لَبَّيْكَ اللَّهُمَّ لَبَّيْكَ، لَبَّيْكَ لاَ شَرِيْكَ لَكَ لَبَّيْكَ إِنَّ الْحَمْدَ وَالنِّعْمَةَ لَكَ وَالْمُلْكَ لاَ شَرِيْكَ
Tengah feeling-feeling ingat zaman haji 2011 walau skang dah 2014. Mentara ada umur berazam nak coretkan sampai abis. Tapi takde mood. Eh?! Ya Allah dah 2015! 2016? Fuh
Monday, February 17, 2014
Meja berhantu
Di dalam kelas,
Suasana agak samar-samar. Kelas agak menyeramkan. Seram kerana ada sebuah meja berhantu. Sering kali gangguan terjadi. Sehinggalah satu ketika
Penunggu yang tinggal di meja seram itu, mula memunculkan diri menyerupai fizikal seorang pelajar lelaki. Tergagap-gagap semua bila melihat budak lelaki berpakaian seragam sekolah berwajah pucat berdiri di sebalik sebuah meja kosong.
Aku agak takut tapi masih cuba untuk berkomunikasi dalam keadaan gagap.
"Ko..ko..tak bo..bo..bleh.." Suara seakan-akan tersekat di kerongkong.
"Kenapa? aku ada hak?!" Tegah si budak lelaki berwajah pucat.
"Ta..ta..tak..tak bo..bleh..ini..bu..bu kann" Masih gagap dengan suara tersangkut-sangkut di kerongkong.
"Aku ada hak!" Degil si penunggu berwajah pucat.
Melihatkan kedegilan penunggu, sehabis daya aku kumpulkan kudrat untuk membantah lalu
"NAMA KO TAKDE DALAM LISTTT!!" Teriak aku di luar tidur. Di kala jam 2 pagi begitu. Bertilam bujang di tengah ruang tamu yang kelam.
*List apa entah yang aku rapikkan, nasib terjaga. Buatnya hantu tu tunjuk list yang ada nama dia ate mane gaye aku nak menjawabnya.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment