memang tak sabar-sabar dah nak selesaikan haji. Huhuhu. Dijadualkan kumpulan bas aku bertolak dalam sebelum tengah hari. Tapi masuk pukul 1, kitaorang masih tertongok kat khemah. :)). Bila tanya kenapa macam lewat, diaorang kata sebab jalan mekah sesak. Al-kisahnya, ada driver yang sepatutnya bertugas dengan pihak muassasah(orang arab yang uruskan jemaah tabung haji) dah lari. Kiranya tinggal beberapa bas je yang boleh diharapkan. Nak buat gano, redha je le. Tepat pukul 5 petang, kitaorang bertolak ke mekah.

Dalam bas, mungkin setelah dalam 2 jam berlalu kot, aku tak pasti macam mana, tapi ada antara adik aku atau abang aku (Note:Umur kitaorang tiga orang tak jauh beza jadi mind set tak jauh sangat ar settingnya) yang mulakan topik pasal cerita movie Ayat-ayat Cinta, Ketika Cinta bertasbih. Eheheh. Bukan borak apa, kitaorang praktik kan semula dialog arab dalam filem2 tu. Wohohoh. Walaupun nampak macam ' betul ke ko ni petiais, pandai ke cakap arab pung?'. Sepanjang aku kat tanah arab, aku praktikkan perkataan arab yang aku dengar dari movie2 indonesia tu. Hohoho.

Walaupun setakat perkataan2 je, tu pun dah buat aku rasa macam orang arab, WAHAHAHAHAHA. Adik dengan abang aku dulu sekolah menengah arab, abang aku boleh ar jugak nak berborak bahasa arab biasa2, adik aku pulak katanya dia paham, tapi tak reti nak balas semula macam mana. Tetiba teringat satu scene kat masjidil haram, ada orang arab tanya aku air zam-zam nak dapat kat mana sambil buat isyarat nak minum pada aku. Aku jangka aku akan jawab dengan signal sahaja, spontan mulut aku, 'FITAHAT FITAHAT' sambil jari tunjuk bawah. Lepas aku jawab soalan dia, dia pun berlalu dan ada silent moment kejap dalam diri aku.

WOAHAHAHA WOHAHAHA AKU BERJAYA GUNA PERKATAAN FITAHAT! AKU BERJAYA!! Sapa tau cakap arab mesti rasa apa jenis manusia la aku ni, baru satu perkataan dah rasa jakun benar dah kenapa. Ah peduli, dah lama aku tunggu moment bila aku boleh pakai perkataan2 arab termasuk Fitahat dari movie Ayat-ayat cinta.

Jadi dalam bas tu, aku dan adik serta abang aku, kitaorang discuss semula perkataan yang boleh diguna pakai masa kitaorang kat tanah arab dan aku buat check dengan diaorang untuk make sure sebutan betul. Tak lama kemudian, bas kitaorang berhenti sambil kedengaran driver bas pot pet pot pet pot pet dalam bahasa dia. Rupanya, kata dia bas rosak. Nak jadikan drama, dalam bas kitaorang takda petugas tabung haji langsung! Memang sebelum bertolak diaorang dah pesan ar kat salah sorang untuk simpan nombor petugas depa. Sepatutnya satu bas ada satu petugas kot, tapi aku tak tau asal bas kitaorang tak ada. Satu bas cam dah terkedu.

Dalam diaorang tengah berfikir macam mana nak communicate dengan driver bas sebab tak de siapa tahu cakap arab dalam tu. Tetibe pakcik sebelah seat aku bersuara perlahan sambil mata tegun melihat ke hadapan ' Siapa yang tahu cakap arab tu, boleh la wakilkan diri pergi bercakap dengan driver tu'. Aku kat sebelah dia, aku tengok je dia tegun melihat ke depan sambil berkata-kata, tak pasti dia tuju ayat tu kat siapa. Hohoho aku rasa dia dengar aku ngan adik and abang aku dok borak2 berbalas2 bahasa arab. Padahal setakat ngulang skrip ayat-ayat cinta dengan ketika cinta bertasbih. Ohohoho. Dia ingat kitaorang tahu cakap arab. Ameen pakcik.

Well, end up abang aku volunteer, abang ipar aku panggil abang aku suh bercakap dengan driver, sebab abang ipar aku surrender tak boleh communicate dengan driver. Abang ipar aku dengan abang aku je the only lelaki muda. Dan ada sorang makcik ni, very the sophisticated dia handle situasi.

Dalam pukul 11 lebih malam kitaorang tiba setelah bermacam-macam kejadian.( Ada banyak benda jadi lagi, tapi karang berjela kalau aku tulis). 8 jam kitaorang dalam bas. Eh macam tajuk movie ar. Haha. Boleh buat movie ar. 8 JAM.








Ini entry untuk sambungan kepada entry aku ke arafah. Di mana entry arafah? Ada ada.. di..

FITAHAT!FITAHAT! :))





Saturday, October 27, 2012

Cerita Haji: Wukuf



Khamis lepas, 9 Zulhijjah

Jemaah haji berwukuf. Walau duk malaysia, terasa jugak debar menunggu waktu wukuf. Tanpa sedar, asyik tertelek-telek jam. Kalau ikut waktu Malaysia, dalam kul 4 lebih gitu, kat arafah dah masuk waktu zohor, waktu wukuf mula. Kebetulan, dari jam 4 petang lebih mula hujan lebat-selebat alam, non-stop sampai kul 10 lebih. Jam 10 lebih tu, ikutkan kat arafah nak masuk waktu maghrib,habisnya waktu wukuf. Tempat aku la, tempat kome aku tak pasti le pulak khen.



~Flash Back  8 Zulhijjah 1432 Hijrah

Sehari sebelum wukuf, jemaah Malaysia mula dibawa ke padang arafah. Ikut kan Nabi SAW, 8 Zulhijjah tu tak boleh ke arafah lagi, tapi memandangkan zaman sekarang dah ramai sangat umat, begitulah keadaannya.



Hotel aku duduk ada 13 tingkat. Tabung Haji arahkan turun level by level. Lepas asar, family members aku dah siap2 dengan beg dah, tunggu kene panggil dengan staf TH  untuk turun. Tak salah aku, jadual lari sikit sebab trafik sesak gitu. Itu sesuatu yang normal lah kan. Jadi jemaah disarankan solat maghrib/isyak dulu.

Nak tambah sikit perasa cerita, aku cuti on that day. Nak kata frust tak juge, sebab benda dalam jangkaan, tinggal relakkan jiwa perempuan yang sensitif dengan segala inci benda. Tapi awal2 sebelum ni, angah ada cerita experience cuti time wukuf, menyumbang jugak sikit pada ketenteraman aku.


Bas sampai. Staf TH pakai konsep, ada 2 seat kosong! ada 5 seat kosong lagi! ada satu seat kosong lagi! ada sapa sapa nak naik?! Gitew. Kira kalau ko datang dengan pasangan, insyaAllah akan cuba dimaintain oleh TH supaya tak ada yang terpisah.

Tengah malam kitaorang tiba di arafah, khemah maktab kitaorang. Oh lupa, kitaorang ni ada nama kumpulan angkatan. Hotel aku duduk, most semua jemaah dalam  adalah hotel kumpulan maktab 89, dalam satu maktab ada beberapa kumpulan KT (Kapal Terbang) dan aku adik bradik dalam KT72. Dalam kul 12 tengah malam rasanya, sampai kat khemah. Peh teraba2 mencari tempat. Dia satu khemah yang besar, dalam tu nampak lah tiang2 yang menyokong bumbung2 khemah. Setiap bawah satu bumbung khemah satu carpet, satu carpet bermaksud untuk satu kumpulan jemaah. Kitaorang dipecahkan ikut kumpulan untuk di arafah dan mina. Satu kumpulan dalam sepuluh orang kot?

Dekat setiap tiang yang ada bawah khemah besar tu, ada list nama ahli kumpulan. Tapi gelap balam2 suasana dalam tu, nak harapkan cahaya dari lampu jalan kat luar khemah yang masuk ikut celah2 kain khemah tak mampu la. Guna torchlight le nak membacanya. Ada makcik dah enak2 duduk baring dah, sekali salah group daa. Haha. Ye la, sepatutnya 10 orang, skali lebih 10 dalam satu carpet tu, mana gaya nak baring ramai2 satu carpet tu. Carpet nya takde le kecik sangat dan takde le besar sangat, dia carpet cantik yang korang letak kat ruang tamu tuh, bukan carpet besar yang satu colour selalu kat rumah mat saleh depa tempek ke seluruh lantai. Tapi takde le cantik macam baru beli, dah saban tahun depa pakai.

Time sampai aku selak je pintu khemah, aku terus teringat kan mak aku. 'Tak penah lak mak aku cerita macam ni keadaan berhaji'. Bukan teruk maksud aku, takde le teruk mana. Cuma memang serba serbi sederhana lah. Sapa yang dah biasa hidup adventure orait je, insyaAllah. Kalau yang tak biasa adventure, tapi hati sabar pun orait je aku rasa. Aku tido kat spot yang berbonggol, ehehe, lenguh belakang aku. Aku tido atas batu, maksud aku, kawasan carpet aku baring tu, bawahnya ada batu. Aku ingat aku sorang je, along aku,' Ha la along pun tido atas batuu jugak le'. Bukan merungut, kitaorang mungkin tengah membanding-banding kan sapa tido dalam keadaan paling mencabar, kui3. Mana boleh pilih2, tempat muat2 je untuk semua orang. Biasa le.



Esoknya, pukul 3 pagi ada buat solat sunat taubat. Aku cuti, jadi aku duduk dulu, kira tasbih. Along, firah pegi tandas, ambik wuduk skali. Barisan nak masuk toilet, jangan tanya le. Berjela. Aku gi tandas, agak-agak time orang nak solat dah selesai guna tandas. Aku tak pasti kenapa, pegi tandas, tuala wanita menimbun kat satu sudut dalam toilet yang sekangkang kera. Aku tak mau sebut aku tak faham kenapa jadi gitu, nauzubillah karang aku lak kene(ada benda jadi kat aku, alkisah sebab sebut ayat sebegitu). Aku tak pasti kenapa menimbun, tak mampu den nak menjawab.

Aku perhati mostnya semua perempuan educated alhamdulillah, tapi bagaimana terjadinye masalah pad yang sepatutnya dibuang dalam tong sampah tapi ditimbun di sudut dalam toilet aku tak berapa pasti. Ini bukan jadi kat satu toilet je, tapi lebih dari satu toilet yang wujud. Tapi ada lah hamba Allah yang sangat mulia tolong buangkan semua,aku ulang SEMUA pad terpakai yang bertimbun dan ditimbunkan ke tong sampah. Tak tau la sapa kan, tapi tau-tau dah bersih. Yang lagi pening, elok dah bersih, ada plak manusia lain pegi startkan balik timbunan pad tu (tepuk dahi ).

Marilah muslimah sekalian, mari jaga kebersihan, kalau buang rata2, kot ada kotoran, elok plak kotoran tu terkena kat badan/baju manusia lain, manusia tu plak pegi solat. Ha lepas tu apa jadi?Pikir le sendiri.

Toilet kat sini, lubang tandas dia direct ke tong najis. Kira macam, kalau lantai tandas tu pecah, memang ko masuk terus ke kolam najis kat bawah tandas tu, gamaknya. Jadi aroma tandas tu, dia lain sikit le. Ye la tempat panas kan, macam ko masak air, pengewapan berlaku gitu. Tapi okay je kat hidung2 manusia aku kira. Ada makcik ni, berbaris depan aku. Sampai turn dia, dia bukak pintu, nampak timbunan pad satu sudut toilet dan aroma semerbak gitu, terus surrender dia pegi berbaris kat pintu lain. Barangkali dia ingat aroma tu sebabkan timbunan pad tu, tapi rasa aku aroma tu datang nya dari najis2 yang ada direct bawah lubang tandas.

Huhu. Ingat nak line up untuk masuk tandas kejap ke? Lama tauuuuuu. Tapi untuk bakal2 jemaah haji, bole le zikir mentara line up tu. Bila zikir ko terlupa yang ko tengah berbaris lama untuk ke toilet, lalu lupa untuk merungut lalu lupa untuk marah.


Selepas subuh, jemaah diberi makan pagi. Masing2 cari pasangan masing-masing nak bersarapan bersama. Romantik. Memang romantik. Tapi tu le gayanya, terselak2 pintu khemah perempuan (Sengih).








***



Aku tak faham ...

Aku tak de lah sebut ayat tu tapi ayat yang senada aku rasa. Terdetik kat hati aku untuk sesaat dua. Masa tu aku di mekah, dalam perjalanan nak balik hotel dari masjidil haram. Aku terserempak dengan sorang jemaah, aku rasa dari China. Dia pun baru keluar dari masjidil haram nak balik hotel juga.
Dia jalan atas jalan tar pakai stokin je. Dalam hati aku terdetik, 'Apa rasanya pakai stokin atas jalan?' 'Tak paham kenapa dia berstokin? Mana kasut dia? Kene curi? Salah letak? Apa rasanya pakai stokin atas jalan?'
Esoknya, waktu lepas solat isyak. Along dan firah kata nak pegi ambik kasut( ada rak kasut mini kat  dalam masjid). Aku iyakan bila diaorang kata nak pegi ambik kasut, time tu aku tengok orang tawaf sekilas, aku toleh balik arah along dan firah jalan. Aku tengok diaorang dah tak ada.
Aku pegi jalan2 area rak kasut. Masih aku tak nampak diaorang lagi. Aku stay kejap tempat aku diri sorang2 tadi, dengan harapan along atau firah cari aku kat situ. Tapi takde jugak aku nampak diaorang.
Tak pelah aku fikir, mungkin diaorang akan tunggu aku kat pintu selalu kitaorang keluar.
Aku pegi tiga pintu yang selalu kitaorang pakai guna dan tunggu untuk seminit dua. Tetap aku tak jumpa diaorang. Aku patah balik tempat kasut tadi, memang tak de la kan. Handphone lak aku tak bawak sebab bateri pun kong, jadi lengkap lah segalanya. Last resort, aku decide balik hotel dan tunggu diaorang kat sana je. Selalu aku simpan kasut aku sendiri dalam plastik sendiri, tapi hari tu, aku kongsi plastik dengan Firah. Aha. There you go...



Aku balik hotel dengan berstokin.

Masa tu, aku takde sarung kasut tawaf. Syukur stokin hitam aku tebal. T-T. Jalan dengan penuh keyakinan. Sampai depan pintu hotel, ada brader melayu aku kira staf tabung haji. Dengan penuh keyakinan aku jalan sambil memandang ke dinding hotel yang tinggi dengan harapan brader tu ikut pandang arah aku memandang lalu tidak sedar minah di depan beliau berjalan-jalan di atas tanah dan tar tanpa selipar apatah lagi kasut.


Sunday, September 23, 2012

What race?


Borak2 sufiya

Kalau orang Malaysia?

Malaysian


Kalau orang cina?

Chinese


Kalau orang india?

Indian



hm..Kalau orang melayu?






.......... Melayun?

Kehkehkehkehkehkehkehkehkeh.






sufiya (oya) dah 6 tahun.

Saturday, September 15, 2012

#1

10.30 PM

'Adoi lambat plak orang sebelah ni, aku nak masuk lane dia pun tergalang-galang'

'Dia tengah menyanyi. Dia dok nyanyi sorang2. Cuba awak tengok.'

'Dia mengantuk kot, tu dia menyanyi-nyanyi'

'Tengok tu, goyang-goyang kepala, memang dia tengah menyanyi'



'Ya ampun.'

'Kenapa?'




'Macam tu ke rupa kita kalau kita menyanyi sorang2 dalam kereta?'




***


Hari ni aku raya, mari joget lagu raya saLinG kuNJuNG mENgUNJungi~~!

Saturday, September 08, 2012

Cerita Haji: Yang Sangkut

Cerita Haji yang tersangkut dan terus sangkut berbulan-bulan, tiba-tiba sedar dah nak haji balik. Aku nak sambung cerita pun, dah hilang entah ke mana. Memory quality agak coi sikit. Tapi aku tengok ada jugak yang membaca cerita tersangkut2 di tengah jalan nih. Kuikuikui. Jadi la buat kongsi pengalaman.

Trainer aku tanya,

'Does anyone of u have tabung haji account?'
Semua muka macam first time dengar tabung haji. Motif sangat. Aku tak pandai bezakan akaun tabung haji dengan akaun menyimpan tu benda alah yang sama ke? Jadi aku tak respon pada soalan tu, tapi teammate aku sorang ni dok tengok aku. Trainer pun terpsycho lalu tengok aku,

'Why? u got one ha?'
'er, not sure'
'Why? U ve been to tabung aji ?'
'er, kind of..er.hm.er..m.er. i went for haj last year'
'O you are a hajjah aaa?? Why u didnt put hajjah in front??? Sounds old ah??'


'No laaa'


*********************

Haji datang lagi!  Happy Anniversary!




Dulu masa buat Haji, ada ketika aku rasa frust dan give up. Rasa cukup lah sekali tu. Tapi bila dah selesai. Rindu. Aku sanggup hadapi lagi.

Tuesday, July 03, 2012

Cerita Haji: Checkup

بسم الله الرحمن الرحيم



Sebelum ke kursus terakhir (Kursus Perdana), aku pegi buat pemeriksaan kesihatan. Dulu, aku tak berapa paham kenapa ada orang nak menipu maklumat kesihatan sendiri. Bila sendiri pergi, baru aku rasa aku paham. Huhu. Sekali lagi aku kata, ingat senang ke nak pergi haji? Wallahualam, atas rezeki masing2 la.

Nama dah naik dalam senarai penerbangan haji, tapi kalau doktor yang periksa kesihatan jemaah kata tak boleh, memang tak boleh la jawabnya. Doktor pun ada etika, jemaah kena la faham tak boleh la paksa2 suruh doktor luluskan. Kalau esok kat tanah arab jemaah kene kes teruk, nanti bila dijejak semula sejarah kesihatan jemaah itu dan sesuatu dikesan (Tahap kesihatan yang tak layak untuk terbang dan menunaikan haji). Silap2 doktor tu yang kene tindakan, sebab meluluskan jemaah yang sepatutnya tak boleh pergi.

  • Nota: Penting untuk jujur dalam memaklumkan tahap kesihatan kita pada doktor. 

Macam cerita pasal golongan orang tua je kan? Sebenarnya aku yang belia ni pun gabra pergi buat medical checkup.Tak gemuk tak bermaksudnya badan fit. Aku pergi buat dengan akak dan abang ipar aku. Beria-ria aku gelisah. Tak boleh bayang kekecewaan kalau tak dapat pergi haji hanya kerana kesihatan tak mengizinkan. Kalau sakit yang kategori bukan dicari tu takpe lah, boleh redha dengan segera (yo o' o' je). Tapi kalau sakit yang kategori sendiri cari tu memang akan mengundang kecewa besar lah.

Duduk tunggu giliran, tak jauh dari kelompok jemaah haji. Datang 2 orang gadis (perlu sebut gadis untuk menunjukkan mereka perempuan muda) menghampiri tempat duduk kami. Sedikit sebanyak begini la perbualan kami

"ada apa tu?" sambil dia merujuk pada kaunter yang riuh dengan ramai orang
"jemaah haji buat check up"aku sengih
"macam mana nak daftar untuk pesakit luar eh?"
"awak pegi je kat situ ambik kad, dah tulis letak je atas kaunter nanti ada la nurse ambik"
"ooooo......akak nih..akak datang untuk apa?"

Huhuhu tak layak kah aku bergelar bakal jemaah haji? Rasa tertampar kejap.


Tekanan darah sudah check, tunggu giliran jumpa doktor pulak. Tunggu nombor giliran, berdebar macam takut gagal exam besar. Serius aku cuak, takut tak lulus. Baru aku paham kenapa sampai ada jemaah haji menyorok2 masalah kesihatan dengan doktor, sebab siapa yang nak lepaskan peluang pegi buat haji?? Tapi, hati-hati lah, nak buat ibadat tak yah la tipu2. Karang buat jenuh diri sendiri yang payah kat sana nanti sorang-sorang nak urus diri.

Specs sangkut selagi mau. Ini makcik-makcik yang kreatif. Takde tempat nak letak barang kalau di tandas. Biasanya ada beg kecik selempang senang sikit, ko sumbat semua dalam beg selempang kecik ko. Masuklah tandas dengan aman. Aku plak biasa aku pakai seluar, aku sumbat masuk poket.
Tempat kejadian: tandas di masjidil haram(Kalau aku tak silap ar. Along sempat snap)


Di tanah arab, kalau anda seorang tua atau mak ayah kamu yang tua mahu pergi ke sana dalam keadaan tak sihat, EXPECT THE WORST. Memang bantu-membantu amalan murni, tapi kalau kat sana jangan expect bantuan dari orang sepanjang masa. Ini aku cerita dari sudut pandangan diri seorang tua yang tidak sihat ingin menunaikan ibadat di tanah mekah. Orang keliling memang akan membantu, tapi kena pikir, depa datang nak tunaikan haji mesti ada matlamat depa sendiri. Jadi mereka tak boleh ada di sisi anda sepanjang masa untuk menghulurkan bantuan. Bukan lah mereka pentingkan diri sendiri, tapi anda yang tidak sihat pun tak boleh pentingkan diri sendiri dengan mengharap bantuan 24 jam, terutama dari orang yang sama. Fahami lah sedikit sebanyak niat dan keinginan mereka juga. Faham ke apa aku cuba sampaikan?

Aku cerita begini memang aku nak bagi korang gelabah sikit. Korang yang lepaskan mak ayah yang tua dan uzur ke sana untuk nampak apa kemungkinan yang akan dihadapi oleh diaorang. Nak-nak kalau yang ibu sahaja atau ayah sahaja yang pergi. Ada makcik bertongkat yang datang seorang, kadang-kadang kene naik kerusi roda. Ada kerusi roda pun tak boleh juga sebab takde orang nak tolong tolak. Kalau dah rakan sebilik pun baya2 dia juga, mana mampu deme nak tolong tolak kerusi roda tu.

Fikirkan.

Moralnya di sini, kalau ada ayah atau mak kamu yang tua mahu pergi tunaikan haji, sebolehnya kamu yang anak usaha la pergi untuk teman mereka. Kalau tak anak yang tolong pimpin mak ayah siapa lagi?

Saturday, June 30, 2012

Cerita Haji : Persediaan


بسم الله الرحمن الرحيم


Agak kesal aku tak menulis enam bulan yang lepas. Sekarang nak tulis pun tak berapa ingat. Jadilah sekadar beberapa keping memori untuk hiburan. Ehehe.

Tahun 2010

Satu keluarga aku dipanggil menghadirkan diri ke kursus haji. Malangnya, sebahagian sahaja dari kitaorang yang mampu mengaktifkan diri (Abang ipar + 4 beradik kitaorang yang tak pergi). Sedih, tapi sedih dalam redha. Tapi tak sedih sangat. Agak sedih la tapi tak berapa. Eh? Entah apa benda la yang aku cakap sedih tapi tak sedih, berbelit-belit. Agaknya naluri aku dah tau aku tak pegi kot, walaupun masa tu tak pasti lagi aku kena tangguhkan pergi haji. Perasaan aku agak kosong. 

Bila waktu hantar depa, menitis jugak air mata waktu azan dilaungkan. Aku manusia yang sensitiviti nya terlampau nipis. Tengah azan aku boleh lari pergi bilik. Terlalu banyak tonton drama korea barangkali. Sebak tak tau nak kata.

Tahun 2011

Sehari sebelum bertolak. Di kampung, konon-konon tak nak lupakan perasaan teruja tu maka aku snap jam arabic bertarikh mengujakan itu.

Walaupun nama dah masuk list, tapi cuak masih ada. Ye lah, rezeki di tangan tuhan. Sesaat sebelum bertolak pun Allah boleh buat nama kita kene shrettttttttttt (bunyi dakwat ballpen memotong nama) dari senarai tetamu-Nya. Cuak, aku sangat cuak. Jadi aku tak boleh nak excited sangat, tapi sambil lewa pun tak boleh.

Pergi kursus haji, nak bercakap dengan orang pun aku tak berani.

"Pergi Haji nya bila?"
"(diam kejap) InsyaAllah tahun nih"
"Beruntungnya kamu"
"Eh eh eh eh, makcik insyaAllah makcik kalau takde aral" aku sudah cuak. Baru bulan berapa kot masa tu. Jauh lagi tempoh dengan penerbangan haji. Macam-macam-macam-macam boleh jadi, bila aku kata macam-macam memang 1001 jenis aral boleh muncul. Walau begitu, bak kata angah, situasi begini membuatkan aku yang muda ini yang selalu alpa, leka, ralit untuk bersyukur, sedar akan nikmat yang Allah bagi. Alhamdulillah, besar jasa ayah mak daftarkan anak-anaknya pada zaman dahulu.

  • Nota: Pada bakal jemaah haji, pergi kursus haji itu bagi aku amatlah penting. Bagi mengelakkan dari mengundang sebarang kesilapan remeh yang sepatutnya boleh dielakkan dari berlaku ketika di tanah arab. Bak kata, teman haji aku (seorang opah sebenarnya) "ha itu ler tu, tak pegi kursus le tuh"
Selipar yang aku,abang aku dan adik aku gunakan. Lagi mudah. Aku atas flight pakai ni, pegi mesejid pakai ni, pegi ronda2 safwa tower, pegi tandas. Yang perempuan of course kene pakai stokin. Yang lelaki, terbukak lima-lima jari.
Ada tiga jenis kursus dulu, kursus haji - kursus intensif -  kursus perdana. Time separuh dari family aku pergi masa tahun 2010, aku tak tau pun depa kene hadir tiga-tiga nih. Huhu. Betapa ignorantnya aku. Kursus haji, cam biasa lah, kursus hujung minggu. Kursus intensif, aku tak berapa ingat. Tak salah aku dia buat 2 hari. Ada ujian. Ingat sesenang je ke boleh pergi haji? Ada ujian ko tau. Tak lulus nama kena kensel. Ehehe, jangan panik, part nama kene kensel aku main-main. Kursus ni aku buat dengan akak aku and abang ipar aku. Masa ujian, abang ipar aku score markah penuh 25/25, aku tak score penuh. Homaii, dengan pantas aku sms adik aku (dia kursus intensif dengan abang aku kat kampung).

"Weh ko score ujian intensif berapa?"
"24" 

Fuhh, mohtip aku tarik nafas lega? Ahahahaha, haruslah aku kecewa kalau adik aku score penuh. Walaupun ujian sekadar menguji pengetahuan, tapi impaknya besar pada kami budak-budak ni yang hidup masih bergelumang dengan kertas ujian :)) .

Dalam bas menuju ke lapangan terbang. Di escort. Fuh rasa special sungguh. Ini memang teruja. Tapi teruja di lubuk hati udah le. Sampai pun belum lagi kekdahnya. Terima kasih brader2 polis trafik yang mengistimewakan kami. 
Kursus perdana, buat secara besar-besaran kat masjid di setiap negeri. Praktik betul-betul macam tengah buat haji. Yang penting soba soba soba. Kat sini pun dah 'macam-macam ada'. Ehehe.

Contoh, berbaris nak mandi, kalau lah orang tu baru masuk, dalam 5 minit, kau ketuk2 pintu suruh cepat. Anggaplah, kot lutut dia sakit tak boleh laju-laju ke. Masing-masing ada ruang masa, jangan risau, sian kalau diketuk2 pintu tuh. Buatnya orang dalam tu gelabah, karang ada baju seluar dia terjatuh, kan kesian tuh. Lagi lama la dia duduk dalam tuh, dok mikir nak buat apa, bila baju seluar dah basah. Ha padan muke diri sendiri je le kita ramai2 yang tengah berbaris, ketuk la sampai roboh pintu tuh. Kuikuikui.


Friday, June 01, 2012

Ilmu alam


Dulu,

Kata orang dari raut wajah boleh tilik seseorang. Aku ada tau sikit-sikit sebab 'penasaran membunuh kucing' aku kadang-kadang tumpang dengar bila ada rakan sebilik bercerita dengan classmatenya, tapi lepas tu aku berhenti untuk tahu. Bila makin aku tahu, makin aku malu nak bertentang muka dengan orang lelaki. Aku pun susah, asyik tertilik orang je bila terpandang, nak buat ganoMSN Onion Icon. Tapi itu secara zahir. Ilmu yang sedikit yang aku kutip tu, entah ke mana, satu pun aku tak ingat dah.


Pernah berurut dengan seorang pakcik. Dia urut tapak kaki. Dari tapak kaki boleh kesan apa-apa tak normal pada badan kita. Waktu tu, aku tak tahu sangat tentang kasyaf bla bla bla. Yang aku tahu, aku takut pakcik tu tahu latar hidup aku. Wahaha bunyi macam hapa je kan. Maksud aku apa-apa salah aku penah buat dulu la.

Sebelum akak aku bawak pegi jumpa pakcik tu, aku akan 'Ya Allah tutup la aib ku ya Allah tutup la aib ku tutup la aib ku tutup la aib ku' heheheh cemas benar eh? puh mmg cemas. Selalu orang ada ilmu urut2 mesti dalam ilmu nya. Tak tau lah makbul ke tidak doa aku tuh.MSN Onion Emoticon


Tapi dalam dia urut kaki aku tu, banyak nasihat dia bagi. Aku banyak iyakan aja. Kekadang dia ada berlawak, tak tau la kot muka aku jelas sangat cuak nya. Dia nak bagi aku tenang gamaknya. "Ada parut ni. Lasak orang nya" cuba gelak2 dengan aku. Aku balas dengan sengih, dalam hati 'bukan lasak, itu cuai namanya kui kui kui'. Banyak benda yang diborakkan, dia ajar aku apa perlu buat untuk buat urut sendiri. Hujung-hujung dia ngomel2 tu, dia cakap "bertaubat" banyak kali dia ulang. Aku sudah cuak semula. Wahaha.

Dulu aku tak tau, secara rohaniah pun ada golongan manusia yang boleh baca isi hati orang. Wallahualam, kuasa Allah macam-macam.

Sepanjang dia ngurut, aku ada berdoa dan pada masa yang sama dalam hati aku sebut

"kosongkan otak kosongkan otak 
kosongkan otak kosongkan otak 
kosongkan otak kosongkan otak 
kosongkan otak kosongkan otak 
kosongkan otak kosongkan otak"
Onion Icons





Buat malu je kalau ustad tu boleh baca kata hati aku MSN Onion Emoticons.





"kosongkan otak kosongkan otak 
kosongkan otak kosongkan otak 
kosongkan otak kosongkan otak 
kosongkan otak kosongkan otak 
kosongkan otak kosongkan otak"
Onion Icons




bukannya nak zikir.




