Tengah feeling-feeling ingat zaman haji 2011 walau skang dah 2014. Mentara ada umur berazam nak coretkan sampai abis. Tapi takde mood. Eh?! Ya Allah dah 2015! 2016? Fuh

Thursday, May 22, 2008

apartment akak ku

apartment akak ku.

"ITU KEJE AWAK!AWAK LA BUAT!"

kipas aku off kan.novel ditutup. tingkap ku tolak luas sedikit.telinga ku rapatkan ke tingkap.

'org atas bergaduh..gile gaduh punya!'

gaduh mcm depa je kat situ.tak malu langsung terpekik2.yg lelaki nya mmg mcm petir pekiknye.perempuan nye.kdg2 dgr suara halusnya menahan tangis.kedengaran suara halus perempuan tuh berckp dgn nafas tertahan2 menahan sebak.'mungkin'.

"saya buat semua kerja kat rumah nih."

tak silap telinga aku.aku dgr yg si perempuan berkata..

"biar lah saya keluar dari rumah ni."
"HA NAK KELUAR SGT!KELUAR!KELUAR!KELUAR AR!ANGKUT SEMUA BAJU2 TUH!"

disusuli dgn bunyi barang berjatuhan.BANG!pintu dibukak dgn kuat sehingga menghentam dinding.aku rasa mungkin si lelaki itu yg mencampakkan barang2 perempuan tuh keluar.'agaknya'.

aku kira mereka bergaduh kerana lelakinya malas.mungkin si perempuan meminta sedikit pertolongan si lelaki.tetapi tidak diendahkannya.disebabkan keletihan maka dia terpaksa meminta tolong si lelaki.si lelaki yg runsing lalu mengamuk.'barangkali'

----------------------------------------------------------
tahu tak sang lelaki(s) di luar sana.apakah sebenar-benarnya tanggungjawab seorang suami?
anda tahu bagus.bagi yg tidak tahu.

tugas suami dalam Islam.
'run' kan family
bukan setakat dari segi nafkah.

malah..

memasak
cuci pinggan
cuci baju
kemas rumah

pendek kata..kerja suri rumah itu adalah tanggungjawab lelaki.

'apa guna isteri kalau macam tu?!'

relak2 saudara.
seorang isteri di sini tanggungjawab nya meringankan beban si suami dgn membantu suami melakukan kerja2 tersebut.


kiranya di sini.kerja suri rumah itu bukanlah sebenarnya2 kerja perempuan.jadi.ingat itu bila anda sudah berkahwin jgn membiarkan bebanan itu dipikul oleh si isteri seorang diri.berat.sgt berat melaksanakan kerja rumah yg tak pernah habis.dan jgn buat isteri mcm kuli.

ingat itu!
----------------------------------------------------------

keesokannya..aku dgr org atas bertukang.tekun.dari pagi sampai lewat petang.
'oh barangkali isteri dia minta tolong baiki sesuatu'.

* petang semalam yg mereka bergaduh.sunyi gile apartment.aku rase sumer org mcm aku.

tekun menekapkan telinga ke tingkap.

Friday, May 16, 2008

semalam.

aku masak makan petang semalam..akak aku yg ke-4 dtg ke dapur duduk di meja makan.muke baru selepas dicuci setelah tertido penat selepas bertungkus lumus buat kerja.dgn muka ngantuknya..

akak:buat apa
aku :emm(tgh memikirkan sesuatu bende yg sgt kontra dgn apa yg aku tgh buat..lame..)..masak..(setelah malas nak berfikir aku jawab yg betul aje)

dia perhatikan je aku buat keje aku...

hari nih hari apa?
hari khamis (menjawab sambil mata aku tak lepas dari tepungku)
HAH?! betul ke?ckp le yg betul!
ye la hari khamis la.
ckp le betul2
abis tuh nak org ckp apa.rabu??
kalau mcm tuh. ape buktinyer hari nih hari khamis??

buktinyaa..


esok hari jumaat.

muahahaha!!(aku gelak beria syok sendiri sambil menenyeh tepung menjadi bulat dgn senduk)


*akak-student math-cern yg byk je keje dia aku tgk tak penah abis.atau mungkin sbb dia pilih utk foya dulu depan tv dan kemudian baru abiskan kerje dia maka nampak macam tak penah abis.

Wednesday, May 14, 2008

phobic

petang sabtu itu.

akak ku yg ngandung dan anaknye (setahun lebih) tak de di umah.jadi lagi senang

aku nak tgk cerita.hantu.
malam sebelum tuh konon nak tgk, tapi kudrat tak cukup nak tgk.dgrkan background music intro dia pun da terbayang macam2 dalam kepala.jadi keputusan dibuat.

`esok siang mesti tgk!'

//jam 1400//

aku nonton wayang dlm bilik.tgk ikut pc.mula2 tgk cerita thailand.aku baring kat lantai beralaskan tikar buluh.akak ku yg seorang di katil.

akak:tgk cite apa?
aku: hantu thailand.

akak: ...

setelah hampir sejam lebih berlalu. akak tgk aku relak je.
movie seterusnya.cerita hantu philipine.

akak:eh phillipine
aku: haah
akak: join baring kat bawah.tgk jugak.

.......lame masa berlalu.....
tiba di part suspen...entah waktu watak utama melilau2 mencari lembaga tu tiba2..

JENG!JENG!
AAAAAAAAAAA!!
HUA!

memalukan.
aku terjerit.
bukan sebab terkejut kan jeng jeng itu.tetapi `AAAAAA!!' itu.
akakku menjerit sambil berselindung di balik suratkhabar yg sedang dipegangnya.
tanpa rasa bersalah.dia bertanya

akak:ape tuh ape tuh ape dia nampak(mata dia berselindung balik surat khabar)
aku:(unfair sungguh.sbb nanti mesti aku sorang je yg terbayang2.unfair!unfair!)tak de ape sgt..


mesti the whole blok apartment dgr.sbb. petang tuh sunyi sungguh.


//jam 2200//

tgh packing baju2.nak balik kampung esok paginyer.dgn bas.so ulang alik dari bilik ke bilik tgh dlm umah tuh.di bilik tgh tuh ade almari baju simpan segala baju.tgh cari2 baju sambil dua2 tgn pegang pintu almari kiri dan pintu almari kanan.

berfikir...senyap....
tiba2 aku rase seperti ditenung.
perlahan aku anjakkan sikit kepala ke belakang sikit utk lihat di sebalik pintu almari kiri.yg dpt ku lihat akak ku yg ngandung sedang melipat kain di ruang tamu.aku kembali menatap baju di hadapan.

masih.
seperti ada yg menenung aku dgn penuh fokus.aku mula2 terbayang bukan2.
pantas mata aku melilau melihat siling.lalu kulihat sebalik pintu almari kanan.tiada.

kututup pintu almari kanan dan kututup pintu almari kiri.

AAAAAAAAAAAAAAAAAAAA!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!(sambil melompat ke belakang)

ihik ihik ihik ihik(dia tergelak suka melihat aku melompat terkejut sambil tgn nya sedang memeluk bola kecil)

anak sedara aku.dia yg berdiri sambil tgk aku.tapi aku tak perasan sbb dia rendah.dia pun tak pandai ckp sgt.agaknyer sbb tuh dia memilih utk melihat sahaja.

aku menjerit sbb.dlm cerita hantu selalu ade budak main bola.

*lagi pulak dia suka main sergah2 dgn akak aku yg ke-2.jadi bile org terkejut.mungkin dia rase dia terror berjaya mengejutkan makcik nye.

*anak sedara-

sufiya perempuan.tak pandai berckp sgt.kalau nampak cicak.akan dipanggil ciTak!kalau nyamuk disebut nya dgn ade dengung sedikit.rambut lambat tumbuh.nampak mcm lelaki sikit.sbb bonda dia yg dipanggil nenek suke sarungkan singlet ala2 basketball player/shorts/..dan itu mungkin disebabkan bonda nya sedang mengandungkan baby atau bibik seperti yg sufiya sebut adalah lelaki. dan bagi sufiya apabila dia ketuk pintu dan mahu menyuruh org bukak pintu.tak kira pintu apa pun atau siapa pun di dalam dia akan menjerit magic word nya DADDY!

yg pasti dia ingat aku adalah acik nya.(sambil tersengih)