Tengah feeling-feeling ingat zaman haji 2011 walau skang dah 2014. Mentara ada umur berazam nak coretkan sampai abis. Tapi takde mood. Eh?! Ya Allah dah 2015! 2016? Fuh

Monday, March 17, 2014

Konsert yang tak konsert


        Pernah lah pergi konsert, konsert kah? Anugerah Jore Lagu bukan konsert, kalau pun bole digelar konsert mungkin konsert paling sopan bila mana semua orang duduk sopan dan mendengar.

         Dapat pas percuma dari abang ipar punya abang ipar. Pergi lah dengan angah dan kawannya. Aku agak kampung sikit(sebut sikit masih tak nak mengaku kekampungan). Masuk situ aje aku dah mengocap(bukan lah mengocap nak tunjuk tanda iman aku tebal, terkejut sangat nok) menengokkan pemakaian masing-masing. Tapi nak kata apa, kadang-kadang orang tu la yang paling seksi, tapi di pengakhiran hidupnya, dia lah yang paling taat perintah-Nya.
    
       Anugerah Jore Lagu pun mula dan sorang-sorang retis mula menyanyi. Zappppppp satu perasaan terus terasa ke trakea. Suara retis tu masing-masing memang buat gegar sampai ke rongga dalam. Fuh time tu takut usah kata. Ye le. Aku ni nak buat rongga dalaman kene getar dengan bacaan imam kat masjid pun jarang, sekali kene gegar dengan lagu-lagu yang dot dot dot. Haruslah panic attack. Spontan terzikir apa terlintas. Terzikir? Pun volehh. Aku ingat aku sorang, angah pun sama. Ahahahahaha. Ko bayangkan, masing-masing secara zahir tengah dengar suara Pejal Tahir menyanyi bagai nak gegar stadium, dalam hati masing-masing astaghfirullah, astaghfirullah, astaghfirullah, astaghfirullah. Semacam rasanya. Takut. Takut sangat, aku mintak jauh ajal bukan di situ. Masa tu dah ada kes penonton konsert sheila on 7. Nauzubillah.

      Tak lama lepas pengalaman ajl, ada lah kawan abang aku yang perempuan tahu aku minat photography. Maka dia ajak lah aku pergi ke indie band punya show. Katanya mahu shoot event tu secara suka-suka. Tapi sejak suara Pejal Tahir meresap getarannya sampai ke organ dalaman aku yang terdalam sekali, aku . . . . . . .



   Alangkan anugerah jore lagu yang duduk sopan tu pun dah bole buat gua cuak, apatah lagi konsert yang semua orang berdiri dan terlompat-lompat.





No comments: