لَبَّيْكَ اللَّهُمَّ لَبَّيْكَ، لَبَّيْكَ لاَ شَرِيْكَ لَكَ لَبَّيْكَ إِنَّ الْحَمْدَ وَالنِّعْمَةَ لَكَ وَالْمُلْكَ لاَ شَرِيْكَ
Tengah feeling-feeling ingat zaman haji 2011 walau skang dah 2014. Mentara ada umur berazam nak coretkan sampai abis. Tapi takde mood. Eh?! Ya Allah dah 2015! 2016? Fuh
Thursday, February 09, 2012
Langkawi Flee 3
DAY 2
Durian perangin waterfall tak pasti dia ada sejarah ke tidak, tapi pergi pun atas dasar dia 'waterfall' jadi pegi la singgah tengok. Tinggi tapi tak daki tinggi2, dapat tengok first air terjun pun dah kira mission accomplished.
Lepas Zohor, island hopping. Abang boat kami muka innocent. Zeera yang phobia air, sudah gelabah. Belum pun masuk boat, sudah gelabah tanpa kawalan. Gelabah mintak tangan masa nak masuk boat. Dulu penah pimpin dia jalan atas titi, dia genggam tak hengat tangan kawan dia ni. Cramp jejari tak reruncing daku.
Zhiung Zhiung Zhiung Zhiung, macam tu la bunyinya boat melanggar ombak. Memula sopan je pemanduan boat kami, bila ada ombak besar, dengan smartnye skill drive boat brother tu dia elak ombak besar. Lembut je dia elak. Tapi tak lama. Lepas tu, Zhiung Zhiung WHOA! Zhiung Zhiung WHOA! Bunyi boat diselangi oleh suara kami yang menjerit macam 'hape nih?!kecut perut kami!kami semua tak tau berenang!'
Abang boat main-main langgar ombak. Boleh? Aku tak tau lah kalau dia tak sengaja, tapi aku rasa, aku rasa lah, dia menghiburkan hati dia sendiri bila tengok muka kitaorang masing2 cuak kecut perut bila boat melambung tinggi. Zeera usah kata, op cacing terbang! Semua pun terbang dari mulut dia.
Aku intai2 dari hujung mata, aku rasa abang tu sengih sorang2 bila tengok semua menjerit. Ces innocent2 pun ada hati mainkan kitaorang.
Dekat dengan pulau dayang bunting, abang ni berhentikan boat. Dia pun bercerita la serba sedikit pasal pulau ni. Tapi dia macam tak pandai bercerita.
Punitha: Mana kepala? Mana kepala? Aku tak nampak pun. Aku tak nampak pun.
Kawan2 yang rajin melayan: Itu la, yang sana tu, yang itu dia punya chest, yang itu tangan dia, yang itu kaki dia.
Punitha: oooooo! Ye lahh! Macam perempuan la! Haah la macam perempuan tengah baring.
(senyap sekejap dengan mata mengecil seperti sedang berfikir)
Punitha:Hmm. Dia macam mengandung lah
Kawan2 yang rajin menganjeng: HAHAHAHAHAHA!
Mendaki tangga nak ke tasik dayang bunting agak mengah jugak lah. Kat situ banyak monyet. Aku dah tau pasal monyet2 kat situ sebelum ni. Memandangkan aku dah biasa berhadapan dengan kera di kampung, so takde la panik sangat. Tapi tidak pada kawan-kawan aku. Aku berjalan di depan dengan Zeera. Di belakang Sha dan Punitha berjalan beriringan. Tak lama kami mendaki. Tiba2 bunyi menjerit kat belakang aku dan Zeera
'AHHHHHH!'
Serentak aku dan Zeera pusing ke belakang, kitaorang tengok Sha dah menjerit macam kene sawan sebab ada kera nak tarik beg tangan biru striking dia. Punitha tumpang menjerit sekaki. Agak terkesima dengan situasi tu, walaupun Sha masih menjerit dan tetap teguh pegang beg tangan kecik dia, sang kera tetap berpegang jua pada beg Sha tanpa muka takut. Apa lagi menjerit sawan lagi Sha
'AHHHHHH!!' tak teragak-agak, Sha campak jugak beg biru dia ke kera tu. Dengan Aku, Zeera menjerit sekali tengok beg tercampak
Ko tau dalam tu ada kunci kereta?! ada handphone Zeera?! ada MACAM2?!
Tips: Sepengalaman aku, binatang boleh kesan kita rasa takut atau tak dengan dia. Bila kita takut dan dia dapat rasa kita takut, dia akan jadi berani dan yakin dia boleh takutkan kita lagi. Lalu mengganas.
Macam biasa kat kampung aku buat, aku melompat ke anak tangga bawah, nak capai beg tercampak. Kera tadi pun tak lepas peluang, dia pun lari ke beg tu nak ambik sama. Fuh aku dah ambik pun, dia nak ragut jugak. Aku tunjuk gigi aku sambil buat bunyi HERGGGHHHH!!!
Dia HERGHHHHH! aku balik. Pergh! Terkejut aku. Mulut dia macam dah cacat, aku boleh nampak gigi+gusi dia belah kiri tanpa dia bukak mulut pun. Scary muka dia. Tapi dah alang2 menyeluk pekasam, aku HERGHHH balik sambil mengundur ke belakang dengan tangan menghayun beg biru macam nak pukul dia. Dia pegi, mungkin dia kurang yakin nak berlawan dengan gigi besi aku. Huahuahua.
Tapi kalau bapak kera, aku tak pasti apa tindakan aku, bapak kera adalah ganas hokey.
Takde pun tourist kat situ tolong. Ces sungguh.
Lepas dah reda dan sambung perjalanan ke tasik dayang bunting
"Sha ko campak beg tuu???"
"Sha awak campak beg tuu???"
"Sorry la, aku panik. Yana ko pegang lah beg tu, aku tak nak pegang dah~"
Lepas tu beramai2 gelakkan aksi entah apa2 masing2 tadi. Sha sudah fobia dengan beg tangan sendiri.
Jauh kitaorang melompat2 dari pulau ke pulau. Kalau nak nikmati kecantikan laut dengan dahi tak berkerut bawaklah shades.
Sebelum senja dah sampai semula ke jeti. Kitaorang makan besar seafood lepas tu.
Air belimbing adalah sedap. Sila cuba.
Yang aku kesalkan bila aku teringat, tak sempat licinkan ikan.
*Gambar adalah atas ehsan camera sha.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2 comments:
haha.. memang takleh ingat peristiwa ngn kera tuuu... aiyakkk!
lol, aku tak boleh bayang kalau beg tu ke atas pokok
Post a Comment