Tengah feeling-feeling ingat zaman haji 2011 walau skang dah 2014. Mentara ada umur berazam nak coretkan sampai abis. Tapi takde mood. Eh?! Ya Allah dah 2015! 2016? Fuh

Saturday, August 27, 2011

Islamik


teng teng teng deng de deng deng teng teng teng (bunyi telefon aku tuh)
Tengok nama, tak ada nama, tapi nombor tampak familiar. Butang warna hijau ditekan.

"ehelloo~ assalamualaikumm~"

Biasanya, kalau aku angkat telefon aku sebut hello('nak cakap dengan siapa' tu tidak lah kan, dah memang telefon aku kan). Agak kurang islamik tanpa salam, tapi dah kawan2 pun tak semua muslim jadi dah terbiasa la hello hello.

Sejak menjak ni, yang rajin contact pun sorang sahabat (ex roommate) aku ni je. Siang malam telefon berdering tak payah tengok nama, aku tau dah sapa. Member yang ni rajin bagi salam.

Petang2 hening nak asar sebelum masak berbuka, ada call. Aku tengok screen tak ada nama, tapi aku tau sapa. Elok pulak aku bagi salam masa angkat, dengan satu nafas dengan nada meleret. Sebab member aku ni, pantas bercakap, selalu aku takkan sempat nak bagi salam di awal conversation dia dah bagi dulu, sebab tu lah aku selalu sebut hello je, itu je yang sempat aku sebut pun.

"eHelloo~ Assalamualaikumm~"
"waalaikumusalam, yani ko nih?" (baca dialek kelantan, bunyi suara emak orang)
"eh" ehem2 betul tekak, mak kawan aku rupanya.

"bukan2 ni bukan yani ni"
"oh ke, ok ok takpa takpa"(kurang sikit bunyi kelantan bilamana dia sedar si lawan adalah perak-ian, emak kawan aku nak contact dia through nombor yani, tapi tersalah nombor)


Tiba2 terus terdetik kat hati, fuh nasib bagi salam tadi. Nampak sopan islamik sikit. Eh? ahahaha. Bukan hipokrit, kebetulan kan. Kan? Hahaha.

* * *

Ada makcik, atau boleh kata sahabat emak aku yang bertandang ke rumah terserempak dengan aku yang bertudung indon labuh. Tak kelip mata dia perhati aku sapu sampah kat luar rumah. Sebenarnya masa tu aku tengah pakai baju lengan pendek jadi malas nak tukar baju lengan panjang, aku sarungkan tudung yang labuh untuk cover tangan yang tak bercover.

Mesti makcik tu rasa aku alim sangat, sampai tak kelip mata dia tengok aku. Bukan salah aku kalau dia fikir macam tu, hehe. Moral? Nak cari pasangan jangan tengok appearence, mungkin tak seperti yang anda lihat :).

Habis menyapu aku masuk rumah sambil melintas ruang tamu, aku dengar makcik tu tanya pada mak aku

'ini anak yang mana?'




Friday, August 12, 2011

Hantu Ramadhan 1 AM



Malang tak berbau
Kalau berbau mudah sikit kan. 'Eh ada bau kemalangan ar, berhenti berhenti ko, kita berhenti tepi jalan dulu ko'. Macam menarik je.


Abang aku kemalangan malam pertama orang nak terawih. Konon nya nak terawih pertama kat kampung gitu. Tapi hidung dia sumbat jadi malang tak berbau, dia naik motor bertembung dengan motor juga. Panik juga, tapi ayah aku macam relaks bila dapat phone call, aku kira keadaan alhamdulillah lagi la tu. Kat bahu dia ada yang patah, yang lawannya luka sikit-sikit. Lawannya budak perempuan yang tak salahnya tak berlesen, kononnya budak ni nak u-turn ke nak belok ke tapi secara tiba2. Walau abang aku mangsa, tapi kata mak aku muhasabah diri la kot ada salah tang mana-mana. Final exam dah dekat, patah bahagian kiri, dia pulak bangsa kidal.


Kalau naik motor tu, kalau tak sayang nyawa sendiri, kurang-kurang ingat lah orang yang tersayang. Helmet ada letak kat kepala, lampu motor tu tak payah la jimat sangat, kalau umur muda takde lesen, sabar, muda kan hanya sekali enjoy dengan driver jeh .


Setakat ni, kat rumah , ruang tamu lah tempat dia tido dengan tilam bujang dia. Akan ada peneman selalunya, tolong2 apa yang patut. Satu malam tuh aku teman dia, aku baring atas sofa, dia kat bawah. Kitaorang tengok tv pagi-pagi buta. Pukul 1 pagi mungkin. Selalu abang aku lelap dulu, tapi malam tu dia celik lagi. Ruang tamu gelap, kelap-kelip la dengan cahaya tv. Tengah iklan kat tv, tiba-tiba aku rasa macam dengar sesuatu. Aku senyap. Aku intai sikit abang aku kat bawah kot dia dengar jugak. Tapi aku tengok dia biasa je. Takpa lah aku salah dengar kot. Lepas tu dengar lagi, macam bunyi orang merintih. Huuu hu hu hu hu huu. Aku intai abang aku, kelihatannya masih pekak lagi. Tapi takpe, aku yang karak sangat kot, so aku tinggikan sikit volume tv yang tadi nya memang dah sedia rendah sangat.


Lepas aku kuatkan sikit volume nak bagi hilang bunyi rintih sayup-sayup tu. Tiba-tiba suara abang aku pecah sunyi. Dengan nada standard bersembang di siang hari, takde tanda-tanda berbisik pun dia tanya aku


'Weh ko dengar tak?' Bergema suara dia kat ruang tamu tu.
Aku diam buat tak dengar dia tanya aku. Aku ingat bila buat tak dengar dia tak nak tanya dah, tapi lelaki kan. Lack of sensitivity (Situasi yang tak memerlukan pertanyaan on the spot, tak perlu tanya, reserve untuk esok hari je ok)
'Weh pelan tv sikit. Ko dengar tak?'
Hampeh tul abang aku ni, tak yah ar tanya. Dah dengar simpan buat topik borak sahur esok je ar kan. Aku punya la pendam perasaan nak tanya tapi tahan je ingat esok nak tanya, dia pulak dan dan tu tanya.


'ishh dah lah, diam je, jangan tanya.'
Abang aku diam.


Aku rasa abang aku dengan selamba nya bertanya, mungkin dia ingat sebab ramadhan kan jadi tak mungkin benda hiii hihiiihii hihi ada. Tapi aku pulak, sepengetahuan aku ramadhan pun ada jugak. Tak semua kena ikat. Kata orang yang ada sixth sense/third eye dalam bulan puasa pun ada, yang tuannya tak jaga(kot).


Bila dengar huu huu huu huu tuh ,teringat lak dialog cerita Tolong! Awek Aku Pontianak.

apa benda tu?
mungkin pontianak, sebab dia mengilai hiihiihiiiii
eh tak pontianak biasanya mengilai huhuhuuuu
pontianak bila dia mengilai hihihiiii
eh orang dulu kata pontianak mengilai huhuhuuuu
(duration: 1:03:42)

hahaha
~salam ramadhan :)~