***
mengingatkan aku pada kisah...


masa zaman inesen dulu time matrik,

Aku ni rajin(bab makan memang rajin wahahaa) turun pergi cafe, jadi selalu berjalan sorang-sorang. Ada satu malam, aku turun sesorang aku pergi cafe. Kata komuniti pelajar di situ, abang cafe merangkap taukey cafe gatal. Tapi aku rasa aku bukan kategori manusia yang dia selera nak menggatal, maka aku optimist sahaja dengan dia. 

Dah pilih kudap2, aku ke kaunter bayar. Malam tu taukey cafe jaga kaunter. Aku pun buat bayaran, dan menunggu baki. Mungkin baki waktu itu dua puloh sen atau lima puloh sen. Tangan, aku simpan dalam poket seluar dengan menjangka duit baki akan diletak atas kaunter. Tapi kelihatannya si abang cafe itu mahu menghulur baki dari tangan ke tangan. Aku keluarkan tangan dan tadah sepembaris ke bawah dari tangan dia. 

Keadaan tiba-tiba rasa perlahan. Hening. Abang tu tak jatuhkan duit, tapi dia letak duit tu atas tapak tangan aku sambil mata dia teliti pada tapak tangan aku. Dalam sesaat? Dia letak kejap jari dia di tengah tapak tangan aku. Aku pun macam b*ng*ng (isi lah vokal apa yang sesuai), aku tengok je. Lepas dia angkat dia tengok lagi tapak tangan aku. Dah agak tersedar dari  keb*ng*ngan, aku kerut dahi tanda tak puas hati. 



Bila dah tak berapa inesen ni(dush!), baru aku tahu. Aku rasa aku tau apa abang gatal tu cuba buat. Tak perlu sentuh bagai rasanya. Kalau nak tahu sangat, mungkin boleh tanya saja pada aku. 'Mungkin' aku boleh pertimbangkan untuk tolong jawab, tak perlu susah nak tengok bagai. Daaaa. Kalau pandai tafsir satu hal lah, kalau salah tafsir? ber hal hal.



Lepas insiden tak puas hati tu, bila time dia jaga kaunter, aku tarik lengan baju aku sampai tutup seluruh tapak tangan dan tadah menunggu duit baki. Waktu pertama kali, aku buat gitu, terkujat dia. Pandai pulak lepas tu letak baki atas kaunter.


Monday, April 30, 2012

Final: Langkawi Flee




Malam tu, aku ajak Zeera pergi duduk menghadap laut. Punitha Sha dah selamat dah ke alam lain. Laut gelap je tak nampak apa pun, saja nak ambik angin. Ada kerusi malas yang chalet sediakan untuk penginap duduk2. Aku dengan Zeera duduk hadap laut sambil menentang arah angin. Fuh amann aman.

Tak borak sangat sebab aku tau kalau bersembang dalam suasana angin rancak ni, biasanya suara borak bernada biasa pun orang sekitar boleh dengar. Tengok arah angin lah.

Ada 2 3 lelaki datang memenuhkan kerusi kat situ. Memang tak borak apa la kitaorang sudahnya bila dah ada orang lain kat situ. Aku rasa depa pelik, sebab kitaorang senyap agak lama tak bercakap dekat situ. Mungkin depa tengah speku kitaorang baru lepas berkongsi kisah duka percintaan kehkehkeh. Sebab dari aura abang tu, ada beberapa kali dia tenung kitaorang. Tak tau lah kalau chakura(terminologi naruto) aku yang salah meneka.

Agak dah puas hati, kitaorang balik ke chalet. Rapat2 je susunan chaletnya. Aku rasa chalet abang2 tadi tu pun tak jauh dari chalet kitaorang. Tengah berpusing ke belakang nak berjalan balik. HerrkK!

"weh.Zeera. Ko nampak tak?" aku bisik pada Zeera.
"kan saya dahh kataaa boleh nampakk dari luarrr" terkujat Zeera dalam bisik, bulat terkejut mata dia. Keh3.
"Dah dah dah zeera jangan masuk chalet kitaa duluu, jom jom buat2 jalan ke depan ke depann karang abang2 tu tau, tu bilik kita. Argh malunyaa"

Kitaorang buat2 tak nampak chalet sendiri. Berlakon kejap pegi beli burger kat depan kawasan chalet, bajet bila delay kejap tu nanti bole nyelinap masuk bilik sendiri. Malu punya pasal. Murah rezeki abang burger.

Boleh agak ke apa benda yang memalukan sangat?

Kitaorang cuci baju(Bila aku sebut cuci baju, faham2 je lah ye). Jenuh jugak mencari tempat nak sidai, tali atau wayar bergantungan takde, hatta sebatang paku pun takde dalam bilik tu. Yang ada grill tingkap. Kata Zeera cermin tingkap ni boleh nampak isi dalam bilik. Kata aku and Punitha, tak nampak kott. Kehkehkeh sebab cermin tu bukan plain kaca and tak transparent, dia lut cahaya. Aku rasa, punitha pun yakinkan diri selamat sidai kat situ sebab itu je the only choice yang tinggal nak sidai.

Sekali malam tu, ha ko! Sebijik2 boleh nampak dari luar. Malu aku membayangkan kalau2 betul abang2 tu nampak. Kehkehkeh, sbb tingkap tu betul2 menghadap pantai, sapa dari pantai nak balik bilik memang nampak tingkap tu.

* * *


Esoknya hari terakhir, kami berdoyon pergi ke pantai. Punitha, Zeera, aku. Dalam nak ke pantai tu, biasalah budak2 ada je benda yang nak digelakkan. Belum apa2 dah sukaria, dalam berjalan keluar dari bilik tu, borak2 gelak.

Serempak abang semalam(aku rasa je, sbb malam sebelum tu aku tak nampak pun muka sorang2), dia dah siap bag pack kat badan siap nak pegi jelajah kot. Kawan-kawannya ada kat dalam bilik lagi. Kebetulan depan dia

"Wehh Punitha! Jangan jalan kat situ! Bukan kat situ ke benda tu" Spontan aku tegur Punitha. Terus kaki dia berhenti.
"Haah, semalam kat situ la benda tu" Sambung Zeera.

Serentak Punitha terus melompat dari kawasan dia pijak. Baru teringat agaknya. Masing2 terkekeh gelak sendiri terus sambung bergerak arah pantai, tak hiraukan pandangan abang yang dah bersiap ber bag pack sebelah kitaorang. Tekun dia teliti perlakuan kitaorang. Agaknya tak puas hati sebab kitaorang asyik sebut 'benda tu', dia penasaran terus dia bukak mulut tanya

"Benda apa???"
Semua spontan tengok dia, mulut dok gelak lagi.




"T A I K  A Y A M"




Huahuahuahuahua.

* * *


Sebelum balik, kitaorang singgah pekan kuah nak beli C O K O L A T. Bila teringat semula, haih la sedapnya. Banyak juga zeera beli, hehe bukan banyak jugak kitaorang beli tapi banyak jugak zeera beli. Dia tolong beli untuk orang, nak buat hantaran. Kesian aku tengok Zeera, senget benget jalan kalau hantaran dia berbaloi la jalan benget benget pun. Nak tolong angkat, awal2 lagi dia tak bagi. Takut kitaorang bawak lari kot? Huahuahua. Plastik cokolat dia penuh hokay, berplastik-plastik, mencerlung je biji mata masing2 tengok cokolat dia.

Kalut nak kejar flight petang tu(asyik kalut je eh? kehkehkeh) kitaorang rempit ke airport. Jalan kosong tak de kereta mengizinkan naluri speed bersungguh-sungguh. Punya la rempit sampai aku tak perasan jalan yang nampak tegak je tadi, dah nak membelok. PHIUUUNNNNGG (efek bunyi kereta menyenget ngeh3)

"YANAAAAA!!!!"
"HUUUUUUUIIIIIIII" jerit sha sambil pegang teguh pada pemegang di atas tingkap.

Dedulu kalau time sha drive, bila lepas selekoh, aku selalu cakap kat sha 'sebelum jumpa selekoh slow, dah tengah angle selekoh baru speed semula'. Dia tak, dia maintain speed takde lepas2 minyak, kecut peroot aku time kereta menyenget ikut selekoh dalam high speed. La ni, time nak kejar ke airport tu, aku terbuat. Keh3. Bukan balas dendam, tapi aku tak nampak roundabout. Menjerit satu kereta. Tak penah aku dengar sha jerit fondan, selalu control ayu je. Hahaha. Baru ko tau macam mana aku kecut perut sebelum2 nih.

Sebenarnya.
Bukan depa je kecut, dengan aku2 sekali yang tengah drive ni pun kecut. Aku boleh agak muka masing-masing macam mana. Salah percaturan boleh somersault kereta tuh.


Sunday, April 29, 2012

Santai


Bila runsing, otak celaru. Nak buat apa pun susah nak fokus.

Dulu bila aku runsing, sambil buat assignment yang merunsingkan lagi mencelarukan. Aku play video makhluk tuhan yang ini di sebelah window assignment aku.


* Kalau muslimin nak play video ni, niat salah, dosa sendiri tanggung :)). no im serious.


Benda ni akan running sambil aku buat kerja. Suara dia menenangkan jiwa celaru aku. Walaupun dia tak membantu langsung aku selesaikan assignment tapi boleh la dia bagi aku bertenang. Aku tak gemar make up, tapi aku pandai jugak la keh3 sebabkan rajin runkan dia.

Tak lama lepas tu, bila aku runsing.


Lain jantina. Tapi ada satu persamaan.
Suara mereka santai.

Membuatkan aku terfikir. Suara aku..santai jugak tak? (Dia nak jugak suara santai). Untung la suara menenangkan emosi yang celaru.

Suara aku bising, tak tau pernah santai ke tidak. Kesian bunyinya.


*Nota: Fitrah manusia, Kalau runsing ingat pada Dia. InsyaAllah.

Thursday, March 08, 2012

Can't lose u





...Jiu suan quan shi jie
Do yao ba ni fou ding
Ye bu neng rang wo fang qu ni
Jui suan wo men de gou
Qu dou mei you le zhen ming
Wo yi rang shou hu ni

**
Oh baby, baby, baby
My baby, baby
Wo jue bu neng shi qu ni
Ni shou xin ni sheng ying
Hai zhan lin wo dei
Xin zen neng wang ji
Xiang ni jui xiang shi hu xi
Oh baby, baby, baby
My baby, baby
Wo jue bu neng shi qu ni
Bu guan ni zai na li
Wo yi ding hui zhao dao ni...


apa macam???
waa, u sebut betul da. cuma pelat sikit
(tersengih bangga tanpa sebab huahua)
u tau meh apa u nyanyi tadi?(muka excited)
entah.
coiii


2004

Friday, March 02, 2012

Dua Ribu Doblas


Aku sedang mengisi borang, situasi agak formal.
Semeja dengan seorang encik muda yang agak tekun meneliti tingkah aku. Hampir selesai isi, di bawah belah kanan ada ruang tarikh. Aku tengok, ruang kosong bersilih ganti dengan jam ditangan untuk pastikan tarikh.

Haribulan, bulan dua, tahun...(sambil menulis sambil berkata dalam hati)

Sampai kat tahun. Tangan aku berhenti. Lama aku tengok kertas tu.

"Aiseyman! Ya ampunn! Aku kat tahun bila nih? Dua ribu seblas? Dua ribu sepoloh? ke Dua ribu Doblas?? "



-Bila pertimbangan hilang paksi-

Tuesday, February 21, 2012

Langkawi cerita Arab

Day 3




"Jauh lagi ke?"

Itu je la soalannya dari kaki bukit. Tinggi, memang tinggi, macam tak sudah-sudah pijak tangga. Bahagia je tengok tourist yang berjalan turun ke bawah. Laju je turun.

Ramai pelancong yang bermuka arab di sini. Semua datang dengan pasangan masing-masing. Di pandangan mata aku, mereka kurang mesra. Kita tengok dia, kita senyum, dia tengok kita, dia toleh tempat lain dengan muka tak bersalah. Kan dah sentap sorang-sorang. Malu ko senyum tak berbalas.

Yelah, lain tempat lain budaya. Tapi budaya Malaysia tak setanding budaya Irish. Murah dengan senyuman diaorang. Tu la bak kata Yusuf al-Qardawi "aku melihat Islam di barat tapi aku tidak melihat Islam di kalangan umat Islam".

Banyak kali jugak sebenarnya aku sentap dengan pelancong dari tanah arab. Tapi takpe lah, aku yang dah penah tengok budaya depa patut lebih toleransi, ini aku plak yang lebih-lebih.

Dah sampai di puncak telaga tujuh, kitaorang cari telaga. Ya, telaga. Aku pun tak pernah tau mana rupa telaga tujuh. Time telaga tujuh ni elok cantik kata akak aku, masa aku umur 4-5 tahun. Mana la ingat. Tapi aku rasa macam ada satu lopak tu dia berlubang dalam jugak. Agak-agak itu salah satu telaga tujuh yang masih maintain.

Kitaorang pun tuju ke situ. Aku dah terjun dulu. Sekali dah masuk tak boleh keluar. Lopak air tu memang macam telaga, keliling aku batu dia macam dinding telaga. Dengan ketinggian aku yang sedang-sedang renek, memang aku tak mampu keluar dari telaga tu sendiri. Tenggelam paras dada. Mana lah aku jangka dalam macam tu sekali. Dah tak boleh keluar panik pulak. Sapa suruh terjun.

Berbekalkan kawan-kawan yang mantap dan gagah mampu la naik ke batu. Kami rendam kaki ramai-ramai di gigi telaga tu. Tengah-tengah sembang2 pasal sorang pakcik jepun yang tak lepas2 tengok kami berempat(padahal dia datang dengan anak bini, sempat mata tu nak ngintai), ada pulak sepasang suami isteri muda arab nak merentas sungai telaga tujuh tu dari sebelah sana ke sebelah kitaorang.


Superhero


Kitaorang tengok beria-ria, sebab depa ambik laluan yang berisiko tinggi. Dengan mata rabun zeera pun dah boleh agak batu kat laluan air tu macam licin berlumut. Ada laluan kurang berisiko di atas sikit lagi, air nye pun tak laju kat situ, tapi depa pilih kawasan yang curam dan airnya laju.

Dalam pasangan arab muda ni nak merentas, terkial2 aku tengok depa dua.

"eh tak yah tolong ke?" aku tanya pada sha

Dah aku tengok beria-ria pulak terkialnya kaki depa nak melangkah. Aku bangun pegi dekat depa dari tepi "Do u need my help?"

Yang lelaki lebih hampir dengan aku. Dua2 tengok aku sekilas lepas tu sambung terkial-kial nak berjalan atas batu licin. Haram depa layan aku. Cesss. Agaknya lelaki tu ingat aku nak pegang tangan dia? Kot ye pun kalau aku nak meraba, dengan jisim aku ni, tak membantu langsung kalau aku nak tolong pegang dia, dengan aku2 skali masuk air. Aku ingat nak la tolong isteri dia rentas dulu, so bole la dia rentas sorang-sorang tanpa beban.

Dah depa tak layan, aku duduk balik. Aku ngomel2 kat Punitha

"Apa lah, aku nak tolong diaorang buat dek je aku kat tepi tu, hampeh betul"
"Diaorang tak faham bahasa inggeris kot"
"[senyap] Haah eh, aku lupa. Mungkin jugak"

Berjaya lah si couple tu merentas dalam terkial2 pun.

Kata sha dan zeera, ye la suami kan pelindung isteri. Tu yang nak jugak bawak isteri tu rentas dengan sendiri. Suami ni macam superhero la. Masing-masing oooo.

Tak lama lepas tu, ada lagi sepasang couple arab muda nak rentas. Punitha pulak merungut, "Diaorang nih, buat kita susah hati je"

Memang ya, tak tenang nak beristirehat kat situ. Masa awal2 ada sorang mat saleh  jatuh tersembam, tapi dia lintas kat area kurang risiko so simpati sangat pada dia. Jatuh tersembam atas batu-batan sakit tu~. Merah lutut dia. Mesti sangat sakit tapi tak dapat nak tunjukkan (Setau aku daya tahan sakit lelaki lagi rendah dari perempuan). Terkeluar suara perempuan gedik kitaorang bila dia jatuh tu. Mat saleh tu cross sebab nak ambik gamba girlfreInd/isteri dia dari seberang, SEMATA.

Berbalik kepada couple arab yang kedua yang nak lintas sungai tu tadi, terkial-kial jugak nak cross. Aku dah tak koser nak tanya pendapat sha, nak gi tolong ke tak. Kitaorang tengok je dia cross. Bukan apa, nak tengok

'Berjayakah superhero membawa heroin nye merentasi batu licin?'

Lama diaorang berdiri dengan kaki dah berapa kali nak tergelincir. Spontan aku bangun pegi dekat depa, aku hulur tangan. Yang hampir dengan aku, sang heroin. Teragak-agak dua2 tengok aku, tak lama lepas tu sang heroin sambut huluran tangan aku. Berjaya si heroin tiba.

Dah aku tolong dia, tak pandang2 dah aku, terus resahkan superhero dia yang tak kunjung tiba. Perempuan arab tu buat dek pada aku, terus aku pegi duduk, nak tolong hero dia pun bukannya aku mampu.

"Ceh, dia boleh buat dek pada aku. Patut aku biar je tadi" bole pulak aku tolong tak ikhlas? Hehehe
"Diaorang memang macam tu la yana, kurang mesra" sahut Punitha

Kitaorang tengok je, perempuan arab tu dok cakap2 dengan suaminya yang tengah berusaha. Bagi kata semangat kot? Hehe. Tapi

"AAAAAAA!" ni bukan bini dia menjerit, ni suara kitaorang menjerit. Dramatic je lebih. LOL. Tak tau apa reaksi si bini sebab dia berpurdah. Jatuh jatuh jatuh jatuh jatuh jatuh, entah berapa kali punggung or badan si lelaki tu hentam batu-batu yang ada.


"Superhero ni tak kuat sikit, sebab dia jatuh" keh2 kami gelak. Bukan jahat, kami simpati sang suami jatuh, sakit tu, jatuh atas batu2. Tapi dia yang cari masalah sendiri. Erm, jahat la sikit, hehe.


Arab Perkasa

Aku tak berapa tahu budaya tanah arab, tapi dari yang aku jumpa, dari sesetengah yang aku jumpa di Mekah. Tegas, bila aku sebut tegas dengan biji2 mata dia tegas. Imagine lah sendiri. Prinsip kuat, ke degil? Aku pun kurang pasti. Tahap keyakinan memang amatlah tinggi. Gagah, pernah serempak dengan pakcik arab angkut petiais kat belakang dia(Eh? Petiais? Kenapa rasa familiar sebut petiais? LOL). Boleh ar aku imagine mana rupa tentera Islam zaman dulu. Menarik.



Tak lupa juga, aku pernah serempak dengan sorang lelaki arab kacak. Kacak yang memang agak terpaku jugak la melihat(sedikit sebanyak dapatlah jugak faham kisah perempuan2 terluka kan tangan sendiri bila tengok Nabi Yusof). Bukan sengaja, dah rezeki tertengok. Solat sebelah aku kat masjidilharam, memang mengganggu. Susah aku nak solat. Dia tak tau ke dia kacak? Solat la jauh sikit dari aku. Eh. Dari perempuan.

Ops yang ni takde gambar. Karang kalau ada karang, aku yang makan tak kenyang, tido tak lena.

***


zeera:"Kat sini kita tengok apa sepatutnya?"
[sepi seketika]
"Emm. Tengok kapal?"
zeera:"oo0o"

-Telaga Harbour-

*Gambar ehsan camera sha

Thursday, February 09, 2012

Langkawi Flee 3


DAY 2



Durian perangin waterfall tak pasti dia ada sejarah ke tidak, tapi pergi pun atas dasar dia 'waterfall' jadi pegi la singgah tengok. Tinggi tapi tak daki tinggi2, dapat tengok first air terjun pun dah kira mission accomplished.

Lepas Zohor, island hopping. Abang boat kami muka innocent. Zeera yang phobia air, sudah gelabah. Belum pun masuk boat, sudah gelabah tanpa kawalan. Gelabah mintak tangan masa nak masuk boat. Dulu penah pimpin dia jalan atas titi, dia genggam tak hengat tangan kawan dia ni. Cramp jejari tak reruncing daku.



Zhiung Zhiung Zhiung Zhiung, macam tu la bunyinya boat melanggar ombak. Memula sopan je pemanduan boat kami, bila ada ombak besar, dengan smartnye skill drive boat brother tu dia elak ombak besar. Lembut je dia elak. Tapi tak lama. Lepas tu, Zhiung Zhiung WHOA! Zhiung Zhiung WHOA! Bunyi boat diselangi oleh suara kami yang menjerit macam 'hape nih?!kecut perut kami!kami semua tak tau berenang!'

Abang boat main-main langgar ombak. Boleh? Aku tak tau lah kalau dia tak sengaja, tapi aku rasa, aku rasa lah, dia menghiburkan hati dia sendiri bila tengok muka kitaorang masing2 cuak kecut perut bila boat melambung tinggi. Zeera usah kata, op cacing terbang! Semua pun terbang dari mulut dia.

Aku intai2 dari hujung mata, aku rasa abang tu sengih sorang2 bila tengok semua menjerit. Ces innocent2 pun ada hati mainkan kitaorang.

Dekat dengan pulau dayang bunting, abang ni berhentikan boat. Dia pun bercerita la serba sedikit pasal pulau ni. Tapi dia macam tak pandai bercerita.

Punitha: Mana kepala? Mana kepala? Aku tak nampak pun. Aku tak nampak pun.
Kawan2 yang rajin melayan: Itu la, yang sana tu, yang itu dia punya chest, yang itu tangan dia, yang itu kaki dia.
Punitha: oooooo! Ye lahh! Macam perempuan la! Haah la macam perempuan tengah baring.
(senyap sekejap dengan mata mengecil seperti sedang berfikir)
Punitha:Hmm. Dia macam mengandung lah
Kawan2 yang rajin menganjeng: HAHAHAHAHAHA!



Mendaki tangga nak ke tasik dayang bunting agak mengah jugak lah. Kat situ banyak monyet. Aku dah tau pasal monyet2 kat situ sebelum ni. Memandangkan aku dah biasa berhadapan dengan kera di kampung, so takde la panik sangat. Tapi tidak pada kawan-kawan aku. Aku berjalan di depan dengan Zeera. Di belakang Sha dan  Punitha berjalan beriringan. Tak lama kami mendaki. Tiba2 bunyi menjerit kat belakang aku dan Zeera

'AHHHHHH!'

Serentak aku dan Zeera pusing ke belakang, kitaorang tengok Sha dah menjerit macam kene sawan sebab ada kera nak tarik beg tangan biru striking dia. Punitha tumpang menjerit sekaki. Agak terkesima dengan situasi tu, walaupun Sha masih menjerit dan tetap teguh pegang beg tangan kecik dia, sang kera tetap berpegang jua pada beg Sha tanpa muka takut. Apa lagi menjerit sawan lagi Sha

'AHHHHHH!!' tak teragak-agak, Sha campak jugak beg biru dia ke kera tu. Dengan Aku, Zeera menjerit sekali tengok beg tercampak

Ko tau dalam tu ada kunci kereta?! ada handphone Zeera?! ada MACAM2?!

