Hari tu ada meeting dengan client. Kami tak ada tea lady. Maka aku lah tukang buat kopi memandangkan aku yang organize meeting untuk hari tu. Aku buat kopi O. Gula aku letak bekas asing, sebab ada orang suka pahit ada orang suka manis, jadi suka hati kalau depa nak manis pepandai sendiri letak.
Sebaik aku letak kan dulang di atas meja meeting, maka sorang pegawai perempuan bersuara. Aku kira beliau sebaya aku, tapi aku percaya dia fikir aku lebih muda daripada dia.(Mungkin kerana statusnya yang sudah berkahwin).
"Wah. Ini dah boleh kawin nih"
G.i.l.a. Kalau begitu. Darjah satu aku sudah boleh kahwin.