Tengah feeling-feeling ingat zaman haji 2011 walau skang dah 2014. Mentara ada umur berazam nak coretkan sampai abis. Tapi takde mood. Eh?! Ya Allah dah 2015! 2016? Fuh

Friday, March 21, 2014

Kalau kecewa


Pernah rasa kecewa sampai membuat kamu terduduk?

Dalam hidup ada atas dan bawah. Ada waktu kamu rasa bahagia dan senang dengan apa yang kamu ada. Ada waktu, bila kamu susah hati, fikiran celaru lalu bingung. Hati libang libu. Berapa kali sudah pernah merasa putus asa? Andai tiada iman, kewarasan akal tak dapat dikawal, tersilap langkah, nauzubillah.

Bila aku susah hati. Kadang kala fikiran jadi buntu. Tidak tahu perlu luah bagaimana dan pada siapa. Suka aku dengarkan diri aku dengan kisah nabi yusof dalam cerita Ayat-ayat cinta. Bila si banduan bekas pensyarah mengingatkan Fahri tentang nabi Yusof

"Ya Allah jika memang kehidupan di penjara lebih berarti bagiku daripada dunia luar maka aku lebih memilih tinggal di penjara tapi dekat denganMu daripada aku hidup bersama manusia pendusta."

Cukup terkesan di hati. Setiap kali aku dengar, bergenang air mata. Betapa luhurnya hati baginda untuk lepaskan segala di dunia untuk lebih dekat dengan Allah.

Manusia kadang kala apabila kecewa, kita terus bersedih dan bersedih sehingga terlupa, ada sebab musabab kenapa sesuatu itu terjadi. Baik soal peperiksaan, baik soal hati, baik soal kerja. Bila diduga di satu ketika, kita jatuh. Bila hilang pertimbangan, takdir Allah disalahkan.

Bila kecewa. Mengadulah dengan Allah. Allah suka kita berdoa kepada-Nya.





Kadang kadang kita semakin jauh dari Allah.
Tanpa kita sedar.

"Sabar. Ikhlas. Itu Islam Fahri"



Monday, March 17, 2014

Konsert yang tak konsert


        Pernah lah pergi konsert, konsert kah? Anugerah Jore Lagu bukan konsert, kalau pun bole digelar konsert mungkin konsert paling sopan bila mana semua orang duduk sopan dan mendengar.

         Dapat pas percuma dari abang ipar punya abang ipar. Pergi lah dengan angah dan kawannya. Aku agak kampung sikit(sebut sikit masih tak nak mengaku kekampungan). Masuk situ aje aku dah mengocap(bukan lah mengocap nak tunjuk tanda iman aku tebal, terkejut sangat nok) menengokkan pemakaian masing-masing. Tapi nak kata apa, kadang-kadang orang tu la yang paling seksi, tapi di pengakhiran hidupnya, dia lah yang paling taat perintah-Nya.
    
       Anugerah Jore Lagu pun mula dan sorang-sorang retis mula menyanyi. Zappppppp satu perasaan terus terasa ke trakea. Suara retis tu masing-masing memang buat gegar sampai ke rongga dalam. Fuh time tu takut usah kata. Ye le. Aku ni nak buat rongga dalaman kene getar dengan bacaan imam kat masjid pun jarang, sekali kene gegar dengan lagu-lagu yang dot dot dot. Haruslah panic attack. Spontan terzikir apa terlintas. Terzikir? Pun volehh. Aku ingat aku sorang, angah pun sama. Ahahahahaha. Ko bayangkan, masing-masing secara zahir tengah dengar suara Pejal Tahir menyanyi bagai nak gegar stadium, dalam hati masing-masing astaghfirullah, astaghfirullah, astaghfirullah, astaghfirullah. Semacam rasanya. Takut. Takut sangat, aku mintak jauh ajal bukan di situ. Masa tu dah ada kes penonton konsert sheila on 7. Nauzubillah.

      Tak lama lepas pengalaman ajl, ada lah kawan abang aku yang perempuan tahu aku minat photography. Maka dia ajak lah aku pergi ke indie band punya show. Katanya mahu shoot event tu secara suka-suka. Tapi sejak suara Pejal Tahir meresap getarannya sampai ke organ dalaman aku yang terdalam sekali, aku . . . . . . .



   Alangkan anugerah jore lagu yang duduk sopan tu pun dah bole buat gua cuak, apatah lagi konsert yang semua orang berdiri dan terlompat-lompat.





Monday, March 03, 2014

Sapa lagi hensem


Zaman belajar dulu, katanya kalau tercakap benda serentak dengan kawan kau. Kau kene cepat-cepat tepuk kawan kau yang lagi sorang tu. Ada kata sapa tepuk cepat, dia kawin dulu. Lain tempat lain alasannya. Konsep aku dan sahabat lain pulak.

"Aku tepuk dulu maka suami aku esok lagi hensem dari suami kau."

Sehingga ke kerja pun masih aku amalkan lagi. Agak tak normal aku kira. Awal-awal bertepuk bertampar dengan office mate depa shock dengan culture aku(pendek kata culture shock). Wahaha. Sekarang usah kata lah, sampai kan berperang bermati-matian bertepuk tinggal tak bertampar je. Lol. Aku tepuk kau, kau tepuk aku.

"Aku tepuk kau lebih, hari ni jodoh aku lagi hensem dari jodoh kau." Gitu. Wahahaha.

Sampaikan aku balik kampung, geram je tapak tangan. Rasa nak tepuk-tepuk je adik-beradik aku. Tahan rasa je bila tercakap benda serentak dengan depa. Depa takpe lagi.

Dengan ayah pun bole terserentak, durhaka namanya kalau tertepuk mungkin bole tertampar lepas tu.