Tips: Sepengalaman aku, binatang boleh kesan kita rasa takut atau tak dengan dia. Bila kita takut dan dia dapat rasa kita takut, dia akan jadi berani dan yakin dia boleh takutkan kita lagi. Lalu mengganas.

Macam biasa kat kampung aku buat, aku melompat ke anak tangga bawah, nak capai beg tercampak. Kera tadi pun tak lepas peluang, dia pun lari ke beg tu nak ambik sama. Fuh aku dah ambik pun, dia nak ragut jugak. Aku tunjuk gigi aku sambil buat bunyi HERGGGHHHH!!!

Dia HERGHHHHH! aku balik. Pergh! Terkejut aku. Mulut dia macam dah cacat, aku boleh nampak gigi+gusi dia belah kiri tanpa dia bukak mulut pun. Scary muka dia. Tapi dah alang2 menyeluk pekasam, aku HERGHHH balik sambil mengundur ke belakang dengan tangan menghayun beg biru macam nak pukul dia. Dia pegi, mungkin dia kurang yakin nak berlawan dengan gigi besi aku. Huahuahua.

Tapi kalau bapak kera, aku tak pasti apa tindakan aku, bapak kera adalah ganas hokey.

Takde pun tourist kat situ tolong. Ces sungguh.

Lepas dah reda dan sambung perjalanan ke tasik dayang bunting

"Sha ko campak beg tuu???"
"Sha awak campak beg tuu???"
"Sorry la, aku panik. Yana ko pegang lah beg tu, aku tak nak pegang dah~"

Lepas tu beramai2 gelakkan aksi entah apa2 masing2 tadi. Sha sudah fobia dengan beg tangan sendiri.

Jauh kitaorang melompat2 dari pulau ke pulau. Kalau nak nikmati kecantikan laut dengan dahi tak berkerut bawaklah shades.

Sebelum senja dah sampai semula ke jeti. Kitaorang makan besar seafood lepas tu.


Air belimbing adalah sedap. Sila cuba.
Yang aku kesalkan bila aku teringat, tak sempat licinkan ikan.

*Gambar adalah atas ehsan camera sha.




Tuesday, January 24, 2012

Langkawi Flee 2

DAY 1 continues

'Hello pakcik'
'Hah??'
'Eh saya dah confirmkan dah dengan pakcik semalam'
'Haah, dah sampai dah. Ada kat sini. Ok'

Pak Berahim baru on the phone dengan zeera, beliau adalah penyewa kereta selama 4 hari 3 malam kepada 5 remaja(eh remaja lagi ke? Saya rasa saya remaja lagi,er saya dalam fasa krisis identiti, anda fahami lah masalah saya). Pak Berahim tak tau kitaorang sampai hari tu, dia ingat minggu depannya. Masa zeera kata Pak Berahim tak tau kitaorang datang hari tu, mata semua tengok zeera dengan makna lebih kurang macam ni 'MACAM MANA BOLEH PAK BERAHIM TAK TAU KITA NAK SAMPAI?!'

Zeera pulak macam paham otak kawan-kawan dia dah tak menyempat-nyempat nak buat serkap jarang, cepat-cepat dia bela diri.

"Semalam saya dah call tau! Saya cakap kita sampai bila, lepas tu saya bagi tau dia lagi bila kita tolak bila kita sampai."

Kami ada bahagi tugas sebelum ni. Hebatkan organisasi kami.

'PREPARATION FOR TRIP'

TASK LIST

  1. Flight/ Bus - Punitha / DONE
  2. Car/Boat (same owner) - Zeera/ DONE
  3. Motel - Liyana / DONE

*any other things need to be considered ,do inform

Setengah jam je kitaorang kena tunggu, ok la tu kan. Sementara tunggu, study map, walaupun sebelum tu dah study, kita study lagi di tengah-tengah laman airport Langkawi tu, baru la macam pelancong! Cool habis~

"Sapa nak drive?" tanya Zeera
"Bagi aku bawak bole?" 
"Bole je" Sha, Zeera bole aje, percaya betul depa dengan aku, kalau adik bradik aku, bermimpik la depa nak bagi can aku jadi pilot.

*start enjin kereta*
*vrooOM!*  "ops sorry, salah pedal" huahuahuahua
*reverse mode*
*BREAK!*
*reverse *
*BREAK!*
*reverse*
*BREAK!*

"Allahh.Apasal tak ada orang tegur, kenapa aku pakai dua kaki untuk kereta auto?! Cis memalukan!"

Tersengguk-sengguk kereta, aku buat, kehkehkeh. Last aku bawak kereta auto entah bila. Sha plak sebelah aku diam je tak perasan aku dok main pedal macam bawak kereta manual, dengan muka kecut dia menengokkan skill aku yang macam tersemput-semput. Bwahaha, sorry korang aku memalukan korang sekali.

Tak cukup dengan keterlupaan Pak Berahim, dengan skill drive ke-Mr. Bean-nan aku tersemput-semput kejap, ticket parking kereta sewa tu pulak problem.


Terasa macam dalam movie thailand(genre:comedy).


Sekumpulan remaja buat trip ke pulau. Dalam perjalanan mereka bertemu dengan pelbagai halangan tanpa mereka sangka!

Kata si penjaga ticket di pondoknya, ticket kitaorang tak valid. Pulak dah? Kata si penjaga ticket, kitaorang kena bayar untuk ticket baru. Kitaorang tak terfikir untuk bayar ticket baru, gigih pegi call Pak Berahim nak tanya 'kenapa ticket tak valid' haha. Uih mesti tanyaa, student trip kan? Setiap sen kira hokey! Kalau dah nama bukan rezeki, bukan rezeki jugak, kitaorang kena bayar jugak. Terpaksa masuk dalam budget list.

Tengah hari kitaorang sampai di motel, check-in terus.  Siap-siap, zassss ke makam mahsuri. Cari makan isi perut untuk lunch, padahal dah pukul 2 30 kot. Alah orang sekarang, malam2 pun cari makan breakfast(nasi lemak). 

Dekat luar berhadapan mahsuri ada kedai makan. Harga standard, rasa? Sodapp. Kami tak pasti kami lapar sangat, atau memang masakan dia yang sedap. Kedai luar lebih bersih berbanding kedai kat dalam kawasan makan mahsuri. Tak tau la pulak kalau dah bersih la ni. Oh kitaorang makan kat luar, sebab yang kedai dalam pagar tutup. 

Anggaran aku untuk tiket masuk makam mahsuri salah. TETT!!. Tolak markah organizer. Mana la aku tau rege nak naik, ces ces ces. 5 ringgit sorang. Walaupun memang kitaorang ada spare budget, tapi terkilan ar harga tiket naik hoho.

Seluruh pelosok, ceruk dijelajah. Kemasukan berbayar kan.






Lepas tu berkejar ke beras terbakar(ini tersilap teknik, nak kejar waktu operate makam mahsuri, terlepas waktu operate pasar di beras terbakar. Nak kejar objektif untuk day 1 punya pasal peduli hape kan.) Reminder, pasar dekat beras terbakar tu dia bukak waktu office, pukul 6 petang tutup.

Sebelum tiba beras terbakar, singgah sekejap di look out point. Seluas mata memandang gitu.




'Demi beras semangkok ?'
Kihkihkih, awal2 aku remindkan punitha beras nya takde la banyak mana. Takut dia ingat dia akan nampak bekas tempat beras dibakar zaman perang dahulu kala.

Jadi la, sempat tengok2 kedai2 yang tak bertutup. Teknik-teknik pancing peniaga macam biasa,
"Beli kak? Harga 38 ringgit, bole diskaun 30 ringgit kak". 

Cakap je la harga dia memang 30 ringgit, kami tak tersinggung pun takde diskaun.



Pernah dengar?

'mahalnya baju awak ni! 300 ringgit?!'
'eh murah tau bang. Tadi ada sale 50%'

Perempuan memang lemah dengar diskaun.