Tengah feeling-feeling ingat zaman haji 2011 walau skang dah 2014. Mentara ada umur berazam nak coretkan sampai abis. Tapi takde mood. Eh?! Ya Allah dah 2015! 2016? Fuh

Saturday, December 20, 2008

kawan bertahun kita bersama~

Friendship is always a sweet responsibility, never an oppurtunity.

aku jumpa di blog org.ceritanya pasal kawan2.

ya.aku tak tahu kadang-kadang.aku selalu soal pada diri.
kalau waktu itu aku dalam krisis.aku akan kata.

'lagi bagus jadi kera sumbang'

aku tak tahu aku bercakap dengan niat atau sekadar lepas geram.aku pun tak pasti.ade org kata, kita masih boleh hidup tanpa kawan.em memang boleh.tapi kita mungkin akan rase suatu masa nanti 'something is missing somewhere'.

-----------------------------------------------------------------------------

aku seorang yang menyesuaikan diri dengan orang.kalau orang itu begitu, aku pun begitu.kalau org ini begini, aku pun begini.Aku cuba ikut cara orang yang aku bersama aku.Hasilnya?

kawan: awak boleh masuk dengan semua orang ek?

-----------------------------------------------------------------------------

agak letih.bukan agak, memang letih.kalau sesuatu terjadi, kalau pendam, aku yang makan hati, tapi aku tak berdendam.tak pernah ada rasa nak membalas.Tapi kalau lepas, gaduh jadi habuannya.yang mana satu? dulu aku lebih senang diamkan diri.Kadang-kadang orang bercakap tanpa sedar, jadi tak boleh nak salahkan dia kan.ke boleh?(sengih)

sejak aku masuk U, aku mudah lepaskan perasaan. Terpulang juga pada orang yg sedang aku bercakap.Kalau keras hatinya, keras lah aku balas.Kalau sinis katanya, sinis lah aku balas.Hah, banyak memori aku rase baru-baru ini.Mungkin aku terpengaruh dengan benda yang menumpang dalam badan aku.(angkat kening).mungkin.

Tapi jauh di sudut hati, orang yang suka menyakitkan hati aku lah yang banyak aku simpan kenangan.(senyum).kenangan bergaduh.ha3.Sejak aku sedar kehadiran pendatang tanpa izin dalam aku, aku mula sedar diri dan cuba jadi yang dulu.Pendam lebih baik mungkin.Sekurang-kurangnya aku tak meninggalkan kesan torehan yang tidak dilihat mata kasar dan tidak mungkin dipadam dgn maaf.

------------------------------------------------------------------------------

Satu sahaja yang aku pegang, aku tak boleh ubah kawan-kawan aku.Ubah diri sendiri .lebih mudah.kan?.

------------------------------------------------------------------------------

kau cuba lah bercakap dengan dia
tak nak lah.saya dgn dia memang tak masuk.awak boleh la, senang masuk dgn semua org.
bukan kau tak masuk, kau tak pernah cuba nak ikut gaya dia.lain orang lain gaya.mana boleh kau pakai gaya kau dengan dia.Dia tu keras hati, kau cuba ikut flow dia. Aku ni nampak macam senang masuk dengan orang, tak jugak sebabnya aku cuba ikut gaya org tu.Ade org suke seorang pendengar, jadi aku dengar je lah, ade org suke penasihat, jadi aku bagi ar nasihat.

-------------------------------------------------------------------------------

dia tak tahu, kadang-kadang aku ada kurang bersetuju dengan cara dia tapi dia tak nampak, aku tolak cara halus. Aku ada juga rasa tidak puas hati tapi aku diamkan.kiranya.aku ni bukan lah senang masuk dengan orang.(sengih).



Thursday, December 18, 2008

petang tadi

sedang khusyuk mencari movie utk ditonton, bunyi kereta memasuki ruangan hadapan rumah bergema.

'pelanggan mak kot.'(mak aku stokis tett.apa kamu fikir?Gamat la)

aku buat dek, masih di sofa hijau.sebab mak aku ade ruangan dia sendiri utk urusannya.tanpa mengendahkan mak aku di luar menyambut tamu, tiba2 aku rasa mak aku dekat dgn ruangan aku dan duduk di sofa.cit.ingatkan pelanggan.kawan mak aku la.kelam kabut bangun, sbb tamu emak ade bawak anak lelaki?adik lelaki?.

mak:pergi panggil firah.(firah adik aku)
aku:huh?ha.(confuse)

di bilik.

firah bangun.mak suruh g depan.ade org datang.mak angkat ko kot?(aku dan kakak seorang lagi tak de mak angkat, yang lain semua ada mak angkat.tapi aku tak penah tgk mak angkat adik aku)

(firah dengan muka baru bangun tido.waktu petang ni.tgk aku blur2.lepas tuh pejam mata balik)


hoih!bangunla.mak suruh g depan.mak angkat ko.mak angkat koO!ade abg angkat ko gak, ke adik angkat ko?entah akak pun tak tau.(muka laki tuh boleh tahan tak pernah plak aku tau adik aku ade abang angkat hensem.hensem ke?boleh la tahan.adik aku tak pernah cite plak)

cepat la bangunnn.mak angkat ko kat depannnn.

10 minit kemudian..
di dapur.

firah: pandai la ko mak angkat.bukan la.kenal pun tak.

*kenapa aku teka mak angkat?entah?confident je.tepa hape

lepas tu aku gelak sorang2 depan kuali panas tak henti2

-------------------------------------------------------------------


lantai dapur aku sapu,lama aku berangan lepas tu baru terperasan sesuatu,baju aku comot.Aku sarung tudung style org indon pakai tuh,sarung je.

'Ya Allah, mesti dia ingat aku pembantu rumah.cit.cit.Patut la tadi takde gaya nak hulur salam. Orang hulur baru makcik tu nak hulur salam. Pulak tu.Mak bagi arahan panggil firah , memang macam Puan Besar bagi order, ya ampun malu den.'

-------------------------------------------------------------------

mak: *** mane airnya?(bertanya dari depan)
aku: ha.jap.

sebagai menebus maruah, aku pakai macho2.dulang ditatang.menjadi ar.

abang?adik? tgk aku mata terpaku.

tak tau ar plak kalau terdetik kat hati dia 'amboi org gaji ni, beria nya'

*nama samaran aku nama kampung,confirm dia ingat aku org gaji.

--------------------------------------------------------------------------------

track bottom koyak kat buku lali, t-shirt comot, tudung indon warna putih lip lap(tgn sorok bawah tudung sehingga terlanggar2 sofa depan tetamu mak sbb nak lari.keh3)

kamu ingat aku berhias.

seluar khakis, baju kemeja kotak2 lengan pjg , tudung hitam(kan dah kate,mane ade hias)


Tuesday, December 16, 2008

lrt

aku tak tau la dari mana aku dpt habit ni.

kalau aku panic aku akan call org.sape2 je la.
waktu yg selalu panic, time aku lupa aku kene tukar train kat mana.(aku pengguna lrt setia )
kene ambik stop kat mana nak pegi tempat ni tempat tu.

kat masjid jamek dulu.dari U aku ke masjid jamek lepas tu aku kene cross jalan utk ambik aliran sri petaling.aku cross bawah tanah lepas tuh aku cross balik ikut jalan raya.(skang tak yah, dah bukak laluan kat atas)

aku kadang2 khayal.jadi aku mudah lupa apa sebenarnyer misi aku kadang2.

hari tuh sepatut nya aku tak payah cross jalan.aku dah confius aku kene masuk ikut stesen mana.aku nampak org ramai2 jalan, aku pun terpengaruh.aku ikut je depa jalan.diaorg cross aku pun ikut cross.skali baru perasan.aku tak payah cross sepatutnya.aku gelabah.sbb kene melintas balik.cover malu.aku pun call org.2-3 saat aku bercakp ngan kawan aku,kaki ku hayun melangkah utk melintas semula.

kat jalan tuh kereta tgh berhenti tunggu lampu hijau.tgh aku berjalan depan kereta ape entah dgn jeep sebelah dia.driver jeep tgk aku sambil siku tongkat kat stereng.aku perasan dari ekor mata, tapi aku tgh on phone kan jadi mata aku focus seberang jalan je.sekali.

zupp..pinnnnnnnn!

ade motor meluncur laju antara dua kereta tuh.kaki aku terhenti aku undur pantas tapi sbb abg?pakcik? tu bawak laju gila, sempat juga lutut dia langgar lutut aku. terpusing 90 degree.

berdesup darah.tapi tak rasa risau pun.entah agaknya aku tak terfikir aku boleh mati.tapi kalau tak undur mmg aku terpelanting la kot ke depan.

abg?pakcik? dia marah.'ape a bla2'.aku tak dgr ape dia bebel.sbb aku kan cepat panic.aku tak focus.tapi aku nampak spec itam dia ja ngan misai dia.dia gemuk.jadi inersia badannya menyebabkan dia mudah berhenti kot.

aku:sorry.sorry
dia: ape ae bla bla
aku:sorry sorry(tunduk terus jalan.phone kat telinga lagi.pipi panas2.kawan aku kat phone tak tau pun kawan dia nih dah nak kene langgar)

salah aku pun, sbb tak jalan ikut kuda belang.tapi sepatutnya dia tak laju.(jebik.ye la salah aku jugak tak tgk kiri kanan).tak silap aku dia vrooomm lepas dia terhenti dek aku. menyesal aku tak pegang belakang motor dia.

-----------------------------------------------------------------------

ari tuh aku sepatutnya berhenti kat masjid jamek.aku pegi beli tiket kl sentral.tak tau la ape dalam kepala aku.sambil aku berjalan ke kaunter tiket utk beli tiket masjid jamek, aku call akak aku.

------------------------------------------------------------------------

lagi sekali ari tuh.aku sepatutnya tak perlu cross.tapi aku cross jugak kat masjid jamek tuh.sambil melihat klcc aku call kawan aku.

aku: sori la kacau.aku silap lagi ari nih.aku pergi cross.
kawan aku:tak kacau pun.paham dah.(gelak2)

hang up.lepas tuh baru cross balik.

-------------------------------------------------------------------------

esok2 nampak mcm budak skolah cross jalan pastu keluar kan hp dari pocket lepas tu cross balik.jgn jerit petiais lak.

Wednesday, December 10, 2008

awan biru

suram.ruangan penumpang disurami dgn cahaya oren dari penumpang yang belum tidur.tekun membaca.(aku?penonton tegar.semua movie pusing.)lagi pula.penumpang tidak ramai.ku bayangkan dari luar malaya airline.terbang nya malaya airline dengan perut yang tidak kenyang.suram.

kiri dan kanan.semua sudah terbuai ke alam sendiri.sedang tekun menonton dlm hati sudah terpasang niat(akak ni lalu nanti kena mintak!kene mintak!kene!mata masih tidak lepas dari screen)

juice?
hiak!(pantas tangan ku hulur utk mencapai.)
(akak cun bermekap di malam buta melihat aku)
(mata aku merah.bengkak.tak kupeduli kan dia.tgn lantas mencapai air.dia berlalu)

aku tonton cerita aksi.
tak ada org mati dlm keadaan tragik.
cuma aku sudah tonton 5 movie tanpa henti.
bercahayakan lampu oren.
mata pedih!

---------------------------------------------------------------------------------------------------

waktu masih siang.kecoh semua orang.tatkala akak-akak cun mengedarkan makanan.makan waktu apa ya tu?.macam-macam bunyi.
bunyi plastik dikoyak.
scrambled eggs?
aluminum dibuka.
thank you.
meja yg terlipat dileraikan.
cofee or tea?
tayar troli bergolek2.

mata aku meliar kiri kanan.
'ah sarapan ku tak cukup sifat!'
(ligat otak dan mata bekerja mengesan apa yang tak cukup sambil mata menjeling pantas ke meja org sebelah)
'ah!crossaint!'
sebaik saja akak cun.eh bukan.abang cun lalu.
"abang!roti!rotiii!"
(kamu fikir aku jerit~(-_-").aku masih sopan lagi.aku tidak jerit.cuma mungkin agak dramatic sedikit dgn tgn kanan ku lurus sambil 5 jari ku beraksi seperti buzz lightyear menjerit nooooooo!!!!!!! sambil tangan kiri ku teguh mengenggam dulang makan ku.)
aku tak jerit crossaint sbb aku terlupa bagaimana mahu menyebut nya.dulu aku sebut.hasilnya kakakku gelak keji.

kesiannya dia tak dapat.kejap ya.
(aku lihat dia bawak plastik lutsinar.sambil dia menyepit keluar croissant.satu utk aku.satu utk kakak ku di kiri ku.masih berbaki 2 crossaint.)
ha.disebabkan adik dpt lambat.abg bagi lagi 1.
(habis bertuah ar konon.)
finally.aku satu kakak ku satu.
kami makan sampai kenyang.SANGAT!

-------------------------------------------------------------------------------------------------------

bangun.sembahyang.(mak mengintai dari celah seat depan ku)
ha?a orang bangun ni.(lantas bangun dari duduk ku utk ke tandas)

payah sungguh ambil wuduk di tandas.lama aku di tandas.selesai sahaja.aku keluar.
aiseh.terbatal.patah balik.ambik wuduk lagi.lama aku di tandas.selesai.dlm kepala.
'jaga wuduk.wuduk jgn la batal.jgn la batal'

selamat sampai di duduk ku.kakak ku pula pergi mengambil wuduknya.baru shaja ingin memulakan solat.juice?'ish abang cun ni.masa ni plak nak bagi juice.'
meja lipat sebelah aku buka.lalu menyambut huluran 2 air jus oren.
dush!aku tersentak.mulut maintain senyum.
jari manis ku terkena jari abang cun.jatuh hati? abang cun tak lah cun.
selesai ku letakkan air jus.
cit!aku berdecit seperti org di london selalu buat tatkala laluan mereka terhalang.atau seperti org temasik kalau mereka melanggar bahu kita seinchi.mungkin mereka2 ini ada masalah lidah.tapi aku berdecit kerana aku mahu berdecit.

kakak ku sampai di sisi.

"kak de semayang la dulu.jap kasi org keluar dulu."

Tuesday, December 02, 2008

berjela

atas kek

Selamat Hari Jadi ke-(tutt.) ******************


'idea sape tulis nama penuh nih'

Monday, December 01, 2008

cerita hari ini

Bila lidah berkata

labu:ko tau, semalam ayu* tulis nama dia kat pda si adi ape tau
labi:ape?
labu:ayu* loves fahri* forever.pastu dia lukis heart.ha3.tak leh bla
jelita*:kahkahkah
labi:ala biasa ar tu.org dilamun cinta.(nada perli)
labu:haah.labi kau pun boleh buat gak. labu loves farr..err
mereka(ayu*+adi+jelita*): HAAAAAA!!!!!.LABI KAU KENE HATI2 LABU DAH PASANG NIAT TUH!
labu: woi woi woi sori sori.kehkehkeh.name lebih kurang.name aku lagi senang sebut vokalnya.tuh tersilap tu
ayu*: dah la labu.ckp jee

*nama samaran


Cicak man


kita penah tgk superman,batman,spiderman, mcm2 man lagi lah.
kelmarin tgk cerita mercury man.cerita thailand.best jugak la.boleh tahan.part lawan2 pun cam mantap dia punya steps.cun betul.kagum ar thailand pun dah ade superhero la!

tiba2 hati aku berdetik.
'nasib baik kita ade cicakman'


Baik pakai

hush.byk nye semut.cepat betul dia trace.
huh?
mak tau tak dlm ni ade ape(sambil menunjukkan pada tupperware bulat berwarna kuning)
ade apa?
ade susu dlm ni tau.(aku baru isi semlm nye susu pekat)
hah?!susuk?!
hish ape mak ni.susu la.kalau susuk.baik org pakai buat apa simpan dlm tupperware.


19_01

subuh tadi aku bace mesej dari
sha@yati@yana:
>>inbox: semoga pjg umur.
>>sent: 00.02

aku reply
>>terima kasih.aku pun tido awal semlm.

*aku tido kul 11.kawan aku sanggup tunggu 12 tuh


Klinik Pergigian Anis

Happy Birthday to 'LABu' have a nice day.
'huiyo! dentist wish org birthday ar!!'