Kalau berbau mudah sikit kan. 'Eh ada bau kemalangan ar, berhenti berhenti ko, kita berhenti tepi jalan dulu ko'. Macam menarik je.
Kalau naik motor tu, kalau tak sayang nyawa sendiri, kurang-kurang ingat lah orang yang tersayang. Helmet ada letak kat kepala, lampu motor tu tak payah la jimat sangat, kalau umur muda takde lesen, sabar, muda kan hanya sekali enjoy dengan driver jeh .
Setakat ni, kat rumah , ruang tamu lah tempat dia tido dengan tilam bujang dia. Akan ada peneman selalunya, tolong2 apa yang patut. Satu malam tuh aku teman dia, aku baring atas sofa, dia kat bawah. Kitaorang tengok tv pagi-pagi buta. Pukul 1 pagi mungkin. Selalu abang aku lelap dulu, tapi malam tu dia celik lagi. Ruang tamu gelap, kelap-kelip la dengan cahaya tv. Tengah iklan kat tv, tiba-tiba aku rasa macam dengar sesuatu. Aku senyap. Aku intai sikit abang aku kat bawah kot dia dengar jugak. Tapi aku tengok dia biasa je. Takpa lah aku salah dengar kot. Lepas tu dengar lagi, macam bunyi orang merintih. Huuu hu hu hu hu huu. Aku intai abang aku, kelihatannya masih pekak lagi. Tapi takpe, aku yang karak sangat kot, so aku tinggikan sikit volume tv yang tadi nya memang dah sedia rendah sangat.
Lepas aku kuatkan sikit volume nak bagi hilang bunyi rintih sayup-sayup tu. Tiba-tiba suara abang aku pecah sunyi. Dengan nada standard bersembang di siang hari, takde tanda-tanda berbisik pun dia tanya aku
'Weh ko dengar tak?' Bergema suara dia kat ruang tamu tu.
Aku diam buat tak dengar dia tanya aku. Aku ingat bila buat tak dengar dia tak nak tanya dah, tapi lelaki kan. Lack of sensitivity (Situasi yang tak memerlukan pertanyaan on the spot, tak perlu tanya, reserve untuk esok hari je ok)
'Weh pelan tv sikit. Ko dengar tak?'
Hampeh tul abang aku ni, tak yah ar tanya. Dah dengar simpan buat topik borak sahur esok je ar kan. Aku punya la pendam perasaan nak tanya tapi tahan je ingat esok nak tanya, dia pulak dan dan tu tanya.
'ishh dah lah, diam je, jangan tanya.'
Abang aku diam.
Aku rasa abang aku dengan selamba nya bertanya, mungkin dia ingat sebab ramadhan kan jadi tak mungkin benda hiii hihiiihii hihi ada. Tapi aku pulak, sepengetahuan aku ramadhan pun ada jugak. Tak semua kena ikat. Kata orang yang ada sixth sense/third eye dalam bulan puasa pun ada, yang tuannya tak jaga(kot).
Bila dengar huu huu huu huu tuh ,teringat lak dialog cerita Tolong! Awek Aku Pontianak.
apa benda tu?
mungkin pontianak, sebab dia mengilai hiihiihiiiii
eh tak pontianak biasanya mengilai huhuhuuuu
pontianak bila dia mengilai hihihiiii
eh orang dulu kata pontianak mengilai huhuhuuuu
(duration: 1:03:42)
~salam ramadhan :)~
2 comments:
burung hantu kot ..hantu jugak tuh :D
burung hantu gelak pun sedap lagi dari 'dia', :))
Post a Comment